6 Feb 13, 01:57
miny: bole tak saya nak cara proses daging sejuk beku..dan alatan dan bahan untuk melakukan proses tersebut
6hb tu hari saya dapat satu soalan di atas yang bertanyakan tentang cara proses daging sejuk beku dan bahan yang sesuai untuk lakukan proses tersebut. Disebabkan saya tak berapa familiar dengan daging sejuk beku, saya kena postponed menjawabnya. Kang tersalah bagi maklumat kang naya pulak. Bukan kat yang bertanya je, kat semua yang membacanya dan pada saya juga le. Sekurang-kurangnya saya luangkan masa jawab soalan Miny tu saya pun leh tambah ilmu. Kot nanti anak-anak pulak berkesempatan membacanya leh jugak diarang tambah ilmu. Yer la ilmu secara lisan dengan bacaan kadangkala tak sama penerimaannya. Ada jenis lisan leh terus paham ada jenis membaca baru leh dalami maksudnya kan...kan heheheh.
Sebenarnya saya tak jelas maksud sebenar yang Miny mahukan. Mahukan cara nak simpan daging untuk sejuk bekukannya atau nak guna daging sejuk beku. Heheh itu yang saya katakan misunderstood in verbal atau writing. Kan...kan.... Jadi 2 makna berbeza tu dalam satu ayat yang simple. Isk dah macam kelas bahasa lak heheh. Apa pun saya cuba le jugak cari jawapannya.. Harap-harap salah satu jawapan boleh jawab soalan tadi. Kot ada yang faham leh terangkan kat saya ya. Mak slowwww sikit hehehhe.
Pagi nih saya pun mulakan le kunjungan ke laman-laman yang berkongsikan ilmu tentang produk sejuk beku termasuk daging nih. Kunjungan pertama saya singgah di laman SajiOnLine V2... Kat sini dia sentuh pasal Produk Sejuk Beku. Saya tak nak sentuh le panjang lebar sebab yang diceritakan adalah secara kasar. Cuma ini petikan yang saya ambil dan rasa sesuai...
"Hampir semua makanan boleh disejuk beku. Beberapa pengecualian ialah makanan dalam tin atau butir telur. Untuk makanan dalam tin, anda boleh menyimpannya di bahagian sejuk beku setelah mengeluarkannya. Sesetengah makanan tidak sesuai disejuk beku kerana kualitinya terjejas apabila dinyah beku, contohnya mayonis atau sos krim. Daging dan ayam mentah pula masih boleh dikekalkan kualitinya jika disejuk beku berbanding yang telah dimasak. Ini kerana daging dan ayam hilang kelembapannya semasa proses memasak."
Itu penerangan tentang Produk Sejuk Beku termasuk daging la. Lepas baca fakta yang SajiOnLine V2 kongsikan tu saya berkunjung pulak ke laman loveaustralianbeefandlamb. Panjang namadia cam kitarang lak heheh. Tajuk postnya Mengendali dan Menyimpan Daging Merah Australia dalam bab Petua Memasak rasanya bertepatan kot dengan soalan tu. Jadi saya ambil terus petikan yang diarang kongsikan ya...
"Untuk mengekalkan mutu daging dan memastikan daging adalah selamat untuk dimakan, petua berikut menyediakan panduan yang berguna untuk penyediaan daging merah Australia:
• simpan daging sejuk atau beku
• nyahsejuk bekukan daging dalam peti sejuk atau ketuhar gelombang mikro;
bukan pada suhu bilik atau dalam air
• asingkan daging daripada makanan lain
• kurangkan tempoh masa daging dibiarkan di luar peti sejuk sebelum
memasak untuk mencegah kerosakan
• basuh permukaan kerja, papan memotong dan alat memasak dengan
air panas bersabun sebelum dan selepas menyentuh sebarang daging
untuk memastikan kebersihan semasa menyediakan hidangan
• menyejukkan baki makanan dengan segera
• suhu peti sejuk untuk menyimpan daging harus ditetapkan
pada suhu 4ºC ke 5ºC sementara suhu penyejuk beku yang unggul adalah -15ºC ke -18ºC
Daging Australia dalam beg vakum
Pembungkusan vakum adalah kaedah simpanan yang berkesan untuk
daging merah segar atau beku kerana ia membantu kesegaran daging
untuk tempoh masa yang lebih panjang jika disejukkan atau dibeku.
Daging disimpan sejuk di dalam bahagian yang paling sejuk di dalam
peti sejuk dan boleh tahan sehingga dua minggu di dalam beg vakum
atau di dalam penyejuk beku jika disimpan untuk tempoh yang lebih
lama. Apabila beg sudah dibuka, warna daging akan bertukar dari
ungu/merah ke merah jambu yang samar-samar/merah.
Daging Australia dalam beg plastik atau bungkusan dulang runcit
Simpan daging merah di dalam bahagian paling sejuk di dalam
peti sejuk, lazimnya di bawah atau di rak paling bawah sekali.
Daging mesti ditutup dan dikeringkan untuk mencegah kehilangan
kelembapan di dalam bungkusan asal.
Plastik akan membuat daging merah berpeluh, tetapi, jika anda ingin
memasak daging pada hari sama yang anda beli, tidak perlu untuk
mengeluarkannya dari pembalut plastik. Walau bagaimanapun,
jika anda merancang untuk menyimpannya dengan lebih lama,
daging tersebut harus dipindah ke pinggan tanpa plastik dan tutup
secara longgar dengan kerajang aluminium atau pembalut plastik untuk
membenarkan aliran udara.
Membeku
Adalah amat disyorkan bahawa bahagian daging merah Australia
yang anda dipilih dimakan pada hari dibeli; tetapi, ia boleh bekukan.
Masa simpanan yang disyorkan adalah berkaitan dengan rasa dan mutu
perisa lebih daripada keselamatan makanan. Selepas tempoh masa yang
tertentu, makanan dibeku akan bermula menjadi kering, jadi semakin
kecil butiran makanan, semakin cepat kesan pengeringan, ini adalah sebab
kenapa, contohnya, adalah disyorkan untuk membekukan daging lembu
dikisar sehingga 3 bulan dan daging panggang sehingga 6 bulan.
Lepas tempoh ini, daging merah masih selamat untuk dimakan tetapi
sudah menjadi agak kering.
Membeku semula daging merah yang dinyahfros tidak disyorkan kecuali ia
telah dimasak terlebih dahulu, untuk beberapa sebab:
• mutu bertambah buruk setiap kali daging merah dibeku dan dibeku semula
• pembekuan membuat hablur ais dalam struktur daging, kerana daging merah
mengandungi peratus air yang tinggi, hablur-hablur ais ini akan memecahkan
gentian dan menyebabkan daging berdarah semasa dinyahfroskan, oleh yang
demikian menyebabkan tekstur menjadi kering
• Risiko mikrob mungkin meningkat akibat penyejukbekuan semula daging
merah tanpa memasak terlebih dahulu
Basic tips for handling red meat
• sentiasa memeriksa guna sebelum tarikh untuk makanan dan daging merah;
jika diragui, buangkannya
• tutup daging merah mentah
• guna penyejukkan, pemanasan semula dan prosedur-prosedur pembekuan
pada setiap masa
• sentiasa kawal keluaran-keluaran anda berasaskan sistem FIFO
(masuk dulu keluar dulu)
• makanan yang telah dimasak tetapi belum dimakan mesti disejukkan pada
suhu bawah 3ºC atau kurang dalam masa dua jam
• jika daging merah disejukkan adalah tidak bertujuan untuk dimasak pada hari
selepas dibeli adalah dinasihatkan untuk membekukan daging tersebut, tetapi
hanya membekukannya hanya sekali
• Nyahsejuk bekukan daging merah di dalam bahagian pendingin peti sejuk
untuk sekurang-kurangnya satu hari sebelum dimakan
• jangan nyahsejuk bekukan daging beku pada suhu bilik di luar peti sejuk atau
mencelup daging merah beku di dalam air panas kerana proses ini akan
menggalakkan mikro-organisme untuk tumbuh dan akan mencemari daging tersebut"

Lengkapkan petua yang loveaustralianbeefandlamb kongsikan. Rasanya meliputi kedua-dua intripentasi yang saya terima dari soalan Miny tu. Harap-harap Miny puashati yer dengan apa yang saya kongsikan hasil carian saya.
Ni ada satu lagi tambahan yang saya dapat berkenaan 10 Panduan Menyimpan Makanan yang saya jumpa. Complete dan terbaik heheh. Artikel sumbangan fsq.moh.gov.... Ni saya kongsi sedikit petikan petua yang diberikan..
"Digalakkan menyimpan ikan dan Daging diruang bekas ikan/daging (suhu 2'C atau kurang). Ikan dan daging mengandungi kandungan protein dan kelembapan yang tinggi dan mudah dicemar oleh bakteria. Ikan dan daging hendaklah disimpan di dalam bekas plastik yang kedap udara untuk mengelakkan kekeringan dan bau ikan pada makanan-makanan lain"
Salam.. maaf, belum sempat utk membaca setiap patah perkataan akan tetapi, sekali imbas rasanya website ini sangat bagus sebagai penambahan maklumat. tahniah, and i'll be back soon insy.
BalasPadam