Perkongsian catatan perjalanan suka duka kehidupan dan business - produk makanan dengan jenama 2 PUTERI yang berupa Dodol, Sos Char Kueyteow (boleh didapati di Pasaraya TESCO & MYDIN) & Cili Boh Asli (terdapat di Pasaraya TESCO). Juga perkongsian tentang kejayaan kecil tetapi amat bermakna. Perkongsian segala ilmu kehidupan dan akhirat. Semoga hari ini akan lebih baik daripada semalam & esok akan menjadi yang terbaik daripada hari ini.
Rabu, 27 Februari 2013
Lawatan sambil belajar.....
Pagi tadi saya dapat satu massage dari sorang sahabat, Cikgu Mariam yang mengajar di Grik. Dia menyatakan hasrat untuk membawa para pelajar melawat premis kilang 2 Puteri yang kecil nih. Katanya nak lengkapkan kerja kursus sejarah adik-adik ditingkatan 3.
Besar harapannya untuk anak didiknya tu. Seorang guru yang sanggup turun padang mencari dan bertanyakan maklumat untuk para pelajarnya. Alhamdulillah seronok sangat saya dengarnya. Namun.... Walaupun memang saya berhasrat membantu apa yang boleh tapi saya terpaksa menolak hasrat murni Cikgu Mariam tu sebab sebenar-benarnya premis kami masih lagi kurang sesuai untuk terima sebarang lawatan daripada pihak luar. Ini kerana premis kami sempit dan segala kerja hanya dijalankan oleh kami suami isteri. Tiada yang hebat untuk ditunjukkan untuk adik-adik.
Jika sekadar berkongsi pengalaman mungkin boleh. Memang benyak cerita jerit perih dan suka duka yang boleh kami kongsikan dan kami sedia kongsikan. Tetapi untuk melihat premis yang kurang sempurna ini rasanya tidak sesuai. Insyaallah mungkin suatu hari nanti kalau premis kilang kami sudah besar mungkin kami akan mampu menerima pelawat luar Insyaallah :).
Lagi pula kami terpaksa menjaga etika dan kebersihan premis seperti yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang melarang membawa masuk pelawat-pelawat semasa kerja dijalankan. Ini kerana mengelakkan sebarang masalah yang akan terjadi kerana kami mengeluarkan produk makanan untuk semua pengguna. Malahan untuk menjaga kebersihan kami terpaksa tutup semua ruang udara agar tiada punca pencemaran ketika proses dijalankan. Kerana ruang yang sempit memang terasa azabnya heheh. Jika hari memproses ruang memproses umpama bilik sauna! Namun untuk menjaga kebersihan kami cuba bertahan agar tiada punca pencemaran ke atas produk.
Insyaallah jika suatu masa nanti kami mampu membuat satu ruang pandang untuk para pelawat, mungkin masa itu kami akan menerima kehadiran pelawat. Untuk menyediakan ruang yang sebegitu, kami memerlukan satu premis kilang yang luas dan lengkap dengan cermin untuk memudahkan pelawat melihat segala kerja-kerja dijalankan. Memang menjadi harapan kami untuk memiliki premis kilang yang besar dan lengkap sempurna. Insyaallah akan kami usahakan ke arah itu dan moga-moga cita-cita kami akan jadi kenyataan nanti. Harap-harap kami tidak perlu menunggu lama heheheh....
Lagi pula kami tiada pekerja. Segala kerja hanya dijalankan oleh kami suami isteri. Bermula dari awal proses hingga kepada kerja-kerja penghantaran dilakukan oleh kami sahaja. Kadang-kala kami terpaksa bekerja lebih 12 jam sehari untuk memenuhi permintaan. Bukan kami tidak memerlukan pekerja namun kami terbatas dari segi kewangan dan masa kerja. Selain daripada itu, bila kita sudah terbiasa bekerja sendiri dan lihat hasilnya yang boleh membanggakan (iye... betulllll), kita akan lupa dan sedikit cerewet untuk menggajikan pekerja yang mungkin qualitinya agak kurang dari apa yang kita sendiri dapat.
Dulu kami mengajikan seorang kakak yang kerjanya memang superb. Laju, kemas dan bersih. Masih terasa sayang kerana terpaksa melepaskan dia bekerja dengan orang lain. Namun, pada ketika itu pengeluaran kami masih kurang jadi dia cuma bekerja 2 atau 3 hari sahaja seminggu. Dalam sebulan cuma seminggu lebih sahaja kerjanya. Yang lainnya cuti kerana tiada kerja. Kami pula terpaksa bayar gaji mengikut hari dia bekerja. Jadinya memang kasihan. Dia pun ada keluarga untuk disara. Jadi kami ambil keputusan melepaskan dia untuk bekerja dilain tempat. How I wish she can come and working with us again..... ;(.
Sejak itu, segala kerja kami lakukan sendiri. Takut 'teraniaya' orang lain pulak huhu. Lama kelamaan kami sudah terbiasa dan mampu lakukan semuanya sendiri. Penghantaran produk 2 Puteri ke 34 cawangan Tesco dan 7 cawangan Mydin Hypermarket mampu untuk kami support. Insyaallah. Jadi kami mungkin jadi agak cerewet dan risau kalau-kalau pekerja yang akan kami gajikan nanti tidak mampu lakukan seperti yang kami mahukan. Mungkin juga pengalaman bersama Kak Salebiah Mat yang jadikan kami bertambah cerewet kerana dia juga dapat lakukan kerja dengan cepat tanpa ada sebarang masalah jadi mungkin kami akan aspect perkara yang sama pada yang lain-lain juga. Mungkin kami akan 'ter'tetapkan penanda aras yang tinggi untuk kakitangan baru....
Buat Cikgu Mariam dan pelajar-pelajarnya, kami doakan adik-adik berjaya hendaknya. Maaf kami tidak dapat membantu buat masa ini. Tapi mungkin ada cerita-cerita yang boleh dijadikan iktibar dalam menempuh kehidupan kalian kelak yang boleh diambil disini. Macam yang saya selalu nasihatkan anak-anak, jika sepanjang tempoh persekolahan yang cuma ada 11 tahun ini tidak dilakukan sebaik mungkin tak mungkin kita akan senang dikemudian hari. Umur kita Insyaallah akan capai 75 tahun atau lebih. Anggaran 60 tahun masa untuk dapat habuan usaha yang cuma 11 tahun itu. Kalau dalam tempoh 11 tahun disia-siakan, 60 tahun akan sengsara. Tapi kalau cuma 11 tahun dari tempoh sepanjang usia kita tumpu pada pelajaran dengan sebaik-baiknya, hasilnya 60 tahun kita akan hidup selesa dan mungkin mewah Insyaallah. Jadi jangan sia-siakannya. Mungkin akan ada kelemahan dan kekurangan kita yang tidak kita ketahui dalam tempoh 11 tahun itu, tapi itu mungkin takdir Allah tapi berusahalah walau sesukar mana pun agar kita tidak menyesal dikemudian hari Insyaallah.
Good luck dan maaf sekali lagi :)....
Labels:
Coretan Hati,
Wishes 2 All
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan