Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 16 Februari 2013

Resepi Hebat: Ayam Goreng Salut Sos 2 Puteri Berkicap


Hari ni saya cuba siapkan projek untuk dapatkan Sijil MeSTI (Skim Pensijilan Selamat Tanggungjawab Industri) yang baru 45% je sempurna. Ada baki lagi 55% iaitu nak siapkan procedur dan segala kat kilang pulak. Perihal kilang tu tak le susah sangat dah sebab dulu masa apply Sijil bawah Akta Makanan 1983 dah ok. Just kena le tengok sikit-sikit lagi kot ada yang tinggal atau berubah. Carta-carta nak dinaikkan kat dinding... Segala macam le. Nak-nak sekarang stok bahan mentah dah makin banyak memang kena jaga le bagi kemas dan berkeadaan baik.


Yang dah siap 45% tu adalah berkaitan dengan segala hal borang-borangnya. Banyakkkk borang yang nak kena buat. Mulanya Mr Hb tak heran sebab saya buat balik satu-satu ikut kesesuaian kitarang. Bila dah print dan nak diphotocopykan baru dia tahu banyakkkkk kena isi sebelum nak mula kerja. Hhihii tu yang kitarang peserta kursus tu mengomel yang nak siapkan pengisian borang je dah makan 1/2 hari. Kena buat sebelum mula kerja. Tak le isi... Isi... Isi baru buat tapi conceptnya isi buat isi buat. Tapi kot dicompilekan 1/2 le semua heheheh. Pandaiii je kitarang kan hehhehe.


Hari ni nak sentuh dalam bab procedurnya pulak. Yang ni pun banyak gak. Tapi dah WAJIB kepada pengusaha kena le jugak buat. Tahun 2014 ni dikuatkuasakan. Jadi ada lagi setahun le nak buat dan apply. Insyaallah dah siap nanti leh try apply. Target saya dalam tahun ni gak le. Tengok ramai gak pengusaha besar dah dapat rasa jeles pulak ai hihihi. Saya ni kecik je tu yang lambat sikit. Dah tahunya pun lambat tu yang payah sikit nak percepatkan speed. Tak faham betul, sepatutnya bila saya dah ada sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia, kalau ada sebarang perubahan atau news yang berkaitan sepatutnya saya le antara yang dapat makluman dulu. Dah kitarang dimaklumkan baru le sebar-sebar kat umum. Ini tidak... Kot tak dijemput kursus dek Jabatan Pertanian haruss sampai ke sudah saya masih berpegang dengan sijil yang kitarang ada. Tunggu sijil tamat tempoh baru nak renew kot. Masa tu baru kelam kabut bewak naya... Naya....


Ok lah dah melalut sangat saya membebel hihiihi. Bebel panjang pun tetap kena buat gak hehehh. So kayuh la pelan-pelan.... Harap-harap cepattttt sampai destinasinya hihihih.


Hari ni untuk makan tengah hari saya masak yang simple-simple je. Nasi putih, Sayur Kobis Goreng  dan Ayam Goreng Salut Sos 2 Puteri Berkicap. Resepi simple yang saya ambil follow step buahtangan Datuk Chef Wan tapi perasan saya sestandard dia saya gubah-gubah le ikut cara saya. Hihihihi pandaiiii je suka-suka hati ubah. Yang saya nak kongsi ni cara saya yer :).


Satu lagi resepi yang dihasilkan menggunakan produk 2 Puteri iaitu Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri. Tapi mainnya Sos Char Kueyteow 2 Puteri la sebab tu dikatakan Sos 2 Puteri. Alah langkah-langkahnya ada le jugak sama dengan Masak Kicap yang mak-mak kita biasa masak tu. Tapi lain sikit la rasanya hihihi. Masa mak-mak masak dulu tak der lagi Sos Char Kueyteow 2 Puteri heheh.


Meh tenggok resepinya....


AYAM GORENG SALUT SOS 2 PUTERI BERKICAP

By: asamgaram2puteri

Bahan-bahan
  • Ayam
  • 1 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 2 biji cili padi - diketuk
  • 1 biji cili hijau - belah 2
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 4 sudu makan kicap pekat manis
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • 1/2 biji bawang besar - potong bulat
  • 1 biji tomato - belah 6
Bahan perlu ditumbuk halus
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1/2 inci halia
Bahan perapan ayam
  • 1 biji bawang kecil - tumbuk halus
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk halus
  • Sedikit Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 1 sudu kecil Sos Char Kueyteow 2 Puteri 
  • Serbuk kunyit
  • Sedikit rempah kari ayam
  • Sedikit rempah 5 spice
  • Garam

Caranya
1. Perap ayam yang telah dibasuh bersih bersama bahan perapan semalaman atau sekurang-kurangnya 1-3 jam sebelum proses memasak. Lagi lama diperap lagi sedap rasa ayam kita nanti.

2. Goreng sehingga masak dan ketepikan.

3. Keluarkan minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam tadi sehingga tinggal 3 sudu makan (agak-agak le ek). Tumis bahan tumbuk tadi sehingga wangi atau keperangan.

4. Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri dan tumis sehingga naik minyak.

5. Masukkan serai yang diketuk tadi, cili padi dan cili hijau. Gaulkan sekejap.

6. Tuang Sos Char Kueyteow 2 Puteri, kicap pekat manis dan pes asam jawa. Sebatikan. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

7. Gaul bagi sebati dan kuah kelihatan agak pekat masukkan ayam goreng tadi bersama bawang yang dipotong bulat dan tomato. Gaul rata dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.


Haaa... Mudah je kan. Saya pun tak tahu la tang mana yang sama dengan apa yang Chef Wan bagi tu sebenarnya kecuali ianya berwarna hitam sebab penggunaan kicap kot dan ada kaedah tumbuk halus. Isk entah le.. Bila dibelek-belek balik resepi tak sama hihihi. Apa le saya ni nak pollow resepi pun fail heheheh. Follow resepi je fail tapi masak still ok. Eh tapi jangan lupa try sebab rasanya pun sedap gak tau.... Heheheh :)


Ok dah lapo dah.... Ai makan dulu yer. Salam dan selamat menjamu selera semua :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...