Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 12 September 2013

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013... Mengharapkan yang terbaik


Sejak dua tiga minggu nih jadual memang padat sangat-sangat. Tak menang tangan nak siapkan tempahan produk yang masuk. Nak-nak adanya promosi kat Mydin Hypermarket seluruh Malaysia. Dapat pulak order hampir last minutes memang menyesakkan. Tapi syukur Alhamdulillah semuanya dapat disiapkan dengan tenaga empat kerat yang ada nih. Harap-harap promosi success le hendaknya aaamiin....

Promosi ada lagi nih kat Mydin tu... Berakhir 17 September nih. Jangan lupa dapatkan tau kalau masih belum.


Memang berbaloi beli tau! Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri dijual dengan harga yang murah kat pasaraya-pasaraya tu. Harga biasa RM4.95 jadi anda boleh berjimat sebanyak RM0.96 sebotol. Memang berbaloi-baloi....

Tapi... Murah tu memang murah kualiti tetap kami jaga! Kalau dah try nanti pasti puas hati punya. Nak masak apa pun boleh tau, bukan sekadar Char Kueyteow sahaja.

:)


Dua tiga hari ni kalau ditengok kat laman-laman blog atau di berita-berita, riuh orang bercerita pasal majlis 'PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA' yang akan diadakan pada hari Sabtu, 14/9/2013 nih.

Orang-orang yang berniaga macam saya lagi le mengepak nak tahu hahaha.

Majlis nih akan diadakan pada jam 8.30 pagi - 12.00 tengah hari di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM Shah Alam, Selangor anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Antara yang akan ada nanti katanya Tan Sri Dr Wan Zahid dan Prof Dato' Dr Noor Azlan Ghazali. Dan paling ditunggu kelak pengumuman khas agenda Ekonomi Bumiputera oleh YAB Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak. Yang nih dijadualkan jam 10.30 pagi.


Sesiapa yang tinggal berdekatan boleh le hadirkan diri kat sana. Kami yang jauh nih boleh tengok melalui Live Streaming dari blog-blog yang ada je la. Harap-harap ada le lintas lansung kat TV nanti.

Menyentuh pasal Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera nih terasa nak tahu sangat apa perancangan pihak kerajaan dalam memperkasakan ekonomi kita, orang-orang Bumiputera nih.

Memang le dah makin ramai Bumiputera yang mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Peratusannya makin meningkat dari tahun ke setahun. Tapi kebanyakkannya masih ditahap perniagaan miko dan IKS je. Nak melangkah ke peringkat yang lebih tinggi perlu modal yang banyak dan besar. Jadi harap-harap kerajaan ada le bantuan untuk menjayakan perniagaan bagi orang-orang yang kecil macam kami nih.

Sos Char Kueyteow 2 Puteri dengan label lama. Kini 'pink' macam baju bang nih heheh



Dalam perniagaan nih yang paling penting adalah pemasaran. Baik mini ke, mikro ke, kecil ke, besar ke tu le satu yang penting. Sama je....

Memang le pembuatan dan lain-lain penting tapi kalau tak der pasaran mana le nak letak hasil pembuatan tu yer tak. Jadi saya harap sangat kerajaan beri penekanan kepada aspek nih.

Apa yang kerajaan sediakan selama ini memang memberi manafaat kepada pengusaha Bumiputera khususnya namun masih ada beberapa bahagian yang boleh diperbaiki. Nih cita pendapat saya jer tau heheh. 

Cam gini le kalo tak der pasaran yang oooi. Nauzubillah.... Minta dijauhkan Allah le...

Paling-paling saya harap sangat agar pihak kerajaan buat satu dasar kepada pasaraya besar untuk mengetengahkan produk tempatan yang bermutu. Sekarang nih memang ada tapi tak berapa nak kuat sangat pada hemat saya. Kena kuat lagi. Wajibkan produk yang ditengahkan oleh Jabatan/Kementerian/Agensi yang dilantik oleh kerajaan untuk dibawa masuk ke pasaraya-pasaraya yang diwujudkan di Malaysia nih.


Nak buat pasaraya kena jual produk tempatan (IKS). Wajib kot tak tak leh.. Hehhehe... Ha.. Camtu...

Tapi kalau setakat wajib pun tak datangkan kebaikan kalau produk-produk tu dibiarkan diletakkan di lorong-lorong yang tak mempamerkan secara nyata tentang kewujudan produk ini. Antara tempat yang saya katakan tak mempamerkan secara nyata tu adalah di bahagian-bahagian yang tak seangkatan dengan kategori produk yang dipasarkan. Seperti bahagian segar, susu, sos dan lain-lain.

Kalau nak kategorikan produk IKS daripada produk-produk lain buat macam kat Mydin. Siap banner tulis Agrobazaar besar-besar. Letak pulak kat depan kaunter bayaran. Semua orang boleh tahu, semua orang boleh nampak. Jadi peluang tu cerah le sikit kan kalau orang tahu dan nampak. Jadi pengguna yang nak membantu pengusaha IKS mudah mendapatkannya.


Eh sebut pasal Agrobazaar, sebenarnya saya tak pasti ada kaitan ke tidak antara Agrobazaar yang kat Mydin dengan yang dibuat dibawah FAMA. Sebabnya produk saya dipandang sepi oleh pegawai FAMA masa saya cuba bawa produk kami pada diarang untuk mencari peluang pasaran. Dan terpasarnya produk 2 Puteri di Mydin adalah hasil usaha kami menghubungi pihaknya secara terus. Cuma bila dipasarkan terus diletakkan dibawah Agrobazaar kerana kami ni pengusaha IKS. So entah la....

Ehhhh berbalik pada cerita utama....

Tak pun buat macam Aeon Big, tak kategorikan mana-mana produk dibawah IKS ke apa. Semua dibawah kategori yang sama diletakkan sekali. Yang nih kebaikannya ialah kedudukan produk IKS setaraf dengan produk besar lain. Jadi kekuatan pada pengusaha untuk fikirkan cara untuk beri saingan yang sengit pada pengusaha-pengusaha besar tu untuk menarik perhatian pembeli. So siapa beri yang terbaik akan jadi pilihan pengguna tak gitu?!?

Bantuan ke apa yang mungkin akan diberikan tu tak le jadi keutamaan pada saya. Kalau ada dan mudah, syukurrrr Alhamdulillah. Kalau tak der pun, macam nih le saya hehehe. Kayuh je perlahan-lahan dengan doa agar Allah beri peluang pada saya maju cepat :).

Jangan le macam nih heheh... Bila mau sampeinya dong ;p

Doa tetap tau.. Bersama usaha dan tawakkal. Moga-moga apa yang kita harapkan jadi kenyataan...

Tak pun kalau-kalau kerajaan cuba bangunkan Pasarayanya sendiri yang mengetengahkan juga produk Bumiputera selain produk-produk lain lagi baik. Pihak kerajaan boleh le bergabung dengan pihak-pihak yang dah terbukti berjaya dalam bidang nih macam Datuk Ameer Mydin ke untuk jayakannya. Selain dapat ketengahkan produk Bumiputera dengan lebih baik dapat gak kerajaan tambah pendapatan negara tak gitew????

Kalau dah kerajaan sendiri yang jadi tokey pasaraya pastinya dapatt gak buat kawalan harga produk yang biasa kita dengar sering ancam pengguna kat Malaysia nih. 


Tapi tu le itu cuma buah fikiran saya orang kecik yang cuba nasib dalam bidang perniagaan nih. Tak tahu le macam mana pulak yang akan PM bentangkan nanti heheh. Harusnya lebih gah dan besar sebab yang pasti ianya hasil dari pandangan dan idea pihak-pihak yang lebih besar dan hebat yer tak.

Harap-harap nanti PM beri tunpuan juga pada pengusaha Mikro juga tak sahaja pada pengusaha IKS dan Pengusaha Berprestasi Tinggi. Mikro pun boleh jadi Pengusaha Berprestasi Tinggi kalau lorongnya betul. Nak pulak ada bantuan dan peluang yang lebih baik.. Insyaallah ianya akan jadi kenyataan...

Jadi moh kita tunggu Sabtu nih untuk ketahui apakah yang akan dibentangkan nanti....:) Doakan yang terbaik yer!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...