Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahad, 1 September 2013

Merdeka: Kenapa Tunku pilih 31hb Ogos 1957 tarikh merdeka?


Rentetan cerita saya berkenaan kemerdekaan Malaysia bawah tajuk Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!. Ni satu lagi cerita yang saya dapat berkenaan tarikh kemerdekaan pula. 
Aah yer... Selama ni memang tak pernah termasuk dalam kepala otak saya pulak soalan kenapa Tunku Abdul Rahman pilih 31 Ogos sebagai tarikh penting untuk negara kita. Mungkin kalau cerita pasal kemerdekaan ni pada anak saya si Afif tu harus soalan tu timbul sebab dia ni penuh dengan pelbagai soalan yang susah kita nak jawab kadang kala tu. Kalau dengan saya ni... Apa yang dicerita itu yang diterima pakai. Heheh kot kena kelentong pun percaya harusnya isk isk isk... Jangan le cam tu...
Kenapa Tunku pilih 31 Ogos ek? Apsal tak tunggu 1 hari je lagi ke 1hb Sept 1957, kan senang cerita. Tak pun 1 Januari. Lagi senang. Sambut Merdeka sekali dengan sambut Tahun Baru. Tanya je bukan nak ubah fakta sejarah da...

Subky Latif
Tak sangka pulak bila saya selak blog rerakan terbaca artikel petikan dari buku tulisan Subky Latif tentang tarikh ni... Meh kita baca penjelasannya...
Subky Latif dalam buku Anak Apak mencatitkan memoir kehidupannya sebagai seorang wartawan bermula dengan zaman kanak-kanaknya sehinggalah dia ditawarkan sebagai wartawan Utusan Melayu. 
Dalam buku tersebut Subky menceritakan pengalamannya menyambut laungan merdeka pada tahun 1957. Di situ juga terbongkar kenapa Tunku memilih tarikh 31 ogos sebagai tarikh merdeka.
Menurt Subky, Tunku kenal baik dengan Ulamak serta Mufti Pulau Pinang yang juga seorang penyokong kuat Umno, Sheikh Haji Abdullah Fahim yang juga datuk kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Adalah diberitakan Tunku meminta nasihat ulama tersebut yang juga merupakan seorang pakar falak bagi menentukan hari yang terbaik bagi diistiharkan kemerdekaan.

Haji Abdullah bin Ibrahim @ Sheikh Haji Abdullah Fahim merupakan datuk kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang Ke5
Maka berkiralah Sheikh Haji Abdullah Fahim lalu menemui tarikh di mana semua planet penting di alam raya ini berada dalam kedudukan sebaris di angkasa Tanah Melayu. Kedudukan barisan planet itu juga berada betul-betul diatas angkasa raya langit tinggi Kuala Lumpur.
Tarikh keramat tersebut adalah pada 31 hb Ogos 1957. Ia merupakan fenomena yang teramat jarang berlaku. Menurut ulama itu lagi ia hanya akan berlaku dalam masa beberapa minit sekitar tengah malam masuknya 31hb Ogos 1957.
Sheikh Abdullah Fahim juga menyatakan dengan mengambil tarikh dan waktu tersebut, maka ia dapat memberikan pengaruh kekuatan tenaga yang kuat. Adalah diharapkan Tanah Melayu akan turut mendapat semangat dan kekuatan tenaga yang mencukupi bagi membangunkan tanah air yang telah merdeka itu.
Apa lagi, Tunku bersetuju sungguh dengan tarikh tersebut ditambah lagi dengan adanya faktor kekuatan tenaga yang bakal terjadi pada masa itu membuatkan tarikh itu amat penting dan segala perancangan perlu dilaksanakan bagi membolehkan bendera Union Jack diturunkan daripada tiang bendera digantikan dengan bendera Malaya.
Upacara penurunan Bendara Union Jack dan diganti dengan kenaikan bendera Malaysia tanggal 31 Ogos 1957
Upacara penurunan Union Jack dan menaikkan bendera Malaya akan berlaku serentak dengan berbarisnya planet-planet penting di cakerawala atas langit Kuala Lumpur. Segalanya bakal berlaku di padang Kelab Selangor dan jam besar di Bangunan Sultan Abdul Samad bakal berbunyi menandakan masuknya tarikh 31hb Ogos menggantikan 30hb ogos 1957.
Dataran Merdeka atau dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor
Tunku akan menyaksikan kesemua itu dan beliau dijadualkan akan berarak dengan diiringi puluhan motosikal dari rumah kediamannya (sekarang merupakan Bangunan Wisma Putra bersebelahan dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka) menuju ke Padang Kelab Selangor.
Tapi apa nak buat kita hanya boleh merancang Tuhanlah jua yang menentukan segalanya. Malang sungguh Tunku apabila rombongan perarakannya tersekat dan terkantoi akibat kesesakan lalulintas yang dibanjiri oleh ribuan manusia yang memenuhi jalanraya. Polis yang pada waktu itu masih belum lagi dibawah kawalan Tunku tidak dapat mengawal keadaan. Maka terlambatlah Tunku sampai jauh daripada waktu sepatutnya.
Untuk mempastikan segalanya berjalan seperti dirancang. Jam besar perlu menunggu kehadiran Tunku sebelum berdetik dan berbunyi menunjukkan pukul 12. Maka berpeluhlah para petugas Jabatan Ukur yang merupakan pengawal jam besar tersebut pada waktu itu menahan pergerakan jam selagi Tunku belum tiba.
Hari keramat itu ditambah dengan ramainya manusia yang berkumpul membuatkan semua tidak merasakan bahawa jam tidak bergerak. Mungkin begitu agaknya bila manusia dalam penantian saat-saat penting dalam sejarah hidupnya. Dan akhirnya tibalah Tunku dan berdetik dan berbunyilah jam besar menunjukkan pukul 12 tengah malam.
Walau bagaimana pun planet di atas angkasa Kuala Lumpur tidak menunggu Tunku, mereka telah lama keluar dari barisannya meneruskan tugas masing-masing sebagaimana yang diperintahkan Tuhan. Punah harapan Tunku untuk menumpang tenaga fenomena barisan planet tersebut pada malam itu.
Begitulah lebih kurang ceritanya !
Sumber: panggungopera.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Artikel yang menarik. Tetapi tahukan anda bahawa "MALAYSIA" sebenarnya tidak pernah dijajah dan pemilihan 31 Ogos sebagai hari kemerdekaan Malaysia adalah kurang sesuai dan tidak memberi erti yang mendalam kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Perkata "MALAYSIA" hanya wujud pada 9 July 1963 dan peta "MALAYSIA" hanya wujud secara rasmi pada 16 Sept 1963 selepas Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak bersama-sama bersetuju membentuk sebuah negara baru yang di kenali sebagai MALAYSIA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa yg tercatat adalah hasil rujukan dari pelbagai sudut. berkenaan takrif penjajahan yg dialami sy sendiri tak maklum kerana itu yg disampaikan selama ini oleh generasi dahulu. terpulang kepada kita untuk mempercayainya atau tidak namun apa yg pasti semoga kejadian yg tidak baik tidak lagi berlaku pada kita penduduk Malaysia kerana apa yg diharapkan biarlah kita semua dan anak2 waris kita dapat hidup dalam keadaan aman dan sempurna hendaknya... Aaamiin

      Padam
  2. mana hang dapat maklumat kat atas tu, boleh beritahu tak? boleh banyakkan sumber untuk kerja kursus pt3 sejarah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...