Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 26 September 2013

Ikan Masak Sos Char Kueyteow 2 Puteri (macam Ikan Masak Kicap tu..)


Lama gak yer tak kongsi resepi kat sini. Bukan dapur tak berasap... Berasap tu tetap berasap sampai gas habis tak sempat siap masak pun hahaha. Tapi sibuk memanjang tu yang tak sempat nak menulis sangat dah.

Syukur... Minggu ni kerja dah siap so sementara nak tunggu aktiviti bermula semula esok leh le saya menukilan resepi kat sini.

Kali ni saya nak kongsi resepi Ikan Masak Sos Char Kueyteow 2 Puteri.

Sebenarnya respei nih sama je tapi heronya ditukar kepada Sos Char Kueyteow 2 Puteri

Ha... Kauuuuu. Mentang-mentang tokey Sos Char Kueyteow yer tak terus tukar resepi turun temurun... Hahahahhaha.

Jangan ada tok nenek yang mare udah le. Anak cucu nak pelbagaikan resepi je tokkkk.

Berbalik pada resepi kita kali ni.. Ikan Masak Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni memang sedap tau. Alahhhh macam gak Ikan Masak Kicap yang dok masak selalu tu. Sedap kan???

Tapi yang ni guna Sos Char Kueyteow 2 Puteri la sebagai heronya menggantikan segala kicap yang ada kat kedai tu. Tu yang hampir totally tukar nama dia.


Jenis-jenis ikan yang sering digunakan untuk masak macam ni selalunya nenek-nenek dulu guna ikan kembong, ikan Uji Rashid (ikan selar kannnn), ikan tenggiri, ikan sardin dan pelbagai jenis lagi la. Ikan yang mahal-mahal cam ikan salmon atau ikan bawal pun best gak.

Kalau tak der stok ikan kat rumah, boleh gak le kalau nak gantikan dengan ayam ker, daging ker atau telur mata kerbau sekali pun. Sedapnya sama gak.

Tapi ikan apa pun yang nak digunakan harus kena goreng dulu yer. Baru kick rasanya nanti. Pe pun meh kita tengok resepinya..


IKAN MASAK SOS CHAR KUEYTEOW 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri
Gambar: fiqah99

Bahan-bahan
  • 5 ekor slice ikan tenggiri
  • 1 biji bawang besar - potong bulat bergelung-gelung
  • 2 biji cili hijau
  • 1/2 sudu teh Cili Boh Asli 2 Puteri - ala-ala pedas sahaja
  • 1 biji ubi kentang - potong wedges (jika suka)
  • 5 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri - ikut banyak mana kuah yang dikehendaki
  • 1/2 sudu teh pes asam jawa
  • Sedikit air - option kalau nak kuahnya banyak
  • Garam gula secukup rasa
  • 1 biji tomato potong wedges 6
Bahan Kisar
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci  halia - potong memanjang
  •  1/2 biji bawang besar
Caranya
1. Goreng ikan dengan garam dan kunyit sehingga masak. Ketepikan.

2. Ambil sedikit minyak menggoreng ikan tadi dan tumis bahan kisar hingga wangi.

3. Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri dan tumis hingga pecah minyak.

4. Masukkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri bersama sedikit air, pes asam jawa dan potongan ubi kentang tadi. Kacau sebati dan biarkan mendidih. Ubi kentang biar sedikit empuk.

5. Kemudian perasakan dengan garam dan sedikit gula.

6. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi, cili hijau yang dibelah 2 memanjang dan bawang besar yang dipotong bulat tadi. Gaulkan seketika bagi sebati. Tutup api.

Ikan Masak Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni memang sedap kalau dihidangkan bersama nasi panas dan sayur.


Ni beberapa tips untuk memasak hidangan nih

**Bahan tumis tadi kalau tak sempat nak kisar boleh je dihiris nipis. Halia tu dipotong memanjang.

**Cili hijau boleh diganti dengan lain-lain cili yang disukai seperti camsicum

**Jika tiada pes asam jawa boleh digantikan dengan sos tomato

**Sos Char Kueyteow 2 Puteri telah diberi perasa dalam kadar yang minima. Jika tidak gemarkan hidangan yang terlalu masin atau manis boleh digunakan terus tanpa memberi perasa lagi. Jika tidak cukup meletakkan sedikit sahaja garam atau gulanya.

**Hidangan ni ada yang suka jenis pekat dan ada yang suka berkuah sedikit. Jadi jika suka pekat tak perlu masukkan air lagi. Cukup sekadar menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri sebagai kuahnya.

Rupa yang begini pada yang suka masakan ni sedikit berkuah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...