Ahad, 14 Oktober 2012

Tesco Store - Kini Kami Ada Di Sini



Alhamduillah!! Syukur yang teramat sangat pada Mu, Ya Allah.


Itu je ucapan yang termampu untuk diucapkan kerana produk kami iaitu Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri telah mula dipasarkan di 33 Cawangan Pasaraya Tesco Store Seluruh Malaysia.


Pada 11 Oktober 2012 kami telah melakukan penghantaran produk  Sos Char Kueyteow 2 Puteri ke Tesco. Dan kemungkinan besar dalam minggu depan akan rasmi produk kami ini dapat di perolehi di 33 cawangan Tesco seluruh Malaysia. Dan dalam masa yang terdekat Cili Boh Asli 2 Puteri akan menyusul pula. Insyaallah kedua-dua produk kami boleh didapatkan dilorong 'Produk Malaysia Citarasa Kita' bagi Sos Char Kueyteow 2 Puteri manakala Cili Boh Asli 2 Puteri di bahagian Fresh. Hopefully kalau ada rezeki Insyaallah akan ke bahagian lain dan cawangan lain juga. Tapi yang tu kena tunggu respond sambutan le. Tapi kuasa Allah kan kot dia nak bagi rezeki... Aaamiin.


Fuhh terasa lega sangat. Hasil kerja yang hampir setahun akhirnya membuahkan hasil juga. Memang memenatkan dan menuntut banyak kesabaran. Tapi syukur kami kuat untuk terus berusaha. Bermula pada bulan Januari 2012 kami mengadakan perbincangan. Respond untuk menghantarkan sample produk hanya pada Mei 2012. Masa tu ada dua perasaan yang berkecamuk dalam diri kitarang. Sebabnya pada masa tu plastik pembungkus Cili Boh Asli 2 Puteri pihak pengilang tak siap lagi. Memang risau sangat-sangat. Mulaya kami surender dan hantar Sos Char Kueyteow 2 Puteri je. Berat hati sangat-sangat masa tu. Tapi kami berserah pada Allah, Dia yang lebih tahu apa yang harus berlaku. Lega le sikit. Tapi Alhamdulillah bila siap je plastik pembungkus Cili Boh Asli 2 Puteri terus kami contact pihak Tesco dan diterima terus. Syukur Alhmadulillah.... Mungkin berkat doa kita semua :) Saat kami dapat surat Agreement dari pihak Tesco, Ya Allah perasaan happy tak dapat digambarkan. Suka dan bersyukur sangat-sangat.



Insyaallah bermula minggu hadapan (harap-harap minggu ni le heheh) produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri akan berada di 33 buah cawangan Pasaraya Tesco dibahagian IKS. Antara cawangan yang ada adalah:

Kedah Darul Aman

1. Tesco Mergong, Alor Setar
2. Tesco SP 2 (Plaza Mutiara), Sungai Petani
3. Tesco Kulim

Pulau Pinang

1. Tesco Pulau Pinang, Bandar Jelutong
2. Tesco Bukit Mertajam
3. Tesco Tanjung Penang, Tanjung Tokong


Perak Darul Ridzuan

1. Tesco Ipoh
2. Tesco Taiping
3. Tesco Ipoh South Station 18, Pengkalan
4. Tesco Manjung, Setiawan
5. Tesco Extra Ipoh

Selangor Darul Ehsan

1. Tesco Puchong
2. Tesco Klang
3. Tesco Mutiara, Petaling Jaya
4. Tesco Shah Alam
5. Tesco Kajang
6. Tesco Setia Alam, Shah Alam
7. Tesco Semenyih
8. Tesco Kuala Selangor
9. Tesco Rawang
10. Tesco Paradigm, Petaling Jaya
11. Tesco Bandar Bukit Puchong


Kuala Lumpur

1. Tesco Ampang
2. Tesco Kepong

Negeri Sembilan Darul Khusus

1. Tesco Putra Nilai, Nilai

Melaka

1. Tesco Melaka, Peringgit
2. Tesco Melaka Cheng


Johor Darul Takzim 

1. Tesco Seri Alam, Masai
2. Tesco Desa Tebrau, Johor Bahru
3. Tesco Kulai
4. Bukit Indah, Johor Bahru
5. Tesco Extra Plentong

Kelantan Darul Naim

1. Tesco Kota Bharu


Buat semua, sila-sila le dapatkan produk Sos Char Kueyteow 2Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri di Pasaraya Tesco yang berdekatan ya. Insyaallah produk kami memang menawarkan yang terbaik dan berbaloi untuk semua. Untuk resepi yang menarik boleh lawati kami di sini dibawah label Resepi 2 Puteri. Di sana terhimpunnya segala macam resepi yang telah diubahsuai menggunakan produk-produk kami.


Terima kasih yang tak terhingga buat kakitangan pihak Tesco atas kerjasama yang diberikan, rakan-rakan di seluruh ceruk rantau, keluarga dan anak-anak yang sentiasa mengiringi usaha kami dengan doa kalian.


Terima kasih :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...