Rabu, 3 Oktober 2012

Jenis Bawang Yang Digunakan Seharian Dalam Masakan



Masa saya pergi ke pasaraya untuk beli bawang mesti mata terpandang pada bawang kuning dan bawang holland yang dijual kat pasaraya tu. Sebenarnya saya ni tak tahu apa beza dan keenakan pada bawang-bawang lain selain daripada bawang merah/bawang besar dan bawang kecil yang biasa saya tengok nenek, Allahyarhamah Yong Abdullah gunakan seharian. So bila ada kesempatan ni saya pun selak ler sana sini. Mula-mula for sure la melawat Encik Wikipedia dulu untuk dapat maklumat. Lepas tu selak pulak ler tempat-tempat lain. Yang ni yang saya dapat....


Terdapat pelbagai jenis bawang seperti berikut :-
  • Bawang merah,
  • Bawang putih, dan
  • Bawang besar (kuning, putih dan merah).

Bawang yang banyak digunakan dalam masakan ini tergolong dalam alam tumbuhan. Bawang merupakan umbi pokok yang tertanam dalam tanah. Bagaimanapun bawang berbeza dengan ubi-ubi lain disebabkan bawang terbentuk daripada lapisan daun-daun yang berpadu membentuk umbi ubi bawang.


Ðikenali juga dengan nama allium cepa, terdapat pelbagai jenis bawang, iaitu merah, putih, kuning dan hijau. Semua jenis bawang ini mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri. Tergolong dalam keluarga lily, terdapat lebih daripada 600 spesies allium yang tersebar di sekeliling Eropah, Amerika Utara, Afrika Selatan dan Asia.


Bawang memang berharga. Malah, orang Mesir zaman kuno telah menggunakan bawang sebagai pengganti mata wang untuk membayar pekerja yang membina piramid. Mereka juga turut meletakkan bawang dalam perkuburan diRaja seperti Raja Tutankhamen.

Bawang Kuning (Bawang Belanda/Bawang Holland)

Pokok Bawang Bombay


1) Bawang besar, bawang Holland atau bawang Bombay (dikenali sebagai bawang Bombay kerana bawang jenis ini telah dibawa oleh pedagang-pedagang yang berasal dari Bombay, India ke serata Asia) ialah sejenis sayuran bebawang yang telah wujud dan telah ditanam di Mesir semenjak 2,700 tahun dulu dan merupakan tanaman makanan penting yang digunakan kini. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari kawasan Asia Barat dan Asia Tengah dan kini telah di usahakan di seluruh dunia.


Pengeluaran bawang besar dunia pada tahun 2008 sebanyak 3.367 juta metrik tan dengan negara China sebagai pengeluar utama sebanyak 835,060 mt diikuti dengan Jepun (535,340 mt) dan Korea Selatan (523,439 mt). Negara lain yang banyak menanam bawang besar adalah New Zealand, Nigeria, Mexico, Tunisia, Korea Utara dan Ecuador. Di kalangan negara Asia Tenggara, hanya Thailand (2,200 hektar setahun) dan Filipina (7,000 hektar setahun) yang banyak menanam bawang besar. Indonesia pula ada mula menanam tetapi ini tidak berlaku di Malaysia. Malaysia masih mengimport bawang besar iaitu sebanyak 150,000 - 250,000 mt setiap tahun. Bawang import di Malaysia lebih dikenali dengan bawang besar China (jenis bulat) lebih sedap berbanding dengan bawang besar India (bulat leper dan lebih 'pedas'). Rasa ia lemak, sedikit pedas dan berangin.


Bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat dan asid folik. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi. Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang khasiat bawang merah terhadap kesihatan manusia. Dari hasil penyelidikan tersebut, mereka mendapati bahawa bawang merah mengandungi 2 sebatian utama. Sebatian pertama ialah sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan sebatian kedua pula ialah flavonoids seperti quercetin. Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory. Dari penyelidikan terkini, bawang merah di dapati effektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah didapati mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa (bawang besar). Bawang merah boleh menolong hati membuang toksin dari badan dan ia mempunyai saponins untuk menghindar dan membunuh sel kanser.


Bawang merah juga didapati boleh menghindarkan kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan seterusnya meningkatkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit symptomatic antherosclerotic, kardiovaskular, serangan jantung dan strok. Ia juga membantu meningkatkan fungsi otak seterusnya mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's. Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula bagi mereka yang menpunyai kencing manis dengan menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa. Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu penumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Ia mengandungi Prostaglandin A-1, agen yang kuat untuk mengurangkan tekanan darah (blood pressure). Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.


2) Bawang putih (Allium sativum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis bawang iaitu bawang besar, bawang merah, lik dan kucai. Bawang putih telah ditanam dan digunakan manusia semenjak beribu tahun dulu dalam perubatan dan masakan. Bawang putih seperti juga bawang merah dan bawang besar mempunyai daun dan bebawang yang berada dalam tanah yang cetek sahaja. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai satu bebawang, bawang putih dibentuk dari pelbagai bebawang yang mebentuk satu rumpun bebawang.


Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan dan utara Iran, Afghanistan dan Pakistan. Ia dari tumbuhan liar yang kemudian dibuat pembiakbakaan tumbuhan sejak dulu kala. Tanaman ini merupakan tanaman yang mendapat penekanan di negara oirental seperti di China dan Korea. Belum ada maklumat mengenai tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih. Negara pengeluar utama bawang putih didunia ialah China dengan 10.5 juta metrik tan setahun atau kira-kira 77% penghasilan dunia. Ini diikuti dengan India (4%), Korea (2%), Rusia (1.6%) dan Amerika Syarikat (1.4%). Malaysia merupakan negara pengimpot bersih utama bawang putih.


Bawang Putih digunakan dalam bentuk segar (untuk masakan dan perubaatan), dikeringkan dan juga diproses dalam bentuk serbuk. Penyimpanan yang sempurna membolehkan bawang putih tahan lama sehinga beberapa bulan. Di Malaysia semua bangsa menggunakan bawang putih dalam masakan harian terutamanya masyarakat Cina dan menjadi satu kemestian.


Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Ia telah digunakan semenjak 510 SM di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia. Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g), protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan (1.672 mg) dan selenium (14 micrograms). Kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia.


Bawang putih


Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser. Menjadi satu budaya di Korea dimana orang-orang tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian lain nyatakan ianya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan dan mngurangkan batuk.


Bawang putih digunakan sebagai bumbu yang digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.


Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan). Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.

Bawang Manis ~ sweet onion

3) Bawang manis adalah jenis bawang merah yang tidak 'pedo' (rasa yang menyengat). Keistimewaan bawang manis adalah disebabkan kandungan sulfur yang rendah dan kadar air yang tinggi bila dibandingkan dengan kelainan bawang lain.

Daun bawang ~ green onion

Bawang Merah

4) Bawang merah dikelaskan dalam keluarga Alliaceae dalam order Asparagales. Nama saintifik adalah Allium cepa var. aggregatum. Bawang merah lebih kecil serta lebih manis rasanya berbanding bawang besar. Bawang merah merupakan tanaman semusim. Ia memiliki umbi yang berlapis (bulb), berakar serabut, dan daun berbentuk silinder berongga. Umbinya terbentuk daripada pangkal daun yang bersatu dan membentuk batang yang kemudian berubah bentuk dan fungsinya yang seakan-akan umbi berlapis. Jadi, umbi bawang merah bukanlan ubi sebenarnya seperti ubi kentang ataupun ubi keledek. Ia terbentuk dari lapisan-lapisan daun yang membesar dan kemudiannya bersatu. Rasa bawang merah adalah sedikit pedas dan berangin.

Pokok bawang


Bunga bawang

Bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat dan asid folik. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi. Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang khasiat bawang merah terhadap kesihatan manusia. Dari hasil penyelidikan tersebut, mereka mendapati bahawa bawang merah mengandungi 2 sebatian utama. Sebatian pertama ialah sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan sebatian kedua pula ialah flavonoids seperti quercetin. Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory. Dari penyelidikan terkini, bawang merah di dapati effektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah didapati mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa (bawang besar). Bawang merah boleh menolong hati membuang toksin dari badan dan ia mempunyai saponins untuk menghindar dan membunuh sel kanser.



Bawang merah juga didapati boleh menghindarkan kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan seterusnya meningkatkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit symptomatic antherosclerotic, kardiovaskular, serangan jantung dan strok. Ia juga membantu meningkatkan fungsi otak seterusnya mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's. Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula bagi mereka yang menpunyai kencing manis dengan menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa. Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu penumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Ia mengandungi Prostaglandin A-1, agen yang kuat untuk mengurangkan tekanan darah (blood pressure). Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.

Bawang Perai

5) Bawang Perai/daun bawang nama saintifiknya allium porrum telah ditanam semenjak zaman Mesir kuno. Malah, sayuran yang turut dikenali dengan nama ‘leek’ ini mempunyai sejarahnya yang agak lama. Walaupun bawang perai dikatakan berasal dari Asia Tengah, namun begitu sayuran ini telah ditanam di daerah tersebut dan juga Eropah selama beribu tahun. Disebabkan termasuk dalam keluarga bawang, maka bawang perai juga mempunyai bau dan rasa yang agak sama seperti bawang itu sendiri.


Orang Greek dan Roman kuno amat menghargai bawang perai kerana kebaikannya terhadap tekak. Ahli falsafah Greek bernama Aristotle dikatakan telah berkata bahawa suaranya yang sentiasa jelas adalah disebabkan mengamalkan pengambilan bawang perai dalam pemakanan sehariannya. Sementara Maharaja Roman bernama Nero pula dikatakan telah memakan bawang perai setiap hari bagi membuatkan suaranya sentiasa kuat bertenaga.


Malah dikatakan pengambilan sayuran daripada genus allium dikatakan mampu menurunkan sepenuhnya kolesterol dan LDL, atau tahap kolesterol tidak baik, dan pada masa yang sama menaikkan HDL, atau tahap kolesterol baik. Penurunan kolesterol tidak baik adalah penting untuk mencegah perkembangan plak saluran darah yang berlaku dalam atherosclerosis dan penyakit jantung diabetik. Bukan itu sahaja, dikatakan sayuran allium mampu merendahkan tekanan darah tinggi yang juga merupakan salah satu risiko kepada serangan jantung dan strok.


Pengambilan sayuran allium dengan kerap dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit kanser prostate dan kolon. Penyelidikan yang memfokuskan kepada kanser kolon mengatakan bahawa beberapa sebatian yang dijumpai dalam makanan sebegini mampu untuk memelihara sel-sel kolon daripada toksin penyebab kanser. Pada masa yang sama, mampu menghentikan pertumbuhan dan penyebaran sebarang sel kanser yang mungkin berkembang.

Pokok bawang perai
 

Bawang perai dikatakan kaya dengan kaempferol. Malah penyelidikan berkaitan pengambilan flavonoid dalam 66,640 dalam Kajian Kesihatan Jururawat antara 1984 dan 2002 mendedahkan bahawa wanita yang mengamalkan pemakanan seharian yang lebih kaempferol mempunyai pengurangan risiko kanser ovari kira-kira 40% jika dibandingkan dengan wanita yang memakan makanan kurang kaempferol.
 
Bawang perai juga merupakan sumber terbaik bagi mineral mangan dan vitamin B6, vitamin C, folat dan besi. Gabungan khasiat ini juga membuatkan daun bawang mampu membantu menstabilkan gula dalam darah dengan cara memperlahankan penyerapan gula daripada sistem usus, serta mempastikan khasiat ini diproses dengan baik dalam tubuh.

Sebagai sayuran yang mempunyai khasiat tersendiri, bawang perai mempunyai kandungan khasiat dan mineral seperti protein, vitamin C, sulfur, minyak asas serta rendah kandungan sodium. Bahagian daun bawang perai yang berwarna hijau dikatakan lebih berkhasiat daripada bahagian yang lembut. Apa yang menariknya, selain dijadikan sayur, kadang kala bawang perai dimakan mentah disebabkan rasa bawangnya yang sederhana.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...