Selamat Hari Raya Aidiladha semua. Hari raya ni penduduk kat belah Kelantan dan Terengganu sure beraya sakan kan. Betul ke? Ada sesapa kat sini yang jalankan ibadah korban? Kami masih belum mampu walau keinginan tu tinggi. Insyaallah may be next time ;)
Aidiladha... Kami kat sini agak kurang meraikannya. Entah le sebenarnya dulu waktu Allahyarham datuk saya, Haji K.S Mohammed masih ada, kami raikan Hari Raya Aidiladha ni sama je dengan Hari Raya Aidilfitri. Meriahnya sama. Bukan takat ada ketupat lemang tapi siap dengan memasing berbaju cantik segak bergaya. Anak-anak kecil tetap dapat duit raya macam waktu sambutan Hari Raya Aidilfitri. Seronok sangat waktu tu.
Tapi bila Allahyarham pergi tinggalkan kami, semua tu makin lama makin hilang. Entah le saya pun tak tahu kenapa mungkin sebabkan dah tak der ketua keluarga jadi memasing mula tuju arah yang berbeza. Tradisi makin lupus. Nak-nak pulak bila sepupu-sepupu pun dah makin membesar dan punya keluarga masing-masing. Makin menjauh le.
Kadang tu memang le sebelah pihak nak raikannya. Tapi sebelah pihak lagi agak kurang bersemangat maka kemeriahan tu makin lenyap le. Akhirnya tengok orang je la raikan hari yang mulia ini sambil mulut dan hati mula berkata "Kat sana best raikannya. Tapi kat sini booooring". Ada jugak yang ambil kesempatan bercuti kat rumah sedara atau kenalan yang tinggal di negeri-negeri berkenaan semata-mata nak merasai kemeriahan sambutan Aidiladha kat sana.
Kemeriahan terasa andai bersama keluarga. Namun jika berpakaian kemas dan cantik makin terasa nikmatnya |
Tapi apa yang pasti sebenarnya semua tu datang dari dalam diri memasing. Bukan orang lain yang tentukannya. Kalau benar kita nak raikan, walau dimana sahaja pasti boleh. Tak perlu berbelanja lebih atau lakukan sesuatu yang luar biasa. Cukup sekadar bangun awal dan kenakan pakaian yang bersih dan kemas. Kemudian tujulah ke masjid untuk bersolat raya. Selepas itu bersalaman dan menjamu selera dengan juadah raya yang disediakan. Kemudian keluarlah raikan dengan menziarahi sanak saudara. Pasti kemeriahan akan terasa. Buat anak kecil kalau agak-agak kureng budget, sediakan duit raya cukup sekadar 50 sen yang diletakkan di dalam sampul raya. Insyaallah kemeriahan tetap terasa.
Rindunya saya akan kemeriahan dulu-dulu. Kenangan yang tak mungkin hilang dalam ingatan. Kasihan pulak saya pada anak-anak sebab kemeriahan yang saya kecapi dulu tidak dapat mereka kecapi lagi. Akan saya usahkan Insyaallah agar tradisi ini akan semarak semula. Ikatan kekeluargaan akan bertambah kukuh dan kebahagiaan akan terasa Insyaallah. Oklah nak keluar untuk berziarah pula.
Salam Aidiladha!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan