Alhamdulillah baru-baru ni kitarang dapat order baru untuk cawangan baru Pasaraya Mydin Hypermarket yang dibuka di RTC Gopeng. Mydin ke Gopeng pulakkkkk!!!! Husss dahsyat tu dalam setahun ni 3 tempat yang dibuka oleh Mydin Holding kat Perak ni yer... Amboiii perkembangan baik nih.
Tahniah le untuk warga Mydin Holding atas pertambahan cawangannya terutama buat Datuk Ameer Ali Mydin. Tahniah juga buat Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zamry Abd Kadir sebab Perak mula nampak berkembang dibawah pentadbiran beliau. Memang terbaik. Ini lah tokoh yang sebenar-benarnya bekerja untuk perkembangan negeri dibawah pentadbirannya. Dengan perkembangan ni semua orang dapat merasa, Insyaallah. No politics please... Tapi saya berkata sekadar sebagai warga jati negeri Perak yang sayangkan negerinya. Selama ni Perak ni dumm je satu hapa pun tarak. Tapi sekarang terutama bermula tahun 2011, nampak semakin berubah. Tengoklah kat Taiping ni, makin banyak pelabur yang masuk untuk memeriahkan ekonomi kat sini. Harap-harap perkembangan ni akan setanding negeri Selangor kalau tak KL pun hihihi.
Tapi dalam berkembang tu saya amat harap yang pihak dari Bahagian Pelancongan Negeri Perak akan giatkan usaha dalam menjaga, memulih dan menaikkkan taraf setiap bandar kat Perak terutama kat Taiping ni sebagai Bandar Warisan yang tertua kat Malaysia ni. Mulakan langkah untuk pulihara warisan lama. Dan kalau boleh bangunan lama yang ada kat Perak tu cat le bagi baru dan kekalkan identiti sebagai bandar pertama.Mungkin akan memakan belanja lebih sikit tapi Insyaallah mula-mula je lepas tu jaga dah tak susah. Jadikan Taiping (Perak amnya) destinasi pelancongan bersejarah. Cakap memang mudah tapi kalau ada team yang berilmu macam staff Majlis Perbandaran lagi mudah hihihi. Nak mudah lagi syaratkan pada syarikat yang punya pegangan terhadap bangunan lama untuk cat atau indahkan bangunan diarang setiap 5-7 tahun sekali. Masa tu beri le apa-apa imbuhan sikit kat diarang seperti cukai pintu dikurangkan. Bukan nak rugi kalau dapat dilampir dalam sektor pelancongan pulak. Give and take kata opah hihih. Dari situ tak le nampak kusam sangat bandar.pekan kat Perak ni.
Dhaif nampaknya kan... Tu yang sedih sangat tu |
Kat Kuala Kangsar tu pun kena lebih sikit kerjanya. Bersyukur kita dapat Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak yang tak kisah tapi jangan le sampai kita tak jaga nama baik baginda dan imejnya. Tu hari saya pernah le jejalan kat situ bersama keluarga disebelah malam. Isk sedih sangat rasanya. Pihak Perbandaran bersama Pelangcongan Negeri Perak sepatutnya lebihkan kat sini dari segi menaiktaraf sebagai Bandar Diraja. Ni tak banyak ciri-ciri tu yang dapat kami lihat. Sepatutnya istana dihiasi indah. Bagi cahaya yang gemilang sikit kat jalan menuju ke istana hingga ke istananya. Tambah sportlight sikit kat kone-kone yang boleh nampak gemilangkan istana kita. Jangan le hala ketingkap tapi kat dinding-dinding yang tak der tingkap le. Kang silau lebih pulak hihihi. Buat macam kat Galeri Sultan Azlan Shah tuuu. Ini saya tengok ada gak yang lampu rosak le apa. Jangan le macam ni.. Malu pelancong tengok. Jangan kata orang luar orang tempatan pun rasa tak tertarik tengok. Kalau rosak baiki segera. Alah udah pergi kerja hari-hari jangan le bertangguh nak simpan banyak-banyak kerja baru nak buat. Ada sikit siapkan baru senang handle. Tu le amanah dalam bekerja.
Gelap je, tak nampak Istana Perak harap nampak gate jer isk... |
Kalau nak bina bangunan baru kalau boleh tu biar ler sejajar dengan kisah atau sejarah kat satu-satu tempat tu. Jangan pulak bandar diRaja tapi yang dibina bangunan futuristik. Rasa janggal je. Tapi kalau boleh gabungkan bagi ada ciri modern dengan warisan. Lagi cunn.
Ehhh dah tersalah masuk channel pulak hihihi. Ni saya melalut ni janga pulak ada yang marah yer. Bukan nak tunjuk pandai tapi saje nak memandai hihihihi. Jangan marah yanggggg hihihi.
Contoh bangunan lama yang dimodenkan |
Gabungan tradisi dan moden di Bangunan KLCC |
Back to main topic pulak hihi. Jauh melencongnya. Jadi dengan ini Insyaallah Sos Char Kueyteow 2 Puteri akan turut berada di Mydin Hypermarkat Gopeng. Tak le pulak saya pasti bila bukaknya tapi kitarang kena hantar ke sana 21 haribulan November nih. Jadi nanti buat warga Gopeng such as warga Kampung Pulai, Kampung Gunung Mesah; Cenderiang, Lambor, Pasir Salak dan kawasan yang seantero dengannya sila le dapatkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri kat Mydin Hypermarket Gopeng yer. Cari kat bahagian IKS atau Sos. Juga dah ada kat Mydin Hypermarket Meru Raya, Manjoi dan di cawanga Tesco iaitu di Tesco Ipoh, South Station 18, Manjung dan Tesco Extra Ipoh yer. Yang ni kat bahagian 'Produk Malaysia Citarasa Kita'.
Pada yang dah cuba produk kitarang, Sos Char Kueyteow 2 Puteri ngan Cili Boh Asli 2 Puteri terima kasih banyak-banyak. Teruskan bersama kami yer sampai bila-bila :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan