Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahad, 21 Oktober 2012

Sukaneka & Pertandingan Mewarna Yang Meriah


Firstly nak ucap welcome to Mel sebab memolow laman ni. Juga buat Crazy Jokes, Wani, Missy Iena, Gangnam Style, Sheryna Cute, 'Blog Awak Cantik', Miss Sofia, Pecinta Rahsia, Didie Qistina dan lelain sebab bagi sudi blogwalking dan komen serba sedikit pasal blog simple ni. Ada gak member yang lepas tengok blog ni call tanya siapa yang tolong arrangekan semua kat sini. Heheh sebenarnya saya yang amatur ni main hentam je buat sendiri blog ni. Dengar kat afree buat je la hihihi. Pastu ada gak sahabat kita yang sudi polow sis Znuriniatti bagi pandangan tentang susunaturnya. Sebenarnya banyak lagi yang saya tak pandai maklum sajalah dah tetua ni baru nak kenal blog. Nak belajar tak tahu kat mana hihihii.

 
Wokay back to the story mory the morning glory.... Pagi ni pepagi lagi anak-anak dare saya yang dua orang ni dah bangun. Tengok jam baru 7.03 pagi. Perghhhh. Excited sangat sebab kat taman tempat tinggal kitarang ni ada anjurkan Sukaneka untuk seluruh penduduk taman. Diarang ni sebenarnya memang macam tu. Memang jenis bangun awal tapi tidurnya isk lambat bebenor. Kadang tu jam 12.00 malam kalau tak bertempik harusnya celik lagi. Yang peliknya mana dapat energy tah melompat sepanjang hari pulak.


Lepas siapkan diarang, kami pun terus keluar. Tak sempat nak breakfast sebab tak ingat sangat sebenarnya jam berapa nak mula hihih. Sebabnya dah terlalu sibuk saya tak ingat mana le saya letakkan surat yang diterima pasal aktiviti sukaneka tu. Ikut rancangan kalau majlis tak mula lagi, kitarang singgah breakfast kat kedai je la.

Last year punya gambo. Hihihi boooleh la....

Masa tu dalam kul 8 lebih sikit rasanya. Tengok memang baru nak sampai je peserta pertandingan mewarna yang terdiri dari kanak-kanak tadika. So kitarang pun apa lagi terus tunaikan hajat mengisi perut yang lapar ni hihihi. Afif nampaknya dah mula risau takut lambat. Langsung tak jamah apa pun. Takat minum air je. Risau sebab lambat ker atau apa tak pastilah. Tapi semalam ada gak dia cakap cikgunya kat sekolah cakap dia tak pandai warna. Aduhai cikgu, apsal le berterus terang sangat cikgu sayang oii. Kecik hati budak tu. Kalau dia percaya yang dia tak pandai maunya keseluruhan hidup dia lebur dengan kata-kata yang macam tu. Sepatutnya cikgu kena le pandai berdiplomasi sikit sebab budak tu baru je tadika. Tak semua orang dilahirkan terus pandai. Mendidik anak-anak yang tak tahu jadi tahu le tugas seorang guru.


Saya pun tak faham cikgu tergamak cakap macam tu kat anak-anak kecil. Kalau dah besar pun jangan le macam tu. Sebabnya pada saya masa diarang masih panjang. Sepanjang tempoh membesar diarang nanti akan banyak yang akan diarang perolehi. Insyaallah tapi yang tu yang banyak saya lihat pada sahabat-sahabat saya yang kini bersua kembali. Ramai yang berjaya walaupun dulu agak lemah. Lagi pun kuasa Allah kita tak tahu. Rezeki ada kat kana-mana. Mungkin cabang lain yang lebih sesuai dengan kita nanti. Hehheh berhujah le pulak saya heheh. Itu sebab saya suka tulis blog hihihi.



Masa sampai semula kat dewan tu nampak pertandingan dah mula. Nasib baik sempat lagi. Tinggal lagi 1/2 jam katanya. Eitttt sekejapnya masa. Rasanya makan tadi jab je hihih. Amboi dah mengadap makanan masa pun tak hengat dah. Terus suruh anak-anak keluarkan warna. Mulanya Izaz teman je last-last dia pun joint sama sebab tak ramai yang masuk. Nampak cantik je pun anak dare saya mewarna. Tapi hola lambatnya sebab kot kuar sikit dia sibuk nak padam takut tak cantik katanya. Isk budak ni. Tak sangka lak anak-anak dare ni pandai padankan warna buah. Tahu lak manggis tu warna purple dan mangga tu kuning. Rasanya ibu nih jarang sangat bagi makan buah-buah tu hihi. Apa pun syukur Alhamdulillah ;)


Pastu kitarang ke tapak sukaneka kat belakang dewan. Banyak gak game yang dianjurkan. Peras gak Mr Hb tak enter pun nama kitarang untuk sukaneka. Kot leh lari berpasangan pun ok gak hihihi. Afif ada gak game apa dia masuk tapi kalau dah tak register camno. Tengok je la. Ada gak cabutan bertuah. Tunggu punya tunggu nombor tak naik-naik pun walau akak ada 3 nombor. Isk memang tak bertuah langsung hikhik. Sampai kul 12.40 kitarang pun balik walaupun ada lagi 3 games sebelum announce nama pemenang pertandingan mewarna dibuat.




Mulanya sian gak kat anak tapi dah Mr Hb tak sihat lagi so balik je la. Afif tanya gak hadiah dia tapi lepas terangkan tak semestinya yang masuk dapat hadiah baru dia paham. Tu pun kena susun ayat betul-betul sebab budak-budak kalau dah excited susah.


Alhamdulilllah syukur sebab penduduk kat sini semuanya boleh berkompromi walaupun pandangan masing-masing berbeza. Memang meriah sangat acara sukaneka tadi dan paling penting ramai gak yang boleh cari rezeki sampingan. Paling saya suka bila anak-anak remaja berniaga burger. Sampai 6 orang bekerjasama. Ada pulak bahagian memasing, yang potong roti, sapu mentega, masak daging hihihi. Baguslah sekurang-kurangnya diarang tahu ambil peluang apa yang ada jangan nak tunggu je.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...