Khamis, 18 Oktober 2012

Perkhabaran Produk di Tesco Store


Semalam saya ke Tesco Ipoh dan Taiping untuk tinjau Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Sebenarnya ada urusan dikawasan-kawasan yang berdekatan dengan kedua-dua store berkenaan. Jadi ambik peluang le untuk singgah, lawat dannnn shopping! Hheheh.


Kat Tesco Store Taiping sehingga semalam masih tak ada. Bila tanya pada petugas yang berdekatan, katanya tak sampai lagi. Sedih gak ler sebab dah 1 minggu kitarang hantar. Tapi tak per lah, Insyaallah kot ada rezeki tak ke mana. Lagipun dah hantar dah cuma tunggu diletakkan kat rak je lagi. Tapi tu le sian gak kat kengkawan sebab ada yang dah bertanya. Sabar ye pada yang menanti tu :)


Lepas tu kitarang ke Ipoh pulak. Kat sana lepas selesai apa yang perlu  kitarang singgah Mydin Hypermarket Meru Raya dulu. Kat Mydin saya tengok Sos Char Kueyteow 2 Puteri kat bahagian Agrobazaar ada 2 tingkat. Below eye line. Kat bahagian sos pulak ada sikit je tapi above eye line. Alhamdulillah nampak bergerak cepat gak le produk kitarang terutama kat line sos walaupun kedudukannya tinggi sikit. Kat line Agrobazaar tak pasti sebab banyak diarang letak heheh. Diarang order tu hari pun banyak. Syukur sangat n' thanks pada sesiapa yang dah cuba. Kalau nak resepi lain selain Char Kueyteow sila rujuk bawah label Resepi 2 Puteri kay :).


Than kitarang bergerak pulak ke Tesco Store Ipoh. Kat situ pun cuba jengah le tengok ada tak lagi Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Sebenarnya selama kitarang pergi Tesco Ipoh memang tak tahu pun kat mana lorong IKS ni. Tercari-cari le jawabnya. Alhamdulillah kami jumpa lorong IKS ni yang tertulis kat situ "Produk Malaysia Citarasa Kita" ada kat belah depan lepas kaunter bayaran tu. Kat belah menghala ke bahagian air, kat situ tulis bahagian bijirin. Ianya mengadap bahagian sayur kat belah belakangnya.



Syukur ada akhirnya produk kitarang kat situ. Below sikit eye level. Dijual dengan harga RM5.20 sahaja memang murah dan berbaloi le sebab dengan sebotol ni boleh dapat 10 pinggan hidangan. Makan pun puas :). Biasanya kalau beli kat kedai RM3.50 - RM4.50 sepinggan. Tapi dengan sebotol ni dah untung 8 1/2 pinggan lagi heheh. Tolong kira sebab kalau bercadang nak buat berniaga pun boleh heheh.


Alah jangan risau le nak kena buat char kueyteow selalu pulak sebab sos ni boleh buat hidangan lain sama. Macam masak sambal tumis ikan bilis, nak buat perapan ayam untuk nasi ayam atau ayam golek, masak kicap dan lelain pun boleh. Sesetengah resepi dah saya kongsikan kat sini. Insyaallah akan saya kongsikan lagi resepi yang guna Sos Char Kueyteow 2 Puteri ngan Cili Boh Asli 2 Puteri kat sini. Cumanya slow-slow la yer sebab saya pun kadang kala bercerita hal lain sama heheh. Blog ni tak fokus sangat pasal nak jual produk sebab saya lebih suka berkongsi pelbagai cerita dengan kowang sumer. Tak le boring hehe. I wanna be close with all of U heheh.


Anak dareku Afif Khadyeeja Hairol n' Izaz Rashyeeda Hairol jadi model untuk ibu tapi apsal pegang botol lain tu???

Bila dah jumpa tu apa lagi terus snap gambo le untuk kenangan dan berkongsi kat sini. Bila dah sesekali berpeluang bergambo ni apa lagi anak dare 2 orang pun joint sekaki le bergambo. Nak buat cam ner dah takle bergambo selalu macam dulu dah hihihi...


Pasal Cili Boh Asli 2 Puteri pulak, Insyaallah akan menyertai Sos Char Kueyteow 2 Puteri kat Tesco Store sedikit masa lagi. Setakat ni kitarang baru hantar kat Tesco Store Bandar Bukit Puchong yang baru bukak tu :). Order baru dapat dari Tesco jadi kemungkinan dalam minggu depan kot ada kat pasaraya tu. Dia pun bukan kat bahagian fresh tau sebab kitarang masuk bawah IKS atau "Produk Malaysia Citarasa Kita" so sila lihat kawasan yang ada lebel tu yer. Kedudukan bahagian tu tak tentu dan tak sama antara satu cawangan dengan cawangan yang lain. Nak tengok kat sign yang diarang tulis besar-besar sebelah nombor lorong pun ta der jadi kena cari le sikit. Tapi kalau dah biasa tengok tahu le sebab kat lorong yang sama ada produk keluaran Tabung Haji (TaHa), Fama (Agromas), Felda, M.H Mohamad, Jalen dan lelain yang besar. Heheh terasa hebat sebab dah duduk sekali dengan nama-nama besar heheh ;)


Insyaallah akan kami usahakan untuk dapat bawa masuk ke bahagian fresh jugak satu hari nanti. Insyaallah itu target kitarang sedikit masa nanti. Buat masa sekarang kumpul modal dulu heheh. Banyak lagi yang kena siapkan berkaitan penampilan kitarang untuk lebih menarik. Pasal qualiti Insyaallah dah tak risau sebab kitarang buat yang terbaik, guna bahan yang terbaik dan dari segala aspek penyediaan memang ikut Kementerian Kesihatan Malaysia gariskan. Insyaallah semua tu kami jaga dan teliti sebab satu sahaja hasrat kami, rezeki yang halal untuk anak cucu kelak. Berkat dari penjagaan sebegitu kot kami dengan modal yang terhad dapat meletakkan diri sebaris dengan produk yang hebat lain dalam tempoh hanya 2 tahun beroperasi. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih semua.


Insyaallah next time saya update lagi pasal produk kitarang kat Tesco Store ni. Tapi rasa saya trailer Tesco tu hantar satu cawangan ke satu cawangan jadi tak dapat serentak le. Insyaallah hari ni mungkin akan sampai ke Taiping (tempat permulaannya heheh) dan akan ke uatra pulak lepas tu. Just beri masa dalam 2-3 hari lagi?!? boleh le kot :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...