Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 24 Oktober 2012

Nugget Kacang/Kacang Goreng Tepung/Kacang Botak 2 Puteri


Hari nak kongsikan satu resepi. Snek untuk dijamu untuk tetamu semperna Hari Raya AidilAdha nanti. Tapi sekarang nak jamu tekak jab sebab tengah berpiluan sebab Sos Char Kueyteow 2 Puteri tak sampai lagi kat Tesco. Ramai yang dah bertanya. Pening kepala nak menjawab.


Resepi yang best saya dapat dari My Resepi yang sesuai untuk hari perayaan atau masa-masa lain pun boleh gak sebab senang jer nak buatnya adalah Nugget Kacang. Saya tak ingat milik siapa resepi ni sebab saya ambil ni tahun lepas lagi. Dah banyak kali buat pun.


Nugget Kacang atau ada yang panggil Kacang Botak ni memang sedap dimakan tak kira bila-bila masa pun. Tak payah tunggu musim perayaan pun ok sebab memang mudah sangat nak sediakannya. Sedap lak tu. Ni kalau makan sambil menonton ni harus tak sedar tup tup dah licin sebalang kau. Hehehhe... Nak pulak masa tengah sedih macam ni lagi le tak sedar hihi.


Dulu masa sekolah rendah saya pernah buat dengan ibu saudara, Siti Aminah K.S Mohammed untuk berjualan. Tapi masa tu kita tukang goreng dan tukang timbang jer. Bab lain dia yang handle so tak tahu ler apa bahan dan sukatannya. Memang laku sungguh Nugget Kacang ni masa berjualan dulu. Seingat saya kerap gak kitarang projekkan Nugget Kacang ni.


Nasib baik masa skodeng resepi kat My Resepi tu saya terjumpa resepi ni. Terus buat you walau masa tu bukannya masa perayaan pun. Anak-anak pun suka dengan Nugget Kacang ni.


Heheh... Last year saya pun pernah buat jualan Nugget Kacang ni. Laku sangat. Memang kena buat selalu. Tapi sekarang dah stop sebab nak kena tumpu lebih kepada penghasilan produk 2 Puteri saya. Untuk raya tahun ni salah satu hidangan yang saya buat adalah Nugget Kacang ni.


Senang jer kalau uolls nak buat. Sempat lagi la walaupun baru nak buat malam raya nanti. Jom tengok resepinya.


Nugget Kacang 2 Puteri

By: Sahabat My Resepi
Hasil:  Sebalang


Bahan-bahan
  • 500g kacang tanah
  • 1 biji putih telur
  • 1 1/2 inci halia - saya kurangkan sebab tak mahu bau halia lebih sangat
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 cawan tepung beras
  • 2cm serbuk cili - saya gantikan dengan 1/2 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 1 cawan air
  • 4 biji cili padi - jika suka. Saya tak masukkan pun
  • Gula dan garam secukup rasa

Caranya

1. Tumbuk halia, bawang putih dan cili padi.

2. Pukul telur putih dengan garfu sekejap.

3. Campur semua bahan kecuali kacang. Gaul rata.

4. Masukkan kacang, biar sebati.

5. Goreng atas api kecil hingga masak. Selalu kacau agar tak melekat.


* Untuk kacang tak melekat, tambah 1 sudu minyak dalam adunan.


Haaa... Dah siap. Bila udah sejuk masukkan dalam bekas kedap udara. Agak-agak esok nak raya masih sempat buat lagi ni. Mudah jer kan ;)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...