Ahad, 7 Oktober 2012

Bubur Pulut Hitam.. Lazat!


Assalamualaikum.


Dah lama saya tak buat bubur pulut hitam kesukaan Mr Hb ni. Semalam masa selongkar almari stok ternampak ler ada beras pulut hitam ni yang saya beli masa ke Bukit Kayu Hitam tempoh hari. Sib baik elok lagi. Jadi alang-alang dah jumpa ni terus ler saya rendam beras pulut tu. Kang kalau disimpan lagi tak bila pulak nak buatnya.

Ni ler rupanya padi pulut hitam ni. Jumpa tadi kat rumah Fazlisyam :)

Baruku tahu begini rupanya beras pulut hitam ditangkai...

Saya suka rendam semalaman sebab cepat sikit masa rebusnya nanti. Kalau tak maunya membazir gas sebab nak tunggu dia kembang memang lama sangat. Tak tahu ler kalau ada sesapa yang tahu cara nak cepatkan proses pulut hitam ni kembang. Kalau ada leh ler kongsi dengan saya yer.

Beras pulut hitam yang akan digunakan utuk buat bubur dan apam balik pulut hitam berkelapa

Pulut hitam yang dah kembang saya ambil sikit untuk buat Apam Balik Pulut Hitam Berkelapa pada sebelah pagi. Hehehh siapkan dulu hidangan yang saya teringin nak buat dan nak cubanya. Pagi makan Apam balik ni dulu. Petangnya saya siapkan pula bubur pulut hitam ni. Heheh kiranya seharian makan hidangan yang berunsurkan pulut hitam. Ok lah... Alang-alang nak buat kan.


BUBUR PULUT HITAM 


Bahan-bahan
  • Beras pulut hitam - basuh dan rendam semalaman
  • Santan- lagi pekat lagi best hehehh
  • Daun pandan
  • Gula pasir
  • Gula melaka
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Caranya

1. Basuh sekali lagi pulut hitam yang direndam tadi dan rebus sehingga kembang. Jangan lupa masukkan daun pandan yang telah disimpul yer. Nak bagi wangi bubur nanti. Kalau nampak kurang air boleh tambah tapi jangan ler banyak sangat agak-agak pekat mana nanti kita nak bubur tu jadinya.

2. Bila beras pulut hitam tu dah empuk dan mengembang (kelihatan pecah-pecah dah berasnya) boleh ler ditambah gula pasir, gula merah garam dan santan.

3. Gaul sebati dan sehingga ianya mendidih. Kacau selalu supaya ianya tak pecah minyak nanti. Agak-agak ler yer kepekatannya ikut selera kita. Bila dah masak tutup api. Wokeh siap :)

4. Nak nampak cantik macam dalam gambar kat bawah?? Mudah je masa dah dituang dalam mangkuk tu tuangkan sikit santan pkat kat atasnya. Buat ler bentuk apa yang disukai :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...