Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 13 Oktober 2012

Bahan Masakan: Shortening


Hari ni saya cuma nak kongsi satu ilmu je berkenaan shortening. Sebabnya agak bizi sikit sebab nak kena siapkan order Cili Boh Asli 2 Puteri pulak untuk dihantar ke Tesco Store. Lagi pun tadi ambik masa sikit untuk hias blog ni serba sedikit. Harap-harap menarik la yer.



Shortening atau lemak sayuran mengandungi 100% lemak sayuran (ada juga dari sumber haiwan) yang beku pada suhu bilik. Ia adalah lemak sayuran selalunya dari sumber kelapa sawit atau kelapa. Juga dikenali sebagai planta putih. Warnanya putih dan teksturnya sama dengan mentega. Biasanya digunakan untuk buat roti, biskut, donut (jadikan lebih lembut dan gebu) dan salah satu bahan untuk buat krim kek. Krim kek akan jadi lebih keras dan tak mudah cair.


Bila kita membuat pastri dan menggunakan shortening ia akan menghasilkan pastry yang flaky (berlapis) hasil penggunakan lemak sayuran yang telah dilapis dengan tepung. Bila membuat biskut shortening selalu dipukul bersama gula supaya ia dapat memerangkap udara dan dapat menghasilkan biskut yang ringan.


Shortening juga bertindak sebagai bahan yang dapat menyatukan bahan-bahan yang berminyak dan juga bahan-bahan cecair supaya ia dapat bersatu dan sebati dengan sempurna. Biasanya kalau kita buat shell untuk tart telur contohnya ia membantu untuk merangupkan/mengeraskan adunan. Sebab tu ia digunakan sekali dalam buttercream supaya adunan mudah dibentuk dan tahan lebih lama. Teksturnya lebih padat berbanding krimwell.



Kay la lepas ni nak masak tengah hari. Mr Hb teringin nak makan Sotong Sumbat. Insyaallah nanti saya kongsikan kat sini resepi yang mengiurkan yang saya ambil dari blog Dayang Jack. So izinkan saya beredar dulu.... For all have a nice weekend & Selamat menambah ilmu ;)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...