Rabu, 24 Oktober 2012

Pening Kepala Nak Menjawab... Cik Tesco Tolong Le Teman Ni..


Hari ni ramai sahabat yang mengadu puas cari produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri kat Tesco tapi tak der. Isk macam mana leh jadi macam tu. Nampaknya kena call pegawai yang incharge le jab gi. Pening teman nak menjawabnya. Leh stress oooo. Sian pun ada sebab susah payah diarang gi cari last-last hampeh.


Lama wooo gi hantar tu hari. Masuk esok dah 2 minggu dah hantar. 2 minggu bersamaan 14 hari. 14 hari bersamaan 840 jam. Jadi takkan tak sempat nak agihkan? Treller banyak kat sana. Aduh... Aduh...


Yang peliknya kat Tesco Ipoh, Tesco Kota Bahru dah sampai. Tesco Kota Bahru lagi dahsyat, agak-agak baru je 2 hari tengok ada kat Tesco Ipoh dah masuk order baru untuk dihantar ke Kota Bahru lagi.


Camner nak jelaskan. Penat beriklan jadi cam ni pulak. Harap-harap esok gi hantar Cili Boh Asli 2 Puteri diarang tak le simpan lelama jugak kat gudang. Kalau jadi juga tambah pening le teman huuuu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...