Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 16 Oktober 2012

Berjumpa sahabat lama... Facebook TQ!


Hari ni lepas check order Tesco dan email terus ke facebook. Lama gak tak lawat fb sendiri. Kan per takut kalau dah masuk sangkut. Tapi tu le pentingnya fb leh jumpa sahabat-sahabat lama. Rindu dengan cerita-cerita dedulu. Tapi tu le dah lama tak jumpa rasa canggung gak. Paling tak best kalau ada yang ingat-ingat lupa sapa kawan tu. Maunya merajuk dia sebab otak yang makin karat ni terserlah kekaratannya dalam mengenali semula mereka tu. Heheh tapi nak buat cam ner lagi baik dari terus ngaku kenal tapi tersalah masuk siaran hehe.


Hari ni pun akibat masuk fb dah sangkut lagi. Banyak urusan dah tertunda. Isk!


Sebabnya sejak dua tiga hari lepas saya bertemu kembali sahabat lama zaman sekolah rendah. Isk duduk kampung sama tapi masing-masing tak pernah berjumpa dah. Sibuk arah sana sini kot heheh. Dalam fb bertemu kembali. Banyak yang dibicarakan. Sedar tak sedar dah lebih 2 jam bergebang. Ha kau.... Apa yang digebangkan pun ta le. Banyak merapunya dari yang serius heheh. Tambah pulak ada dua tiga orang jenis suka bergurau so lagi rancak le.



Dulu saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah. Memang dekat sangat dengan rumah atuk nenek. Akibatnya memang glamor le waktu tu orang yang terakhir sampai ke sekolah saya bersama cousin. bunyi loceng je, masa orang nak tutup pagar baru tercungap-cungap sampai. Tradisi ke sekolah lambat terbawa-bawa sampai sekolah menengah kat Sekolah Menengah Gunung Rapat, Ipoh. Heheh nak buat cam ner habit malas nak bangun awal so dah tu kelam kabut la jawabnya.


Masa kat sekolah rendah tu saya agak glemer sebabnya yang pertama kelincahan saya kot heheh. Memang panjang langkah dan nakal sikit dedulu. Ada je nak diusiknya. Pergi penjuru sana penjuru sini seluruh kampung main memang tak hengat. Sib baik tak bawak sampai tua heheh. Eh yer ke? Heheh.


Selain tu rekod atuk saya yang satu-satunya mamak kat sini memang menonjolkan lagi saya yang havoc nih. Atuk, Haji K.S Mohammed datang dari India dan berkahwin dengan wanita di sini iaitu nenek saya, Hajah Yong Abdullah. So sampai sekarang kalau cakap 'Cucu K.S' orang tahu le saya. Bukan tak der cucu lain sebab atuk ada 41 orang cucu tapi saya je yang dapat tittle tu sebab saya je satu-satunya cucu yang tinggal dengan atuk dari kecil sampai tua bangka. Cucu manja atuk le katakan hehehe. Perasan le pulak heheheh.



Dapat pulak mak sedara garang mengajar kat sekolah yang sama memang tambahkan lagi le saya punya keglameran. Cikgu Siti Fathimah Haji K.S Mohamed memang terkena dengan ketegasan dan suaranya yang leh sampai ke rumah tiap kali bersuara kat kitarang yang bijak-bijak nih. Tapi walaupun garang masa mengajar, waktu lain leh pulak bergurau. Tak takut lak. Pelikkan heheh. Tapi sebab dia tegas le kami anak murid dia leh berjaya. Syukur sangat. Cikgu-cikgu lain pun banyak membantu. Kot tak mana le nak pandai kan....



Saya pulak antara yang terbaik dan terbijak waktu tu. Hehehh.. Memang skor le tiap kali exam. Nak kata rajin membaca tak juga  sebab dalam buku ada buku lain heheh. Tapi saya banyak beri tumpuan masa cikgu mengajar kat kelas. Tapi tu le bila dah besar, tengok orang lain pulun belajar kita pun ingat kena gak le macam tu rupanya itu punca kejatuhan saya. Bab ni Insyaallah next time kot ada rezeki saya akan ceritakan. Dah tetua dan bila dah ada anak baru tahu sebab musababnya. Yang berlaku dah berlaku so teruskan je la. Cuma lepas ni dekat anak kena tahu le apa yang wajar dilakukan supaya tak jadi macam saya. Menyesal tak sudah. Tapi kenangan masa sekolah rendah wajib akan naik ke pentas untuk terima hadiah kerana terbaik dalam pelajaran. Itu kenangan yang paling saya hargai.

 


Ada gak rakan-rakan lain yang sama handal dalam pelajaran. Memang kami berlumba betul masa tu. Hasnah Taib, Azmarul Nordin, Fazlee Salleh, Azhari Awang dan lain-lain memang selalu berentap dengan saya selain my dear cousin, Zamuzee Zakaria. Tapi sekarang bila tengok balik profession diarang huhuhu rasa rendah sangat diri ni. Saya je rasanya yang kurang berjaya. Huhuhu sedihnyaaaa....


Dulu, masa meningkat remaja peluang untuk saya tak ada. Yea la nak harapkan atuk yang dah berusia memang payah le. Atuk pulak mana ada pencen sebab dia bekerja sendiri, harapkan duit pemberian anak-anak. So takat dia sekolahkan saya pun bersyukur sangat dah. Walaupun saya pernah terjumpa surat tawaran ke UITM yang tersorok tapi tak pe la redha...


Jadi sekarang kena usaha lebih la lagi untuk anak-anak. Jangan jadi macam saya hihi. Kerja pulak sendiri memang kena pulun habis le bak kata orang. Jadi harap-harap usaha saya untuk majukan syarikat RM Ninetysixbillion Enterprise ni akan berjaya seiring dengan kejayaan produk keluaran syarikat kami iaitu Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri ni. Untuk itu saya harus pastikan produk kami ni benar-benar terbaik supaya kami dapat rezeki yang benar-benar halal untuk anak-anak. Memang jangan jadi macam saya.


Eh tersedih pulak hihihi. Apa pun saya bangga dengan kejayaan sahabat-sahabat lama. Seronok sangat dapat bersua kembali!! Moga ukhwah ni akan terus berkekalan jangan nak putus-putus lagi dah.... Salam kembali sahabat lama ku Sufiya Annisa, Azmarul Nordin, Missy Iena, Paksu Banjar, Roslee Jabran, Azuan Che Amal, Hairi Hamid, Mohd Nadzeri Osman dan lelain tu....


1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...