Lately Mr Hb selalu cakap yang my dear cousin selalu ngantor news kat Fb pasal Burger Bakar. Leh dikatakan seminggu dua tiga kali gak ler. Isk sedap sangat ke yang dema tu jadikan lokasi wajib untuk menjamu selera?? Tengok gambo yang diarang post memang menyelerakan. Tergoda gak le hamba hehhe. Tapi nak tumpang sekaki dua tak mampu jauh sesangat. So cakap kat Mr Hb jom le kita buat sendiri.
Alah sebelum-sebelum ni pun memang saya ada gak le buat patties burger sendiri tapi selalunya bakar guna pan. So tak der le rasa burningnya hehh. So dah Mr Hb tegur tu kesian le jugak. Masa ke market terus capai isi ayam untuk dibuat pattiesnya. Bahan-bahan lain dah ada kat umah. Senang le sikit kerja heheh.
Burger versi tak nak sihat heheh |
Saya ni kalau buat patties untuk burger selalunya akan tambah carrot sikit. Kengkadang kalau ada celery pun saya masukkan juga. Kan per nah buat versi sihat le konon heh. Tapi Alhamdulillah sedap le jugak walaupun yang buat ni amatur je. Tapi tu le tak pernah pulak saya buat daging lembu. Aaa yer asyik-asyik ayam. Apsal tah. Pelik gak. Baru saya sedar hikhikhik... Insyaallah next time try daging le pulak. Eh jom lah tengok resepi sempoi mempoi nih heheh... Oh sebelum tu terima kasih kat Abu Omar sebab sudi pollow kitarang. Ni yang tambah semangat nak menulis nih heheh. Tq juga pada yang sudi ziarah kami kat sini dan sudi beri pendapat memasing yer. Tq tq tq ")
BURGER PATTIES
By: Asamgaram2puteriBahan-bahan
- Isi ayam - kisar halus
- Carrot - sagat halus. Jumlahnya bergantung pada banyaknya isi ayam tu yer. Nak kurang pun tak pe
- Sedikit basil kering
- Sedikit garam
- Sedikit lada hitam - tumbuk halus
- 1 biji bawang - sagat halus
- 2 ulas bawang putih - sagat halus
1. Campurkan semua bahan dah gaul rata.
2. Kepal bulat-bulat ikut besar mana kita nak patties tu nanti. Pastu leperkan sikit.
3. Bakar je terus macam biasa. Baki leh le simpan dalam esbox. Lapik plastik yer antara lapisan patties yang nak disimpan tu sebab nanti kalau nak ambil pulak senang.
Untuk hidangan:
- Roti burger - sapu mentega dan bakar sekejap
- Daun salad
- Tomato - hiris nipis
- Timun - hiris nipis
- Bawang - potong bulat nipis-nipis
- Cheese
- Sedikit sos
- Sedikit mayonis
Ha.. Dah siap. Susun tu ikut le selera mata semua yer. Bab tu susah nak bagi idea heheh. Memasing ada cara tersendiri kan nak makan burger. Lepas siap tu dah boleh ngap.... Nak lebih asyik leh le hidangkan bersama fun fries ke hapa yer :)
Lepas makan ni nak kena siapkan semula Cili Boh Asli 2 Puteri yang nak dihantar ke Tesco nanti. Alhamdulillah Sos Char Kueyteow 2 Puteri pun baru dapat tempahan lagi. Itu untuk pasaran di cawangan Tesco Store Kota Bahru, Kelantan. Syukur walaupun baru 2-3 hari kat pasaran dapat tempahan lagi. Alhamdulillah. Thanks kengkawan kat Kelantan yer yang dah cuba dan yang beri sambutan hangat kat kitarang. Buat kengkawan yang masih belum cuba sila dapatkan kat pasaraya Tesco yer. Tq
Adam Richman dalam Man Vs Food. Mampu ke dia habiakan burger tu???? Ceteke ;) |
Boleh cuba ni. Nampak sedap!
BalasPadamInsyaallah Mel. Tq dear. Simple je dari saya ;)
BalasPadam