Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 6 September 2012

Quinoa Burger Patties 2 Puteri


Hari ni nak kongsi satu lagi resepi quinoa (keenwah) ni. Dah ada quinoa kat umah ni kena le rerjin belek resepi yang sesuai supaya tak boring makan. Dah tahukan kebaikan quinoa... Ada saya kongsi tu hari kat laman ni. Kalau masih belum baca jemput le baca kat bawah tajuk Quinoa Untuk Si Pesakit Kencing Manis. Quinoa ni kot dibuat pengganti nasi atau dimasukkan dalam salad je rase bowing gak nanti. Jadi nak pelbagaikan resepi yang include quinoa ni saya kena le skodeng-skodeng laman rerakan yang ada.


Alhamdulillah, hasilnya banyak gak hidangan yang memasukkan quinoa sebagai salah satu bahan dalam resepinya. Tinggal lagi kerajinan nak cubanya je hehehe. Saya tengok resepi secara sepintas lalu je sebab selalunya saya pancit sikit kalau nak follow resepi secara langsung. Sebabnya saya lebih suka masak main ikut sedap tangan mencapai apa yang ada kat dapur. Campur-campur semua pastu masak. Itu yang kadang kala hidangan yang sama tapi rasanya berbeza-beza tiap kali masak. Heheh sib baik Mr Hb tak banyak songeh so lagi sakan le saya berexperiment.


Tapi takat ni Alhamdulillah masakan masih lagi dapat diterima dek tekak kami sekeluarga. Mungkin kalau orang luar tu susah sikit sebab saya ni kurang guna garam dan gula dalam masakan. Kalau perasa tu lagi le tak pernah guna. Sekali je cuba masa buat Laksa Penang 2 Puteri tu hari tapi tekak tak leh terima. Rasa tak puas hati jadinya. Memang sedari dulu. Selalunya kalau ada tetamu baru le dilebihkan semua tu. Tambah pulak sekarang dalam misi nak jaga kesihatan sekeluarga, lagi le kurang. Tapi bukan le tak de langsung sebab badan kita kena juga ambik semua tu tapi kadarnya adalah kecil.


Ok jom tengok resepinya yang simple tu..


QUINOA BURGER PATTIES

By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan
  • 1 biji epal - diparut halus
  • 1/2 batang carrot - diparut halus
  • 2 keping daging burger - lenyek-lenyekkan bagi hancur
  • 1 biji bawang - didadu nipis
  • Sedikit Cili Boh Asli 2 Puteri - ala-ala pedas je jangan over
  • Serbuk lada sulah
  • Sedikit garam
  • 1 cawan quinoa - yang telah dimasak terlebih dahulu
  • Sedikit herba chive kering
  • 1 biji telur
  • Sedikit minyak zaitun

Caranya

1. Campurkan semua bahan dan ratakan.

2. Kepal-kepalkan bahan tadi bagi bentuk bulat leper. Terus bakar/goreng atas api medium low sampai masak dikedua-dua belah. Kena buat satu-satu terus bakar sebab adunan ni lembut sangat. Takut nanti kalau buat semua dulu baru nak masak, masa angkat ke pan kang bentuk jadi tak cantik pulak.

3. Dah siap goreng boleh dihidangkan panas-panas bersama salad buahan. Memang sedap beb.. Lembut je.


** Kalau nak mudah bagi lekat, boleh masukkan sikit tepung gandum. Tapi saya tak masukkan sebab tepung gandum tu ada karbohidrat dan gula tersembunyi kata Mak Long. Jadi kurang-kurangkan :)

**Nak lebih sedap goreng tapi tu le badan ni montel sangat senang naik susah nak turun jadi nak kena kurangkan makanan berunsurkan lemak ni. Jadi kena le den bakar atas pan tak lekat. Sib baik sedap heheh.

**Kalau nak lebih best masukkan parutan keju Parmesan dalam adunan.


Insyaallah next time saya kongsikan resepi lain lagi yang guna quinoa ni ek....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...