Rabu, 19 September 2012

Roti Jala / Roti Kirai


"Jan jan jala itik jalan ayam
Dimana hutan kampung seratus lima puluh
Singgah Pak Mat Singgah
Makan sirih mulut merah..."

Nyanyi lak dia. Dah dah syoh... Gi main jauh jauh. Orang dah nak masak ni....

Heheh tiap kali saya menjala Roti Jala harus saya teringat lagu ni. Kaitannya tang jala tu jer tapi harus bermain kat kepala otak ni kalau terpikir pasal roti jala ni.


Roti jala memang sedap sangat kan kalau kita makan dengan kari ayam yang kaw-kaw tu. Nak-nak ayam kampung heheh. Sedapppp. Dia juga boleh dicicah dengan lain-lain kuah yang best seperti kuah durian yang harum mewangi tu. Selalunya dulu kalau musim durian baru ler merasa cicah kuah durian ni. Sekarang dah tak lagi. Mana-mana pun senang nak dapatkan durian tu. Reseoi Serawa Durian tu nanti saya kongsi kayyyy.


Roti jala ni kalau profesional macam nenek dan mak saya nak menjalanya cuma guna tangan je. Jadinya cantik macam orang baru macam saya buat guna acuan kuning berkaki lima. Rasanya cantik lagi kot yang diarang buat. Saya tak pernah ler cuba lagi guna tangan mungkin satu hari nanti? Hehhe tapi buat masa ni guna acuan je la. Tangan ni rasanya masih keras lagi. Tak pandai nak lenggang-lenggang.

Acuan roti jala muncung lima yang saya gunakan. Selalunya hasilnya roti jala bulat dan sewarna je la
 
Acuan roti jala muncung tiga. Yang ni sis Reen Khan yang jual. Cantik sangat buat roti jala tikar

Acuan roti jala dari tembaga.. Isk mahal ni sebab tembaga materialnya

Sekarang ni roti jala ni dah datang dengan versi tikar mengkuang pulak. Versi ni guna acuan muncung tiga.Sorang sahabat FB, sis Reen Khan buat bisness jual acuan ni. Memang dapat sambutan hangat sebab hasilnya memang cantik. Kalau buat jamuan tu memang le menarik perhatian mata memandang. Tapi rasanya kalau nak buat macam tu memang kena sabar dan rajin sangat-sangat ler. Kepantasan pun kena ditingkatkan sebab kang berbelak-belak sana perang sini ptih isk.. Itu yang saya risau tu. Jawabnya biar lah saya ni guna acuan yang lama tu.


Eh... Dah menceceh panjang lebor ni kang lupa lak nak kongsi resepi yang pada mulanya saya main cuba-cuba dan akhirnya terus follow yang ni jer. Sebabnya.... Menjadi. So malas nak pikir cara lain lagi kalau ada. Tapi macam biasa ler sukatannya tak der. Dulu pernah gak try nak ambik sukatan untuk kongsi kat sini tapi tercair pulak. Saya tambah tepung. Terpekat pulak, saya tambah air. Jadi tak reti dah nak tulis sukatan tu jadi macam mana. 2 kali cuba camtu gak. Jadinya sekarang dah maleh nak ambil sukatan. Peliknya masa tak disukat amboi macam pro je sekali buat adunan terus menjadi. Hehehh pelik tak??? Last-last main agak jer la kepekatannya. Janji jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. Nanti susah dia nak lalu ikut acuan tu. Kalau cair sangat turunnya laju jadinya nanti tak cantik dah.


ROTI JALA

By: asamgaram2puteri

 Bahan-bahan
  • Air secukupnya
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • Pewarna kuning - tak der pun tak per sebab nak bagi cantik je
  • Tepung
  • Santan - saya tak pernah letak santan. Tapi sedap jugak
  • Daun pandan - ni nak buat sapu minyak kat pan nanti
  • Minyak secukupnya

Caranya

1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Ikut urutan tu supaya tepung tak tertinggal kat dasar blender yer. Pukul hingga betul-betul sebati. Jangan ada yang bergentel kang susah nak lalu dalam acuan.

2. Sapu pan yag dah dipanaskan dengan minyak menggunakan daun pandan. Sapu nipis jer supaya tak melekat nanti.


3. Tuang separuh penuh adunan tadi dalam acuan yang dilapik mangkuk sebelum diputer-puterkan di atas pan tadi bagi jadi bulat. Pastikan adunan tak terlalu cepat keluar nanti tak cantik jadinya. Kalau adunan laju je keluar maknanya adunan tu terlebih cair, kena tambah tepung lagi. Kalau adunan lambat turun maknanya terlebih pekat, kena tambah sikit air lagi. So pastikan pengisar tak switch off plugnya. Biar dia stand by kang kalut sangat pulak masa nak otter nanti. Peringkat pertama ni memang trill sikit. Make sure apinya kecik jer yer. Kang hangus.

4. Bila dah nampak permukaan roti jala tu kering, tepuk-tepuk sikit minyak guna daun pandan atas roti jala tadi. Tang ni nak bagi nampak cantik dan berkilat jer. Kot tak nak pun okeh. Dah boleh angkat.

5. Kalau rajin lepas angkat lipat dan gulungkan ler. Kat tak macam biasa saya buat lipat empat bagi jadi bentuk segitiga. Cantik juga :). Buat sampai habis yer.


* Kalau nak lesskan minyak lagi guna pan yang tak lekat tuuu. Tapi tak le berkilat nanti. Kurang le sikit serinya heheh.

* Kalau guna acuan muncung tiga - Step no 3 tadi buat garis-garis mula-mula melintang dulu dalam 5 barisan. Pastu follow dengan barisan menegak 5 row jugak. Boleh pilih beberapa warna yang disukai kalau buat cara ni. Tapi kena ada 2 ke leih ker acuan tu la. Rasanya kalau yang bulat guna acuan muncung lima tu pun boleh dua tiga kaler tapi kena ada lebih dari satu acuannya ler. Pasti kena pantas.



Dah siap pun. Masa ni ler peringkat paling best dalam menjala roti jala ni. Makan bercicahkan kuah durian/serawa durian atau kari ayam kaw-kaw tu. Memang bestttt sangat :) Jemput makan.

Roti jala tikar buatan kak Reen Khan, sahabat FB.


Yang ni hasil bila guna acuan muncung lima


Mari beli... Mari beli... Murah je tak mahal..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...