Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 17 September 2012

Malaysia: Penubuhan Negara ku Tercinta


Selamat Hari Malaysia semua!! Heheh lewat sehari tapi masih ok kot sebab kita masih bercuti meraikannya kan kan kan heheh. Lewat kan per sebab sibuk sikit. Memang minggu ni macam saya cakap le sibuk. Ada je hal nak dibuat... Ok hari ni saya nak berceloteh pasal Hari Malaysia yang kita raikan semalam.... Ceritanya, sejarahnya dan segala-gala kot termampu. Kan per nak gak ler tahu sejarah pasal negara yang tercinta ni. Tanamkan sifat patriotik lebih-lebih sikit dalam diri heheh...



Pada tahun 1955, Singapura telah diberikan kuasa pemerintahan dalaman di bawah Perlembagaan Rendel dan David Marshall telah dilantik menjadi Ketua Menterinya yang pertama. Pada tahun 1959, Singapura yang diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (People's Action Party-PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew, telah mendapat kuasa penuh untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Di Sarawak pula, pilihanraya tempatan diperkenalkan pada tahun 1959.

Langkah pertama dalam penubuhan Malaysia bermula pada tahun 1961 apabila satu cadangan untuk membentuk sebuah persekutuan yang lebih luas merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman. Cadangan ini secara amnya diterima oleh penduduk Tanah Melayu dan Singapura, tetapi menimbulkan rasa curiga di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, cadangan tersebut dibantah oleh Filipina yang telah membuat tuntutan hak ke atas Sabah. Cadangan ini juga menerima tentangan dari Indonesia yang melihatnya sebagai satu langkah untuk menjajah Borneo oleh Sukarno dan Parti Komunis Indonesia.


Mohd Ghazali Shafie, Wong Pow Nee, Lord Cobbold, Sir David Watherston dan Sir Anthony Abell - Ahli Suruhanjaya Cobbold yang ditubuhkan pada 17 Januari 1962

Cadangan ini bagaimanapun mempunyai kesan langsung dalam mempercepatkan penggubalan perlembagaan di Sarawak, Sabah dan Brunei. Pilihanraya diadakan buat pertama kalinya di Brunei dan di Sabah pada tahun 1962. Satu suruhanjaya kerjasama British-Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh bekas Gabenor Bank England, Lord Cobbold, telah melawat Sabah dan Sarawak pada tahun 1962 dan melaporkan bahawa kebanyakan negeri menyokong penubuhan Malaysia.

Walau bagaimanapun, tentangan yang berterusan daripada Filipina dan Indonesia telah menyebabkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menghantar satu misi ke Borneo pada tahun 1963, yang turut melaporkan bahawa pandangan awam rata-rata menyokong penubuhan Malaysia.



Justeru, pada 16 September 1963, Malaysia telah secara rasminya dibentuk dan ia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Brunei pula menolak usul untuk menyertai Malaysia. Namun, pada tahun 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan menjadi sebuah negera yang merdeka.


KRONOLOGI PENUBUHAN

27 Mei 1961 - Cadangan penubuhan oleh Tunku Abdul Rahman

Julai 1961 - Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpadua Kaum Malaysia

Ogos 1962 - Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan

1 September 1961 - Rujuksuara/referandum di Singapura

16 Ogos - 5 September - Rombongan PBB ke Sabah dan Sarawak

16 September 1963 - Pengisytiharan Penubuhan Malaysia 

1965 - Penarikan diri Singapura dari Malaysia






Negeri Dalam Malaysia

Malaysia terdiri daripada 13 buah Negeri yang terbahagia kepada 9 negeri beraja dan 4 negeri tidak beraja. Negeri beraja terbahagi pula kepada 2 iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.Negeri Tidak Beraja juga terbahagia kepada 2 iaitu Negeri Selat dan Negeri Broneo.

1. Negeri Beraja


a. Negeri-negeri Melayu Bersekutu 
  • Perak
  • Pahang
  • Selangor
b. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
  • Perlis
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Johor

2. Negeri Tidak Beraja


a. Negeri Selat
  • Pulau Pinang
  • Melaka

b. Negeri Broneo
  • Sabah
  • Sarawak

Faktor Penubuhan Malaysia

1. Menghalang perkembangan ideologi komunis -  jamin keselamatan serantau daripada ancaman komunis. Lee Kuan Yew menggunakan ancaman komunis sebagai alasan menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.

2. Melindungi hak dan kepentingan kaum bumiputera -  dapat mengimbangkan pertumbuhan kaum di setiap negeri.

3. Menguasai ekonomi dan kemewahan Sinagpura - pasaran lebih besar dan luas

4. Kemerdekaan bagi Singpura, Sabah dan Sarawak - segerakan kemerdekaan mereka

5. Kebebasan daripada British - Dasar Dekonolisasi British untuk merdekakan tanah jajahan

6. Keseimbangan kaum dan mewujudkan perpaduan



Reaksi Parti Politik

1. PartiIslam Se-tanah Melayu (PAS) - Meminta supaya isu ini dibincangkan terlebih dahulu di kalangan penduduk Tanah Melayu.

2. UMNO - Bersetuju dengan pengabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah, Selawak dan Brunei tanpa Singapura.



Reaksi dan Faktor Penolakan Brunei

1. Persoalan minyak
Brunei hanya dapat menikmati hasil minyaknya selama 10 tahun selepas penyertaan Brinei ke dalam Malaysia tetapi kemudiannya mereka dikehendaki menyerahkan hasi lmahsul minyak kepada Persekutuan Malaysia sepenuhnya

2. Bayaran tahunan
Persekutuan Malaysia menginginkan agar bayaran tahunan dibayar setiap tahun dan ditambah kepada $50 atau $60 juta setahu seperti yang dicadangkan oleh Dato Paduka Neil Lawson Q

3. Kedaulatan Sultan
Kemasukan Brunei ke dalam Persekutuan Malaysia boleh menggugat kuasa Sultan dan sekaligus melenyapkan kedaulatannya. Ini kerana dikatakan ke semua negeri dalam persekutuan kelak akan sama mengikut Perlembagaan yang dirangka. Ini menunjukkan kedaulatan Sultan akan pupus dan Perlembagaan 1959 tidak boleh digunakan lagi

4. Pungutan suara rakyat dan Pemberontakan 1962
Pada 8 Disember 1962 adalah sebagaitanda penentangan rakyat Brunei terhadap gagasan Malaysia. Penentangan juga dibuat oleh pegawai-pegawai kolonial dan kaum Cina yang takut sumber ekonominya terjejas setelah kemasukan Brunei ke dalam Malaysia.






Reaksi dan Tindakan Indonesia

1. Peringkat awal, 1962; pihak Indonesia menentang dan pihak Parti Komunis Indonesia menganggap sebagai satu bentuk 'neokolisme' yang mengancam negara mereka.

2. President Indonesia, Suekarno melancarkan Dasar Konfrontasi terhadap Malaysia.

3. Indonesia turun melancarkan Konsep Gayang Malaysia pada 20 Januari 1963. Ini berikutan ketidak puasan hati Suekarno yang ingin menubuhkan Indonesia Raya iaitu penyetuan Tanah Melayu dengan Indonesia. Dengan itu mereka memusuhi Malaysia dan memutuskan hubungan ekonomi, sosial dan politik dengan Malaysia. [scribd.com/KONFRONTASI]. Konsep ini berakhir dengan jatuhnya kerajaan Indonesia kepada Jeneral Soeharto.

4. Indonesia juga bertindak:
  • Menyerang kapal-kapal nelayan Tanah Melayu.
  • Melakukan pencerobohan udara Tanah Melayu.
  • Melancarkan serangan ketenteraan keatas Malaysia melalui Johor, Sabah dan Sarawak.
  • Memburukkan nama Malaysia di negara Afro-Asia dan Negara Dunia Ketiga.

5. Konfrontasi ke atas Malaysia hanya berakhir pada tahun Ogos 1966.



Reaksi dan Tindakan Filifina

1. Filifina turut menentang penubuhan Malaysia dan Presiden Macapagal membuat pengumuman menuntut Sabah pada tahun 1962. Ini berdasarkan perjanjian  antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Overbeck pada 22 Januari 1878.

2. Beliau juga mendakwa Sabah adalah milik kesultanan Sulu.

3. 1946, SBUB menyerahkan Sabah kepada British.

4. Jun 1966, Filifina mula iktiraf penubuhan Malaysia melalui perjanjian Maphilindo.


Watikah Permasyuran Malaysia yang ditandatangani oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pertama pada 16 Septermber 1963



Begitu le serba sedikit pasal suka duka penubuhan Malaysia dulu. Nak tahu lebih lagi leh rujuk dari sumber yang saya dapat ni kay :) Terima kasih pada penulisnya, Muhammad Saiful Amar... dapat gak saya tambah sikit ilmu tentang negara tercinta ni..



Sumber:  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...