Kek Coklat Mayonis... Isk macam mana yer agak-agak rasanya? Sedap ker? Tengok gambarnya kat dapur sis Rahel Benyamin nampak sedap sangat. Meleleh air liur ko. Hehhe.
Itu persoalan yang bermain dalam benak saya masa mula-mula tengok resepi ni. Mula ler tangan ni gatal nak salin resepinya. Nak-nak pulak Afif asyik minta kek coklat je. So apa lagi bila ada peluang ke bakery terus beli bahan yang nak digunakan untuk buat kek ni. Sebenarnya ibunya sendiri pun tak sabar nak cuba resepi ni heheh. Itu yang sebenarnya. Hahah.
Masa buat kek tu memang menjadi tapi masa nak angkat tu patah ler pulak. Mungkin ganas sangat kot hehe. Tapi dalamnya tu macam tak lekat sangat antara satu sama lain. Aduih salah tang mana lak ek. Tapi apa pun kek ni memang rasa sedap sangat. Moist gitu. Makan lak panas-panas fuh.. Tak sedar yang boleh buat badan dah makin berkembang pesat semula hehehe. Kata nak diet... Masa saya cari gambar untuk hias resepi ni, saya termasuk ke rumah Ummi di Home Sweet Home. Rupanya dia pun dah cuba resepi best ni. Bila dibaca baru tahu yang dia pun alami yang sama macam saya. Tapi dek kerana ummi ni kategori teror membaking so dia ubah sikit resepi dengan tambah sebiji telur. Katanya untuk mantapkan lagi kek ni. Apa pun kowang kot nak try kek ni cuba ler yang mana satu versi yang disukai. Yang asal dari sis Rahel Benyamin atau yang diubah sikit oleh sis Ummi.
Kek Coklat Mayonis
Resepi: ZalianaSumber: Rahel Benyamin
Diuji rasa : Ummi, Home Sweet Home
Bahan Untuk Kek:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 cawan mayonis
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan susu pekat
- 1 biji telor gred B - ni sis ummi tambah sendiri
- 1 cawan air panas
- 3/4 cawan minyak masak
- 1/2 sudu teh butter oil
- 1/2 cawan kepingan badam hiris
Caranya
1. Satukan tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Ayak. Ketepikan.
2. Campurkan mayonis,gula,butter oil dan susu pekat di dalam mangkuk pengadun dan pukul hingga sebati. (*sis ummi tambah telor sekaligus masa ni).
3. Kemudian masukkan campuran tepung secara sedikit demi sedikit,berselang-seli dengan air panas. Pukul hingga semua bahan sebati.
4. Kemudian masukkan minyak masak & kacau.Akhir sekali masukkan kepingan badam,kacau rata.Tuangkan adunan ke dalam loyang yg bahagian tepinya telah digris dengan mentega dan dasarnya diletakkan baking paper.
5. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan. Setkan suhu oven masing-masing (yang ni Rahel bakar selama 90 minit pd suhu 170'C, loyang 9'' manakala sis Ummi bakar 1 jam 15 minit).
So boleh ler pilih yer versi mana satu. Yang saya ingat saya pun ada naikkan sikit masa tu. Tambah bagi jadi 1 jam lebih. So try ler yer. Kek ni kalau ikut resepi asalnya guna Topping Chocolate Ganache. Leh gak guna resepi Chocolate fudge Topping 3 yang saya kongsikan kat sini. Tapi Sis Rahel kita guna Cream Cheese Icing. So sila ler pilih topping yang mana satu pilihan hati gak yer hehehe. Pilih pilih hikhik....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan