Terdapat 3 jenis makanan laut yang boleh kita dapati iaitu jenis ikan, shellfish dan invertebrates. Setiap jenis tu pulak oleh kita bahagikan kepada beberapa bahagian lain pulak. Itu hari saya dah sentuh pasal jenis ikan dan potongan yang sesuai untuk cik ikan ni. Kali ni saya nak kongsi pasal yang lain pulak.
Klasifikasi Kerang-kerangan (shellfish):
Perbezaan utama antara ikan dengan shellfish ni adalah skeleton. Shellfish kulit luar yang tebal atau dikenali sebagai cengkerang. Dua ketegori utama shellfish nih adalah
- Crustaceans : Prawn, lobster, crab, shrimps
- Molluse : Oyster, mussels, scallops
Klasifikasi invertebrata pula ialah jenis tak der tulang
Cara Memilih Seafood Yang Terbaik
Di bawah ni pulak adalah cara nak pilih seafood yang terbaik. Yea la bukan senang nak hidangkan yang terbaik untuk keluarga kalau tak pandai pilih kan... Jom belajar sama-sama..
Crustaceans |
Are best when…
|
Do not use when…
|
---|---|---|
Appearance: | Clean, free of mud or soiling, fresh looking shells with no signs of shell damage. | Dirty or damaged with missing legs and/or claws. Shells are soft. |
Odour: | A fresh clean smell. | Strong or off odours, ammonia smell. |
General: |
If purchasing live they should be active and lively. | They are inactive or appear to be dead. |
Molluscs |
Are best when...
|
Do not use when...
|
---|---|---|
Appearance | Clean, free of mud or soiling, fresh looking shells, with no signs of shell damage. | Dirty or damaged with cracked and/or soft shells. |
Odour | A fresh, clean smell. | Strong or off odours, ammonia smell. |
General |
If purchasing live the shells should be tightly closed. | Open shells that do not close when tapped or do not open when cooked. |
Petua Mencuci Kerang-kerangan
1. Kerang
Gunakan hampas kelapa untuk mencuci kerang yang nak kita masak. Masukkan sedikit air. Gaul kerang tu sampai bersih. Insyaallah kulit dia yang kehitaman tu akan putih nanti. Seputih santan tu kot hehehhe.
Atau pun...
Masukkan kerang ke dalam besen dan masukkan sekeping asam gelugur dan air. Ambil berus sabut dan beruslah kerang serentak. Tak payah ambil kerang seekor-sekor kang hentah pukul berapa lak leh makan kan heheh. Gesekkan berus pada kerang-kerang itu beberapa kali hingga tanggal daki-dakinya dan tukarkan air dengan air bersih 2-3 kali hingga rasa puas hati yang kerang semuanya dah bersih, berwarna cerah dan berseri. Sambil basuh bolehlah baca bismillah lima, doa supaya racun yang mungkin ada pada kerang itu tidak memudaratkan kita.
2. Siput Sedut
Saya ni tak makan siput sedut ni tapi saja jer nak kongsi petua yang ada. Yang ni pun guna petua hampas kelapa tu. Gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup dan dibiarkan semalaman. Esoknya, baru la siang siput itu, cuci dan masak. Bau lumpur akan hilang, rasa lemak bertambah. Tentunya masakan siput sedut bertambah enak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan