Di dalam Islam adalah tidak manis jika kita berkuku panjang. Ini adalah kerana kebersihan, kesihatan dan kecantikan. Sunnah Rasulullah SAW juga ada mengajar dan menganjurkan kita untuk memotong pendek kuku jari baik ditangan mahupun kaki.
Bolehkah dibayangkan jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang. Bila menyediakan makanan, membasuh pinggan mangkuk, ke tandas atau apa sahaja perbuatan kita melibatkan penggunaan tangan pastinya akan terlekat sedikit sebanyak sisa dicelah kuku jari kita. Maka dengan itu seeloknya potonglah kuku kita. Banyak kebaikan yang kita dapat daripada memotong pendek kuku kita selain daripada memelihara kebersihan diri. Juga adalah dikhuatiri jika berkuku panjang, wuduk atau mandi wajib tak sempurna. Islam itukan mementingkan kebersihan.
Kebenarannya:-
Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh ataupun degil dan suka buat onar. Ini adalah kerana diberi makan bahan kotor yang berada dikuku jari emaknya yang mana masuk semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, uli tepung dan lain-lain. Apa ilmu pun yang diajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala mereka. Untuk itu seeloknya potonglah kuku jika telah panjang, sayangilah zuriat kita. Kalau rasakan ianya cantik, pujuk hati itu dengan mengatakan inilah pengorbanan yang dapat kita lakukan buat zuriat kita dan ikut sunnah nabi SAW. Mudahan hati rasa redha dan Insyaallah akan ada pahala darinya aaaminn.
Berikut adalah tertib pemotongan kuku mengikut sunnah yang elok kita amalkan:-
BAHAGIAN KUKU TANGAN
- Di mulai dari jari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking berikutnya baharulah ibu jari tangan (seperti nombor yang dituliskan di dalam gambar di atas)
- Seterusnya kelingking tangan kiri, jari manis kemudian jari tengah setelah itu jari telunjuk dan akhirnya ibu jari tangan kiri (seperti nombor yang dituliskan di dalam gambar di atas)
BAHAGIAN KUKU KAKI
- Dimulai dari kelingking kaki kanan dan seterusnya mengikut tertib jari sehinggalah kelingking kaki kiri (seperti nombor yang dituliskan di dalam gambar di atas).
DOA KETIKA MEMOTONG KUKU
Saidina Ja'afar Radhiallahu Anhu berkata:
"Barangsiapa mengerat atau memotong kuku dan misainya pada tiap-tiap hari Jumaat dan berkata (membaca doa dibawah) ketika mengeratnya Insyaallah akan peroleh kebaikannya.
"BISMILLAHI WABILLAHI WA'ALA MILLATI MUHAMMADIN WA AALI MUHAMMAD"
Tiada gugur yang dikerat itu melainkan dengannya pahala memerdekakan seorang sahaya dan tiada sakit melainkan sakit mati.
Kuku yang nak dipotong perlu dilapik dengan kertas. Jangan potong atas lantai atau tanah begitu sahaja.Setelah dipotong seeloknya tuang sisa kuku tu ke tanah dan ada yang mengatakan terdapat sedikit kata-kata yang disertai bersama semasa membuang kuku tersebut. Adakah yang ini benar? Wallahualam, jika ya tolong beritahu saya ya.....
HARI-HARI YANG DISUNATKAN MEMOTONG KUKU?
Terdapat dalam sebuah hadith Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa memotong atau mengerat kuku pada hari berikut:-
- SABTU - Mempusakai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan)
- AHAD - Hilang berkah
- ISNIN - Mempusakai alim Fadhil (orang yang berilmu & mempunyai kelebihan)
- SELASA - Mempusakai kebinasaan
- RABU - Mempusakai jahat perangai
- KHAMIS - Mempusakai kaya
- JUMAAT - Mempusakai ilmu dan sifat lemah lembut
Adakah itu yang kita amalkan? Marilah bersama-sama mengamalkan sesuatu yang baik dalam kehidupan kita, moga diberkati Allah hendaknya. Serapkan juga kepada anak-anak kita moga dirahmati Allah hendaknya.
Rujukan:
http://ohislam.com/potong-kuku-ikut-sunnah-nabi/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan