Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Moh Melancong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Moh Melancong. Papar semua catatan

Rabu, 3 Julai 2013

Sejarah & Pelancongan: Pulau Pangkor, Perak

Kali ni jom saya bawa bercuti sambil belajar di Pulau Pangkor pulak.


Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak adalah berlokasi di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik.


Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah:-

1. Kota Belanda
 

2. Batu bersurat 



3. Pantai Puteri Dewi 

Pantai Pasir Bogak

4. Pantai Pasir Bogak 
Pasir bogak juga terletak di tepian pantai menjadi tumpuan pelancong untuk berkelah. Kawasan ini dulunya dipenuhi pokok bogak. Akhirnya tempat ini diberi nama Pasir Bogak


5. Teluk Nipah
Teluk Nipah terletak di tepian pantai dengan pasir memutih dan landai. Kawasan ini yang dulunya berteluk dan sungainya dipenuhi dengan pokok nipah. Akhirnya kawasan tersebut diberi nama teluk Nipah.


Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkling, berkayak dan memancing.
Pelancong juga boleh menaiki bot untuk pergi ke Pulau Pangkor Laut yang dimiliki oleh orang persendirian, di mana terdapat peranginan Pangkor Laut iaitu sebuah tempat peranginan kecil mewah.


6. Teluk Raja Bayang
Menjadi tempat persinggahan sebentar Raja Bayang ketika datang ke Pulau pangkor. Lalu tempat tersebut di panggil Teluk Raja Bayang. 


7. Sungai Pinang
Sungai yang dipenuhi dengan pokok pinang, akhirnya penduduk dikawasan tersebut sepakat meletakkan nama tempat tersebut Sungai Pinang. 

 

Antara gugusan pulau berdekatan Pulau Pangkor ini adalah
  • Pulau Mentagor
  • Pulau Pangkor Laut
  • Pulau Giam (terletak kira-kira 3.8 batu nautika)


Asal Usul Pulau Pangkor

Terdapat Dua Versi Asal Usul Nama Pulau Pangkor


Versi Pertama

Pada zaman dahulu pedagang-pedagang tongsan dari negara China telah belayar ke serata dunia dan salah satu tempat yang disinggahi ialah Pulau Pangkor. Semasa mereka belayar, mereka membawa bersama isteri dan anak-anak. Dengan cara tersebut mereka boleh belayar dalam jangka masa panjang.
Semasa pelayaran ke Pulau Pangkor, ribut dan ombak besar telah melanda Pulau Pangkor. Lalu tiang layar yang dipanggil “PANG” telah patah dan sebutan “KOR”yang bermaksud patah adalah dalam bahasa cina. Apabila perkataan tersebut sering disebut maka sepakat menamakan pulau tersebut Pangkor sempena kejadian tersebut.



Versi Kedua

Pada zaman dahulu Pulau Pangkor tidak mempunyai penghuni, hanya pedagang yang datang singgah untuk berehat. Pulau ini digunakan sebagai “tempat percutian Diraja” sejak lama dahulu. Raja-raja dan pembesar yang belajar di Selat Melaka sering singgah di pulau ini untuk beristirehat. Oleh itu, pulau ini dahulu dipanggil “Pulau Singgah”.

Sultan Perak tertarik dengan keindahan pulau ini sehingga baginda membina sebuah istana di situ. Istana itu di panggil Istana Hinggap. Setahun sekali baginda berkunjung ke istana tersebut. Pada masa itu, tiada orang menetap di Pulau Singgah. Namun lama-kelamaan tergeraklah hati beberapa penduduk persisiran pantai untuk berkampung di pulau tersebut. Orang yang mula-mula berpindah ke situ ialah Pak Pangkor dan keluarganya. Dia berasal dari Pantai Remis dan kehidupan di sini amat susah dan Pak Pangkor terpaksa berusaha untuk hidup. Mereka sekeluarga telah sepakat untuk berpindah ke Pulau Singgah.
Pak Pangkor mendirikan pondok kecil untuk mereka bertiga berlindung dan bermalam. Keesokkan harinya dia berjalan-jalan meninjau di sekitar pulau mencari tapak untuk mendirikan pondok yang lebih baik. Akhirnya Pak Pangkor menjumpai suatu tempat bermata air lantas terpikat dan mendirikan pondoknya di situ.

Setiap hari mereka mengembleng tenaga untk membersihkan kawasan hutan yang berhampiran pondok mereka. Apabila hutan telah dibersihkan mereka mula menanam ubi kayu, pisang, jagung serta pokok buah-buahan. Tanah di situ subur dan tanaman menjadi. Pada suatu hari, Sultan Perak dan rombongan singgah di pulau itu. Pada mulanya rombongan Diraja tidak menyedari bahawa pulau itu sudah ada penghuni. Ketika rombongan sultan pergi berburu, seorang pembesar telah terpandang akan kebun Pak Pangkor dan beliau segera memberitahu rakan-rakannya. Mereka amat terkejut kerana pada kunjungan yang lalu, tiada penduduk di pulau ini dan mereka memaklumkan kepada baginda sultan. Pak Pangkor telah dijemput untuk menghadap sultan. Pak pangkor telah membawa hasil tanamannya untuk dipersembahkan kepada sultan. Selepas peristiwa itu ramai orang dari tanah besar mula berpindah ke situ. Mereka menamai kampung yang baru berkembang ini dengan nama Pangkor sempena nama orang yang mula-mula menerokanya.


Pak Pangkor mempunyai seorang anak lelaki bernama Awang yang gagah perkasa dan amat disenangi oleh penduduk kampung keran sifatnya yang peramah dan suka menolong orang. Pada suatu ketika, Sultan dan rombongan baginda sekali lagi belayar ke Kampung Pangkor, dalam pelayaran itu kapal baginda telah dipukul ribut. Keadaan sangat mencemaskan, laut bergelora, langit dicakar petir dan hujan turun mencurah-curah. Mereka amat ketakutan dan berusaha keras menyelamatkan kapal daripada tenggelam. Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,mereka mebuang barang-barang ke laut. Semasa Sultan hendak membuang sebuah peti, tengkolok baginda telah tertanggal dan terjatuh ke dalam laut. Tengkolok yang bertatah emas itu merupakan lambang kuasa dan kebesaran negeri tidak sempat disambar. Setelah sekian lama barulah ribut berhenti. Air laut kembali tenang. Sultan dan anak-anak kapal gembira kerana semuanya telah selamat.Namun baginda amat bersedih keran tengkoloknya telah jatuh ke dalam laut.

Rombongan Diraja meneruskan perjalanan ke Kampung Pangkor. Mereka keluar beramai-ramai menyambut ketibaan baginda. Namun meraka berasa hairan kerana anak-anak kapal semuanya kelihatan letih. Setelah diberitahu bahawa kapal Sultan dipukul ribut kencang dan Sultan selamat, penduduk kampung bergotong-royong memperbaiki kapal baginda yang rosak. Pada malam itu Sultan dan rakyatnya berkumpul, lalu baginda bertitah kepada sesiapa yang mendapat atau menemui tengkolok Diraja, akan diberi hadiah yang lumayan dan dilantik sebagai pembesar daerah. Ramailah yang cuba mencari tengkolok tersebut termasuklah Awang anak Pak Pangkor. Namun, tiada yang berjaya. Pada suatu hari baginda bermimpi bahawa tengkolok itu sedang dijaga oleh seekor naga berkepala tujuh. Awang juga bermimpi yang sama seperti baginda. Awang yakin bahawa mimpinya itu benar. Dia segera menempah pedang bermata tujuh dan membuat persiapan untuk mencari tengkolok tersebut. Orang kampung berasa hairan melihat pedang Awang yang ganjil itu.


Keesokkannya baginda memberitahu orang ramai tentang mimpi baginda. Rakyat yang mendengar cerita itu telah berputus asa dan tiada sesiapa yang berni berhadapan dengan naga itu. Apabila mengetahui hal sedemikian, baginda segera mengeluarkan tawaran baru. Baginda akan mengahwinkan puteri baginda kepada yang berjaya mengembalikan tengkolok tersebut. Semangat Awang membara apabila mendengar tawaran sultan. Setelah selesai semua persiapan, Awang menaiki perahunya menuju ke tempat kapal baginda dipukul ribut. Apabila tiba, Awang terus terjun ke laut. Di dasar laut Awang menjumpai sebuah gua yang besar dan Awang terjumpa seekor naga berkepala tujuh dan dapat melihat tengkolok sultan disisi naga itu. Awang bersembunyi disebalik batu sambil mencari akal untuk mendekati naga itu. Apabila naga menjulurkan salah satu kepalanya dengan pantas Awang menetak kepala naga itu. Kepala naga itu putus dan darah memancut dengan banyaknya sehingga air laut dalam gua itu bertukar menjadi merah.

Hari itu Awang hanya dapat memotong satu kepala saja.  Keesokkannya,Awang pergi ke gua itu lagi mengulangi usahanya. Kali ini Awang menggunakan mata pedangnya yang kedua dan begitulah dilakukannya pada setiap hari. Menjelang hari ketujuh, setelah Awang berjaya membunuh naga berkepala tujuh itu dia mengambil tengkolok raja dan membawanya ke istana. Awang disambut sebagai seorang pahlawan oleh rakyat jelata. Sultan juga sangat gembira dengan keberanian Awang. Sultan telah menunaikan janjinya dan Awang dilantik menjadi pembesar negeri dan mengahwinkan puteri baginda dengan Awang. Tidak lama kemudian Awang diberi gelaran Datuk Maharaja Awang Pangkor. Dia dihadiahi tanah yang luas, iaitu keseluruhan Pulau Singgah termasuk Kampung Pangkor dan untuk mengenang bakti Awang, Pulau Singgah ditukar namanya kepada Pulau Pangkor.

Sejarah

Pulau Pangkor terkenal sejak sekian lama .
  • 1670: Belanda telah menjadikan Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah bijih timah dari negeri Perak. Kota Belanda telah dibina bagi menyimpan bijih timah dan lain-lain dagangan dari negeri Perak. Selalu terjadi aktiviti lanun di Selat Dinding.
  • 1874: Sir Andrew Clarke selaku Gabenor Negeri Selat yang beribu pejabat di Singapura telah datang ke Pulau Pangkor bagi menandatangani Perjanjian Pangkor. Perjanjian ini bersetuju dan mengiktiraf Sultan Abdullah sebagai Sultan Perak. Pelombong bijih timah yang berperang merebut kawasan juga setuju untuk didamaikan dan ini menguntungkan Syarikat Hindia Timur Inggeris. (SHTI)

Kota Belanda, Pulau Pangkor

KOTA BELANDA adalah gelaran yang diberi oleh orang-orang Melayu kepada runtuhan sebuah bangunan lama di Pulau Pangkor. Bagaimanapun, rekod-rekod merujuk kepada binaan tersebut sebagai Kota Dindingh, sempena nama Sungai Dinding di pantai barat Semenanjung dalam Negeri Perak.


Perak merupakan sebuah negeri pengeluar timah yang paling utama di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu dan Syarikat Hindia Timur Belanda berhasrat mengawal dan mengekalkan monopoli perdagangan komoditi tersebut. Kapal-kapal perang dan kapal-kapal dagang Belanda bertaburan di perairan Perak pada hampir sepanjang kurun ketujuh belas dan kelapan belas. Ada sebab-sebab strategik mengapa Belanda menempatkan kapal-kapal mereka di sini. Perak merupakan pintu masuk utama ke Aceh manakala negeri Sumatera tersebut adalah musuh Belanda. Dengan alasan ini sebuah tapak pengawasan diasaskan di Teluk Gedung pada tahun 1670 untuk memberi sokongan dan bantuan kepada kapal-kapal yang membuat sekatan-sekatan di laluan perairan Selat Melaka. Satu lagi sebab ialah untuk melemahkan saingan orang-orang British yang juga aktif berdagang di kawasan ini.

Mengikut laporan Gabenor Belanda Balthasar Bort dalam tahun 1678: “Pada ketika ini 59 orang berada di Perak, terbabit dengan usaha sekatan di tempat itu dan mereka ini ditempatkan di Pulau Dinding, yang mana Syarikat Yang Dihormati memilikinya, menetap dalam sebuah kubu yang diperbuat daripada kayu berbentuk segiempat, dilengkapi 9 buah meriam.” Di antara 59 orang itu ialah seorang saudagar yang menjadi penyelia, seorang kapten, seorang jurukira, tiga pembantu, tiga pegawai, dua doktor, lapan pengawal dan 40 kelasi. Selain kubu tersebut mereka juga memiliki kapal layar dan perahu ‘Laren’, ‘Cacap’ dan ‘Dindingh’.

Orang-orang Belanda ini, walaupun mereka turut berdagang dengan orang-orang Melayu, mereka kurang percaya kepada penduduk tempatan ini. Kerana takut kepada orang-orang Melayu mereka tidak berani meninggalkan kubu mereka terlalu jauh kerana hanya di kubu itu sajalah mereka berasa selamat. Beberapa tahun kemudian kubu ini diperkasakan dengan binaan bangunan batu dan dilengkapi 12 hingga 14 buah meriam.



Seorang peneroka dan pelayar British, William Dampier, menceritakan satu peristiwa: “Gabenor, tetamu-tetamunya dan beberapa orang pegawai baru sahaja hendak makan apabila seorang soldadu bertempik, ‘Melayu!’ Sepantas kilat gabenor itu melompat keluar melalui tingkap, untuk segera berlindung di kubu. Pegawai-pegawai pun berebut-rebut, diikuti orang-orang suruhan, untuk cepat sampai ke kubu: ada yang keluar ikut tingkap dan ada yang keluar ikut pintu. Tiga orang tetamu gabenor terpegun dan terpinga-pinga ditinggalkan di situ.

“Di kubu, mereka menembak ke arah laut bertalu-talu memberi isyarat kepada orang-orang Melayu bahawa mereka sudah bersedia untuk mempertahankan diri, tetapi musuh yang ditakuti tidak juga sampai-sampai.

“Sebenarnya, berapa orang soldadu Belanda yang sedang memancing tidak jauh dari teluk itu telah diserang oleh orang-orang Melayu yang bersenjatakan keris dan lembing. Beberapa orang daripada mereka telah dibunuh sementara yang lainnya terjun ke laut dan berenang ke darat. Salah seorang yang terselamat inilah yang bertempik begitu kuat sehingga menakutkan gabenor yang baru sahaja hendak makan.

“Kami berjaga sepanjang malam dengan semua senjata siap sedia untuk digunakan. Tetapi pada malam itu hujan lebat dan saya tidak takut sangat diserang oleh orang-orang Melayu kerana menurut salah seorang kelasi yang kami ambil dari Melaka, orang-orang Melayu ini tidak akan menyerang di dalam hujan. Keesokan paginya kami pergi mencari musuh dengan kapal di sekeliling pulau tetapi tidak menjumpai mereka. Selepas itu kami pun pulang dan berlabuh.”

Pada tahun 1690 kubu Belanda ini telah diserang sekali lagi oleh Panglima Kulup dan pengikut-pengikutnya. Semua orang Belanda telah terbunuh di dalam serangan ini. Pada 24 Jun 1693 sebuah arahan telah dikeluarkan bahawa askar-askar tidak lagi ditempatkan di Pulau Dinding (Pangkor) dan sebuah tugu dibina dengan meletak lambang Persekutuan Syarikat Hindia Timur dan lambang Wilayah Bersekutu sebagai tanda hakmilik Belanda. Pada 1695, 1721 dan 1729 arahan-arahan dikeluarkan untuk membaiki tugu ini.

Pada 20 November 1745 Gabenor-Jeneral Gustraaf Willem, Baron van Imhoff mengarahkan pembinaan semula kota di Pulau Dinding: dikawal oleh sebuah ketumbukan yang anggotai 30 orang Eropah dan 30 orang berketurunan Asia (kecuali orang-orang Bugis). Tetapi pada 22 Oktober 1746, Ary Verbrugge telah dihantar untuk memastikan Sultan membenarkan sebuah kubu dibina di hulu sungai dan bersetuju untuk menjual timah kepada Syarikat. Sultan Muzaffar Shah III telah menandatangani perjanjian ini pada 25 Jun 1747. Pada 18 Oktober 1748 van Imhoff mengarahkan ketumbukan di Pulau Dinding dipindahkan ke kubu yang baru ini.




Berdekatan Kota Belanda itu terdapat sebuah batu bersurat yang terdapat lukisan seekor harimau sedang membaham seorang budak di Batu Bersurat ini, satu lagi tanda yang ditinggalkan oleh orang-orang Belanda berhampiran Kota Belanda di Teluk Gedung. Lukisan itu dipercayai mengandung sebuah cerita tragik, kononnya anak seorang pembesar Belanda telah dilarikan seekor harimau. Oleh kerana kesedihan serta untuk memperingatinya maka peristiwa tersebut dipahatkan pada batu ini. Lukisan dan tulisan itu dipahat oleh askar-askar kompeni Belanda semasa mereka mendiami Kota Belanda dalam tahun 1743.

Sehingga kini boleh dilihat lakaran yang diukir pada permukaan Batu Bersurat tersebut ialah berbentuk seekor harimau yang sedang menyerang sesuatu (dipercayai seorang budak lelaki) dan terdapat dua bulatan berbentuk daun dan perkataanperkataan Belanda serta Inggeris iaitu ‘If Carlo 1743’ / 1743 I.F CRALO dan lambang VOC (Veerenigde Oostindische Compagnie) yang membawa maksud Syarikat Hindia Timur Belanda. Tahun yang tercatat dikatakan sebagai tahun pendudukan semula Belanda di Pulau Pangkor selepas diusir oleh penduduk tempatan yang diketuai oleh Panglima Kulup pada sekitar tahun 1690an.

Walaubagaimanapun, menurut penduduk tempatan, kisah ini merupakan rekaan semata-mata oleh orang Belanda untuk menutup malu kerana sebenarnya anak pembesar Belanda tersebut telah dilarikan oleh lanun atau oleh orang Melayu yang tidak suka penjajah Belanda bertapak di Negeri Perak. Orang Melayu dilambangkan sebagai harimau.


Tokoh Tempatan


Y.B. DATO’ Dr. ZAMBRY BIN ABDUL KADIR DPMP,AMS merupakan anak tempatan yang akhirnya menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau yang lahir pada 22 Mac 1962 di Pulau Pangkor, Perak dilihat membawa banyak perubahan kepada pembangunan Perak seiring dengan perubahan Malaysia yang semakin membangun. Semoga kemajuan di Perak ini berterusan hendaknya. Kemajuan yang kami dahagakan turut meliputi pembangunan kemajuan negeri, pembangunan insan dan menyemarakkan pembangunan perniagaan dikalangan rakyat negeri.


Aktiviti Menarik Di Pulau Pangkor

1. Jelajah Pulau Pangkor / Pangkor Island Tour
Banyak tempat untuk dikunjungi di Pulau Pangkor. Ini termasuk kesan tinggalan sejarah Kota Belanda di Teluk Gedung dan Taman Fu Lin Kong di mana terdapatnya replika Tembok Besar Negeri Cina. Perjalanan dengan van (untuk 10 orang) boleh diatur, termasuk lawatan ke Kilang Satay Fish, Pekan Pangkor dan pantai-pantai. Atau jika mahu mengelilingi Pulau Pangkor dengan bot laju. Tentunya ia bakal menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.

2. Trip memancing / Fishing Trip
Memancing di perairan Pulau Pangkor (Pulau Dua, Karang Darat, Tanjung Terengganu, Rumah Raja dan dalam selat) atau Pulau Sembilan. Tekong-tekong ternama seperti Cokodok, Man Kanji, Pak Wahab, Pak Musa sedia membantu serta memberi tip-tip yang berguna. Trip memancing serba mewah (kapal yang lengkap dengan kabin, kemudahan asas dan sajian makanan) juga disediakan!


3. Trip Menyelam / Scuba Trip
Perairan Pangkor kaya dengan pelbagai spesis batu karang dan hidupan laut, dikatakan bilangan spesisnya lebih banyak daripada yang terdapat di terumbu perairan Sabah.

4. Pukat Tarik / Fish Netting
Aktiviti unik yang ditawarkan, menangkap ikan dengan menggunakan pukat tarik. Bakal memberi kepuasan yang tidak terhingga.
 
5. Sukan Air / Watersport
Pantai Pasir Bogak dan Teluk Nipah berpusatnya aktiviti sukan laut seperti kayak, snorkeling, boat trip, dan sebagainya.

6. Aktiviti Luar / Outdoor
Selain sukan laut, Pulau Pangkor juga cukup ideal bagi penggemar sukan lasak seperti jungle trekking, abseiling, flying fox dan ekspedisi berbasikal.


Cara Nak Ke Sana


  • Untuk pergi ke Pulau Pangkor, ada sebuah pangkalan atau jeti di Lumut. Naik feri di Lumut, 20 minit, mulai 2003 tambang feri dikenakan RM10.00 untuk dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak.
  • Lebuh raya Ipoh Lumut memudahkan perjalanan dari Ipoh untuk berkelah di Pulau Pangkor. 90 km di Barat daya bandar Ipoh.
  • Dari Kuala Lumpur menerusi Lebuh raya Utara Selatan, ikut susur keluar di Gopeng dan masuk ke arah Lumut / Sitiawan
  • kapal terbang Berjaya Air dari Lapangan Terbang Subang menuju ke Lapangan Terbang Pangkor (IATA: PKGICAO: WMPA) ialah sebuah lapangan terbang di Pulau Pangkor, terletak di pesisir pantai negeri Perak di barat laut Semenanjung Malaysia.
  • Sekitar pulau Pangkor, boleh sewa bas dengan kadar RM40.00 pusing satu pulau.




Sumber: Wikipedia

Selasa, 16 April 2013

Sejarah & Pelancongan: Lumut, Perak


Lama dah tak cerita bab Sejarah & Pelancongan di Negeri Perak ni kan. Sibuk sangat jadi tak sempat nak selongkar sana sini untuk buat catatan bab nih. Yer la alang-alang nak berkongsi biar le sekomplete yang boleh yer tak. Kot-kot leh le bantu serba sikit sahabat kat luar sana kalau nak buat sejarah atau kajian tempatan untuk sekolah diarang. Macam sorang adik tu tak ingat nama dia yang guna catatan saya ni untuk rujukan kertas kerja dia. Bangga gak dapat bantu orang walau saya pun ambil dari pelbagai sumber. Yer la saya ni pun mana le sempat nak pergi sana sini untuk buat kajian so apa yang mampu saya kongsi adalah dari sumber-sumber seperti Majlis Daerah atau dari sumber Perpustakaan Daerah masing-masing selain daripada perkongsian cik Wikipedia. Ada gak dari orang perseorangan. Tapi yang pasti kena rajin dan sudi luangkan masa yang lebih la heheh. Kalau nak tanya lebih-lebih saya pun tak pandai sangat. Jadi tu yang saya buat rujukan ni supaya tambah sikit ilmu kat dada ni terutama pasal negeri kesayangan saya nih :) Kot ada yang kurang leh le kongsikan dengan saya yer kat sini. Mana le nak tahu ada yang masih tak cukup. Leh sama-sama kita tambah ilmu.

Ok jom sembang pasal Sejarah & Pelancongan di Lumut, Perak pulak :).
************************



Lumut merupakan bandar tepi laut yang menghadap Selat Dinding dan Selat Melaka di negeri Perak. Lokasi bandar ini bersetentangan dengan Pulau Pangkor dan dikenali ramai sebagai pintu masuk ke pulau tersebut. Sebuah pelabuhan atau pangkalan dibina di Lumut bagi kemudahan sesiapa yang ingin berkunjung ke Pulau Pangkor.

Lumut berada di bawah pentadbiran daerah Manjong yang merupakan nama baru bagi daerah Dinding. Bandar ini terletak kira-kira 84km ke selatan bandaraya Ipoh, ibu negeri Perak. Pada 16 Febuari 1935, di Bandar Tanah Merah telah berlaku istiadat menandatangani penyerahan daerah Dinding kepada kerajaan Negeri Perak dan bersemperna dengan peristiwa itu Tanah Merah diganti nama sebagai Bandar Lumut. Dan bagi memperingati  peristiwa tersebut Masjid Al-Adly telah dibina di bandar Lumut sebagai melambangkan tanda kesyukuran atas penyerahan jajahan Dinding kepada kerajaan Negeri Perak. (scribd.com)




Sejarah

Lumut yang dahulunya dikenali sebagai "Tanah Merah" telah dibuka oleh seorang anak raja Selangor yang bernama Raja Engku Busu pada abad ke17. Selepas beberapa tahun membuka Lumut, baginda serta pengikutnya telah diserang oleh lanun. Dengan demikian, Tanah Merah tinggal terbiar tidak didiami orang. Sungguhpun makam baginda tidak diketahui, tetapi namanya masih tinggal menjadi kenangan, yakni Bukit Engku Busu yang terletaknya di belakang bandar Lumut.

Sejarah penempatan awal ini dibuktikan oleh Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada abad ke17 antara Raja Perak dengan kompeni Inggeris yang bertujuan untuk menghapuskan perompak laut dan lanun yang berpengkalan di Lumut ini. Perjanjian itu ditandatangani pada tahun 1874

Keistimewaan

Lumut merupakan sebuah lokasi yang strategik dari segi maritim. Di sini terdapatnya:
  • Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia yang dipindahkan dari Woodlands, Singapura.
Pada hari 18 Mac 1983, Markas Armada TLDM telah dipindahkan dari pangkalan bersejarahnya di  Pangkalan Tentera Laut (KD Malaya) Woodlands, Singapura ke Pangkalan TLDM Lumut. Pemindahan ini adalah susulan daripada perancangan kerajaan pada tahun 1969 untuk mewujudkan satu pangkalan tetap TLDM di Semenanjung Malaysia yang serba baru dan lebih moden, yang turut dipanggil KD Malaya, di Lumut, Perak.

Markas Armada Woodlands, Singapura
 
  • Pantai Teluk Batik
Teluk Batik terletak 7km dari pelabuhan/Jeti Lumut, Perak. Pantainya sepanjang 2km dikunjungi ramai para pelancong dalam negeri. Pantai yang terletak lebih kurang 6.5km daripada Bandar Lumut adalah sebuah destinasi pelancongan dan perkelahan yang ideal untuk dikunjungi kerana memiliki kemudahan-kemudahan istimewa yang diperlukan sebagai tempat pelancongan menarik. Pantainya yang panjang dan berlatar belakangkan hutan hujan tropika menarik hati sesiapa sahaja yang memandang. Pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti chalet, gerai makan, tandas, tempat persalinan, tempat letak kereta dan taman permainan kanak-kanak. Kawasan pantai ini dikelilingi oleh keindahan hutan hujan tropika yang merimbun di bukit-bukit yang terdapat di sekelilingnya. Anggaran keluasan Teluk Batik ialah lebih kurang 60 ekar persegi manakala panjang pantainya adalah 1 km.Di sini juga merupakan lokasi Pesta Laut Lumut yang diadakan semasa cuti penggal persekolahan.



Teluk Batik dinamakan Teluk Batak pada zaman awal kewujudannya. Sejarah Teluk Batik dikatakan bermula kedatangan kaum Batak dari Kepulauan Sumatera di Indonesia. Ceritanya bermula apabila pada zaman dahulu lanun-lanun dan perompak menjadikan perairan Selat Melaka tempat mereka merompak dan merampas hasil dagangan dan kepunyaan pemilik oaring-orang yang menggunakan laluan Selat Melaka tersebut. Walau bagaimanapun pada 26 April 1974 nama Teluk Batak telah ditukar kepada Teluk Batik. Diberitahu oleh kebanyakan penduduk asal berhampiran (Kampung Teluk Muruk dan Kampung Padang Tembak) panggilan Teluk Batak kekal sehinggal awal 80an, selepas itu oleh kerana panggilan Teluk Batak tidak sedap didengar maka ianya telah ditukar dengan panggilan Teluk Batik
  • Pusat menyelenggara kapal selam
  • Pusat membaiki kapal 
  • Teluk Rubiah
Teluk Rubiah terletak berhampiran dengan Teluk Batik, di pelabuhan Lumut, Manjung, Negeri Perak. Teluk Rubiah menjadi terkenal kerana di sini kerajaan Malaysia menempatkan kawasan perumahan untuk keluarga tentera laut hasil pemindahan pangkalan tentera laut di Woodland, Singapura ke pelabuhan Lumut, Perak sekitar tahun 1978.


Pantai Teluk Rubiah terletak lebih kurang 6 km dari bandar Seri Manjung. Ia merupakan sebuah pantai yang landai, indah dan menarik. Kawasan sekitar berhampiran pantai ini merupakan hak milik sebuah resort yang membangunkan pantai ini iaitu Teluk Rubiah Golf & Beach Resort. Selain daripada dilengkapi kemudahan penginapan, resort ini juga menyediakan padang permainan golf 18 lubang.
  • Teluk Muroh
Sunset at Teluk Muroh, Lumut



Perhubungan

Lebuh Raya Ipoh–Lumut dibina dari Ipoh ke Lumut bagi memendekkan perjalanan. Bandar yang terdekat dengan Lumut ialah Manjong, Sitiawan, Pantai Segari, Pantai Remis dan Bota Kanan serta Seri Iskandar.

Jumaat, 22 Februari 2013

Sejarah & Pelancongan: Semua catatan Perak Darul Ridzuan



Hari ini saya cuma nak kongsikan link-link untuk segala cerita yang saya kongsikan dalam tittle Sejarah & Pelancongan dan Negeriku yang saya fokuskan kepada Negeri Perak Darul Ridzuan. Almaklumlah kalau bukan anak jati Negeri Perak sendiri yang nak kongsi sapa lagi yer tak. Ini sebagai satu sumbangan kecil yang dapat saya sekeluarga lakukan untuk Negeri Perak tercinta :).

Dah macam compilation album je kan heheh. Boleh la.... Hehhe. Bukan apa, kadang-kadnag saya terlupa apa yang sudah apa yang belum dikongsikan jadi mungkin ini akan memudahkan nanti harap-harapnya :).



Perkongsian pertama saya adalah tentang tanah tempat saya dibesarkan dan sehingga sekarang saya balik tinggal di sini iaitu Bukit Merah. Satu kawasan yang agak terpencil dan tidak membangun walaupun dikurniakan Allah dengan keindahan alam. Entah dimana silapnya hanya sedikit sahaja yang dapat dibangunkan oleh pihak pemaju (Emkay). Taman Tema Air Bukit Merah Laketown antara tarikan yang ada disini. Pada pendapat saya banyak lagi yang mampu dilakukan oleh pihak yang berwajib atau jika ada inisiatif daripada Ahli Jawatan Kuasa Kampung sendiri. Antaranya yang saya cadangkan jadikan kawasan tepian Tasik Bukit Merah sebagai satu kawasan riadah yang cantik dihiasi dengan bungaan dan tempat anak-anak bermain. Sediakan tempat membuang sampah, limpahan lampu yang menerangi kawasan sekitar, sediakan tandas awam yang dijaga bersih dan rumput-rumput diperkemaskan akan membuatkan lebih ramai yang akan datang ke sini. Pihak Ahli Jawatan Kuasa Kampung sendiri boleh menyediakan satu kawasan yang menempatkan bot-bot kecil buat penggemar yang berkeinginan melawat tasik yang luas dan terdapat beberapa buah pulau kecil. Bot-bot ini juga boleh dijadikan tarikan pada sesiapa yang berkeinginan memancing di Tasik atau jalinkan kerjasama dengan pihak Laketown Water Themepark untuk membawa penumpang ke sana.


Selain daripada menjadi tarikan pelancong, Insyaallah cara ini dapat memberi kelebihan kepada kampung sendiri kerana penawaran tenaga kerja dapat diberikan kepada penduduk setempat. Kenakan sedikit charge untuk bot-bot dan wang yang terkumpul gunakan untuk menaiktaraf kampung menjadi sebuah kampung yang serba lengkap atau anjurkan majlis keraian tanpa mengharapkan bantuan luar Insyaallah. Atau boleh juga dijadikan sumbangan pada penduduk-penduduk yang memerlukan.


Ramai orang tertarik untuk menjamu selera di tepian tasik. Oleh itu adalah menjadi satu kelebihan jika pihak yang berkenaan dirikan satu medan selera yang mennganjur ke Tasik Bukit Merah untuk tujuan ini. Tawarkan kepada peniaga yang berminat terutama dikalangan penduduk setempat dengan sertakan syarat agar mereka menjaga kebersihan sekitar dan tasik. Jika ada yang engkar batalkan sewaan dan berikan pada yang betul-betul bertanggungjawab sahaja. Pihak sekolah juga boleh mengambil kesempatan untuk mengajar anak-anak kecil berniaga dengan meneydiakan satu lokasi yang membolehkan mereka belajar berniaga. Ini adalah untuk bekalan masa depan mereka sendiri kelak.



Perkongsian kedua adalah tentang Taiping Bandar Warisan. Satu kawasan yang pertama membangun dalam sejarah Tanah Melayu sewaktu Jajahan Inggeris. Pengangkutan dan stesyen keretapi pertama, pelabuhan pertama, Pejabat Pos dan Telegraf pertama, hospital pertama yang dilengkapi kemudahan x-ray yang juga pertama adalah antara catatan sejarahnya. Namun, ianya agak lesu sejak tahun 1980an hingga tahun 2000 (anggaran melalui pengamatan saya sahaja kerana saya membesar dizaman itu). Tiada lagi kemasukan pelabur yang mahu membangunkan bandaraya ini terutama dalam skala besar. Syukur, sejak akhir-akhir ini baru wujud kemasukkan pelabur yang membantu merancakkan semula ekonomi bandaraya tua ini.


Alangkah bagusnya jika pihak yang bertanggungjawab bersama-sama pihak swasta berkerjasama dalam memulihara semula bangunan baru atau lama dan persekitaran Bandaraya Taiping ini. Wajibkan kepada pemilik-pemilik bangunan untuk mengindahkan bangunan kedai milik mereka dengan mengecat baru bangunan mereka setiap 7 - 10 tahun sekali. Beri tawaran pengurangan cukai pada tahun itu agar mereka tertarik untuk bekerjasama. Banyakkan lampu jalan dan lampu-lampu hiasan. Dengan itu Insyaallah Taiping akan semakin berseri dan akan lebih ramai yang tertarik untuk berkunjung.


Begitu juga dengan kawasan Taman Tasik Taiping, kawasan yang diindahkan oleh pihak Dewan Bandaraya Taiping ini cuma perlu diindahkan lagi dengan lampu-lampu hiasan yang menarik selain daripada lampu limpah yang menerangi kawasan taman untuk yang gemar beriadah diwaktu malam. Bukit Larut yang merupakan pusat peranginan pertama di Tanah Melayu hanya perlu dimajukan dengan sedikit lagi tarikan seperti penyediaan hotel yang selesa dipuncaknya. Sediakan hotel yang berciri rumah kampung Perak sebagai satu tarikan. Beri tawaran pada pasangan yang ingin berbulan madu sebagai satu pakej romantik. Semoga pihak berwajib jadikan Taiping sebagai satu tarikan pelancongan sejarah Utama di Negeri Perak ini sejajar dengan namanya Bandar Warisan pertama Malaysia.


Entri yang ketiga iaitu tentang sejarah Port Weld/Kuala Sepetang dan Matang, Perak yang merupakan pusat pelabuhan pertama di Tanah Melayu selain daripada terbinanya landasan keretapi juga yang pertama. Artikel yang keempat dan kelima adalah berkenaan sejarah Bagan Serai pekan lama yang juga uzur yang memerlukan pembangunan yang lebih lagi dan Parit Buntar yang menjadi pusat pentadbiran Majlis Daerah Kerian, Perak.

Catatan yang berikutnya adalah berkaitan Negeri Perak secara keseluruhannya. Sejarahnya yang panjang dicatatkan di bawah 2 bahagian iaitu, Sejarah Negeri Perak (part 1) dan Sejarah Negeri Perak (Part 2). Kisah campurtangan Inggeris di Perak, nasionalisme yang bangkit demi menebus maruah bangsa Melayu serta kisah ehwal semasa Negeri Perak dicatatkan didalamnya. Kemudian saya beralih kepada cerita tentang Negeri Perak - Daerah, Sungai dan Lagunya. Lagu Kebesaran Negeri Perak ini kali pertama dimain dan diperdengarkan di Istana Permaisuri di London ketika petabalan Permaisuri Victoria pada tahun 1888. Irama lagu ini kemudiannya diangkat menjadi irama lagu Kebangsaan Negara Kita... Negaraku.


Negeri Perak terkenal dengan keindahan semulajadi dan anjuran Banjaran Titiwangsa yang menganjur hampir keseluruh negeri. Dengan tajuk Terokai Alam Semulajadi Di Perak. Keindahan yang dicari ada di sini.... Sememangnya benar seperti yang dinyatakan. Gunung ganang, gua, sungai dan keindahan alam ciptaan Allah SWT memang memukau mata yang memandang dan sesuai untuk dijadikan tarikan pelancong dalam dan luar negara yang sukakan keindahan semulajadi ini. Semoga pihak berkuasa terus lakukan penguatkuasaan dalam memelihara alam sekitar kita supaya dapat dijadikan bekalan untuk anak-anak kita dimasa akan datang selain dijadikan tarikan kepada pelancong ke sini.

Destinasi Pelancongan Di Perak adalah satu koleksi tempat-tempat pelancongan yang boleh dilawati di Negeri Perak ini. Air terjun, pulau, gunung, gua, tasik dan pelbagai lagi merupakan antara tarikan semulajadi yang ada selain daripada taman reakriasi, taman tema dan muzium. Adalah diharapkan pihak kerajaan Negeri dapat memulihara semula bangunan-bangunan lama yang ada sebagai satu lagi tarikan pelancongan di Perak ini. Pada masa ini hanya sedikit yang terpulihara untuk dijadikan tarikan.

Batu Kurau

Entri yang berikutnya adalah tentang daerah Batu Kurau, satu pekan kecil yang masih perlu dibangunkan yang terkenal dengan Seni Silat Gayung Fatani dan antara daerah pengeluar durian yang enak di Negeri Perak. Kuala Gula - Santuari Burung dan Kuala Kurau pula adalah satu lagi kawasan yang terkenal dengan keindahan semulajadinya yang memerlukan satu pelaburan yang besar untuk dijadikan tarikan pelancong. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur. Kawasan ini penting sebagai kawasan mencari makan untuk burung-burung berhijrah dan tempat bertelur untuk burung residen.

Kuala Gula sebenarnya telah terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa terutamanya kepada pemerhati burung kerana ianya penting dengan kewujudan burung air/berhijrah. Ramai pelawat tempatan dan antarabangsa seperti Amerika Syarikat, Australia, Eropah, Jepun dan negara lain datang ke Kuala Gula untuk melihat burung-burung ini. Setiap tahun, pelbagai spesies burung singgah di Kuala Gula dalam laluan migrasinya. Terdapat beberapa laluan migrasi di dunia dan Malaysia terletak dalam laluan East Asian-Australasian Flyway. Jadi pihak berkuasa tempatan cuma perlu mengemas dan membangunakan sedikit sahaja lagi kemudahan-kemudahan sebagai satu tarikan pelancong. Indahkan kawasan-kawasan sepanjang jalan ke sana sebagai satu tarikan mata bagi menggambarkan keindahan lokasi berkenaan.

Daerah yang berikutnya adalah Daerah Selama yang dibawah pentadibiran Majlis Daerah Larut Matang & Selama.  Kawasan yang menyediakan Projek Pelancongan Desa Selama atau Selama Homestay boleh diperindahkan lagi dengan lain-lain tarikan kerana pada ketika ini apa yang ditawarkan adalah limited dan agak uzur.


Dari Daerah Selama saya terbang menuju ke Bandar DiRaja, Kuala Kangsar pula. Daerah tempat pentadbiran DYMM Sultan Perak bersama Permaisuri baginda ini kita membuat kesimpulan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang berdasarkan keistimewaannya. Namun, banyak lagi yang boleh dilakukan oleh pihak pentadbir ke atas bandar DiRaja ini agar ianya segah namanya. Sama seperti di Bandaraya Taiping, indahkan bangunan-bangunan dengan cat, lampu-lampu hiasan yang menarik terutama disepanjang perjalanan ke Istana akan menarikkan lagi lebih ramai pelancong ke sini. Sebolehnya perbanyakkan ciri-ciri yang memperlihatkan ianya sebagai satu Bandar DiRaja bak dari segi binaan bangunanya atau hiasannya. Di kawasan Istana juga sediakan lampu limpah dikawasan-kawasan yang tertentu supaya ianya indah dan gah dipandang diwaktu malam baik dari jauh mahupun dekat. Gemilangkan kawasan istana dan sekitarnya.


Daerah tempat tinggal bonda tercinta, Bukit Gantang terkenal dengan Raja Buahnya... Durian yang enak. Bukit Gantang mendapat julukan 'Tropical Fruit Village'. Hampir keseluruhan penduduknya terdiri daripada orang Melayu. Pada pandangan saya kawasan ini cukup sederhana dan indah dengan pokok-pokok kayu sepanjang perjalanan. Sememangnya mendamaikan. Tidak perlu bangunan-bangunan rumah kedai sepanjang perjalanannya tetapi ia cukup mempersonakan. Namun, mengisytiharkan Bukit Gantang sebagai sebuah bandar sambil mengenal pasti suatu kawasan bandar baru akan memberikan nafas baru buat Bukit Gantang. Kawasan ini bolehlah dikomersilkan sebagai suatu bandar pelancongan dan/atau Agro Pelancongan. Cuma di daerah Changkat Jering sahaja yang agak memerlukan satu rombakan pemuliharaan agar ianya kembali mejadi satu kawasan perniagaan yang indah dipandang.

Dari Bukit Gantang saya bawa pula sahabat ke Lenggong, Perak. Satu daerah yang jauh mengarah ke Negeri Kelantan. UNESCO telah mewartakan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong sebagai salah satu dari Tapak Warisan Dunia UNESCO. Warta pemasyhuran telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO. Rangka manusia paling tua ditemui di Malaysia terdapat dalam sini disamping tinggalan zaman purba lainnya. Selain itu terdapat juga ladang rusa dan tasik yang dapat memikat hati pelancong untuk beriadah atau memancing.


Kemudian saya bergerak ke Sungai Siput,dan  Daerah Manjung yang terkenal dengan Pualu Pangkor dan Lumutnya. Selepas itu saya bawa pula ke Bandaraya Ipoh, Ibu Negeri Perak Darul Ridzuan. Banyak bangunan-bangunan lama juga terdapat di sini. Antaranya Stesen Keretapi Ipoh juga dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan kerana rupa bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal,
Komplek Kolam Renang Dewan Bandaraya Ipoh adalah antara yang terbesar dan termoden di Asia Tenggara yang dibina bertaraf Olimpik dan Methodist ACS sekolah yang ditubuhkan pada 31 Julai 1895 menjadikannya antara sekolah tertua di Ipoh.

Insyaallah dilain masa akan saya sentuh daerah atau kawasan lain pula. Mungkin ada antara cadangan saya yang mungkin menyentuh mana-mana pihak namun apa yang saya paparkan atau cadangkan adalah berdasarkan rasa sayang saya terhadap Negeri Perak yang dicintai ini. Hajat dihati ingin di tambah baik segala yang ada di Negeri Perak ini namun apakan daya 'aku insan yang lemah' heheheh.


Rabu, 30 Januari 2013

Sejarah & Pelancongan : Bandaraya Ipoh, Perak Darul Ridzuan



Ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak, Ipoh merupakan sebuah bandar raya yang terletak dalam daerah Kinta. Bandaraya ini yang terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur,George Town, dan Johor Bahru.

Ipoh pada mulanya hanyalah menjadi tumpuan tempat persinggahan dan perniagaan terpenting bagi daerah-daerah sekitarnya selian daripada lokasi yang terkenal dengan perlombongan Bijih Timah. Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" panggilan oleh orang putih atau lebih dikenali sebagai "pokok Ipoh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka. Manakala orang Cina pula menyebutnya sebagai 'Ipoh' atau 'Paluh'.


Sehingga tahun 1980an, Sungai Kinta menjadi perhubungan utama di antara Ipoh dengan kawasan-kawasan lain dalam atau luar negeri Perak. Selepas tahun 1874, perkembangan daerah Kinta amat lembab terutama masalah perhubungan melalui Sungai Kinta. Kenderaan seperti sampan, gajah dan kereta lembu memakan masa yang lama. Dalam tahun 1884, jalan raya wujud menghubungi kawasan perkampungan Gopeng dan pelabuhannya di Kota Bharu dan seterusnya menghubungkan kawasan perlombongan Papan dengan Batu Gajah.

Sehingga tahun 1889, hospital telah mula dibina di Ipoh dan hospital baru pula dibina di antara kawasan stesen keretapi dan Balai Polis Pusat. Manakala tahun 1889-1890. Dalam tahun 1893, lebih separuh rumah-rumah atap telah di robohkan dan diganti dengan bangunan-bangunan jenis batu, begitu juga longkang dan parit telah diperbaharui. Jalan-jalan disusun semula dan pokok-pokok untuk berteduh ditanam. Dalam tahun ini juga, 'Ipoh Sanitay Board' telah diwujudkan dan ia bertanggungjawab tentang kebersihan Ipoh. Dalam bidang pelajaran, Sekola Menengah Rendah Inggeris yang pertama di daerah Kinta telah dibina dalam tahun 1895 dan dikenali sebagai Anglo Chinese Boys, Ipoh.

Ipoh telah menjadi bandar yang terbesar di negeri Perak dan kedua besarnya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895. Pada masa itu juga perhubungan jalanraya antara Ipoh dengan tempat-tempat lain di Lembah Kinta diperbaiki. Jambatan kayu menyeberangi Sungai Kinta diganti dengan jambatan besi pada tahun 1900.


Perkhidmatan dan kemudahan awam disediakan. Pembekalan bahagian sistem pembentungan ditubuhkan pada tahun 1898 dan diperkenalkan penggunaan tangki najis pada tahun 1905. Kawasan lapang pertama telah diadakan pada tahun 1898 yang kini dikenali sebagai 'Padang Ipoh'. Padang Kelab Lumba Perak dibina pada tahun 1904, 'Peoples Park dan kawasan memperingati J.W.W Birch (James Ewheeler Woodford Birch) telah dibina pada tahun 1909.

Di antara tahun 1905-1914, kawasan pentadbiran bandar Ipoh berkembang hingga menyeberangi Sungai Kinta dan di sini wujudnya Pekan Baru (Ipoh New Town) ke Jalan Anderson. Stesen keretapi, hotel, dewan bandaran (town hall), dan pejabat pos juga dibina. Begitu juga panggung wayang dan kenderaan bermotor telah mula mengambil tempat di Ipoh.

Perkhidmatan bas bermula pada tahun 1910 dan tahun 1911. Pejabat pendaftar kereta motor telah ditubuhkan di Ipoh. Pada tahun 1905-1915, 'Kinta Saitary Board North' telah diwujudkan dan tahun 1916-1941 'Kinta District Board' yang diwujudkan diketuai oleh A.S Jelf di bawah pentadbiran 'British Military Administration' mengambil tempat.

Manakala dalam tahun 1946-1954, 'Kinta Town Board' telah wujud yang bermula dibawah penyelarasan Major J.S Drake dan pada tahun 1954-1956, G.S Walker menjadi pengerusi 'Ipoh Mengelembu Town Council' ditubuhkan pada tahun 1957-1962 diketuai oleh Encik Abdullah Bin Uni. Pada 31 Mei 1962, Ipoh telah dinaikkan ke taraf perbandaran dan dikenali sebagai 'Majlis Perbandaran Ipoh' yang dipengerusikan oleh E.G Walker.


Pada 27 Mei 1988, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah mengishtiharkan taraf Bandaraya kepada Ipoh, Ibu Negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis Perbandaran Ipoh dikenali sebagai 'Majlis Bandaraya Ipoh' dan ketua eksekutifnya bergelar Datuk Bandar. Sebagai Ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh merupakan pusat pentadbiran, perdagangan, sukan, kebudayaan, kewangan, politik,keagamaan dan juga pendidikan.Kini dibawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus berusaha untuk menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai sebuah bandar yang dinamik dan unggul. Kini, Ipoh telah berada dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, dimana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh.



Secara sejarahnya, Ipoh terbahagi kepada Pekan Lama dan Pekan Baru yang mana dipecahkan oleh Sungai Kinta ditengah-tengah bandarnya. Terdapat 25 buah pekan dan bandar disekitar Ipoh di bawah pentadbiran MBI antaranya:
  1. Ampang
  2. Bercham
  3. Buntong
  4. Chemor
  5. Cyber City
  6. Falim
  7. Station 18
  8. Sunway City
  9. Tambun
  10. Taman Cempaka Ipoh
  11. Tanjung Rambutan
  12. Tasek

Penduduk di Ipoh adalah terdiri daripada majoriti kaum Cina. Dialek Cina Kantonis adalah bahasa pengantar orang-orang Cina di sini walaupun terdiri daripada kebanyakan kumpulan dialek Cina Hakka, dan Cina Kantonis. Kebanyakan penduduk di Ipoh bertumpu di Menglembu, Buntong, Tasek, Ampang, Bercham serta Pasir Puteh menjadikan keluasan bandaraya Ipoh menjadi semakin besar jika diambil kira pekan-pekan yang terdapat di sekitar pinggir Bandaraya Ipoh.


Catatan Sejarah 


Berikut merupakan fakta-fakta yang boleh diungkapkan dengan kewujudan Bandaraya Ipoh dan serba sedikit mengetahui tarikh-tarikh Ipoh ditubuhkan.
  • 01.01.1980 - Majlis Perbandaran Ipoh ditubuhkan
  • 12.05.1988 - Ipoh diisytiharkan sebagai bandaraya.
  • 01.10.1989 - Majlis Perbandaran Ipoh mengambil alih pentadbiran Zon Perdagangan Bebas di Jelapang II seluas 3394 hektar.
  • 21.03.1989 - Majlis Perbandaran Ipoh menjalin hubungan di antara Datuk Bandar Ipoh dengan Bandaraya Fukuoka, Jepun sebagai bandaraya kembar atau 'Sister City'.
  • 1991 - Penduduk MBI seramai 382,633 orang dengan keluasan 134.7 km/persegi.
  • Ipoh turut menjalinkan hubungan dengan Guangzhou, China juga dibawah konsep bandaraya kembar/'sister city'

Ekonomi


Pembangunan ekonomi di Ipoh mula berkembang kebelakangan ini. Banyak pusat-pusat perniagaan, perumahan dan pusat hiburan yang tumbuh dengan pesatnya. Antara kawasan yang mula berkembang naik adalah Greentown, Meru Raya, Medan Ipoh Bestari dan Station 18.

Dengan perkembangan yang semakin pesat ini, pihak pemaju juga semakin berani melabur di Bandaraya ini. Antaranya Mydin Hypermarket telah membina 3 buah cawangan pasarayanya secara sekaligus di Negeri ini pada tahun 2012. Sebuah lagi cawangan pasarayanya di dalam perancangan iaitu berlokasi di Ulu Kinta. Selain itu beberapa perancangan pelaburan lagi yang telah dirancang untuk merancakkan lagi perkembangan Bandaraya Ipoh ini adalah melalui pembinaan antaranya I-Avenue dan Lang Valley Mall.


Pelancongan

1) Lost World of Tambun


Merupakan tarikan dari Sunway City Ipoh yang terletak di Tambun, Lost World of Tambun adalah antara taman tema air di Perak. Ia akan membawa anda ke pengembaraan yang penuh dengan keseronokan bersama keluarga dan rakan-rakan. Terletak di antara kawasan rimbunan kehijauan dan batu kapur, Lost World of Tambun menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik sehingga membuatkan anda ingin datang kembali.

2) Muzium Darul Ridzuan


Muzium ini terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh yang berhampiran dengan Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Telah dibuka pada tahun 1992 dan bangunan muzium telah dibina lebih dari 100 tahun yang lalu. Ia memaparkan pelbagai jenis artifak menarik yang berkaitan dengan sejarah dan pembangunan bandar Ipoh terutamanya dalam sektor perlombongan bijih timah.

3) Muzium Geologi



Muzium ini mula ditubuhkan sejak tahun 1957 berlokasi di Jalan Sultan Azlan Shah. Ia memaparkan pelbagai jenis mineral, batuan fosil dan batu permata dari dalam dan luar negara yang berjumlah lebih 600 koleksi.

4) Tokong Gua


Sepanjang Jalan Gopeng, kelihatan banyak tokong-tokong gua yang merupakan kebangaan Ipoh. Nam Tin Tong, Koon Yam Tong, Sam Poh Tong, Ling Sen Tong merupakan antara tokong-tokong ternama di situ. Dinding gua dihiasi dengan pelbagai lukisan dan kaligrafi Cina yang berunsurkan agama Tao dan Buddha. Di Jalan Kuala Kangsar pula tokong gua yang paling popular adalah Perak Tong.

5) Tokong Paloh Ku Miew
Paloh Ku Miew ialah tokong tertua di Ipoh, yang menyembah Tai Pak Koong, dewa tempatan yang melindungi kaum Cina apabila mereka mula-mula menetap di Ipoh. Antara penyumbang utama kepada tokong ini ialah Yau Tet Shin, seorang pelombong yang sangat terkenal pada masa itu. Tokong ini dapat dilihat daripada jambatan Hugh Low Street (Jalan Sultan Iskandar) yang memisahkan pekan baru dengan pekan lama Ipoh.

6) Masjid Panglima Kinta


Masjid ini dibina oleh Dato Panglima Kinta. Masjid ini terletak di pekan baru Ipoh. Masjid ini juga dijadikan sebagai Masjid Negeri bagi umat Islam bersembahyang dan melakukan Ibadah. Menjadi salah satu mercu tanda yang terkemuka di Ipoh yang menjadi kebanggaan kepada masyarakat Islam keseluruhannya sebagai asas kepada Islam

7) Taman Dr Seenivasagam


Taman yang terletak di tengah bandar Ipoh ini merupakan salah satu taman yang lama dibina di Ipoh, sesuai untuk pengunjung melepaskan lelah dan beriadah kerana taman ini mempunyai trek motorsikal mini, kolam ikan, tasik serta padang yang agak luas. Taman ini jugak mempunyai replika taman diluar negara, iaitu Taman Jepun yang hanya terletak bersebelahan dengan pintu masuk utamanya.

8) Struktur Bangunan di Bandaraya Ipoh


Struktur bangunan yang terdapat di bandaraya Ipoh sangat unik dan bersejarah, banyak bangunan lama yang dicantikkan dan berwarna warni menjadikan Ipoh sangat terkenal dengan bangunan bersejarah yang cantik. Pada masa sekarang MBI dalam usaha membaik pulih semua bangunan lama untuk cantikkan dan jadikan sebagai tarikan pelancong.

9) Kinta Riverfront



Destinasi baru yang menarik di Ipoh iaitu di Kinta Riverfront terdapat sebuah hotel baru. Pemandangan menarik di sini adalah sekitar Sungai Kinta yang dihiasi dengan Lampu LED sepanjang Sungai Kinta dihadapan hotel Kinta Reiverfront menjadikannya jolokan I-city Ipoh. Selain itu, Jambatan-jambatan terkenal diseluruh dunia dibina dalam saiz mini disepanjang sungai kinta ini menjadikan ianya sangat menarik sebangai destinasi bergambar. Ianya satu destinasi baru bagi Ipoh dan pembinaannya masih belum siap sepenuhnya.

10) Bulatan Sultan Idris


Bulatan Sultan Idris merupakan bulatan yang menjadi mercu tanda bagi Bandaraya Ipoh. 

11) Stesen Keretapi Ipoh


Stesen Keretapi Ipoh juga dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan kerana rupa bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal. 

12) Kolam Renang Dewan Bandaraya Ipoh


Komplek Kolam Renang Dewan Bandaraya Ipoh adalah antara yang terbesar dan termoden di Asia Tenggara yang dibina bertaraf Olimpik. 

13)  Tugu Peringatan J.W.W Birch


Merupakan sebuah mercu tanda bersejarah yang terkenal Bandaraya Ipoh. Birch Memorialmerupakan Menara Jam yang dibina pada tahun 1909 untuk memperingati J.W.W. Birch,yang telah dibunuh di Pasir Salak pada tahun 1875.

14) Pusat Perkelahan Chepor


Pusat Perkelahan Chepor merupakan tempat perkelahan yang paling popular di Ipoh. Airnya yang sejuk dan nyaman memberi ketenangan kepada mereka yang ingin melepaskan penat lelah selepas bekerja terutamanya pada hujung minggu bersama keluarga. Pengunjung dapat menikmati pemandangan indah Pusat Perkelahan Chepor pada bila-bila masa.

15) Perpustakaan Tun Abdul Razak



Perpustakaan Tun Abdul Razak menyediakan banyak bahan rujukan dan bacaan untuk semua golongan.

16) Taman Jepun


Taman Jepun terletak di Taman Rekreasi D.R.Seenivasagam atau Taman D.R di Ipoh, Perak. Dengan keluasan 1.2 hektar, taman ini dibina mengikut struktur lanskap yang unik sama seperti taman Jepun yang terdapat di Fukuoka. 

17) Taman Rekreasi Gunung Lang


Taman Rekreasi Gunung Lang terletak di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Lebuh Raya Utara Selatan. Gunung Lang berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi yang terdiri daripada hamparan bukit batu kapur dan tasik yang menjadi daya tarikan utama pengunjung dari dalam mahu pun luar negeri.  

18) Gerbang Malam

Gerbang Malam yang menjadi salah satu tarikan pelancong dalam dan luar - azamnecrone
 
Gerbang Malam terletak di tengah-tengah Bandaraya Ipoh dan dibuka setiap hari pada pukul 8-12 tengah malam


19) Ipoh's Memory Lane





Flea Market / Pasar Karat ini terletak di Memory Lane, Ipoh dan dibuka setiap hari Ahad pagi.


Selain dari tarikan yang dinyatakan untuk pelancong dalam dan luar negara, Ipoh telah dilabelkan oleh para seniman dan penerbit sebagai salah satu lokasi sesuai untuk penggambaran melihatkan kepada kecantikan alam semula jadinya. Filem-filem yang diterbitkan dan dilakonkan di Ipoh diantaranya ialah:


  • 1980 - Potret Maria, dibintangi Sarimah Ahmad, Rubiah Suparman dan Zulkifli Zain
  • 1999 - Anna and the King, dibintangi Chow Yun-Fat dan Jodie Foster, diarahkan oleh Andy Tennant.
F. M. S. Bar & Restaurant  was founded in 1906 by a Hainanese immigrant. F. M. S. stands for Federated Malay States, reputed to be the oldest restaurant in Malaya.


  • 2002 - Embun, diarahkan oleh Erma Fatima.
  • 2003 - Paloh, diarahkan oleh Adman Salleh.
  • 2003 - Kadhal Kisu Kisu, diarahkan oleh P. Vasu.
  • 2004 - Tun Tan Cheng Lock.
  • 2005 - Sepet, dibintangi Sharifah Amani, diarahkan oleh Yasmin Ahmad.
  • 2005 - Gubra, dibintangi Sharifah Amani, diarahkan oleh Yasmin Ahmad.
Hongkong and Shanghai Bank was built in 1931 in Neo-Renaissance style. It was the tallest in town until post-independence and still operating until this very day.

  • 2006 - After This Our Exile, dibintangi oleh Aaron Kwok dan Charlie Young, diarahkan oleh Patrick Tam.
  • 2006 - Goodbye Boys, diarahkan oleh Bernard Chauly.
  • 2006 - Lust, Caution, dibintangi Tony Leung Chiu Wai dan Lee-Hom Wang, diarahkan oleh pemenang Oscar dari Taiwan Ang Lee.
  • 2007 - Mualaf, dibintangi Sharifah Amani, diarahkan oleh Yasmin Ahmad
  • 2008 - Telent Time diarahkan oleh Yasmin Ahmad
  • 2010 - Love and Death in Java, diarahkan oleh Bill Donovan
The Town Padang Mosque was constructed by Shaik Adam, a wealthy Tamil Muslim in 1908 in Mogul style at a cost of $500,000. - Ipoh Mali Photography
Chung Thye Phin Building was built in 1907 by the last Kapitan Cina of Perak and the building was named after him. It has long been associated with medicine, which it first housed Dr RM Connelly's Medical Hall, then Oldfields Dispensaries and finally Georgetown Dispensaries, which was closed down many years ago.
Straits Trading Building  where OCBC Bank housed currently. This building was erected in 1907 in Italian Renaissance style, with a corner clock tower on top of the building. At the peak of their business, Straits Trading Company handled half of the tin ore sales in the state.


 
Pendidikan

Big 3 di Ipoh selalunya merujuk kepada 3 buah sekolah missionarya atau mubaligh atau nama jalanannya sekolah orang putih. Sebab apa dinamakan sekolah orang putih ialah sebab ianya dibuka oleh orang putih yang selalunya orang kuat gereja.

1) Methodist ACS


Ditubuhkan pada 31 Julai 1895 menjadikannya antara sekolah tertua di Ipoh. Letaknya di Jalan Lahat dan merupakan antara sekolah pertama di Malaysia yang ada kolam renang, gimnasium dan gelanggang badminton.

Sebagai sebuah sekolah mubaligh dan methodist, hanya lelaki dibenarkan belajar di sekolah ini dari Darjah 1 sampai Tingkatan 5. Bila dah masuk Tingkatan 6 barulah ada pelajar perempuan yang lazimnya datang dari Sekolah Perempuan Methodist atau nama glamernya MGS (Methodist Girl School). Antara yang paling menarik belajar di Methodist ACS ialah dalam jadual waktu sekolah ada slot 'Kelas Renang'.

2) Anderson


Ditubuhkan pada 6 Februari 1909 dan terkenal di seluruh Malaysia sebagai sekolah hoki yang kuat sebelum wujudnya sekolah sukan macam Bandar Penawar atau Bukit Jalil. Terletak di Jalan Hospital dan betul-betul berdepan dengan Hospital Besar Ipoh atau nama sekarangnya Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Macam ACS juga, sekolah ini hanya menerima pelajar lelaki sehingga ke Tingkatan 5. Antara bekas-bekas pelajar yang power dari sekolah ini macam Megat Junid Megat Ayob, Tajol Rosli, Samy Vellu, Ahmad Boestamam dan Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai kartunis Lat.

Anderson pernah dijadikan lokasi untuk penggambaran filem terakhir arahan arwah Yasmin Ahmad iaitu Talentime.

3) St Michael


Pada tahun 1912 Reverend Father JB Coppin telah membeli sebidang tanah di Kampung Pisang. Tujuan beliau membeli tanah bukanlah kerana hendak berkebun pisang tetapi membuka sekolah adanya. Tanggal 4 Disember 1912 lahirlah St Michael.

Sama seperti ACS dan Anderson, St Michael adalah sebuah sekolah khusus untuk budak lelaki sahaja. Antara kebanggaan St Michael ialah persatuan pengakap mereka yang dikenali sebagai 02 Kinta dan merupakan pengakap paling steady dalam Malaysia. Selain dari itu sekolah ini antara segelintir sekolah di Malaysia yang ada menawarkan sukan golf kepada para pelajar.

Macam Anderson, St Michael juga pernah menjadi lokasi penggambaran filem arahan Yasmin Ahmad iaitu Sepet dan Gubra. Agaknya kalau Yasmin Ahmad tak meninggal lagi mungkin ACS pun dah jadi lokasi penggambaran.

Hari ini semua Big 3 ini diiktiraf sebagai sekolah elit di Perak dan merupakan antara yang terbesar dari segi jumlah pelajar. Dan macam biasa, sebagai Big 3 ketiga-tiga sekolah ini selalu bermusuhan antara satu sama lain baik dari segi akademik, sukan atau pun berebut awek sekolah MGS, Main Convent, Tarcissian, Ave Maria dan sebagainya.


Satu lagi sekolah yang hebat tapi tak termasuk dalam group Big 3 adalah Sekolah Menengah Gunung Rapat, sekolah saya dari form 1 - 4 1/2 heheh yang setengah lagi saya dah bertukar ke Kedah pulak. Apa pun saya sayangggg sangat sekolah ni tau. Terasa rugi minta berpindah dulu tapi sesal dahulu pendapatan kan.... Sekolah yang terkenal sebagai Sekolah Sukan Negeri diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Maknanya handal dari segi akedemik dan sukan. Hebatkan???


Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat adalah sekolah harian terbaik di negeri Perak dan terletak kira-kira 8 km dari pusat bandaraya Ipoh. Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1984 dengan menerima pelajar-pelajar daripada sekolah rendah yang berhampiran. Pada tahun 1989, SMKGR mula menerima pelajar-pelajar luar daripada 3 buah sekolah rendah asrama desa iaitu Pasir Panjang Ulu, Batu Kurau dan Lenggong. Dalam masa yang sama, SMKGR juga menerima pelajar-pelajar dari luar bandar melalui Program Rancangan Khas (saya le antara studentnya masa tu). 

Pada tahun 1991 sehingga 1999, bilangan tenaga pengajar dan pelajar terus bertambah. SMKGR juga telah terpilih sebagai Akademi Sukan Negeri (ASN) dan juga telah terpilih untuk untuk menjalankan Projek Tunas Cemerlang Olahraga yang dibiayai oleh Majlis Sukan Negara (MSN). Pada tahun 1998, SMKGR telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam keputusan PMR dan SPM. Pada tahun yang sama juga, sekolah ini telah dinaikkan taraf ke sekolah gred A. Dewan sekolah ini telah mula dibina pada tahun 1999 dan mula digunakan untuk pelbagai aktiviti pada tahun 2001. SMKGR telah dianugerahkan Keputusan Pencapaian tertinggi Daerah Kinta PMR dan SPM. Pada tahun 2002, SMKGR sekali lagi mengekalkan kecemerlangan akademik dan menerima Anugerah Gemilang Akademik SPM dan PMR bagi kategori Sekolah Menengah Bandar. Pada tahun 2005, SMKGR telah dianugerahkan "Anugerah Sekolah Lima Bintang".

Pada Mac 2007, SMKGR telah mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila diiktiraf sebagai "Sekolah Kluster Kecemerlangan" bagi kategori sekolah harian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2008 pula, SMKGR telah dijadikan sebagai Sekolah Sukan Negeri Perak. Justeru, pelbagai alatan dan kelengkapan sukan mula dibekalkan kepada sekolah ini. Antaranya ialah dengan pembinaan sebuah stadium mini dan juga trek sintetik yang telah siap pembinaannya pada Jun 2010. Pada tahun 2009, SMKGR telah dianugerahkan "Anugerah Cemerlang PMR 2009" bagi kategori Pencapaian Sekolah Terbaik Daerah Kinta Utara oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara.


BArisan orang-orang kuat SMGR 2009 bersama ayahanda Dato Salleh (pengetua sekolah) yang tercinta - Diana Hussain


Banggakan?? Kembang kempis hidungku sebab pernah jadi salah sorang daripada warganya. Tapi satu yang saya confirm, ramai sahabat yang keluar dari sekolah tercinta ni sebagai orang-orang yang hebat! Bangga sangat dengar tapi malu pun ada sebab saya je yang gagal. Tapi kalau le dulu saya tahu kelemahan saya, mungkin nasib saya pun macam diarang. Tapi tu le suratan Allah tak siapa yang tahu. Moga ada kebaikan disebaliknya... :)




Sukan

Satu kawasan yang luas iaitu di Kampong Simee telah dipilih oleh Dewan Bandaraya sebagai Pusat Sukan. Sukan utama yang popular bagi bola sepak dan sukan-sukan lain, juga bagi acara padang banyak berlaku di Stadium Perak. Bersebelahan Stadium Perak terdapat juga stadium tertutup iaitu Stadium Indera Mulia, memainkan peranan sebagai hos bagi sukan badminton. Ipoh juga rumah kepada Perak FA.


Berdekatan dengan stadium terdapat Kompleks Sukan Renang yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya. Ia dibuka kepada orang umum dengan kadar harga yang berpatutan (RM1 untuk hari biasa/RM2 untuk cuti umum dan hari minggu). Kompleks ini mempunyai kolam bersaiz Olimpik, kolam untuk menyelam, kolam berombak, kolam bersederhana saiz dan kolam untuk kanak-kanak.

Ipoh merupakan tuan rumah velodrom iaitu dipanggil Velodrom Rakyat. Ia merupakan Velodrom yang pertama di Malaysia dimana ia dibina atas inisiatif Dato' Darshan Singh Gill (sekarang Tan Sri Dato' Seri). Tambahan lagi, Ipoh juga menyerlah sebagai salah satu dari beberapa bandar di Malaysia yang mempunyai "stadium astroturf" untuk sukan hoki, yang dipanggil Stadium Azlan Shah.


Untuk sukan golf pula, padang golf popular yang terdapat di Ipoh ialah Kelab Golf Diraja Perak (sebelah Tiger Lane atau Jalan Sultan Azlan Shah). Kelab Golf Meru terletak di Jelapang. Selain itu, jalan menuju ke Batu Gajah, terletaknya Clearwater Sanctuary golf club. Tempat juga lokasi bagi sukan-sukan lain termasuklah Kelab Kilat di Pasir Pinji, Padang Ipoh di Pekan Lama, Padang Polo, dan padang polo di Iskandar Polo Club di Ampang Baru.


Pengangkutan ke Ipoh


  • Jalan Persekutuan: Jalan umum di malaysia menghubungkan Ipoh dengan pekan-pekan sekitarnya dan juga Negeri-negeri lain (seperti pekan Gopeng, dan bandaraya Kuala Lumpur ke arah selatan).

  • Lebuhraya: Dengan terbinanya Lebuhraya Utara-Selatan, kenderaan dapat bergerak dengan pantas serta lebih efisyen berbanding Jalan Umum. Walaubagaimanapun, sesetengah pekan seperti Kampar hanya boleh dihubungi melalui Jalan Umum. Pemandu yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan terpaksa memilih keluar ke Ipoh dari mana-mana 4 jalan keluar - Simpang Pulai, Ipoh(S) , Ipoh(U) & Jelapang.

  • Keretapi: Stesen keretapi Ipoh dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan ianya terletak di Pekan Lama. Landasan keretapi ini hanya dapat menghubungkan di antara Ipoh dengan pekan dan bandar-bandar berdekatan.

  • Bas: Terminal bas antara-bandar terletak di Silveritage Galleria dekat Jalan Gopeng, berdekatan dengannya ialah Gunung Rapat, selatan Ipoh (dahulunya terletak di Medan Kidd, Pekan Lama). Satu lagi terminal bas yang lebih besar dan canggih dibina di Meru Raya, satu lagi kawasan yang semakin pesat membangun di Ipoh. Di sini juga terdapat pusat pentadbiran kerajaan Perak.

  • Udara: Bagi penerbangan udara, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah merupakan satu-satunya lapangan terbang di Ipoh. Ia terletak berdekatan dengan Gunung Rapat. Walaubagaimanapun, lapangan terbang ini hanya memberi perkhidmatana penerbangan domestik (dan satu penerbangan antarabangsa).
    • Sejak Mei 2006 (bagi Malaysia Airlines) dan September 2006 (bagi AirAsia), penerbangan telah digantung untuk mendarat di Ipoh. Diantara alasan-alasannya ialah jalinan udara yang tidak menguntungkan serta landasan yang terlalu pendek (untuk kes AirAsia).
    • Penerbangan antarabangsa pula hanya terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (di Lembah Kelang, 200km ke selatan), dimana ia boleh dihubungi di jalan darat oleh bas ekspress (harga lebih kurang RM50 seperjalanan).
    • Buat masa ini, lapangan terbang Ipoh digunakan oleh satu-satunya syarikat penerbangan Indonesia dan memberi perkhidmatan udara diantara bandar Medan-Ipoh.


Bangunan ini terletak di Pasar Yau Tet Shin yang lebih dikenali oleh mat rock sebagai "Bazar Bulat" yang berhampiran dengan Jubilee Park di pusat bandar Ipoh. Sayangnya bangunan ini telah dirobohkan pada penghujung 90'an dan kini ia dijadikan kawasan meletak kereta. - karatijau


Sumber: Wikipedia
Majlis Perbandaran ipoh
Superkinta.blogspot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...