Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Biskut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biskut. Papar semua catatan

Isnin, 6 Ogos 2012

Biskut: Almond Crisp


Raya kali ni saya buat sekali lagi Almond Crisp macam tahun lepas. Resepi ni milik kak Fida, sifu yang saya kenali dari My Resepi tu. Hari ni dari pagi tadi saya dah mulakan projek ni. Kat Perak kan cuti Nuzul Al-Quran so ambik kesempatan ni bila dah ada kat rumah untuk buat cookies yang mudah ni. Selamat bercuti yer buat yang bercuti tu... :) Esok dah nak berkejaran untuk settlekan projek lain pulak. Tambah pulak semua bahan dah ada kat rumah.


Tahun lepas rasanya saya tak kongsikan kat sini resepinya. So kali ni lepas jer masak biskut tu tadi, saya pun ambik kesempatan untuk terus updatekan dalam blog. Memang sedap tau biskutnya. Anak-anak pun suka. Itu pasal tahun ni pun saya buat lagi biskut ni. Nak buat Almond Crisp ni pun tak susah. Itu yang jadi pilihan sekali lagi tu.


Resepi yang kak Fida bagi setakat yang pernah saya cuba memang menjadilah. Tak pernah menghampakan lagi. Tahun ni saya buat 3 adunan. Satu untuk mertua, satu untuk mak kat kampung dan satu lagi untuk stok kat rumah. Mudah dan cepat jer siapnya...


Tahun ni memandangkan Afif dah besar dan boleh diharap, saya ajak dia joint buat biskut ni. Kerjanya mudah jer. Part yang dia suka, ayak tepung dan gula aising. Pastu pukul semua bahan-bahan. Memang boleh diharap tapi berperang ler kejap dengan Izaz sebab dia pun sibuk nak menolong heheh. Kakak dah boleh buat sampai habis sebab dah tahu jaga kebersihan. Adik just kacau adunan jer. Kang jadi hapa pun tak tahu ler kalau harapkan adik yang buat sama. Bangga jer anak-anak dare tu bila cookies diarang dah siap. Bahagian simpan stok kat rumah pun dah banyak yang dimakan diarang.... Isk cam ner nak jamu raya nanti ni!!!!!!!!!!

Image milik kak Fida sendiri

ALMOND CRIPS

By: Kak Fida, My Resepi
Hasil: 40 keping 


Bahan-bahan
  • 125g mentega - lembutkan pada suhu bilik
  • 55g gula aising - ayak
  • 30g badam kisar
  • 160g tepung gandum - ayak
  • Coklat putih - cairkan
  • Manik pelbagai warna


Caranya

1. Gaul rata mentega dan gula.

2. Masukkan badam kisar dan gaul lagi.

3. Masukkan tepung dan gaul sebati. Bila siap balut dalam plastik dan simpan dalam chiller selama 15-20 minit.

4. Bentukkan atau canai. Terap ikut bentuk yang disukai. Susun atas dulang yang disapu mentega. Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit.

5. Untuk hiasan : Cairkan coklat menggunakan kaedah double boil. Buat design yang disukai dan taburkan manik-manik ikut suka.


Dah siap... Kan saya dah cakap memang senang jer. So jom pakat-pakat cuba tahun ni... Alah design masing-masing punya creativity. Tetamu tak perasan nanti heheh ;)

Last year buat cam ni bentuknya. Coklat putih jalur-jalurkan atasnya je tak ler salut terus cam ni...

This year punya design... Butterfly

Sabtu, 27 Ogos 2011

Bright Eye Susan


Bright Eye Susan...Masa tengok rupa biskut ni masa dipost oleh akak Zue Zunaidah kat dalam facebook terasa teringin sangat nak buat. Agak-agak penangan Susan Dalfino dalam Desperate Housewife tu kot heheh. Simple & humble. Dah la cantik sangat hasil rupa biskutnya.

Masa pergi cari Hawflakes kat kedai bakery terus sambar sepeket almond nips. Stok kat rumah cuma ada slice, powder & almond nut je. So termasuk yang ini kira complete variety almond yang ada & tunggu nak digunakan je hehe.


BRIGHT EYE SUSAN

By: Zue Zunaidah

Bahan-bahannya:

  • 260g tepung gandum *
  • 1/2 sudu kecil baking powder *
  • Secubit garam * ayak bersama
  • 250g butter
  • 125g gula castor
  • 1 sudu kecil essence vanilla
  • 1 biji kuning telur

Caranya:
  1. Pukul butter & gula hingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur & essence vanilla. Kacau sebati.
  3. Kaup balik campuran tepung di dalam adunan butter tadi. Uli setakat jadi doh lembut
  4. Sukat adunan sebanyak 1 sudu kecil & bulat-bulatkan (cuba bentukkan bagi sama). Celupkan permukaan doh tadi dengan putih telur & diikuti dengan almond nips.
  5. Susun dalam dulang pembakar & tekan ditengahnya untuk dibuat lubang. Boleh guna jari atau hujung senduk. Paipkan jem dalam lubang tadi.
  6. Bakar pada suhu 200C selama 10 minit.

    Biskut Hawflakes

     

    Selak-selak laman MyResepi untuk cari resepi biskut raya, mata tertacap pada satu resepi yang best dari Cik Yani kita. Resepi yang best dan ada sedikit kelainan...mengandungi hawflakes. Hawflakes...mula-mula berkenalan dengan ramuan-ramuan masakan ni tak kenal ler jugak. Ingatkan penama le Hawflakes tu. Macam cornflakes ke rupanya? Nama dah dekat seiras.

    Masa pergi ke kedai bakery, mata pun tercari-cari la si Hawflakes ni. Cari punya cari akhirnya ketemu juga. Perghhhh baru ku tahu Hawflakes tu apa. Asam keping 50sen rupanya. Ahaks* Lawak ler pulak rasanya. Ku sangkakan sepupu sepapat cornflakes rupanya asam keping makanan masa kanak-kanak dulu heheh. Tangan terus menyambar sepeket besar sebab risau gak nanti tak cukup sebab tekak ni teringin gak nak makan macam dolu-dolu hehe.


    Membuat biskut ni mudah sangat tapi pisau kena tajam sebab nak potong kepingan Hawflakes yang tersusun dalan doh ni dengan cantik. Satu lagi kena keluar masuk peti supaya mudah proses memotongnya. Kalau tidak buat pendek-pendek & keluarkan sikit-sikit supaya tak lembik pula kalau keluarkan semua serentak.


    BISKUT HAWFLAKES

    By: Yani, MyResepi

    Bahan-bahan:
    • 140g butter  - suhu bilik
    • 70g gula halus
    • 1 biji telur
    • Essence vanilla
    • 200g tepung *
    • 1/2 sk baking powder * ayak bersama ke dalam adunan
    • 5 pek Hawflakes - saya cuma masukkan 3 pek je

    Caranya:
    1. Pukul butter hingga berkrim.
    2. Masukkan gula & pukul hingga jadi putih.
    3. Tambah telur & essence vanilla. Gaul sebati.
    4. Ayakkan campuran tepung tadi ke dalam adunan. Gaul sebati.
    5. Masukkan Hawflakes sekeping-sekeping. Gaul rata. 
    6. Bahagikan kepada 2 bahagian. Tabur tepung atas papan canai buat bentuk bulat panjang - jangan terlalu panjang. Balut dengan plastik wrapping & simpan dalam peti sejuk 12 jam @ hingga keras untuk senang potong.
    7. Potong setebal 7mm & bakar pada suhu 180C selama 15 minit.

      Khamis, 25 Ogos 2011

      Biskut Tembikai Merah Kuning (ala2 team Red Giant le pulak heheh)


      Assalamualaikum...


      Biskut Tembikai..masa mula-mula tengok resepi ni kat wall fb saya kiriman kak Rina Mohd Dom terus terpikat nak cuba. Yea la comel je nampak rupanya. Kita pulak baru nak berjinak-jinak dalam bidang ni memang pantang le tengok yang cantik-cantik tu. Ini akan jadi salah satu dari hidangan raya saya tahun ni tekadnya heheh. Terus tangan capai pen dan kertas untuk salin resepi.


      Selepas buat Biskut Hawflakes, keesokkan harinya terus ambil resepi dan buat preparation untuk buat adunannya. Dah tak sabar rasanya nak tengok hasilnya.



      Aduh rupanya susah sangat nak buat biskut ni. Lama pulak tu masa yang diambil. Nak-nak kita ni amatur sesangat lagi ler terasa susahnya. Rasanya lepas ni tak berani lagi dah nak buat sensorang. Kalau ada yang tolong boleh la. Serik pun ada. Nak sediakan adunan dan membentuknya je dah makan 6 jam. Yang leh perasan tu pun sebab mula projek masa anak-anak baru ke sekolah jam 8.00 pagi. Sedar-sedar diarang dah balik. Maknanya kul 12 lebih dah ler tu. lepas tu dekat nak habis tanya Mr Hb, dia cakap dah 2.30 petang dah. Macam mana tu...lamakan????


      Akibatnya lepas siap uli dan jadikan tembikai masa simpan doh tu sebentar dalam peti ais terus pergi baring. Sakit sangat rasanya tulang belakang ni dah. Dah ler masa buat tadi pun bersandar je dah sebab dah tak larat sangat tulang belakang ni nak tampung duduk berterusan. Nak berjalan ke bilik pun dah macam nenek kebayan dah.


      Nak-nak pula dengan pewarna yang sedikit memang tak cantik sangat jadinya dan makin susah nak ratakan warna yang ada. Lagi ler terasa penatnya. Memang tabik ler pada sesapa yang buat sendiri biskut ni tetambah yang berjualan tu.

      Pada kawan-kawan yang nak try buat biskut ni pastikan yer pewarna penuh dalam botol tu. Kalau dah tinggal 1/2 sila ler sediakan yang baru. Takut tak cukup nanti. Nak kepal-kepalkan adunan tu jadi bulat-buat pun susah juga. Kuat sangat takut pecah so kena lembut-lembut je la. Yang ada pewarna tu mudah le sikit sebab doh dah lembut sikit. Yang plain..mak datuk malas nak cita. Dah terjerumus buat nanti baru tahu.


      Lepas buat biskut ni terus baring sekali lagi sebab keletihan sangat-sangat. Sakit pinggang mak you... Udah le kita puasa so memang azab sesangat rasanya. Akibat Mr Hb le kena beli juadah berbuka hari tu. Anak-anak pun dia yang take over jaga. Sib baik dia memahami dan tak bising.Thanks sooooo much darl. :)



      BISKUT TEMBIKAI

      By: Rina Mohd Dom


      Bahan-bahan:
      • 150 gm gula kastor
      • 250 gm mentega
      • 1 biji kuning telur gred C
      • 1 sudu besar susu pekat
      • 550-580 gm tepung gandum * ayak bersama
      • 1 sudu kecil baking powder * ayak bersama
      • Secubit garam * ayak bersama
      • Sedikit pewarna merah dan hijau - saya tambah warna kuning
      • Bijan hitam dan putih
      • Paper cups - jika suka

      Caranya:
      1. Pukul gula dan mentega hingga sebati.
      2. Masukkan kuning telur dan susu pekat. Pukul lagi hingga rata.
      3. Masukkan tepung gandum yang sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam. Uli perlahan menjadi doh.
      4. Bahagikan kepada 3 bahagian, merah, hijau dan plain. (Saya buat 4 bahagian sebab tambah kuning sama).
      5. Buatkan bebola kecil dengan doh merah.
      6. Canai doh plain nipis-nipis, kemudian salutkan dengan bebola merah tadi. 
      7. Canai doh hijau nipis-nipis juga, kemudian salutkan dengan bebola plain tadi. Buat seperti buah tembikai.
      8. Simpan sebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya masa ia keras).
      9. Belah 4 bebola tadi, kemudian letaklah bijan hitam dan putih sikit dan aturlah dalam paper cups jika suka dan barulah diletak di dalam tin pembakar. 
      10. Bakarlah pada suhu 160C selama 20-25 minit atau hingga masak.

      Alhamdulillah...lega sangat bila dah siap semuanya. Tengok hasilnya rasa tak puas hati sangat sebab warnanya berbalor-balor. Next time kalau buat lagi (biar betul tadi baru cakap rasa serik sikit nak buatnya) harus dipastikan pewarna tu dari botol baru dan ada spare lagi sebotol heheh.


      Biskut Pop Cornflakes


      Semangat menyambut raya tahun ni sangat-sangat berbeza kerana tiada lagi biskut tunjuk atas meja hehe. Sejak berkenalan dengan rakan-rakan dalam facebook dapat juga merasa membakar sendiri biskut.


      Biskut pertama yang diprojekkan adalah Biskut Pop Cornflakes kegemaran Mr Hb. Tak sangkat best jadinya. Betul kata tuan punya resepi tempat saya ambil tu si Puteri Manja. Berbaloi buat tambah-tambah bila Mr Hb & anak-anak ulang makannya walau raya belum lagi menjelma. Si kecil bongsu, Izaz pilih buah campur di dalamnya je hingga ditegur baru makan semua. Kiranya nampak je cam keras tapi lembut kat dalam hingga mudah bagi dia kutip buah je heheh. Akhirnya yang dapat selamat 50 biji je sebab dari awal simpan tempat berasingan heeh....dah ku agak ;p


      Biskut pertama ni nampak biasa je sebab tak pandai hias lagi hehe. Agak-agak kalo letak taburan cornflakes & ceri kat atasnya sure nampak berseri sikitkan. Tu la amatur sangat sampai tak berapa pandai nak cantikkan. Nak letak coklat rasa malas pulak bila dah tinggal sikit so layan je la rupanya yang sederhana ni. Janji Sodapppp.


      BISKUT POP CORNFLAKES

      By: Puteri Manja


      Bahan-bahannya:
      •  250g butter
      • 220g kismis (saya gantikan dengan buah campur)
      • 400g tepung naik sendiri
      • 120g tepung jagung Maizena (gambar kupu-kupu)
      • 160g gula castor
      • 140g cornflakes (ramas2 kasar)

      Caranya:
      1. Pukul butter bersama gula hingga kembang.
      2. Masukkan tepung & gaul hingga sebati.
      3. Masukkan buah campur & cornflakes. Gaul rata. Adunan berderai sedikit.
      4. Kepal-kepal bagi jadi bulat & masukkan dalam papercup. Buat hingga habis.
      5. Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit.

      Rasanya yang cair dimulut membuatkan hilang rasa sangsi atas rupanya yang sederhana heheh. Luarannya agak crunchy menambah rasa enak. Thanks pada Puteri Manja atas saranannya yang confirm best.

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...