Fuhhh dah lama gak rupanya terstop menceceh kat sini. Jadual pack bebenor. Menyiapkan produk, mengantor, buat report dan segala bagai. Isk letih Ya Rabbi. Tu ler tenaga kerja untuk semua cuma setakat 2 orang je memang tak menang tangan le nak handle semua-semua. Sabo je la husss. Meh nak cite sikit catatan perjalanan kami dalam 2 minggu nih....
Seawal cuti kitarang bertungkus lumus untuk siapkan produk untuk promosi di Tesco Kajang dan Mydin Hypermarket. Alhamdulillah dalam kalut tu siap gak le semuanya dan selamat dihantar ke lokasi-lokasi yang berkenaan. Balik dari menghantar produk ke Melaka, kitarang bertungkus lumus pulak untuk menghantar produk ke Terengganu dan Kelantan. Banyak gak le yang nak kena disiapkan jadi memang tak sempat le nak update pa per kat sini. Sampaikan nak berceloteh pasal promosi produk kat sini pun tak sempat.
By the way Alhamdulillah semuanya dah selamat. Menghantar produk dah selamat, promosi pun dah selamat. Syukur sangat-sangat.
Ke Melaka itu hari tak sempat langsung nak jalan-jalan. Sian gak kat anak-anak dare 2 orang tu. Berpenat-penat dalam van last-last balik gitu je sebab ibu ayah kena siapkan produk untuk penghantaran ke Kelantan dan Terengganu. Jadi bila dah berkesempatan sampai kat Pantai Timur tu apa lagi ambil peluang le bercuti sama. Nak pulak Mak dan Ayah pun ikut sama jadi kami menumpang bermalam di rumah kakak, Tijawati Abu Bakar selama 4 hari. Heheh terlebih pulak yer heheh.
Sebenarnya bergerak pergi balik tu pun dah sehari. Menghantar ke Kuala Terengganu pun ambik masa sehari. Yang baki sehari tu je untuk lepaskan lelah sekejap untuk kumpul tenaga. Dah petang baru nak bergerak kononnya nak le ke Pasar Siti Khadijah ke hapa. Dah tup rupanya hehe. Last-last setakat ronda kat pasar malam sebelah bangunan tu je la. Hasrat nak ke Wakaf Che Yeh pun tak tercapai sebab hujan yang amat lebat turun membasahi bumi Kelantan. Balik je le... Nak buat camner lagi huhu.
Isk tak sangka ramainya costomer di Mydin Kubang Kerian tuh. Walaupun kami pergi menghantar produk hari bekerja sebelah petang tapi tetap ramai pelanggang diarang. Kat Kuala Terengganu pun sama. Nak tolak troli pun payah. Asyik berlaga je heheh.
Kami bertolak balik Bukit Merah lepas rehat sehari kat rumah kakak. Lepas singgah jab kat Rantau Panjang dan Bukit Bunga memborong apa yang patut (yang tak patut pun ada gak terbeli hihih), kami bertolak balik lebih kurang jam 2 petang. Syukur perjalanan semua selamat dan kami akhirnya sampai pukul 7 malam lepas stop jab kat Lenggong sebab Afif bising lapar. Sekejap sekejap pun dekat sejam lebih la hehe.
Syukur sekali lagi sebab semuanya selamat. Paling tak sangka performance Pak Tua memang tip top le walaupun memanjat gunung dengan muatan yang penuh dengan produk, barang-barang kami dan kami heheh. Sooo in love dengan Pak Tua heheh.
Ok lah nanti-nanti saya sambung balik. Macam syiok le pulak tengok cita Sebenarnya Saya Isteri Dia di TV3 nih. First time tengok cita nih sebenarnya. Tah siri ke berapa baru nak tengok heheh. Ok Salam semua.....
Perkongsian catatan perjalanan suka duka kehidupan dan business - produk makanan dengan jenama 2 PUTERI yang berupa Dodol, Sos Char Kueyteow (boleh didapati di Pasaraya TESCO & MYDIN) & Cili Boh Asli (terdapat di Pasaraya TESCO). Juga perkongsian tentang kejayaan kecil tetapi amat bermakna. Perkongsian segala ilmu kehidupan dan akhirat. Semoga hari ini akan lebih baik daripada semalam & esok akan menjadi yang terbaik daripada hari ini.
Memaparkan catatan dengan label Jalan-jalan Shopping Sakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan-jalan Shopping Sakan. Papar semua catatan
Jumaat, 7 Jun 2013
Rabu, 26 September 2012
Sejarah & Pelancongan: Kuala Kangsar, Perak
Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar DiRaja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan IKS (Industri Kecil dan Sederhana) yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai.
Ada gak versi yang ceritakan Kuala Kangsar kat Negeri Perak ni lahir dari aliran air yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selatan Melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang.
Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka kuala sungai ini adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan pemandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, KUALA KURANG SA dan kemudiannya disebut Kuala Kangsar sahaja..
![]() |
| Kenderaan berkuda di Kuala Kangsar akhir abad ke-19. |
Walaubagaimanapun, Kuala Kangsar sebenarnya adalah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja sesuai sebagai tempat mendarat, tetapi memang baik untuk penempatan, untuk bercucuk tanam, untuk pusat perniagaan. Di daratnya seseorang boleh meneruskan perjalanan menyusur sungai hingga ternampak Gunung Pondok, iaitu satu mercu tanda yang memandu orang dalam perjalanan ke Larut ataupun dari Larut.
Berdasarkan keistimewaan ini kita membuat kesimpulan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang.
![]() |
| A photo of Clifford School taken in 1897. (Source: Clifford School Kuala Kangsar Facebook page) |
![]() |
| Clifford School as it stands today. (Photo: Raja Chulan Raja Dato' Ahmad Tajuddin) |
Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah yang ditadbir oleh Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan bagi kawasan perbandaran ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah adalah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Manong, Sauk, Karai, Salak, Lintang dan Lasah. Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar.
Aktiviti ekonomi utama adalah terdiri daripada aktiviti pertanian.
Terdapat 9 buah Mukim di dalam kawasan Daerah Kuala Kangsar iaitu:
- Mukim Chegar Galah
- Mukim Kota Lama Kiri
- Mukim Lubok Merbau
- Mukim Kampung Buaia
- Mukim Senggang
- Mukim Sayong
- Mukim Kota Lama Kanan
- Mukim Sungei Siput
- Mukim Pulau Kemiri
Tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Kuala Kangsar yang punya nilai sejarah yang tinggi ialah antaranya:
1) Masjid Ubudiah
Masjid yang terindah di Negeri Perak ini
terletak di sebelah kawasan permakaman Di Raja Bukit Chandan, Kuala
Kangsar. Masjid ini dibina di atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam
Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) kerana menunaikan nazar baginda.
Kerajaan
Negeri Perak kemudian mengarah Colonel Huxley dari Pejabat Kerja Raya
di Kuala Lumpur supaya merangka sebuah pelan masjid yang hendak
didirikan itu. Tugas membuat pelan rekabentuknya telah diberikan kepada
Hubbeclk, seorang arkitek kerajaan yang menggunakan seni reka Moor dan tugas melaksanakan bangunan itu
pula diserahkan kepada Caufield sebagai ketua jurutera Negeri Perak
ketika itu.
Pelannya telah disediakan oleh Pereka bentuk Kerajaan Negeri-Negeri
Melayu, Arthur Benison Hubback dibawah penyeliaan W. S. Huxley. Ia
berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta
dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu
garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki. Bahagian-bahagian dalam
dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan
putih yang dibawa khas dari Itali dan London.
Pesanan
batu marmar yang baru dari Itali tergendala akibat tercetusnya Perang
Dunia Pertama, sehinggalah 1917 barulah masjid yang terindah di negeri
Perak itu dengan rasminya dibuka pada 1917 oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah
iaitu Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada
tahun 1916. Belanja pembinaan masjid Ubudiah ketika itu di anggarkan
berjumlah RM200,000.00.
Sebelum Masjid Sultan ldris Shah II di Ipoh dibina dan dijadikan Masjid
Negeri pada 15 November 1968, maka Masjid Ubudiah adalah Masjid Negeri
Perak. Masjid Ubudiah sekarang dikenali sebagai Masjid Diraja dan
ditadbirkan oleh suatu Jawatankuasa Tadbir Masjid Ubudiah dan
dipengerusikan oleh sesiapa yang dilantik oleh Paduka Seri Sultan
biasanya penyandang jawatan Orang Kaya Temenggong Paduka Raja mahtlpun
jawatan Orang Kaya-kaya Setia Bijaya Diraja dan jawatan Setiausaha
diuruskan oleh seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di Pejabat Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak (Darul Ridzuan).
2) Istana Iskandariah
Tapak asalnya merupakan tapak Istana Negara yang
dirobohkan pada 1933.
Senibina istana ini mengambil corak senibina Islam-India 'Saracenic'
dengan campuran senibina Asia Barat. Motif pada gerbang tajam (pointed
arch), hiasan minaret, kubah berbentuk bawang (onion shaped domes). Ia
adalah hasil ilham, pengalaman dan perjalanan arkitek dan jurutera
British di Tanah Melayu. Senibina sedemikian terpancar juga pada Masjid
Ubudiah, Stesyen Keretapi Kuala Lumpur dan Bangunan Sultan Abdul Samad
di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Istana
ini luasnya 112.320 kali persegi. Bangunannya berbentuk bujur
segi empat (bujur sangkar). Depannya menghala arah matahari naik dan
pemandangan terus ke arah Sungai Perak. Selain kubah utama, ada lagi 4
kubah berbentuk bawang yang lebih kecil. Istana ini mengandungi dua
tingkat bangunan termasuk lantai bawah (ground floor) dan satu tingkat lagi terletaknya minaret kecil yang
dipanggil Roof Lounge. Di lantai bawah terdapat Bilik Mengadap, Bilik
Jamuan Negeri, Bilik
Lukisan, Bilik Biliard, Bilik Pejabat Juruiring (ADC), Bilik
Persalinan Perempuan (Cloak Room), Bilik Makam dan bilik-bilik kecil
dengan pelbagai fungsi tersendiri. Juga terdapat Dewan Negara dan Dewan
Muzik dan ruang mainan. Selain itu terdapat Balai Nobat, Balai Rong Seri
dan Singgahsana.Acara terbaru yang berlangsung di istana ini ialah Perkahwinan Diraja Raja Dr. Nazrin Shah pada 17 , 18 dan 19 Mei 2007.
3) Menara Pavillion
Bangunan ini terletak di Jalan Bendahara, Bandar Di
Raja Kuala Kangsar. Bangunan ini didirikan pada tahun 1920, iaitu semasa
pemerintahan Sultan Iskandar Shah yang memerintah Perak dari tahun
1918-1938. Arkiteknya ialah N.E.Don B.C.D. Bangunan ini digunakan
sebagai tempat istirehat oleh Sultan Iskandar selepas bermain polo.
Pada
masa sekarang, menara Pavilion ini tidak lagi digunakan , namun ianya
telah dijadikan salah satu tempat tarikan pelancong yang berkunjung ke
Bandar Di Raja Kuala Kangsar.
4) Jambatan Victoria
Jambatan keretapi ini disebut juga Jambatan Enggor
kerana letaknya di Enggor, Kuala Kangsar. Jambatan yang merentangi
Sungai Perak ini mula dibina pada tahun 1897 dan siap serta dirasmikan
pembukaannya oleh Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada tahun 1900.
Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W
Fryer, Divisional Engineer dan C.RHanson. Dengan siapnya
jambatan ini, maka lengkaplah perjalanan keretapi dari Enggor ke Kuala
Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk
laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru.
5) Istana Kenangan / Istana Kuning
5) Istana Kenangan / Istana Kuning
Istana ini pada keseluruhannya
diperbuat daripada kayu dan dikenali juga dengan nama Istana Lembah
atau kadangkala disebut juga Istana Tepas. Istana ini terletak
berhampiran dengan Istana Iskandariah. Istana yang berdinding kelarai
berbumbung perabut lima dan perabut pisang sesikat ini telah dirancang
pembinaannya selepas banjir besar melanda Perak pada tahun 1926. Inilah istana rasmi tempat bersemayam Raja-raja pemerintah yang ditabal sebagai Sultan Perak sejak tahun 1933 dahulu.
Tukang
yang membuat istana ialah Haji Suffian dan anak-anaknya yang berasal
dari Seberang Perai. Istana ini telah siap sepenuhnya pada tahun 1931.
Sultan Iskandar Shah iaitu Sultan Perak ke 30 (1918-1938) telah
berpindah bersemayam di istana tersebut kerana Istana Negera, iaitu
istana rasmi Sultan Perak di Changkat Negara akan dirobohkan untuk
dibina istana yang baru (Istana Iskandariah sekarang).
Dalam tahun
1933, apabila Istana Iskandariah siap dibina, Sultan Iskandar Shah telah
berpindah ke istana tersebut. Istana Lembah atau Istana Tepas diduduki
pula oleh keluarga Diraja Perak.
Nama Istana Kenangan hanya
bermula pada tahun 1960 an, iaitu selepas istana tersebut diperbaiki
semula dengan usaha Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Abdul Rahman Putra
Al-Haj, bekas Perdana Menteri Malaysia. Nama istana ini sempena nama Sultan Iskandar Shah yang bertanggungjawab terhadap pembinaannya dahulu. Pada 16 November 1986, setelah dipelihara, Istana Kenangan dengan rasminya dijadikan Muzium Di Raja Perak hingga ke hari ini.
6) Pokok Getah Tertua
Terletak diperkarangan Pejabat Daerah Kuala
Kangsar dan satu-satunya pokok getah pertama yang hidup daripada
sembilan pokok getah asal yang ditanam. Saiznya tiga atau empat pemeluk. H.N.Ridley adalah orang
yang bertanggungjawab menjadikan Kuala Kangsar sebagai daerah industri
getah yang pertama dan akhirnya menjadi sumber pendapatan penting
Malaysia.
7) Galeri Sultan Azlan Shah
Galeri Sultan Azlan Shah terletak di bandar DiRaja Kuala Kangsar dahulunya dikenali sebagai Istana Hulu. Ia mempamerkan gabungan senibina Asia dan Eropah. Galeri itu memberi tumpuan kepada sejarah dan pencapaian Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Ia turut memberikan maklumat mengenai sejarah dan susur paur Kesultanan Perak dan gambar dan kenderaan, termasuk hadiah-hadiah yang diberikan kepada Sultan dan Sultanah oleh ketua negara dari seluruh dunia. Galeri Sultan Azlan Shah terletak di Bukit Chandan sekitar 1.5 kilometer dari bandar Kuala Kangsar dan hanya 500 meter dari Istana Kenangan.
8) Resort Sungai Perak
Resort Sungai Perak (bahasa Inggeris: Perak Riverside Resort) adalah sebuah tempat penginapan berstatus resort yang terletak di Kuala Kangsar, Perak. Sebelum ini, nama resort ini adalah Resort Safari Sungai Perak, namun telah bertukar kepada Resort Sungai Perak.
Resort Sungai Perak berkeluasan sekitar 5 ekar persegi dan mula dibina pada tahun 1998 melalui peruntukan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Landskap Negara serta Kerajaan Negeri Perak dengan jumlah kos sebanyak RM 4.15 juta. Pembinaan resort ini telah disiapkan pada akhir Mac 2000 dan mula beroperasi pada 1 April 2000 dimana Majlis Daerah Kuala Kangsar (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kuala Kangsar) telah diperakukan untuk menguruskan resort ini secara sepenuhnya. Tuan Haji Rahim Bin Saleh selaku Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Kangsar pada masa itu adalah antara pencetus idea bagi melaksanakan pembinaan resort tersebut. Pada tahun 2008, Resort Sungai Perak telah diserahkan kepada pengurusan baharu di bawah Awan bayu Sdn. Bhd.
9) Menyusuri tebing Sungai Perak menaiki bot penambang
10) Kolam Air Panas Ara Panjang
11) Malay Collage Kuala Kangsar (MCKK)
Pada 16hb Ogos 2011, Tuan Pengetua En
Anand bin Baharuddin telah mengumumkan dengan rasminya Puan Azizah
binti Bakar telah dilantik sebagai Penolong Kanan yang baru menggantikan
En Safuan bin Rabaai yang bertukar ke Jabatan Pelajaran Negeri Perak.
Ini merupakan pertama kali dalam sejarah, MCKK melantik wanita sebagai
Penolong Kanan.
12) Perak Hydro Building
13) Jambatan Sultan Abdul Jalil
Selain daripada pertanian, penduduk Kuala Kangsar juga terkenal dengan pembuatan:
1) Labu Sayong
Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut. Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.
Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung. Air yang tersimpan begitu dingin dan segar.
Perusahaan membuat Labu Sayong tergolong dalam pembuatan seramik. Peredaran zaman, telah merevolusi kaedah pembuatannya daripada tradisional kepada moden.
2) Tekad Benang Emas
3) Barangan kraf yang dijual di Bazar Kraf yang dibina di tepi Sungai Perak ini. Terdapat pelbagai barang kraftangan tempatan pada harga berpatutan, termasuk bubu hiasan, bakul rotan, acuan cendol, tikar mengkuang, tudung saji rotan atau nipah, karangan laut dan barangan besi. Barangan daripada kain baldu bertekat benang emas biasanya dijadikan kelengkapan perkahwinan, antaranya tepak sirih, bantal, kipas tekad benang emas, cadar dan hiasan dinding.
Tudung saji nipah berhias bunga tekad tidak lagi dijual, sebaliknya digantikan bunga tampal. Tudung saji itu dibuat oleh orang tua-tua di sekitar Perak dan semakin sukar diperolehi. Jika seni kraf ini tidak dipelajari dan dipelihara, tentu satu hari nanti kita akan kehilangan satu budaya berharga yang tidak mungkin dapat dicari gantinya. Walaupun tiada gedung beli-belah, namun kuasa membeli di Kuala Kangsar tidak kalah. Mana tidaknya, selain bazar kraf tangan, di sini ada banyak kedai menjual barang pada harga borong, terutama pakaian dan barang keperluan harian lain.
4) Medan Cendol dan Laksa dibina bersebelahan bazar kraf dan Laman Budaya.Di sini terkenal dengan masakan kampung dan ikan bakar. Anda dapat makan Laksa panas dan cendol lemak manis yang sejuk sambil memerhatikan keindahan Laman Budaya.
So agak-agak cam ner nak ke Kuala Kangso ni weiiii.. Ha....
A) Kalo gune jalanraya
7) Galeri Sultan Azlan Shah
Galeri Sultan Azlan Shah terletak di bandar DiRaja Kuala Kangsar dahulunya dikenali sebagai Istana Hulu. Ia mempamerkan gabungan senibina Asia dan Eropah. Galeri itu memberi tumpuan kepada sejarah dan pencapaian Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Ia turut memberikan maklumat mengenai sejarah dan susur paur Kesultanan Perak dan gambar dan kenderaan, termasuk hadiah-hadiah yang diberikan kepada Sultan dan Sultanah oleh ketua negara dari seluruh dunia. Galeri Sultan Azlan Shah terletak di Bukit Chandan sekitar 1.5 kilometer dari bandar Kuala Kangsar dan hanya 500 meter dari Istana Kenangan.
8) Resort Sungai Perak
Resort Sungai Perak (bahasa Inggeris: Perak Riverside Resort) adalah sebuah tempat penginapan berstatus resort yang terletak di Kuala Kangsar, Perak. Sebelum ini, nama resort ini adalah Resort Safari Sungai Perak, namun telah bertukar kepada Resort Sungai Perak.
Resort Sungai Perak berkeluasan sekitar 5 ekar persegi dan mula dibina pada tahun 1998 melalui peruntukan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Landskap Negara serta Kerajaan Negeri Perak dengan jumlah kos sebanyak RM 4.15 juta. Pembinaan resort ini telah disiapkan pada akhir Mac 2000 dan mula beroperasi pada 1 April 2000 dimana Majlis Daerah Kuala Kangsar (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kuala Kangsar) telah diperakukan untuk menguruskan resort ini secara sepenuhnya. Tuan Haji Rahim Bin Saleh selaku Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Kangsar pada masa itu adalah antara pencetus idea bagi melaksanakan pembinaan resort tersebut. Pada tahun 2008, Resort Sungai Perak telah diserahkan kepada pengurusan baharu di bawah Awan bayu Sdn. Bhd.
![]() |
| Sungai Perak |
9) Menyusuri tebing Sungai Perak menaiki bot penambang
10) Kolam Air Panas Ara Panjang
11) Malay Collage Kuala Kangsar (MCKK)
![]() |
| Malay Collage Kuala Kangsar (MCKK) |
Kolej Melayu Kuala Kangsar (lebih dikenali Malay College, MCKK, MC atau Koleq, dan kadangkala Eton of the East) atau (Inggeris:Malay College Kuala Kangsar),
merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja
di Malaysia. Sekolah ini terletak diBandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak.
Ditubuhkan
pada 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R.J. Wilkinson,
pegawai pendidikan jajahan pada masa itu. Cadangan itu disokong
sepenuhnya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah
I (1886—1916).
![]() |
| Sultan Idris Murshidul Azam Shah |
Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah untuk mendidik dan melatih
golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat diRaja.
Anak
lelaki kelahiran kebanyakan sukar untuk mendapat tempat di sekolah ini.
Selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar tahun 1947,
syarat kemasukan ke sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak-anak
orang kebanyakan dapat peluang untuk menuntut di sini. Kini anak Melayu
terpilih berpeluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah di
sekolah ini.
Seorang graduan Universiti Oxford yang berasal dari Ireland, William
Hargreaves mendapat penghormatan untuk menjadi pengetua pertama sekolah
ini dan sekolah ini ditadbir oleh pengetua dari Britain sehingga tahun
1965, di mana Abdul Aziz Ismail, seorang rakyat berbangsa Melayu diambil
sebagai pengetua sempena ulangtahun ke-60, dan sehingga kini rakyat
lelaki berbangsa Melayu memegang jawatan tersebut.
Antara bekas pelajar yang ternama adalah seperti
- Sultan Hisamuddin Alam Shah – Yang di-Pertuan Agong ke-2 & Sultan Selangor ke-5
- Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah – Agong ke-11 & Sultan Selangor ke-8
- Sultan Haji Ahmad Shah – Agong ke-7 & Sultan Pahang kini
- Sultan Azlan Muhibbuddin Shah – Agong ke-9 & Sultan Perak kini
- Dato' Onn Jaafar – Menteri Besar Johor ke-7 & pengasas UMNO
- Tun Abdul Razak Dato' Hussein – Perdana Menteri Malaysia kedua
- Dato Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz – Menteri Besar Perak pertama
- Tan Sri Yahaya Ahmad - bekas pengerusi DRB-Hicom
- Tan Sri Hassan Merican - bekas CEO Petronas
- Tan Sri Halim Saad - penubuh Kolej Yayasan Saad
- Tan Sri Dato' Azman Mokhtar - pengarah urusan Khazanah Berhad
- Datuk Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah - perunding motivasi terkenal
- Dato' FD Iskandar Mansor - pengarah urusan GLOMAC Berhad
- Ishak Haji Muhammad - penulis & nasionalis
12) Perak Hydro Building
13) Jambatan Sultan Abdul Jalil
Selain daripada pertanian, penduduk Kuala Kangsar juga terkenal dengan pembuatan:
1) Labu Sayong
Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut. Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.
Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung. Air yang tersimpan begitu dingin dan segar.
Perusahaan membuat Labu Sayong tergolong dalam pembuatan seramik. Peredaran zaman, telah merevolusi kaedah pembuatannya daripada tradisional kepada moden.
- Pembuatan tradisional
- Pembuatan moden
- Throwing / Teknik lemparan alin
- Teknik acuan
- Teknik sepuh
- Kampung Kepala Bendang, Mukim Sayong Kuala Kangsar
- Kampung Paya Lintah, Mukim Buaia, Padang Rengas
- Kampung Kuala Dal, Mukim Buaia, Padang Rengas
- Kuala Kangsar,Ipoh,Perak
2) Tekad Benang Emas
3) Barangan kraf yang dijual di Bazar Kraf yang dibina di tepi Sungai Perak ini. Terdapat pelbagai barang kraftangan tempatan pada harga berpatutan, termasuk bubu hiasan, bakul rotan, acuan cendol, tikar mengkuang, tudung saji rotan atau nipah, karangan laut dan barangan besi. Barangan daripada kain baldu bertekat benang emas biasanya dijadikan kelengkapan perkahwinan, antaranya tepak sirih, bantal, kipas tekad benang emas, cadar dan hiasan dinding.
Tudung saji nipah berhias bunga tekad tidak lagi dijual, sebaliknya digantikan bunga tampal. Tudung saji itu dibuat oleh orang tua-tua di sekitar Perak dan semakin sukar diperolehi. Jika seni kraf ini tidak dipelajari dan dipelihara, tentu satu hari nanti kita akan kehilangan satu budaya berharga yang tidak mungkin dapat dicari gantinya. Walaupun tiada gedung beli-belah, namun kuasa membeli di Kuala Kangsar tidak kalah. Mana tidaknya, selain bazar kraf tangan, di sini ada banyak kedai menjual barang pada harga borong, terutama pakaian dan barang keperluan harian lain.
4) Medan Cendol dan Laksa dibina bersebelahan bazar kraf dan Laman Budaya.Di sini terkenal dengan masakan kampung dan ikan bakar. Anda dapat makan Laksa panas dan cendol lemak manis yang sejuk sambil memerhatikan keindahan Laman Budaya.
![]() |
| Keretapi mel melepasi terowong berhampiran dengan Padang Rengas. (Source: Google Images) |
So agak-agak cam ner nak ke Kuala Kangso ni weiiii.. Ha....
A) Kalo gune jalanraya
- Lebuhraya Utara Selatan exit 143
- Jalan Biasa ( Dari Utara, Selatan, Barat dan Timur.)
- Bas
Tempatan- Melalui pekan-pekan terdekat seperti Taiping, Sungai Siput, Manong, Lenggong dan Gerik
- Keretapi
Sumber: http://www.mpkkpk.gov.my
Isnin, 28 Mei 2012
Jalan-jalan Dapat????
Assalamualaikum semua.
Agak lama yer saya tinggalkan blog ni. Sebenarnya baru je balik dari hantar sample produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Tesco Kepong.
![]() |
| Tesco Kepong Village |
| Kek Sogo ni. Humang ai..memang ramai yang shopping. Tapi idak le beli kek bawah ni sebab maso tu jual baju bebudak. Esei tak muek dah.... |
Mulanya ingat ndak pergi jab je. Rupanya malam semalam (Ahad) baru balik. Semuanya gara-gara singgah shopping baju baru esei kek Sogo nun ha... Lopeh tu meraikan sanak saudara yang baru balik dari Mekkah menerjakan umrah yang kebetulan pulang pada Jumaat tu juga.
Bab Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni tak tahu lagi statusnya sebab diarang akan contact berkenaan statusnya bulan 8 ni Insyaallah. Harap-harap respond baik sangat-sangat le hendaknya aaamiin. Nak pergi singgah sebelum balik tu hari tak sempat. Insyaallah Jumaat ni nak kena jemput mak ayah balik dari umrah so kalau sempat ndak singgah jab tengok kot ada diarang letak di rak.
Jemaah umrah?? Alhamdulillah... Mereka semuanya sihat dan memasing happy semacam jer bercerita pengalaman kat sana. Jeles ai yang kena tinggal ni.
| Auncle, Haji Abdul Aziz K.S Mohammad with my mommy, Hajah Nafisah K.S Mohammad |
Berkampung di Bangi, di rumah bapa saudara terchenta, Haji Abdul Aziz K.S Mohammad selama 3 hari 2 malam memang best ah. Rasa tak mo balik pun ada hahaha. Tapi bukan takat berkampung je, acara bertandang pun wajib dijalankan. Al-maklumlah ramai sedara di sana.
Malam hari Jumaat tu disebabkan dah terkena jangkitan malas masak so kitarang pergi menikmati hidangan di Restoran D'Jabris - Ikan Bakar Serkam milik Haji Abdul Jabbar K.S Mohammad. Kitarang angkut geng ramai nak bagi meriah sikit hahah. Kiranya kena sambung-sambung meja le nak bagi dapat satu line makan. Memang best sangat. Dengan menikmati hidangan yang 'berpppp' Alhamdulillah lazat dan gossip bergossip (eh balik umrah pun ada gossip ker???). Tak sedar perut dah terlebih full hahah.
Memang best ler jamah dapat ikan bakar, lala, kepah, sayur kailan dan sup. Lepas makan sessi bergossip pula. Kami suami isteri dalam bab ni selalunya bertemankan bergelas-gelas air. itu yang buatkan perut ni boyot sangat jadinya.
D'Jabris Ikan Bakar Serkam
Persiaran Pusat Bandar 1,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
(Lokasi: Bersebelahan bangunan KLIA Holding, Belakang D'one Steak)
Open time: 8.00 am - 12.30 pm setiap hari
(port ikan bakar dibuka jam 6.00 pm on ward)
**promosi free ni kena bagi diskaun yer next visit
Memang best sangat malam tu. Terasa erat balik ikatan kekeluargaan. Hheeheh jangan salah faham... Bukan ikatan kekeluargaan tu tak kuat tapi yer la kita kan orang jauh bukan selalu ada rezeki ndak joint sama. Yang tinggal kat-kat situ ada ler peluangnya.
Terasa rindu pulak pada Allahyarham Haji K.S Mohammad ngan Allahyarhamah Hajah Yong Abdullah. Really...really misssssss them so much. Kalau dulu memang masa kecil-kecil memang selalu dapat lakukan aktiviti macam ni.
Balik rumah dengan perut yang hampir ndak melotop kekenyangan, terus kitarang semua masuk bilik memasing dan lakukan aktiviti yang paling best ketika itu - tidur. Memang nyenyak sangat-sangat ler tidur malam tu hahah.
![]() |
| Pullman Putrajaya |
![]() |
| Cer teka di presint manakah letaknya bangunan ini??? Sapa betul saya hadiahkan ceklat sebiji :) |
Keesokan harinya bertandang pula rumah Hajah Siti Esah K.S Mohammad di Putrajaya sebelum bergerak balik. Pekena kari ikan masakan mak sedara yang marvellous memang bertambah ler heheh. So lepas segala-galanya selesai; makan, sembang dan beberapa aktiviti yang diluar jangkaan berlaku kitarang pun berangkat pulang sekitar jam 5 petang.
Memang best betul kenangan bersama mak dan bapa saudara juga sepupu sepapat semua. Insyaallah kot ada rezeki harap-harap dapat macam ni selalu. Terima kasih semua atas layanan dan kenangan yang terindah. Paling syukur anak-anak pun pandai sangat bawa diri. Itu yang paling-paling melegaka hati kami suami isteri. Alhamdulillah...
Selasa, 20 Mac 2012
Keropok Lekor Terengganu
Okay berbalik ke cita keropok lekor. Itu hari masa balik dari Taman Tamadun Islam, Terengganu kitarang sempat ler singgah disatu kedai yang jual keropok lekor ni. Buat saya yang tak biasa tengok orang proses keropok lekor memang teruja nak cari bengkel proses keropok lekor ni. Nak tengok sendiri caranya. Almaklumlah kita kan pengusaha so keinginan untuk lihat macam mana cara kerja orang terlebih membuak-buak. Mulut ni asyik membebel je tanya kat mana nak cari. Mahu bengka telinga Mr Hb dengornya. Masa di Daerah Losong Terengganu tak nampak pula bengkel-bengkel mahupun kedai-kedai yang jual kerepok lekor ni. Tertanya-tanya juga sebab kan ker keropok lekor losong tuh glamer semacam jer kan. Tapi kata mertua, kalau lalu jalan kampung yang dalam-dalam lagi mungkin ada. Takat ikut jalan utama tak dernya dapat tengok.
Ok ler mungkin tak der rezeki kot kata saya dalam benak masa tu. Tapi bila sampai di kawasan Kampung Mengabang Besar Batu Rakit, Kuala Terengganu, abang ipar berhenti di satu kedai (rasanya satu jer pun kawasan tu kalau tak salah) yang jual kerepok lekor ni. 'Keropok Lekor Sukaramai' namanya. Masa singgah tu memang nampak ada 4-5 kereta yang berhenti. So ahli rombongan Hj Don pun pakat-pakat turun ler untuk memborong keropok lekor yang ada :). Masa kat sana pun banyak lagi kereta yang berhenti beli.
Masa turun tu hati jadi berbunga semula sebab nampak-nampak kat belah belakang diarang buat tempat prosesnya. Kira open to public ler boleh tengok. Apa lagi terus snap gambar untuk kenangan. Kira puas hati juga sebab bila tengok diarang kerja macam tu nampak besih so tak was-was nak beli.Walau tak nampak keseluruhan prosesnya tapi oklah tertunai gak ler hajat hati.
Balik daripada Kelantan, esoknya terus saya masak keropok lekor yang ada untuk hidangan petang kami sekeluarga. Memang sedap dan lembut sungguh keropoknya. Try buat nipis-nipis tapi tak jadi ranggup pun. Mungkin disebabkan kadar tepungnya yang sedikit jadi ianya tak mengeras. Memang berbaloi. Kalau beli kat sini...huh lepas goreng terus keras beb. Yang ini simpan sampai malam pun masih ok lagi. Anak-anak terutama Izaz Rashyeeda tu suka mengulang. Dia ni jenis payah sikit bab-bab makan tapi yang ni laju jer. Mr Hb pun tak complain apa-apa cuma katanya apsal ada sikit bau. Mungkin bau ikan tu kot sebab kalau yang kat sini (tapi tak tahu buatan mana) ada bau tapi kurang. Saya rasa sebab ikan sebab keropok ni kalau goreng macam mana pun tetap warnanya kehitaman. Yang biasa dibeli berwarna keputihan dah. So ada ler perbezaannya.
Alhamdulillah...nanti kalau ada rezeki lagi boleh pergi lagi beli kat situ. Keropok kering masih belum lagi dirasmikan. So tak leh nak bagi opinion apa-apa lagi. nanti kalau dah resmi baru dikhabarkan kat sini. Moh kite make kepok leko geh...;)
Langgan:
Catatan (Atom)







































