Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Snek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Snek. Papar semua catatan

Isnin, 18 Mac 2013

Popiah Goreng Berinti Burger Maggie 2 Puteri


Semalam blur sikit. Pepagi lagi dah blur sebab tak der idea nak masak apa untuk sarapan. Dah seminggu tak masak sarapan sebab bangun je terus kena kerja so breakfast main aci beli je. Tapi semalam dah cool sikit sebelum start sibuk kembali ari ni. Tu pasal yang jadi blur heheh.


Pikir punya pikir, sementelah pulak anak minta maggie goreng untuk breakfast diarang terus saya rendam maggie 2 bungkus. Satu untuk diarang breakfast (masak kena asing sebab diarang tak makan pedas langsung) dan satu lagi untuk saya mula bereksperiment hihih. Nasib le Mr HB nak kena makan menu eksperiment saya lagi pagi ni hihihi.


Selalunya saya kalau goreng maggie tak pernah rendam dulu tapi hari ni sebab nak ambil untuk buat Popiah Goreng Berinti Burger Maggie 2 Puteri saya kena rendam jab. Sementara menunggu maggie  kembang, saya rendam gak daging burger untuk bagi cepat lembut. Membeku dalam fridge tu, itu yang kena bagi lembut balik sebab nak hancurkannya. Masa nak hancurkan daging tu baru saya tahu yang kandungan lemak dalam daging burger tu fuhhh berketul-ketul. Patut le saya kalau buat burger walau tak masukkan minyak tetap berlinang minyak yang keluor. Rupanya 'kaya' dengan lemak daging tu. Jadi kowang kot nak sihat lebih jangan dok bakar daging burger dengan apa-apa jenis minyak atau margerine dah tau. Biar dia keluar minyak dari lemak dia sendiri. Memang le keras sikit tapi nak sihat ma....


Lepas buang serba sikit lemak yang ado (yang mampu je la sebab banyak) saya siapkan bahan-bahan lain. Pastu goreng balik sikit untuk enakkan adunan inti tu. Alah campur tu, campur ni, campur Sos Char Kueyteow 2 Puteri ngan Cili Boh Asli 2 Puteri ok gak rasanya. Eh lupa nak cakap masa rendam maggie tu kena letak sikit rencahnya atau garam supaya kang maggie yang kita makan tak terasa kosong kosong kosong.... Hihihi. Ada le perisa sikit kat maggie tu.

Ke barisan... Sedia! Line up before masuk kuali

Sib baik cepat gak sejuknya adunan inti tu sebab kang kalau panas-panas nak membungkus rosak pulak kulit popiah tu nanti. Tapi nak bagi cepat sejuknya, saya tuang adunan inti yang sikit tu dalam dulang dan ratakan bagi jadi lapisan nipis. Biarkan bawah kipas hihihi. Nak makan breakfast kena le creatif sikit sebab buat kerja last minit. Kang tak pasal-pasal jadi hidangan tengah hari pulak heheheh.


Buat Popiah Goreng Berinti Burger Maggie 2 Puteri ni makan masa yang agak lama gak sebab proses macam-macam. Memang tak sabar nak rasa hihi. Ok tak nama yang saya bagi hehehe. Panjang berjela tapi nampak cam best je yer tak. Kan orang sekarang lagi panjang nama menu tu lagi rasa mahal jadinya kan kan ;D. Orang dulu-dulu suka yang simple dan pendek-pendek tapi orang sekarang suka yang panjang-panjang. Sekarang lagi panjang nama lagi mahal harga yang boleh diletakkan walau sebenarnya biasa je heheh. So menu saya ni ikut arus le gak heheheh.


Ok jom tengok resepi olahan saya ni....


POPIAH GORENG BERINTI BURGER MAGGIE 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan
  • Kulit popiah- defrostkan pada suhu bilik
  • 1 peket maggie - rendam sehingga lembut
  • 2 keping daging burger - lembutkan dan hancurkan
  • 1/2 biji bawang besar - didadu halus
  • 1 ulas bawng putih - cincang halus
  • 1 sudu teh Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 2 sudu besar Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk oregano - ikut suka kalau nak masukkan yang lain
  • 2 inci lobak merah - sagat halus
  • 1/2 biji ubi sengkuang saiz kecil - sagat halus
  • Sedikit garam atau perasa
 Caranya
1. 1 peket maggie direndam sehingga lembut. Masukkan sedikit garam atau serbuk perasa ke dalam air rendaman. Apabila lembut, toskan dan ketepikan sebentar.  

2. Daging burger dihancurkan dan diketepikan. Jika baru dikeluarkan daripada peti sejuk beku, rendam seketika di dalam air sehingga lembut. Baru dihancurkan.

3. Dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Kemudian masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri. Tumis sehingga garing.

4. Masukkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri, sedikit lada sulah dan serbuk oregano. Sebatikan.

5. Masukkan daging burger, maggie yang telah direndam tadi, lobak merah dan sengkuang. Gaul sebati dan perasakan dengan garam atau serbuk perasa. Goreng sehingga bahan inti tadi agak kering (90% kering). Setelah itu tutup api dan sejukkan sebentar.

6. Bentangkan kulit popiah dan sendukkan sedikit bahan inti yang telah sejuk. Gulung mengikut saiz yang disukai. Buat sehingga habis semua.

7. Goreng sebentar popiah tadi sehingga berwarna kuning keemasan. Angkat dan wallah dah siap untuk dijamu kepada keluarga.


Popiah Goreng Berinti Burger Maggie 2 Puteri ni boleh dimakan begitu sahaja ataupun bersama apa-apa jenis sos yang kita suka. Kali ni saya dapat tulis sukatan sebab first time buat terus ambil sukatan jadi mudah le sikit. Kalau yang selalu-selalu tu memang payah sikit sebab tangan ni dah terbiasa tak dibendung dengan sukatan jadi selalu je kalau nak ambil sukatan bila buat harus tak tepat. Yang ni saya eksperiment jadi sebelum mula lagi saya dah budget sukatannya. Sib baik menjadi dan Mr Hb pun makan banyak heheheh.


Kalau nak buat kulitnya dari adunan lain pun ok tapi pagi ni udah lambat sikit siapnya jadi takat gulung cam bantal peluk pun ok tu. Mula le terbayang enaknya memeluk bantal hujung-hujung minggu nih heheh.


Kot sudi sila le cuba resepi baru saya ni yer ;D

Kalau nak buat balutan bentuk Samosa pun ok. Ikut creativiti yer :)


Sabtu, 20 Oktober 2012

Burger Patties versi Homemade Yang Best...


Lately Mr Hb selalu cakap yang my dear cousin selalu ngantor news kat Fb pasal Burger Bakar. Leh dikatakan seminggu dua tiga kali gak ler. Isk sedap sangat ke yang dema tu jadikan lokasi wajib untuk menjamu selera?? Tengok gambo yang diarang post memang menyelerakan. Tergoda gak le hamba hehhe. Tapi nak tumpang sekaki dua tak mampu jauh sesangat. So cakap kat Mr Hb jom le kita buat sendiri.


Alah sebelum-sebelum ni pun memang saya ada gak le buat patties burger sendiri tapi selalunya bakar guna pan. So tak der le rasa burningnya hehh. So dah Mr Hb tegur tu kesian le jugak. Masa ke market terus capai isi ayam untuk dibuat pattiesnya. Bahan-bahan lain dah ada kat umah. Senang le sikit kerja heheh.


Burger versi tak nak sihat heheh

Saya ni kalau buat patties untuk burger selalunya akan tambah carrot sikit. Kengkadang kalau ada celery pun saya masukkan juga. Kan per nah buat versi sihat le konon heh. Tapi Alhamdulillah sedap le jugak walaupun yang buat ni amatur je. Tapi tu le tak pernah pulak saya buat daging lembu. Aaa yer asyik-asyik ayam. Apsal tah. Pelik gak. Baru saya sedar hikhikhik... Insyaallah next time try daging le pulak. Eh jom lah tengok resepi sempoi mempoi nih heheh... Oh sebelum tu terima kasih kat Abu Omar sebab sudi pollow kitarang. Ni yang tambah semangat nak menulis nih heheh. Tq juga pada yang sudi ziarah kami kat sini dan sudi beri pendapat memasing yer. Tq tq tq ")


BURGER PATTIES

By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan
  • Isi ayam - kisar halus
  • Carrot - sagat halus. Jumlahnya bergantung pada banyaknya isi ayam tu yer. Nak kurang pun tak pe
  • Sedikit basil kering
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada hitam - tumbuk halus
  • 1 biji bawang - sagat halus
  • 2 ulas bawang putih - sagat halus
Caranya
1. Campurkan semua bahan dah gaul rata.

2. Kepal bulat-bulat ikut besar mana kita nak patties tu nanti. Pastu leperkan sikit.

3. Bakar je terus macam biasa. Baki leh le simpan dalam esbox. Lapik plastik yer antara lapisan patties yang nak disimpan tu sebab nanti kalau nak ambil pulak senang.


Untuk hidangan: 
  • Roti burger - sapu mentega dan bakar sekejap
  • Daun salad
  • Tomato - hiris nipis
  • Timun - hiris nipis
  • Bawang - potong bulat nipis-nipis
  • Cheese
  • Sedikit sos
  • Sedikit mayonis

Ha.. Dah siap. Susun tu ikut le selera mata semua yer. Bab tu susah nak bagi idea heheh. Memasing ada cara tersendiri kan nak makan burger. Lepas siap tu dah boleh ngap.... Nak lebih asyik leh le hidangkan bersama fun fries ke hapa yer :)


Lepas makan ni nak kena siapkan semula Cili Boh Asli 2 Puteri yang nak dihantar ke Tesco nanti. Alhamdulillah Sos Char Kueyteow 2 Puteri pun baru dapat tempahan lagi. Itu untuk pasaran di cawangan Tesco Store Kota Bahru, Kelantan. Syukur walaupun baru 2-3 hari kat pasaran dapat tempahan lagi. Alhamdulillah. Thanks kengkawan kat Kelantan yer yang dah cuba dan yang beri sambutan hangat kat kitarang. Buat kengkawan yang masih belum cuba sila dapatkan kat pasaraya Tesco yer. Tq



Adam Richman dalam Man Vs Food. Mampu ke dia habiakan burger tu???? Ceteke ;)

Rabu, 12 September 2012

Pop Corn Sambil Menonton... Memang sesuai sesangat


Dah beberapa hari saya senyap dari berceloteh kat blog nih. Sibuk sikit jadual harian. Paginya pergi berniaga produk Nurellyss. Alhamdulillah sambutannya best. Ramai kalangan yang dah cuba dulu terus continue dengan produk ni. Kata diarang memang ada perubahan sejak guna. Ada yang berjerawat jenis bernanah, tapi lepas guna set untuk jerawat Alhamdulillah dah kering. Tinggal parut je. Dulu ada sorang abang tu teruk nampak muka dia, macam terbakar je kulit dia tapi lepas guna dah cerah dan sekata balik. Syukur sangat. Ada yang berjeragat teruk dah makin pulih. Kulit pun dah nampak makin halus. Heheh Sukanya :). Saya pun berani jual sebab kesannya yang positif tu le. Jual pun itu je sebab saya dah yakin. Tambahan dengan masing-masing sudi cerita kesan kat diarang. Lagi positif la minda ni jadinya. Dulu masa mula-mula berniaga was-was gak sebab risau gak sesetengah kulit kan jenis sensitif macam saya. Tapi beranikan diri gak sebab saya amat yakin dengan keberkesanannya ke atas diri kami sekeluarga. 


Saya tak banyak lagi sentuh bab produk kecantikan Nurellyss ni selain daripada teh D-Tox sebabnya saya takut kesannya kurang baik pada oarang lain. Tapi lepas tengok hasil dari rerakan yang dah try syukurrrr sesangat. Insyaallah nanti-nanti saya celoteh pasal ni kay. Tungguuuuu. Heheh ingat lagi tak perkataan ni untuk salah satu rancangan di TV3.. Alah sebelum diarang nak beriklan tu hehheh. Dalam Melodi kan :)


Balik malamnya pulak lepas melepak makan malam dengan Mr Hb dan layan anak-anak main baru bertolak pulang. Saya cakap dengan Mr Hb je makan sebabnya both of my dear doter memang payah makan. Kalau nak bertekak sambil makan ajak le diarang.. Penuh dengan peel kang. So dari pada jadi camtu baik kitarang je isi perut dulu heheh. Mana tak tembam membam. Sebelum terus balik singgah umah mak ayah jab bagi anak mengaji. Kat umah mak pun dah sampai kul berapa. So balik umah je terus tidor sebab esok nak bangun awal lagi... Camtu le yer nak cari rejeki lebih.


Malam ni je free sikit sebabnya hari ni tak niaga. So layan le anak-anak nonton Princess Frog kat Disney Channel tu. Best gak le walau dah berkali-kali tengok. Berkumpul dengan family sambil menonton dan makan pop corn best ni. Nak keluar pun malas pulak rasanya dah. Eh betul juga... Kalau sebut tengok wayang tak sah kalau tak der pop corn. Rasa masybuk je menonton sambil mengunyah pop corn nih.. Macam acara wajib je heheh.

Ni ler rupa jagung yag nak digunakan untuk buat pop corn tu

Jom lah kita buat pop corn untuk dimakan masa menonton nak? Resepinya???? Ha... Scroll kat bawah Insyaallah ada... :) Resepinya dulu saya ambil dari Aludra dari My Resepi. Dah lama simpan baru nak kongsikan je heheh. Bertih jagung kering ni pun dah lama dalam stok tapi kemalasan yang lama melanda pun baru hilang so baru sekarang ada rasa nak buatkan heheh. Dulu masa tak der tercari-cari, bila dah ada maleh pulak teruk tul kan.


POP CORN

By: Alundra, My Resepi

Bahan-bahan
  • 2 sudu besar butter/marjerin - saya guna margarine je
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Jagung kering secukupnya

Bahan salut : Karamel (optional)
  • 1 sudu besar butter/marjerin
  • 5-6 sudu besar gula - sebenarnya gula ni agak-agak la yer, ikut berapa banyak pop corn yang ada
Cara buat Pop Corn
1. Panaskan butter dan minyak sehingga cair di dalam periuk. Waktu ni kuatkan api, bila butter dah mula cair, kecilkan api pada tahap sederhana besar. Guna periuk bertutup yer, sebab bila masak, pop corn ni meletup-letup. Kalau tidak ditutup kang terabur satu dapur.

2. Apabila butter sudah cair, masukkan jagung kering secukupnya sehingga menutupi dasar periuk dan paras minyak dan butter yang telah cair. Tutup periuk. Kemudian akan dengar bunyi meletup-letup. Ni masa ni kalau guna periuk berpenutup kaca, boleh nampak pop corn tu melompat-lompat.

3. Bila bunyi 'pop' dah kurang rancak, terus matikan api untuk mengelakkan hangus di bahagian dasar. Adalah lebih kurang 10 minit macam tu. Waktu ni penuh pop corn satu periuk. Tak perlu kacau sebab kalau buka penutup peiuk, nanti pop corn melompat ke luar.

4. Keluarkan dan tabur dengan garam kalau tak nak letak karamel.
  

Cara nak buat pop corn berkaramel

  • Masak butter dan gula sehingga cair dan keperang-perangan. Guna api sederhana besar dan kacau selalu untuk elak hangus. Kalau guna api terlalu besar, nanti gula akan meletup-letup. Hati-hati sebab sakit kalau terkena gula bila panas, boleh melecur dan berparut. Bila sudah keperangan, tutup api dan masukkan pop corn tadi. Gaul cepat-cepat sebab gula cepat keras.


Cara nak buat pop corn berkaramel coklat

  • Buat macam topping kek coklat, guna kaedah double boil. Bila dah cair, masukkan pop corn yang sudah disalut karamel, so jadilah pop corn karamel bersalut coklat.

Cara nak buat pop corn berwarna warni
  • Masa nak buat karamel tu masukkan sikit pewarna yang digemari. Gaul rata.
 
Tuang dalam mangkuk  besar dan rebut-rebut makan bersama anak dan Mr Hb sambil menonton. Bestnye.... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...