Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Tesco Store. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tesco Store. Papar semua catatan

Rabu, 6 November 2013

Tesco Store: Kini 2 Puteri boleh didapati di Tesco Ara Damansara dan Tesco Puncak Alam

Syukur Alhamdulillah....

Pembuka bicara kali ni saya nak sangat ucapkan rasa syukur yang bersarang kat hati nih.

Sebenarnya saya nih nak war-warkan yang Produk 2 Puteri dah ada di Tesco Ara Damansara yang akan dibuka pada 21 November 2013 nih dan Tesco Puncak Alam bermula 28 November 2013.


Tarikh yang saya sebutkan nih semperna Grand Openingnya. Soft openingnnya sehari sebelum tarikh-tarikh berkenaan.

Kini lebih ramai sahabat yang berada di kawasan yang berhampiran sana yang boleh dapatkan Produk 2 Puteri nih. Haha sekarang dah sampai dah. Tak payah travel jejauh dah untuk dapatkan Produk 2 Puteri nih. Jadi jangan lepaskan peluang ya!



Dengan kemasukkan Produk 2 Puteri di Tesco Ara Damansara dan Tesco Puncak Alam ni bermakna sudah 37 cawangan Tesco Store seluruh Malaysia dah Produk 2 Puteri dipasarkan. Dan ini merupakan cawangan ke14 dan 15 untuk pasaran seluruh Selangor dan ke13 dan 14 dibawah rangkaian Tesco Store di Selangor ni. Syukur Alhamdulillah... Harap-harap ianya semakin berkembang bagi memudahkan sahabat semua mendapatkan produk kami ini.

Sebenarnya saya dah masukkan dalam senarai rangkaian Tesco Store yang ada tu lama dah cuma baru sekarang berkesempatan untuk war-warkan pada semua :)



Insyaallah harga Produk 2 Puteri memang amat berpatutan. Nak pulak setiap satu (Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri) boleh dipelbagaikan memang ianya amat berbaloi. 'Value for money' kata opah heheh.

Dan kemasukkan kali ni dengan haraga yang amat murah sekali... Kerana kami kini dalam tempoh promosi besar-besaran semperna sambutan tahun ke3 operasi. Jadi jangan berlengah lagi nanti yer... Produk 2 Puteri kini boleh dapatkan di Tesco Ara Damansara dan Tesco Puncak Alam juga :)

Nak cuba resepi-resepi yang enak boleh rujuk kat bahagian Resepi 2 Puteri atau Resepi Hebat 2 Puteri di halaman 2Puteri.wordpress.com kay yang saya sisipkan kat sebelah kanan setiap laman. Antara resepi tu ialah Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri, Terung Goreng Sambal 2 Puteri, Sambal Kicap Sos Char Kueyteow 2 Puteri, Hati Daging Masak Jintan 2 Puteri dan pelbagai hidangan enak lain.

Ok sekali lagi saya nak ingatkan yer...

Gambar bangunan Tesco yang siap tak der lagi so tengok gambar site jadi le yer ;)


Store Name                    : Tesco Ara Damansara
Location                         : Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Soft Opening                  : 20th November  2013

Grand Opening              : 21st November 2013  


Store Name                     : Tesco Puncak Alam
Location                          : Bandar Puncak Alam, Selangor

Soft Opening                   : 27th November  2013  
Grand Opening               : 28th November 2013  


Dapatkan segera yer!!!!!


Isnin, 28 Oktober 2013

Tesco On-line Shopping, Membeli-belah menjadi makin mudah!


Cuti minggu ni agak rileks sikit. Tak der gocoh sana sini sangat. Semua preparation produk dah siap. Tunggu nak mengantor je. Untuk hari ni sambil rehat-rehat, masak kena kemas rumah le hihi. Jangan ingat dapat rehat aja ya... Habis satu rumah dibongkah. Susun atur semula. Sakit pinggang mak dikkk tapi puas hati sebab dah lama sangat position perabot tak berubah-rubah. Tahap kalau pejam mata pun harus tak langgar apa le punya hafal dah lorong hikhik... Letih-letih mengemas sambung masak pulak. Hebatkan kita orang perempuan, letih kerja tak hilang dah sambung kerja kat umah pulak. Salute le dari saya ;D.


Tadi masa nak buka blog saya ternampak satu entri perkongsian Kak Ida dari Koleksi 1001 Resepi yang saya ikuti. Amboiii Kak Ida, dah kumpul 5409 followers you.. Kalau tengok dia punya fan view pulak 5931266 orang yang dah bertandang sejak April 2010. Tu le kalau otai kan. Kita orang baru memang telan air liur je la hahahah.


Berbalik dengan apa yang saya baca kat laman Kak Ida tu kay... Yang buat saya tertarik untuk berkongsi kat sini dengan sahabat semua. Ianya berkenaan satu lagi Online Shopping yang boleh kita buat dari rumah je. Tak perlu berdandan bagai sebelum keluar rumah dan tak perlu start keta dah untuk Shopping!! Heheh.. Yang perlu cuma komputer yang paling mustahak untuk masuk buat pembelian online. Kot tak der komputer memang nak mengonline camner pulak yer dak. Takkan takat tekan kat tapak tangan dah boleh kot.... Teknologi tekan kat tapak tangan tu ada dah tapi sanggup ke nak apply heheh. Satu lagi yang wajib ada... Pitih dalam bank atau nak lebih rasa macho (pada saya le kot sebab saya tak der yang ni) guna credit card. Kot tak baik masukkan duit dulu kat dalam akaun supaya leh guna perkhidmatan nih heheh.


Eh sedari tadi dok cita pasal shopping online tak tercita pulak sapa yang dah tingkatkan tahap shopping place diarang sampai tak perlu lagi kita jejak kat premis diarang untuk buat pembelian. Ha.. Nak tahu?? Ceteka heheh. Dianya Hypermarket. Rasanya ikut ranking no 1 kot (yang ni saya yang bagi heheh). Ada 47 cawangan di Semenanjung Malaysia ni kecuali di Perlis, Terengganu dan Pahang. Dan yang tawarkan 34 cawangan diarang untuk pasarkan Produk 2 Puteri heheh. Yup betul.... Tesco Store dah lancarkan 'Shope Online' diarang baru-baru ni. Wah.. Tak cukup dengan 47 cawangan yer.. Tesco tawar pulak pembelian online. Amboiii sampai setiap cara diarang cuba dekat dengan pengguna ek. Bagus.. Bagus... Ni le otak bisness namanya.


Saya pun lepas je baca cita Kak Ida, terus lawat laman web Tesco Store tu. Ambil tahu le sikit ala-ala minah kecoh heheh. Kepoh je lagaknya. Saya ni bukan le jenis online buyer tapi kan per, dapat gak saya cerita kat sahabat yang ada di sini. Mana le nak tahu ada yang berhajat nak guna khidmat ni. Tak sekarang, nanti nanti kan :).


Segala macam jenis produk yang ada kat Tesco diarang senaraikan kat dalam laman shopping online ni. Fresh food, grocery, baby products, chilled & frozen dan pelbagai lagi la. Saya tak le register lagi. Kan per buat waktu ni, mungkin untuk tempoh percubaan pihak Tesco cuma anjurkan di kawasan area Klang Valley je dulu. Kalau ada sambutan Insyaallah kemungkinan diarang akan perluaskan service diarang.


Kalau ada sahabat yang tinggal di Klang Valley yang berminat kena le masuk ke laman web Tesco Store nih di eshop.tesco.com.my. Pastu Sign up sebagai pengguna. Lepas dah sign up maka dah boleh le mula penjelajahan untuk bershopping online. Mudah sangat perkhidmatan yang diarang berikan.

Camner Kak Ida buat cam ni yer untuk kongsi dengan kita semua. Sapa le yang sudi ajar saya huhu


Kot-kot pulak nak tukar produk yang dah dipilih dengan produk lain boleh je buat pengubahan kat situ. Tak der masalah punya. Kata Kak Ida, nak alter banyak mana pun boleh asal jangan dah sampai time diarang buat penghantaran dok nak tukar memang tak le yang tu heheh. Pembayarannya pulak after dah terima barang yang kita tempah tu dan lepas puashati dengan produk yang diarang deliver. Kot tak boleh pulangkan balik kat diarang. Kalau menurut cerita Kak Ida, no charge for this.


Kot nak tukar ke nak check senarai yang dah kita tempah tu leh tekan kat Shopping Trolley yang kat belah kanan tu dan view le apa yang kita dah booking tadi. Masa ni kot nak alter ke hapa boleh je.



Bila dah selesai, klik kat check out dan booking time slot pulak.



Senarai barang yang dibeli tadi akan masuk dalam favourite list dalam akaun memasing. So next time kot nak beli dah ada jenis produk yang memang biasa kita beli, tak payah lagi dok scroll sana sini belek listing yang banyak tu. Jimat dah sikit masa yang ada dan tak le naik juling bijik mata lagi dah. Tapi kot nak alter - tambah atau kurangkan lain-lain produk pun masih dibuat lagi.


Nama pun ada produk kat Tesco Store, saya pun apa lagi mula le cari kot-kot Sos Char Kueyteow 2 Puteri ngan Cili Boh Asli 2 Puteri terselit atau tidak dalam senarai. Cari kat Grocery... Amboi betul kata Kak Ida, leh juling nak baca sesatu. Maleh nak belek, saya pergi kat bahagian search dan type Sos Char Kueyteow... Alhamdulillah Ada!!!! Bestnya. Walaupun gambo tak der lagi tapi sekurang-kurangnya sahabat-sahabat masih boleh dapatkan produk kitarang secara online. Butiran lain ada oklah. Cuma harap sedikit masa lagi diarang upload gambo le pulak, baru cunkan heheh.

Kat dalam tu masih menggunakan label Sos Char Kueyteow 2 Puteri yang lama tau. Linknya kat sini :)

Pastu cari pulak Cili Boh Asli 2 Puteri tapi hampa.. Tak der pun hukhuk.. Sedih akak dikkkk. Sedih dalam gumbira gitu boleh? Nak buat cam ner satu ada satu tak der huk huk. Harap-harap next time akan tersenarai cik Cili Boh Asli 2 Puteri nih.


Hah.. Kot ada yang berminat nak try perkhidmatan diarang ni cuma perlu bayar RM10.00 je sebagai service payment. Tak mahal mana mana pun kan. Memang berpatutan sesangat. Tapi kena tahu yer produk yang beso-beso tak der dalam senarai yer. Yang runcit je yang diarang senaraikan dan boleh kita beli. Baju-baju pun elek heheh. So kalau-kalau barang runcit dah nak kehabisan stok boleh le buat tempahan dan tunggu je ketibaannya esok ikut time slot yang kita pilih. Yang tu saya tak pasti macam mana jadinya sebab untuk waktu ni kata Kak Ida mudah le nak dapat time slotnya sebab tak ramai yang gunakan lagi perkhidmatan ni sebab masih baru. Next time tak tahu le kalau dah banyak. Mungkin pihak Tesco akan perbanyakkan lori diarang le kot.


Yang ni saya kongsikan pendapat Kak Ida lepas dia guna perkhidmatan nih.... Sori yer Kak Ida, saya copy and paste pendapat akak kat sini. Kan per, saya tak der pengalaman so kongsi pengalaman akak yer. Izinkan yer....


>>>>>>
Pronya....
1) takyah keluar rumah...duduk depan komputer aje...tok tek tok tek...
2) boleh tambah dan tolak any time sehingga malam sebelum barang anda di deliver...(day before delivery)
3) jika anda tak upaya nak keluar rumah misalnye takda kenderaan, takda sapa nak jaga anak kecik, sakit atau takut kena panas matahari atau hujan...servis ini amat berguna...:)
4) rumah anda jauh dari tesco...tapi anda kena pastikan kediaman anda termasuk dalam perkhidmatan ini... - boleh check kat sini
5) bayaran hanya dibuat after delivery...iaitu selepas anda puashati dengan barangan yang dihantar kepada anda...
6) selepas shopping utk pertama kali...semua barangan anda akan masuk ke dalam favourite list...lain kali jika anda nak shopping lagi click aje kat favourites...pastu alter aje kat situ...
7) bayaran untuk service ini hanya RM10....tak mahal mana dan mungkin berbaloi jika anda tinggal jauh dari tesco... - kalau tinggal dekat pun lebih dari RM10.00 kot akan kita keluarkan sebab harus teringin  nak beli yang lain-lain kan kan...(saya le tu heheh)
8) ada lagi....nanti kkida fikirkan...:)

....dan sekarang ni kkida nak cerita pula mengenai kekurangan shopping online ni...:P

1) letih ngadap screen komputer....sakit mata dok jegil kat website tesco ni...anda bayangkan ada berapa ratus produk kat tesco tu....dan most of the item mereka letak kat dalam kedai online mereka satu per satu...

contohnye jika anda nak beli sabun basuh baju...akan keluar semua jenis sabun yang anda tak minat nak tengok...satu per satu dari jenama, berat dll...letih weh....nak kena selak dari satu page ke satu page...sampai jumpa barang yang anda nak beli...kkida terpaksa duduk lebih dua jam kerana nak memilih barangan...itu pun ada barang yang kkida nak beli tiada dalam list mereka.....:\ - Tapi macam saya tadi, pergi kat search ada kat belah kanan tu, pastu type ler brand name atau product name. Biasanya kalau dah ada product yang memang jadi favourite kita buat sekian lama mudah le yer tak. Untuk produk baru kena le tengok -tengok kat senarai macam Kak Ida kata atau tulis kat ruang search tu apa yang kta nak cari. Insyaallah ada. Kot nak cari Sos Char Kueyteow 2 Puteri pun boleh heheh. Nanti tak susah dah masuk dalam favourite list korang kan kan...

2) jika anda nak guna barang tersebut immediately memang tak practical lah shopping online ni...mereka hanya akan deliver barang anda paling awal keesokan harinya....sekarang service ni masih baru...mudah utk anda dapat delivery slot pilihan anda...later bila ramai dah tahu mungkin susah sikit...

3) barang kering ok beli cara ni...barang basah tak berapa sesuai...contohnya sayuran dan lauk pauk...mungkin apa yang mereka deliver tak memenuhi piawaian anda...memang kita boleh rejek barang tersebut jika tak suka....tapi lecehlah...nak kena gak keluar rumah cari barang basah...

4) yang paling kkida tak berkenan sangat semalam adalah.....kkida still kena go tru satu persatu barang tersebut berdasarkan senarai mereka...yelah...takkan kita nak terus bayar camtu aje kan...nak kena pastikan dulu samada barang yang depa hantar ikut apa yang kita order...


dan nasib baik kkida periksa satu-satu...ada barang yang kkida order mereka tak masukkan dan mereka ganti dengan barang lain yang kkida tak nak...:)

5) melalui pengalaman semalam kkida dapat rasakan shopping kat tempat asal barang tersebut lebih selesa lagi berbanding beli online...sekurangnye dapat juga menjamu mata, belek-belek dan paling utama boleh gerakkan anggota badan...heheee...

cuma kekadang tu mungkin kita terlebih beli...barang yang tiada dalam senarai pun boleh termasuk sekali dalam troley....

....apa yang kkida sembangkan kat sini adalah pandangan dari pengalaman kkida sendiri....terpulang pada keperluan anda....sekali-sekala jika rasa malas nak keluar rumah bolehlah guna khidmat ni...

>>>>
Yup betul kata Kak Ida...  Terpulang pada sesiapa yang berminat le kan. Anyway thanks Kak Ida atas info tentang perkhidmatan Tesco ni. Mana le nak tahu kot-kot ada sahabat-sahabat yang terdesak boleh gunakan perkhidmatan diarang ni kan. Saya memang tak leh le buat masa sekarang. Kena keluar ke kawasan liputan baru leh heheh.


Selamat membeli belah... Jangan lupa dapatkan Sos Char Kueytoew 2 Puteri di Tesco On-line Shop juga!



Khamis, 3 Oktober 2013

Jumaat, 20 September 2013

Isnin, 8 Julai 2013

Cili Boh Asli 2 Puteri.. Produk asli yang dijamin Halal!


Cili Boh Asli 2 Puteri merupakan satu lagi produk keluaran kami yang semakin panas dan menjadi permintaan ramai dipasaran. Menggunakan hanya cili yang terpilih, Cili Boh Asli 2 Puteri telah menjadi pilihan ramai suri rumah. Selain daripada warnanya yang asli, ia juga dapat memberi aroma yang tersendiri kepada hidangan. Kepedasan yang terkawal menambah selera kepada yang menikmatinya.


Pelbagai hidangan enak dapat dihasilkan dan ada antara resepi yang menggunakan Cili Boh Asli 2 Puteri ini dikongsikan bersama anda di laman blog Asam Garam 2 Puteri dan 2puteri.wordpress sebagai salah satu sumbangan kami buat pengguna semua dalam menghasilkan hidangan enak buat keluarga tersayang.




Kini Cili Boh Asli 2 Puteri bergerak menemui anda melalui 34 cawangan Pasaraya Tesco Store seluruh Malaysia dibahagian segar, selain daripada kedai-kedai runcit dan pasar-pasar basah. Untuk melihat senarai cawangan Pasaraya Tesco Store berkenaan boleh lawat laman blog Asam Garam 2 Puteri dan 2puteri.wordpress. Demi untuk memudahkan pengguna mendapatkan produk kami, syarikat juga dalam proses memasarkan Cili Boh Asli 2 Puteri di 22 rangkaian Pasaraya Aeon Big sedikit masa lagi.


Memiliki status Halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia serta mendapat seliaan daripada Kementerian Kesihatam Malaysia, Cili Boh Asli 2 Puteri boleh digunakan didalam hidangan anda tanpa was-was.



Dengan harga RM2.00 untuk sebungkus dengan berat 280g+/- ianya memang berbaloi untuk diperolehi kerana ianya menggunakan HANYA CILI ASLI.


Ayuh dapatkan di Pasaraya Tesco Store sekarang dan jadikan ia sebagai satu bahan dalam setiap hidangan anda untuk keluarga tersayang! Feel like a Chef!


**Terima kasih pada pemilik gambar yang terpapar. Credit kepada hasil kerja mereka yang terbaik.

Isnin, 17 Jun 2013

Promosi Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Tesco Store bermula 20 Jun - 25 Julai 2013


Ya Allah... Boleh terlupa saya yang kami ada promosi beli 1 percuma 1 di Tesco Puchong pada 15-16hb yang lepas. Iyer... Sabtu ngan Ahad semalammm. Jadual pack sangat sampai tak ingat nak war-warkan kat sini. Aduhaii apa le saya ni. Dah tua-tua ni cam tu le banyak sangat yang terlupanya. Banyak makan semut kot hehe.


Berakhirnya semalam promosi kat Tesco Puchong tu bermakna berakhirnya promosi ini buat sementara waktu. Ada 2 lagi lokasi yang dijadualkan tapi kedua-duanya bulan Ogos depan. Satu di Tesco Mutiara Damansara pada 17-18 Ogos dan yang terakhir 31 Ogos - 1 September di Tesco Shah Alam. Insyaallah yang ni akan saya war-warkan nanti kay. Insyaallah.


Sebenarnya fokus saya terlari sikit minggu nih. Jadual yang sedia banyak ni ditambah dengan lawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk persijilan MeSTI, SME Corporation dan menghasilkan produk. Sepatutnya ada seminar yang kena attend hari Jumaat lepas pun dah termiss gak. Dah malam baru hengat. Ada ke patut heheh. Harapnya pihak UUM tak blacklistkan kitarang jika ada apa-apa rancangan kelak. Memang tak ingat langsung. Bukan tak der diary catat sebarang urusjanji tapi macam saya cakap tadi bila fokus dah kacau memang baca apa yang tercatat pun leh tak betul. Naya tul...


Dah nama KKM nak datang... Banyak le yang kena check! Jangan silap kalau rasa nak buat derk je dengan kedatangan diarang nih. Kang tak pasal-pasal ada yang tutup premis perniagaan hihi. Sebenarnya kitarang ni tak le ada masalah apa pun kalau diarang nak datang mengejut ke hapa. Insyaallah semuanya dijalankan dan penjagaan tip top. Sehabis baik kitarang buat supaya tak timbul sebarang masalah dalam menghasilkan produk untuk semua. Tapi dah tabiat kot. Dada nih tetap dup dap kencang gak walau dah lali dengan lawatan pihak kementerian nih hehe. Nanti saya ulas pasal kedatangan diarang nih kay.

piZap.com free online photo editor, fun photo effects

Fokus kitarang yang lebih sebenarnya untuk adakan promosi penurunan harga bagi produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri di seluruh Tesco Store bermula 20hb Jun - 25 Julai 2013 nih. Ni kira nak tunaikan janji macam yang saya cakap tu hari yang kami akan usahakan adakan promosi untuk semua pengguna Produk 2 Puteri seluruh Malaysia yang lain juga. Takkan dengar je kitarang buat promosi kat lokasi-lokasi terpilihkan. So nak bagi fair kami tengah usahakan agar ianya terrealisasi. Isnyaallah...


Tapi tu le... Entah le jadi ke tak sebab surat yang kitarang hantar dulu tak le pihak Tesco jawab. Melalui perbincangan menerusi panggilan tepon katanya bila sampai masanya pihak Tesco akan letak tanda je kata promosi sedang dijalankan. Isk tu yang berdebar tu... Nak tunggu 20hb terasa lama sangat tapi sehari-sehari rasa cam pantas berlalu. Camno tu?!?

More promotion will come 2 U... Insyaallah dalam perancangan

20hb nanti saya akan lawat Tesco Store dan harap ianya terlaksana. Walaupun nak buat promosi ni pun kita yang kena bayar, tapi bukan mudah rupanya nak realisasikannya. Entah le camno syarikat besar tu yang dok saban waktu buat rangka promosi. Tapi mungkin sebab kami ni baru first time nak buat tu kot yang terasa susah. Next time akan jadi mudah hendaknya.


Ok udah tengok gambo kilang kami yang serba sederhana sangat tu??? Hhehe. Terima le seadanya heheh. Kat ateh tu ngan kat bawah ni le ghope kilang kami yang tak seberapa untuk tatapan mengkome yer. Udah tuko gaya bahase la pulakkkk. Harap-harap korang puas hati le yer. Tu bukan gambar lama yer. Tarikh kat camera tu je yang terlama sebab tukang ambik gambo nih masa tukar bateri terlupa nak update tarikh baru. 2005 saya baru rasa di alam fana cinta dengan Mr Hb heheh. Bangunan ni pun tak der lagi hahah.


Cam tu le rupa kilang kami yang tak seberapa nih. Ok dah pueh tengok kan hihih... Jangan lupa yer 20hb Jun ni hingga 25 Julai nanti usha-usha Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Tesco Store yang berdekatan. Insyaallah kami beri penawaran harga yang berpatutan buat anda!

Selasa, 28 Mei 2013

Announcement!!!! Tawaran Hebat Produk 2 Puteri di cawangan Tesco Store Kajang 1-2 June 2013



Tawaran hebat dari 1-2 June di Pasaraya Tesco Store Kajang...!!!


BELI mana-mana 1 Produk 2 Puteri

(Sos Char Kueyteow 2 Puteri 350g & Cili Boh Asli 2 Puteri 280g)

AKAN Diberi...
PERCUMA

1 bungkus Cili Boh Asli 2 Puteri 280g

Khamis, 23 Mei 2013

Announcement!!!! Produk 2 Puteri dah sampai ke Tesco Extra Seberang Jaya dahhhh


Bulan ni memang busy sikit dengan aktiviti kat sini. Mana taknya kebetulan tempoh promosi boleh dikatakan hampir serentak antara Tesco dan Mydin. Tapi tu le Tesco cuma beberapa lokasi je la. Pihak Tesco Store yang bagi lokasi-lokasi tu. Mydin Insyaallah semua cawangan. Tapi buat sahabat kat lokasi lain yang memang pengguna Produk 2 Puteri atau yang nak try, Insyaallah kami akan usahakan untuk adakan promosi kat seluruh cawangan Tesco Store kay... :)


Sebenarnya saya nih nak war-warkan yang Produk 2 Puteri dah ada di Tesco Extra Seberang Jaya, Pulau Pinang dahhhh. Dah lebih seminggu rasanya tapi tu ler dek kerana terextra busy saya pun hampir terlupa nak cerita. Alhamdulillah, sib baik tak le lama sangat memori nih dah mari semula hahahha. Tak terlewat le sangat kan heheh.




Ramai sahabat yang tinggal area Seberang Jaya, Bertam dan beberapa tempat lagi (tak teringat pulak mana lagi...heh) yang bertanya tentang Produk 2 Puteri nih. Haha sekarang dah sampai dah. Dah mai dekat dahhh. Jadi jangan lepaskan peluang ya!


Dengan kemasukkan Produk 2 Puteri di Tesco Extra Seberang Jaya ni bermakna sudah 35 cawangan Tesco Store seluruh Malaysia dah Produk 2 Puteri dipasarkan. Dan ini merupakan cawangan ke 5 untuk pasaran seluruh Pulau Pinang dan ke 4 dibawah rangkaian Tesco Store di Pulau Pinang ni. Syukur Alhamdulillah... Harap-harap ianya semakin berkembang bagi memudahkan sahabat semua mendapatkan produk kami ini.


Insyaallah harganya memang amat berpatutan. Nak pulak setiap satu (Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri) boleh dipelbagaikan memang ianya amat berbaloi. 'Value for money' kata opah heheh. Nak cuba resepi-resepi yang enak boleh rujuk kat bahagian Resepi 2 Puteri atau Resepi Hebat 2 Puteri di halaman 2Puteri.wordpress.com kay yang saya sisipkan kat sebelah kanan setiap laman. Antara resepi tu ialah Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri, Terung Goreng Sambal 2 Puteri, Sambal Kicap Sos Char Kueyteow 2 Puteri, Hati Daging Masak Jintan 2 Puteri dan pelbagai hidangan enak lain.



Selasa, 14 Mei 2013

Announcement!!!! Tawaran Hebat Produk 2 Puteri di cawangan Tesco Store & Mydin Hypermarket kini kembali



Tawaran hebat di Pasaraya Tesco Store terpilih...!!!

  1. 18-19 Mei 2013 - Tesco Store Ampang
  2. 1-2 June 2013 - Tesco Store Kajang
  3. 15-16 June 2013 - Tesco Store Puchong
  4. 17-18 August 2013 - Tesco Store Mutiara Damansara
  5. 31 August - 1 September 2013 - Tesco Store Shah Alam

BELI mana-mana 1 Produk 2 Puteri

(Sos Char Kueyteow 2 Puteri 350g & Cili Boh Asli 2 Puteri 280g)

AKAN Diberi...

PERCUMA

1 bungkus Cili Boh Asli 2 Puteri 280g



Dan.....


Tawaran Hebat di semua cawangan Mydin Hypermarket...

PENURUNAN harga 

yang terbaik untuk SETIAP pembelian Sos Char Kueyteow 2 Puteri 350g

bermula dari 23 Mei - 3 June 2013 sahaja

semperna Snack & Party Fair

CEPAT DAPATKAN Produk 2 Puteri yang bermutu ini SEKARANG!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...