Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Soup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Soup. Papar semua catatan

Ahad, 4 Ogos 2013

Resepi Hebat: LONTONG WARISAN 2 PUTERI


Amboiii dah beberapa hari tak leh masuk blog. Sepi je tanpa berita. Bukan per.. Tu hari ada gak tulis satu N3 tapi dah siap bagai nak rak menulis tak bley post. Ehhh wassap dude? Try beberapa kali masih sama so say aambik keputusan tutup je la... Stop posting apa-apa jab. Cik wall letih kot terima berita bertalu-talu hehehe...


Yang bestnya tulis tak save. Tu yang tingkah laku dalam bekerja paling mahal tu. Mana tak mahalnya berapa banyak masa dibazirkan last-last buang camtu je. Ha... Jadikan pengajaran jangan dok buat dah...


Dah dok menyepi ni rasanya dalam N3 kali ni saya nak jamu mata pengunjung Asam Garam 2 Puteri dengan satu hidangan enak yang berkhasiat sebab ada sayur-sayuran warisan berzaman. Hihihih... Ceteka apa dia?


Sruppppp sedap nih. Eh Makan Apa Tu? Sampai bunyi hirup kuah riuh bagai. Heheh jangan buat gitu yer buruk sangat dengornya heheh. Dah teka apa dia? Dapat???? Yup as kat tittle (tittle dah terang-terang tulis suruh teka apa lagi yer tak ehheh).... Tang tarara... Diperkenalkan LONTONGGGGG...


Lontong ni kata cik Wikipedia merupakan hidangan yang biasa ditemui di Malaysia kita yang tercinta ni dan juga kat Indonesia sana. Alah.. Tak goggle kat wikipedia pun rata-rata orang kat sini semua tahu kan hihih. Nak tunjuk terlebih rajin le konon hahah.


Lontong ialah makanan yang diperbuat daripada mampat kek beras dalam bentuk silinder dibalut di dalam daun pisang. Itu cara yang sebenarnya le ek tapi sekarang lagi mudah buat nasi lembik (tapi jangan terover lembik pulak yer) pastu impit-impitkan dalam dulang. Dah sejuk potong kiub. Ha... Tu cara mudah yang biasa kita buat. Tapi nak lagi mudah beli je kat kedai yang dah siap dalam karung plastik kecik-kecik tu rebus sampai masak dan sejukkan sekejap. Dahhhh boleh makan. Confirm terimpit dan sukatan nasi pun tepat tak yah risau terlebih lembik ke hapa. Tapi kot nak try test buat sendiri leh rujuk kat N3 saya yang lepas yer dengan tajuk... Nasi Impit. Mudah je kerja nak buatnya. 


Kuahnya adalah campuran pelbagai jenis sayuran yang terdiri dari antaranya carrot, kacang panjang, kobis, terung, ubi kentang, tempe, tauhu, fucuk, suhun dan santan. Semua sayuran ni dipotong kecil-kecil just nice kata nenek supaya mudah nak makannya. Penggunaan santan juga ikut kesesuaian. Ada yang suka pekat lagi terangkat katanya. Ada yang suka sedikit cair supaya sihat. Jadi terserah pada anda mana satu yang disuka pekat atau sedikit cair janji hati puas sudah kan...


Makan pulak lontong nih dengan Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri.. Perghhhh masyukkk sangat.


Saya ni melontong ikut suka hati sebenarnya. Tak pernah belajar kat mana-mana cawangan dapur. Baik dapur umah mak, umah nenek atau mana-mana le. Apa ayang terhasil adalah dari minat saya yang suka sangat makan lontong nih sebenarnya. Nak kata tak der mana-mana cara nak cari resepi untuk buat rujukan idak le sampai gitu sekali tapi bab follow resepi akak memang lemah dikkkk. So main masak je la ikut pengalaman memakannya. Tapi bila Mr Hb puji sedap... Tu yang kembang terlebih. Seksi mak jadinya hahahah. Opssss....


Jom le jengah resepi. Dok mengipas diri sendiri kang terlebih kembang pulak jadinya hahaha. Moh kite..



LONTONG WARISAN 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri
Foto: artofyourmind  

Bahan untuk Nasi Impit

 
Bahan Kuah
  • Kacang panjang/kacang buncis - potong 1 inci memanjang
  • Carrot - buat potongan memanjang tapi jangan terlalu nipis
  • Kobis - potong segi empat kecil
  • Tauhu - goreng seketika & hiris kiub kecil
  • Ubi kentang - potong kiub kecil
  • Terung - potong kecil
  • Suhun
  • Fucuk - potong kecil & rendam
  • Tempe - potong kecil & goreng
  • Santan - asingkan yang pekat dan yang cair
  • Sedikit serbuk kunyit/kunyit hidup
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Garam & sedikit gula

Bahan Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri

Bahan Sampingan
  • Telur rebus


Caranya


1. Nasi Impit: Sediakan nasi impit terlebih dahulu dengan merujuk kepada resepi yang saya kongsikan disini dahulu. Sejukkan untuk mudahkan kerja-kerja memotongnya. Biasanya saya sediakan sebelum tidur untuk dimakan keesokan harinya.



2. Rebus telur untuk dijadikan telur rebus. Ketepikan




3. Sambal Tumis: Nak buat Sambal Tumis 2 Puteri leh rujuk sini. Mudah je...


4. Kuah Lodeh: Kisar bawang putih, bawang dan kunyit hidup bersama sedikit santan cair hingga halus.

5. Goreng secara berasingan tauhu dan tempe. Tempe tu terlebih dahulu potong besar mana yang kita nak dan goreng. Tauhu lepas goreng baru potong dadu. Ketepikan.

6. Campurkan semua bahan lain dalam satu periuk besar dan masak hingga merenih.

7. Bila dah merenih, perasakan secukup rasa. Masukkan bahan yang digoreng asing tadi bersama santan pekat. Bila ia mula mendidih kembali tutup api dan bolehlah dihidangkan kepada tetamu :)


Mudah je kan???? Tapi tangan kena rajin sikit mengacau kuahnya sebab takut santan pecah lak kang naya. Langsung tak cantik. Cubalah mudah je..



Jumaat, 14 Jun 2013

Resepi Hebat: Sup Telur Express BONDA YONG K.S


Err dah lama rupanya saya cuti memasak. Eh bukan cuti memasak tapi cuti berkongsi masakan kat sini. Sebenarnya memasak tu hari-hari kecuali hari-hari sibuk extra atau bepergian jer cuti tapi udah hidangan tu macam selalu so tak le semangat sangat nak berkongsi. Rata-rata yang dimasak udah yang sama je kang tak best le pulak kan. Naik muak pulak kowang sumer heheh.


Hari ni saya masak lain sikit. Biasanya hidangan pedas wajib ada atas meja nih tapi hari ni main masak sup mudah je. Sup orang sakit kata nenek, Hajah Yong Abdullah. Yer le kot sebab nak buat pun macam terburu-buru punya stail je. Cepat gitu. Udah macam kalo si sakit minta nak makan, terus capai periuk masak je. Dalam 5 minit dah dok tengah hirup kuah sup dah punya pantas dibuat heheh. Tu andaian saya je la hahah. Bab menumbuk bagai tu mana hilang tah masanya heheh.


Sup ni cukup saya gemar masa kecik-kecik dulu. Kalau nak banding dengan sup ekor nun, yang ni lagi best rasanya. Mungkin tekak orang simple macam saya ni memang simple mimpel le pilihannya heheheh. Adeh jangan tampo tangan comey teman Kak Piah... Gurau je heheheh. Udah tak der sapa nak puji, puji diri sendiri pun wokay gak ek? Heheheh...


Bila saya berkongsi resepi sup ni, maknanya tema hidangan saya kali ni lari sikit dari 2 Puteri. Tapi sikittt je la sebab hidangan sayur masih saya masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri heheh. Udah tokey tak leh nak lari dari sumber-sumber hidangan yang diambil dari produk sendiri heheh. Kalau tak pedas kat rumah ni memang tak boleh jadi kalo takat sup tu mana le nak datang pedasnya selain dari serobuk lada yer tak. Tapi udah anak-anak tak makan pedas langsung (lega makkk leh le bedak banyak sikit untuk dijual kat customer hahah) jadi hidangan sayur buat le pedas sikit. Anak-anak makan je sayur yang ado dalam sup tu.


Resepi sup ni pun idak le saya belajar direct dari Allahyarhamah nenek tapi hasil apa yang saya tengok masa kecik-kecik dulu stepnya macam tu le hehe. Dulu kita le cucu sorang yang tinggal dengan Allahyarhamah nenek so manjanya kan kemain. Tu yang banyak ilmu masak tak sempat ambil dari dia. Nape taknya asyik nengok je sentuhnya idak. Takat sentuh masa makan tak sesuai kan... Akhirnya yang rugi sendiri juga... Menyesal sungguh.. Sob sob.. So kowang tu kot ada ibu ke nenek ke gi le cecepat tuntut ilmu masakan diarang. Kot tak dapat banyak sikit pun biar le kekal warisan nenek moyang kita untuk diperturunkan pada anak cucu kita pulak yer tak..

Eh memasak tu yang express... Bukannya bus express hihihi

Udah le tu.. Kang merebak pulak sedaynya kat mengkome pulak. Habis banjir satu Malaysia nanti. Parah hahaha. Jom tengok resepinya...


SUP TELUR EXPRESS BONDA YONG K.S
By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan
  • Ubi kentang, kupas kulit & potong wedges, rendam
  • 1 biji carrot, potong wedges 1 inci
  • Suhun, potong pendek & rendam
  • Telur ayam - ikut le banyak mana nak
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Air
  • Garam
  • Minyak untuk menumis

Bahan tumbuk
  • 4 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih - boleh lebihkan jika suka
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/3 sudu teh lada hitam

Caranya
1. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi.

2. Masukkan kentang yang telah ditoskan seketika sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Kacau-kacau sebentar.

3. Masukkan air sebanyak mana yang disukai bersama carrot. Masak hingga kentang dan carrot empuk. Biasanya saya suka yang idak le terlalu empuk. Biar keras-keras sikit best.

4. Pecahkan telur satu persatu. Hati-hati jangan bagi pecah kuningnya kang tak cantik. Jangan juga bagi dia bertindih kang hilang pulak kecunnannya. Kacau hati-hati yer. Cuba kekalkan kecunnannya sehabis mungkin heheh.

5. Masukkan suhun, garam dan biarkan mendidih sebentar sebelum tutup api.


Hah.. Dah siap le tu. Cepat je kan... Boleh le dihidangkan bersama daun bawang dan daun sup yang telah dihiris halus. Kalau rajin masukkan le sama bawang goreng. Kot korang nak try masukkan bahan pa per pun boleh je. Mushroom ker hapa okay je Insyaallah.



Mushroom ni jangan lak dimasak, yang ni sesuai digeget-geget je. Aummm nyam nyam

Biasanya sup saya ni tak guna perencah lain selain daripada garam. Mungkin sebab memang dah saya ni jenis suka gunakan perasa asli garam dan gula je kot. Tak gemo guna perencah-perencah ni. Belajar guna stok-stok ni pun sebab nak buat nasi ayam dedulu hehe. Sejak tu pandai le sikit guna tapi tetapi tak gemar sebenarnya. Tapi tu hari sebab anak-anak tak berapa suka sup plain yang versi yang saya buat ni, saya cuba le masukkan sikit stok ayam. Banyak pulak diarang makan. Bertambah.


Apa-apa pun terserah kat kowang le kot nak mencubanya. Try je kaedah mana yang disukai sebab memasak ni bukannya susah mana pun. Atas kita gak sebenonya heheh. Tapi kalau buat kuih muih jangan buat main kang tak jadi rugi....


Ok selamat menjamu selera... Moh nak tengok Finding Nemo lak

Ahad, 17 Jun 2012

Sup Kentang Berkrim


Assalamualaikum.


Kat dapur ni banyak sangat stok ubi kentang. Mulanya cadang nak buat cucur udang berkentang tapi tiap kali ke pasaraya udang habis ler pulak. Yang jual kat kedai berdekatan rumah ni selalunya kecil-kecil tak best kalau nak buat cucur. Kurang umph rasanya. Next time gi pasar nak skodeng lagi cik udang tu ada ke tak..


Skodeng sana-sini akhirnya sampai dapur akak Linapg di Teratak Mutiara Kasih. Hehhe... Tengok resepinya wokey lebih kurang yang biasa saya buat. So ambil yang ni je la mudah sikit. Tapi ada kelainannya yang dikenal pasti, Serbuk Kari Daging.... tak pernah saya masukkan kalau buat sup omputeh version potato ni. Udah macam mamak version je heheh. Ok ambik yang ni ada kelainan sikit tapi sukatannya kena kurangkan lagi sebab anak-anak tak gemar pedas walaupun sikit. Kang tak pasal-pasal kita yang nak kena habiskan.


Sikit info tentang ubi kentang ni yang saya nak kongsi... Kentang adalah tumbuhan umbi yang ke4 paling banyak ditanam di dunia – selepas beras, gandum, dan jagung. Secara nutrisinya, kentang terkenal dengan kandungan karbohidratnya. Di Asia, ia tidak mengambil alih tempat beras sebagai makanan ruji, sebaliknya kentang banyak dimasak bersama rempah dan dihidang di dalam kari untuk dimakan bersama nasi, roti canai, dan capati. Cara masakan Asia membuka mata baru kepada mereka yang sekadar memasak dengan kaedah biasa seperti merebus, membakar, stim, melenyek, atau menggoreng. Nak lebih cerita boleh baca kat sini kay.
 

Apabila memilih kentang, pilih yang tegang dan mampat. Elakkan memilih kentang berkulit terlalu kering dan berbintik-bintik.  


Tips:
  • Jangan simpan di dalam peti sejuk kerana suhu sejuk akan menukarkan kanjinya menjadi gula. Ini akan menyebabkan kentang menjadi manis dan bertukar warna kegelapan apabila dimasak.
  • Jangan simpan bersama bawang besar. Gas yang dilepaskan oleh bawang besar mempercepatkan proses kerosakannya.
  • Untuk mengelakkan kentang mengalami kegelapan ketika dikupas, letakkan kentang di dalam air sejuk sejurus selepas dikupas sehingga sedia untuk dimasak. Air sejuk akan mengelakkan bahagian luar kentang menjadi gelap/lebam.


Jom kongsi resepinya kat sini kay.... I follow heheh. Tapi saya ada ler ubah sikit-sikit ikut version saya. Tak banyak pun sikit je heheh. Jangan mare yer.


SUP KENTANG BERKRIM

By: Linapg, Teratak Mutiara Kasih
Sumber: Chef Celebrity Ideal TV3


Bahan-bahan:

  • 2 biji kentang - kupas kulit dan potong dadu
  • 2-3 batang celeri - potong kecil
  • 1 labu bawang besar kuning - potong dadu
  • 4-5 ulas bawang putih - cincang kasar. Saya kurangkan jadi 2 ulas je sebab tak suka baunya yang kuat sangat tu
  • 300ml air
  • 1 sudu kecil serbuk kari daging - saya kurangkan kepada 1/2 sudu kecil je just ambil baunya.
  • Sedikit oregano kering atau bayleaf - optional nak masukkan atau tak
  • 1 sudu besar mentega 
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • 1 tin susu sejat

Caranya:

1. Rebus kentang dan batang celeri dengan sedikit air. Jika ada herba masukkan sekali. Saya guna oregano sebab baunya kurang sikit berbanding bayleaf.

2. Dalam kuali berasingan, tumiskan bawang besar dan bawang putih dalam mentega yang dicairkan hingga layu. Jangan terlalu lama agak-agak layu je. Kemudian masukkan ke dalam periuk rebusan kentang tadi. Rebus hingga kentang empuk kay.

3. Tambah serbuk kari daging, garam dan lada putih.

4. Apabila kentang sudah empuk, tutup api. Sejukkan seketika.

5. Masukkan bahan rebusan (tanpa air itu) ke dalam blender. Blend sampai hancur. Saya ambil sikit airnya. Nak mudahkan kerja memblender dan sebab dah dalam air tu dah letakkan perasa. Sayang pulak rasanya hehe.

6. Masukkan satu tin susu sejat ke dalam blender dan blend kentang itu sampai halus.

7. Masak sekali lagi hingga mendidih. Kalau nak makan terus pun ok dah bak kata akak Linapg.

Sup ni nak makan dengan pasta pun ok dengan roti pun best. Tapi tekak anak-anak tak masuk dengan serbuk kari daging tu jadi tak laku sangat sup saya kali ni. Mungkin dah biasa makan yang simple je yang takder serbuk kari daging. Balance yang ado tu nampaknya kena ler ubah suai jadi donut ker apa. Harap-harap tak membazir ler hendaknya. Kowang kot nak cuba resepi ni sila la yer. Mungkin anak-anak kat rumah tu tak secerewet anak dare saya ni.. :)



Jumaat, 8 Jun 2012

Sup Labu Manis Berkrim


Assalamualaikum.


Hari ni saya nak kongsi resepi Sup Labu Manis Berkrim.


Sup ni pun dibuat atas permintaan Afif. Sebenarnya dah lama gak dia minta. Tapi baru ada kesempatan nak buat :).


Selalunya saya main buat je sup-sup ni. Tak de resepi tak der sukatan. Alhamdulillah anak suka gak. Tapi tah rasa nak kelainan dan nak ikut protokol sikit kali ni saya ambil sukatannya. Lagi pun Insyaallah nanti kot ada rezeki leh turunkan pada anak-anak. Kot tak der sukatan menggagau lak diarang nanti macam saya pulak. Sib baik dah biasa buat so saya cuba sukat apa yang selama ni saya agak-agak je. Lagi pun semua bahan dah ada dalam stok simpanan saya so mudah ler.


Nak buatnya pun tak ler susah mana. Nak kata renyah pun tak juga. Cuma bab nak kupas kulit labu tu.. Keras gak ler kulitnya. Sebenarnya saya tak pernah masak guna labu ni sampai le dulu ada ler buat produk Seri Kaya Labu 2 Puteri. Sekarang dah stop buat sebab nak tumpu pada Sos Char Kueyteow 2 Puteri dengan Cili Boh Asli 2 Puteri dulu. Kiranya labu ni cuma berani sentuh lepas-lepas tu ler. Masa tu ler baru tahu susahnya nak kopekkan kulit labu ni. Terpikir gak saya camner yang omputeh tu dok buat pumpkin lamp tu yer? Alah yang guna masa halloween tuuuu...



Sedikit info tentang labu ni yang saya nak kongsi kat sini adalah Labu Kuning ni adalah sumber yang kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral, termasuk vitamin E, A, C dan Vitamin B seperti folates, vitamin B6, thiamine.potassium, copper, fosforus dan magnesium.


Bahan rahsia dalam sup ini adalah labu kuning yang penuh dengan antioksidan. Beta-karotena boleh menyekat pertumbuhan sel-sel kanser.


Sup ini juga boleh menjadi 'base' yang baik bagi mee ayam atau makanan laut. Hanya tambah makanan laut yang dimasak atau filet ayam (atau ketulan ayam) dan mee atau pasta, untuk snek yang lebih lazat dan mengenyangkan.


Okay back tu to the recipe. Anak-anak ni cerewet sikit :) jadi apa yang saya buat ni ikut selera diarang. Kalau nak jadikan basic hidangan ok ler boleh diterima Insyaallah :)




Sup Labu Manis Berkrim


Ok tak nama saya kasi ni heheh.


Bahan-bahan:
  • 1 labu bawang besar - didadu 
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 2 biji ubi kentang - didadu sederhana kecil supaya mudah empuk
  • 200g labu kuning - potong kecil-kecil sikit gak
  • 2 cawan air - nak sedap masukkan 2 sudu besar stok ayam maggie
  • 200ml krim masakan/susu segar/susu sejat - kali ni nak bagi umph saya pilih krim masakan
  • Garam dan serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar margarine/minyak masak 

Caranya:

1.  Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu menggunakan margarine. Penggunaan margarine membuatkan baunya lebih enak.

2. Masukkan ubi kentang dan labu. Gaul rata jab dengan minyak margarine tadi. 

3. Masukkan pula air yang disatukan dengan stok ayam tadi. Biarkan mendidih dan labu serta ubi kentang tadi empuk supaya mudah dikisar nanti.

4. Bila dah empuk ubi kentang dan labu tu tutup api. Biarkan ianya menyejuk sedikit.

5. Kisar bersama krim masakan hingga halus.

6. Tuang semula dalam periuk dan panaskan. Biarkan mendidih. Kalau pekat sangat tambah air tapi seeloknya biar le nampak pekat sikit. Baru sedap. Tambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Kalau dah ok boleh tutup api.


Sup ni saya kahwinkan dengan pasta dan roti bawang putih. Tapi roti tu takat guna roti sandwich je. Semalam keluar shopping barang dapur lupa nak beli Roti Perancis. So amik mana yang ada kat dapur ok le kan heheh. Pasta memang wajib ada dalam stok. Pelbagai rupa bentuk pasta yang ada sebab yang ni anak-anak suka.


Nak tahu cara rebus pasta yang biasa saya buat? Resepi yang simplenya ambik kat sini yer. Dah masak nanti tuangkan je terus Sup Labu Manis ke atasnya.


Pasta Angle Hair bersama Sup Labu Manis Berkrim

Resepi Roti Bawang Putih Perancis next segment pulak saya kongsikan. Dah panjang lebar ni. Kay salam dan selamat menjamu selera :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...