Tu hari saya ada baca satu tips yang dikongsi oleh sahabat FB, Reen Khan Shariff kat group
tentang tips membuat Buttercream. Bila baca maklumat yang kak Reen berikan, isk terasa nak kongsi sangat dengan sahabat kat sini juga. Memang padat dan dapat membantu kita dalam mendecor cake kita nanti. Panjang lebar imput yang diberikan.
Terima kasih banyak padanya yang rajin sangat compilekan ilmu sebegini untuk rujukan orang-orang yang nak mula berjinak dengan dunia masakan seperti saya. Nak pula raya yang semakin menjelang tiba ni.. Buat orang baru macam saya yang tak biasa membaking dan mendecorate kek, masa ni ler kesempatan yang baik nak tunjuk kehandalan diri hehehhe.
Bagaimanakah
caranya untuk membuat aising (Buttercream) kek yang mudah? Sebelum saya
berikan Resepi Buttercream Icing pilihan anda, mari kita baca dahulu
sedikit tips otai yang saya simpan untuk panduan bersama. Apa-apa pun try and
error.
Untuk menghias dengan krim putar dengan cara mudah, tak payah-payah nak
timbang, nak keluar mixer gedabak anda, hanya perlu membeli ‘whipping
cream’ dari pasaraya dan memukul hingga kental. Sebaik saja ia kental,
gunakan segera. Kek yang mempunyai aising hiasan dari krim putar mesti
disimpan di dalam peti sejuk (
contohnya: Black Forest Cake).
Aising kek paling mudah adalah Krim Mentega. Jika inginkan perasa
coklat, tambah 1-2 sudu besar koko yang diayak (mengikut ‘warna coklat’ yang
dikehendaki, jangan terlalu banyak kerana ia akan terasa pahit). Jika
mahu perasa oren, tambah sedikit parutan kulit oren dan jus oren.
Semuanya mengikut citarasa masing-masing. Krim mentega yang
berperisa vanila dan susu segar juga dimasukkan agar aising ini lebih
ringan. Untuk mendapat topping licin frosting dengan fresh cream atau butter
cream sejukkan didalam peti kemudian curahkan coklat ganache.
Sedikit Petua
“Untuk kek butter – Supersoft Butter Cake: Kek tak perlu dibelah. Terus mendeco atasnya tanpa filling. Kek butter tidak naik tinggi, cukup satu adunan sudah memenuhi acuan bulat bersaiz 9′.
Mengaising salah satu step yang paling susah berbanding hendak
mendeco. Apatah lagi hedak
melicinkan permukaan tepi dan diatas
kek. Yang penting adalah aising perlu kena tebal supaya apabila merata,
tidak terkena permukaan kek. Nanti serdak kek bercampur dengan
aising. Boleh juga ratakan bahagian tepi kek dulu then baru bahagian atas
kek. Seeloknya pisau mengaising kek jangan diangkat angkat. Gerakkan
di atas aising kiri kanan. Realitinya memang agak susah jugak tetapi practise
makes perfect. Bila dah siap aising semua tu, celup pisau aising dalam
air panas, lap airnya dan cepat-cepat sapu pisau tanpa terlalu menekan aising
ke serata permukaan kek. Satu kelebihan sebab bila kita melepa icing,
icing tidak akan melekat pada pisau yang panas dan icing akan jadi lebih
rata. Cuba dulu. Tapi untuk teknik ni masa dah final touch up
le. InsyaAllah tentu elok jadi nanti.
Spatula tidak menjadi hal samaada murah ataupun mahal. Kalau yang sudah
teror, guna pisau biasa pun boleh. Yang penting semasa cara kita menyapu
icing spatula jangan kerap diangkat. Kena tolak kiri kanan sampai icing
rata ikut petua. Sebolehnya letak topping tu sebanyaknya di atas kek, then
baru ratakan kiri kanan sampai habis. Ingat spatula tak boleh angkat
ikut suka sebab icing tu akan menarik serdak kek. Lama-lama nanti
akan biasa.
Yang menyebabkan
cream berbintil-bintil adalah kerana memukul butter
terlalu laju. Putar butter/krimwell/shortening tu sampai gebu tapi hanya guna
speed yang sederhana. Then masukkan gula icing sikit demi sikit sampai
menjadi gebu/putih. Putar icing dalam speed yang sederhana tapi biar
lama tidak mengapa cuma jangan terlaju, nanti icing akan menjadi cair ”bubble” dan permukaan icing tidak cantik dan tidak gebu (smooth).
Untuk membuat bunga, tambah sedikit gula icing supaya bunga lebih
tegap. Maknanya bila dah siap putar icing tu, bahagikan icing yang
diperlukan untuk membuat bunga, tambah lagi gula icing sikit demi
sikit. So…tidaklah topping kek tu terlalu manis.
Kurangkan butter sikit, kalau resipi tu agak lembik disyorkan
lebihkan shortening/crisco sebab dia tidak mudah cair (stands well in hot
weather). Krimwell dan butter actually agak creamy/lembik) – add gula
icing sikit-sikit hingga adunan kental sikit. Kalau nak bunga tu elok, guna
shortening sepenuhnya – untuk dapatkan rasa butter, just add butter
oil. Hasilnya icing tak akan mudah lembik (takes time gak le nak belajar ni). Masa
putar icing tu, dah half way ambik separuh untuk dapatkan thin
consistency untuk salut kek, lepas tu baru tambah gula lagi untuk deco
bunga/hiasan lain.
Setakat ini combination krimwell dengan shortening lebih baik
especially bila kita nak mendeco. Kalau deco kek dalam bilik aircond pun
ok. Kalau tidak cepat lembik. Anyway, campuran krimwell dengan
shortening kira sudah ok sebab krimwell pun sejenis marjerin jugak (white
margarine). Apa apa pun, ikut kemahiran kita – kalau sudah cekap ok, sayang
pulak kalau tidak menjadi. Combination butter dengan krimwell agak
berminyak, so bunga tak boleh terletak sangat.
Resepi
1) Buttercream I
1 cawan shortening (lelemak sayuran) + 1 cawan krimwell (sejenis
marjerin putih) + 4 – 5 cawan gula icing (diayak) + 1 sudu teh perisa vanila + 1
sudu teh perisa badam + 4 sudu besar susu UHT
= Putar shortening dengan krimwell hingga kembang. Masukkan perisa
badam dan vanila. Putar lagi. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit,
masukkan susu sedikit demi sedikit. Putar hingga gula hancur dan adunan
gebu.
2) Buttercream II
120 gm telur putih + 200 gula icing + 250 gm krimwell + 350 gm shortening + Sedikit esen ros
= Putih telur dengan gula icing dimasak secara double boiler. Kacau
selalu dengan whisk. Pastikan putih telur tersebut sudah cukup panas dan
gula telah hancur sebelum diangkat. (Ini utk memastikan ia selamat
untuk dimakan). Alihkan ke dalam pemutar dan putar sehingga ia menjadi
meringue. Ketepikan sebentar. Putar krimwell dan shortening hingga putih. Kemudian masukkan
meringue tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega. Kacau dengan
kelajuan perlahan hingga kembang.
3) Buttercream For Flowers
150 gm shortening + 50 gm krimwell + 200 gm susu pekat manis
= Icing ni mudah cair, so kalau nak buat bunga, kena cepat-cepat. Bagi yang
belum mahir, kalau nak buat bunga ros macam ni, cuba pakai nozel cap
Tan See Fong. Bunga mawar guna nozel 2106 dan fushia tu nozel bernombor
2107. Nak buat bunga, posisi tangan tu mesti betul skill pull ke atas
macam kita buat huruf ‘n’ (small ‘n’)……yang muncung U tu…
4) Buttercream Untuk Bunga Nampak Mantap
Soalan? Saya ingin tahu resipi terbaik (buttercream) utk membuat bunga ros.
Ini kerana dah banyak kali saya cuba, bunga saya mmg tak sempat dipaip
sudah lembik, jadi rupa pun dah tak ada.
Jawapan: Ini resipi yang saya guna untuk buttercream (yang saya perasan kalau guna shortening, bunga lebih elok walaupun tak cantik/smooth);
250 gm butter + 125 gm krimwell + 125 gm gula icing (sifted)
= Tambah gula aising hingga krim menjadi lebih kental/keras dan mudah
kekal bentuknya. Aising anda lembik kerana sukatan mentega yang tidak
sepadan dengan gula aising.
5) Easy Buttercream
250g butter yang
dah lembut (unsalted butter lagi bagus) + 500g gula ising (ayak) + 1 sudu
makan air panas + 2 sudu teh esen vanila
= Pukul butter sampai lembut. Campur gula air panas dan esen vanila. Pukul sampai putih dan kembang.
6) Flavour Choc
Choc putih atau coklat biasa tambah + 100g coklat yang
dicairkan atau tambahkan1 sudu makan serbuk koko yang dibancuh dengan 1-2
susu air panas hingga jadik paste.
Untuk perisa kopi tambah 1 sudu instant
kopi bancuh gak jadik paste dengan air panas dan beat dalam buttercream. Atau
boleh guna esen tapi just titik setitik dua jer pasal esen pekat dah.
7) Buttercream IV
1kg krimwell + 500 gm butter + 1 tin susu pekat.
= Apa lagi godak la .sampai sebati… Banyak ni kalo sebuku kek bagi 2 lah..
8) Buttercream V
1 kg krimwell + 600gm gula icing +120ml air
= Pukul semua sekali sampai kembang
9) Buttercream VI
400 gm butter + 100 gm marvello / cream margerine / shortening +180 gm icing sugar +1 tsp esen vanilla
= Pukul butter dengan marvello hingga gebu. Kemudian masukkan icing sugar
dan pukul lagi. Akhir sekali masukkan esen dan pukul hingga halus dan
gebu.
10) Butter Icing I
250 gm butter + gula icing secukupnya
= Diayakkacau butter
hingga lembut, tuangkan gula sedikit-sedikit. Kacau sehingga icing tidak melekat
ditangan. Cream jenis ni akan mengeras sedikit bila salutan dibiar agak
lama dan rasanya jugak agak manis
11) Cream Icing
100 g butter + 100 g marvello + 100 g shortening + 250 g gula
(didihkan dengan sedikit airi hingga jadi sirap yang agak likat dan
sejukkan).
= Pukul ketiga-tiga bahan di atas hingga kembang dan masukkan sirap
tadi sikit-sikit, pukul lagi hingga gebu dan ringan.
12) Butter Icing II - Butter cream untuk apa jua jenis kek (Boleh hias sebiji kek 1 kilo)
250gm butter + 150gm shortening + 250gm icing sugar (diayak dulu) + 2 sudu besar susu segar + Pewarna ikut suka
= Pukul sampai kembang. Pukul kesemua bahan (kecuali susu
segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu. Setelah
cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah
masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan
susu kerana akan menjadi agak lembut. Ambillah banyak mana cream yang
diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata…
13) Mom Buttercream Frosting [umi]
¼ cawan tepung serba guna + 1 cawan susu
segar + ½ cawan shortening + ¾ cawan gula putih + ½ cawan mentega, dilembutkan + 2
sudu kecil vanila esen
= Di dalam pan kecil, campur tepung dan susu dan masak di atas
api kecil hingga licin. Letakkan di dalam peti sejuk dan biarkan sejuk
sepenuhnya (yang nie umi tak letak pun dalam peti ais.. terus buat jer
masa suam-suam tuh). Pukul shortening, mentega dan gula hingga ringan dan
gebu. Masukkan campuran tepung tadi dan pukul hingga licin. Masukkan
vanila.
14) Snow White Buttercream [lynnhassan]
163g solid white vegetable shortening +1 tsp flavour ( I use wilton
vanila flavour) + 2 tbsp milk (use UHT) or water + 454g icing sugar + 1 tbsp
Wilton Meringue powder (egg white powder) + secubit garam
= Beat shortening, flavour, dan water/milk. Bila sebati, tambah
icing sugar, meringue powder dan garam. Mix gunakan medium speed sempai
sebati dan creamy.
Note:
1. Resepi ini boleh dapat 3 cups. Selalunya untuk cupcakes, saya
add 2 tbsp milk untuk each cup, senang nak pipekan
2. Buttercream jenis
ni tak muak sikit. Sesuai kalau untuk tempahan sebab dia stabil. Sesuai
untuk buat design seperti bunga, cartoon
15) Buttercream VII [loveliana]
100gram butter + 200gram icing sugar (ayak 2x) + flavour
= Pukul butter sampai kembang, masukan icing sugar sikit-sikit. Last masuk flavour.
16) Buttercream VIII [loveliana]
200gr vegetable shortening + 450-500gr icing sugar (ayak halus) + 3 sudu makan lemon juice
= Pukul shortening sampai kembang, putih dan gebu, masukan icing
sugar sikit-sikit, pukul lagi sampai kembang. Last masukan juice lemon dan
mixer sekejap. Siap digunakan
Note: Apabila terlalu dry tambahkan 1 sudu makan air masak. Takleh lebih nanti lembik.
17) Buttercream IX [KAK MAS]
A/ 250g air + 600g gula caster
B/ 750g butter + 250g krimwell + 2-3 titik ros esen/vanilla esen
= Masak A hingga mendidih. Bila dah suam chillkan dalam fridge overnight. Pukul butter and krimwell high speed sampai kembang dan gebu.
Kemudian slowly tuang chilled syrup tadi sampai habis. Masukkan juga
esen. Pukul dalam 2-3minit sampai well combined dan gebu. (Mixer tak
payah stop semasa tuang syrup biar on going).
18) Whole Egg Buttercream
(A) 2 biji telur + 120 gram gula
(B) 400 gram mentega/krimwell + 100 gram shortening
= Pukul (A) dan renehkan atas double boiler sehingga pekat. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk pengadun. Pukul sehingga adunan menjadi
lembut. Biarkania sejuk. Pukul (B) sehingga lembut dan gebu. Masukkan adunan telur yang telah disejukkan dan gaul sehingga sebati.
19) Buttercream Telur Putih [1mas2r@]
350 gm marvelo/supertact/ krim well + 250 gm butter + 175 gm gula pasir + 110 gm putih telur
= Masak putih telur dan gula secara double boiler, kacau selalu. Pukul butter dan krimwell hingga putih. Di dalam mangkuk lain, pukul
putih telur yang dimasak tadi hingga menjadi meringue. Masukkan meringue
sedikit-sedikit ke dalam adunan butter. Pukul lag pada kelajuan
sederhana hingga putih.
20) Basic Buttercream
400 gram mentega/krimwell + 100 gram shortening + 180 gram icing sugar + 1 sudu teh esen vanilla
= Pukul mentega dan shortening sehingga tidak bergentil-gentil.
Masukkan esen vanilla dan gula icing. Pukul lagi sehingga lembut dan
gebu. Sedia untuk digunakan.untuk whipping cream tak perlu letak gula
atau apa-apa, cuma pukul sehingga kembang. Untuk 1 biji kek 1/12 cawan (340 ml)
whipping
21) Buttercream X [Kuantan- Rnet]
350 gm marvelo/supertact/krim well + 250 gm butter +175 gm gula pasir +110 gm putih telur
= Masak putih telur + gula secara double boiler, kacau selalu. Pukul
butter + krimwell hingga putih. Di dalam mangkuk lain, pukul putih telur yang
dimasak tadi hingga menjadi meringue. Masukkan meringue sedikit-sedikit ke dalam
adunan butter. Pukul lagi pada speed sederhana hingga putih.
22) Buttercream Golden Syrup
i) BWY Buttercream
500gm Krimwell + 500gm butter + 200gm golden syrup + 1tsp vanilla
ii) Bagus Buttercream
1kg krimwell + 500gm butter + 400gm golden syrup
iii) Icing Cream
500g krimwell + 500g butter + 200g golden syrup
Pukul Creamwell selama 20 minit dengan kelajuan
sederhana.. Pukul sampai kembang. Masukkan butter dan golden syrup, pukul
lagi 20 minit..
Note: Sekiranya nak manis lagi boleh tambahkan golden syrup. Kalau
tengok-tengok resepi pakai golden syrup walaupun chef berlainan. Saya ada
tanya kenapa tak pakai icing sugar, dia kata nanti tak smooth.
23) Golden Syrup
A/ 200g gula + 1/4 potong limau nipis + 50 gram air
B/ 20g air
= Masak bahan A sampai perang. Dah masak, tutup api tambahkan bahan B.
Resipi-resepi ini menggunakan golden syrup, menggantikan icing sugar supaya
ia kelihatan lebih smooth, selain daripada mengurangkan
kemanisan, goldean syrup juga boleh diganti dengan madu atau susu
pekat…. Tetapi bagi buttercream yang berwarna… Kalau takder golden syrup. Boleh jer buat syrup guna gula kastor.