Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan

Khamis, 6 Disember 2012

Nasi Lemak Yong Abdullah.... Bila nak diet nih????


Alhamdulillah kenyang sudah. Hahahh maaf yer dapat cerita je. Nak bagi rasa tak dapat. Tapi kot nak gak sila le saya jamu korang. Tapi make sure kena buat appointment dulu lah yer. Tokey besar biasalah bizi memanjang hahahahhaha.


Tuuuuu gelak orang berlagak le pulak hahaha. Berangan jab. Tokey besar le sangat konon. Badan yang besar ada lah.


Ni satu lagi hidangan membesarkan badan yang sedia besar nih. Dalam dok bizi ke sana sini sinun ni teringin pulak nak masak Nasi Lemak. Rasanya dah lama gak tak masak sendiri Nasi Lemak ni. Bukannya susah pun tapi yer la mana le boleh makan selalu kan walaupun mudahje nak sediakannya. Kang badan bagai dipam-pam. Jantung pun tak sihat susah pulak. Sapa le nak tolong buat kerja yang berlambak nih.


Nasi Lemak ni makan dengan Sambal tumis yang pelbagai memang sedap. Nak-nak sambalnya masak kaw-kaw. Cukup rasa pedas, manis dan segalanya lah. Lagi sedap kalau siap satu set hidangannya.... Maksud saya dengan ikan bilis goreng, kacang tanah yang disangai, timun dan telur rebus. Pergh... Kalau ada memang bertambah-tambah makannya. Susah gak ek hahah.


Antara Sambal Tumis yang best digukan dengan Nasi Lemak ni adalah Sambal Tumis Ikan Bilis, Sambal Tumis Bawang, Sambal Telur (yang direbus, direbus dan goreng, digoreng atau dipecahkan je dalam sambal tu), Sambal Tumis Kerang, Sambal Tumis Ikan / Sambal Ikan Goreng Salut Sambal dan lelain. Kot nak sebut satu-satu memang banyak. Berjela-jela pulak kat sini. Mana nak kira dengan bebelan saya yang panjang lebo. Naya korang membacanya hahahha. Kang kot panjang sangat celotehnya kang, maleh pulak orang nak berkunjung lagi. Lagi naya hahah.


Saya ni mula-mula buat nasi lemak main belasah je. Tak der le belajar kat sesapa. Tu yang kata mudah sangat nak buat Nasi Lemak ni. Macam masak Nasi Putih biasa tu je. Cuma tambah pekakasnya sahaja bagi wangi dan santan. Kot tak mana le datangnya nama Nasi Lemak tu kan. Tapi lepas saya tengok cara Mak Ngah saya, Zainap K.S Mohamed  buat terus saya ikut. Caranya tak le berbeza mana tapi bawang kecik, bawang putih dan halia dia cincang halus-halus. Bila saya tanya apsal dia cakap kang tak le membazir orang buang. Kalau besar senang orang nak pilih-pilih ketepikan. Kalau kecil harus dimakan je terus. Betul gak hahahha. Very the clever! Hahahha. Sejak tu terus saya ikut. And, memang betul... Tiada lagi pembaziran.


Lagi pun selain membazir, kalau makan segala bawang kecik, bawang putih dan halia tu sebenarnya elok untuk kesihatan. Nanti saya buat satu entri pasal kebaikan bahan-bahan tu dalam masakan kita. Dan kenapa mak-mak kita suka sangat hidang Nasi Lemak dengan Timun. Apsal tak dengan terung ke, kobis ke kan. Insyaallah yang tu next entry kay.


Saya kalau nak hidang Nasi Lemak untuk family harus dengan segala khazanah sampingan yang lain seperti Kacang Tanah yang disangai, Telur Rebus dan Timun. Ikan Bilis Goreng pulak kadang-kadang ikut kesesuaian. Wajib ada tu. Tah kalau tak der rasa macam kureng je Nasi Lemak kita. Baik beli je kan kan. Alang-alang nak buat biar le complete yer tak??


Kalau dulu Nasi Lemak dibungkus dalam daun pisang itself untuk bagi wangi kat hidangan kita tu. Lagi satu, aroma daun pisang tu buatkan bertambah selera sesiapa yang makan. Sekarang orang buat lapik atas kertas surat khabar. Kurang teror kot nak bungkus terus hihi. Sorry! Tapi kalau tak bungkus pun orang buat lapik atas pinggan. Saya yang tu je tak der sebab pokok pisang tak der kat umah ni. Kot sesaja nak beli terasa mengada le sangat. Belinya kena banyak, nak guna ciput je. Tak ke mengada namanya kan???


Wokay lah... Mengada pulak celoteh panjang-panjang. Orang nak tahu resepinya yer tak hihihi. Wokay lets read this. But before that (hahahha ada lagiiii nak sambung, sabo je la), thanks to my dear Nam@along, Aza Miza dan Syaf Delight sebab sudi follow kami. Harap-harap tak sesia le follow kami yang baru nak bertapak ni yer... Aaamiin :) Tq jugak buat Mel, Mohd Safwan, kiS, Fara, Krazy Jokes (yang sudi lawat selalu), Zull pc, Affective Tips (kerap juga datang sini), Urdubdb (pun sama gak), Liana Cun, Anisz, Shaheera, Aien dan semau yang sudi melawat dan beri support kat sini. Maaf jika ada nama yang tak terucap. Kang panjang sangat hahahah. Apa pun betul-betul saya hargai dan sayanggggg sangat kat korang semua. Muuuuuah.


Ok..ok back to main point.... Resepi Nasi Lemak my style, my way.... Tapi yang ni agak-agak je la Style Allahyarhamah nenek saya, Yong Abdullah. Dulu nenek berjualan Nasi Lemak ni untuk bantu Allahyarham datuk, K.S Mohamed berniaga untuk sara 13 orang anak. Ramai tuuuuu. So I'll dedicate nama dia le yer kat Nasi Lemak ni. Yang leh kata agak-agak sebab seingat saya benda-benda dalaman kat dalam Nasi Lemak buatan nenek harus ada bahan-bahan ni. Dulu tak sempat belajar so main ingat-ingat je la. Ok kot hahaha. Nak tahu apa benda dalaman tu sila baca dan follow...



NASI LEMAK YONG ABDULLAH

By: Asamgaram2puteri.com
Gambar: seasaltwithfood

Bahan-bahan
  • Beras
  • Bawang merah - hiris nipis/cincang
  • Bawang Putih - hiris nipis/cincang
  • Halia - 1/2 inci ketuk, 1/4 inci lagi hiris nipis/cincang
  • Bunga cengkih - agak-agak dalam 3-4 kuntum
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Garam
  • 2 helai daun pandan - simpulkan
  • Santan
  • Air

Caranya
1. Basuh bersih beras tu. Pastu terus sukat air kurang sikit dari biasa sebab jab lagi nak masukkan santan pulak. Sukatan santan dengan air tu macam masak nasi biasa. Pakai beras biasa jadi biasa le. Kalau beras luar biasa jawabnya kena luar biasa gak le sukatannya hahahha.

2. Masak atas api sederhana macam masak nasi biasa hahah. Masukkan semua bahan-bahan sampingan lain yang saya senaraikan kat atas tu yer. Dan masak nasi seperti biasa.

3. Kalau dah nampak air nya dah kering kecilkan api dan biarkan agak-agak dalam 5 minit. Gemburkan nasi dan tutup api Chef Mikel. Cara nak pastikan air dah kering ialah bila dah periuk tak bising sebab masa mendidih periuk tu beketung ketang sikit sebab stim air mendidih bagi dia menari-nari hihi. Terus bagi slow api masa ni.

4. Siap dahhhh... Hihihi.


Kalau nak masak guna rice cooker lagi mudah. Dah campur semua bahan kat atas tadi, terus letak atas rice cooker. Masak cam biasa. Tak yah nak sibuk ambil pot dah. Dia akan masak sendiri dengan sempurnanya. Cuma gemburkan yer masa tengah panas tu. Kang Nasi Lemak jadi kek pulak. Seketul je dalam pinggan slice 3 segi hahahh.


Nasi Lemak ada macam-macam version. Versi Kukus yang sedang glamor sekarang, versi Kedah (warna kuning bersama lada hitam), tapi yang saya kongsikan ni version biasa Allahyarhamah nenek saya, Yong Abdullah biasa buat. Moga-moga saya dapat panjangkan pahala Allahyarhamah nenek dan Allahyarham atuk hendaknya. Aaamiin. Dan semoga Roh kedua mereka dicucuri Allah hendaknya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Versi lain tak pernah try tapi Insyaallah next time akan saya cuba juag. Don't worry, resepi ni dah ada yang berniaga dah hihi.

Nasi Lemak Kukus.. Rupanya sama cam yang biasa saya buat tapi kering sikit parasnya hihihi

Kuning... Nasi Lemak versi orang Kedah. Mula-mula dulu terperanjat gak hihih

Jumaat, 29 Jun 2012

Nasi Impit


Assalamaualkum.


Pagi ni kami sekeluarga makan makanan yang paling mudah dibuat tapi paling mendebarkan, Nasi Impit/Himpit (yang mana satu yer namanya yang betul??). Nak tahu kenapa saya kata mendebarkan? Sebabnya.. Selagi tak potong selagi tu ler saya risau takut nasi yang diimpit tu tak kuat. Silap-silap dah tunggu semalaman, esok masa potong hancus. Langsung apa yang dirancang hancur terbarai. Huuu tak sanggup.


Nasi impit ni enak dimakan bersama kuah lodeh dan diberi nama lontong. Bersama kuah sup diberi nama soto. Soto versi utara paling best bagi saya. Nanti kalau senang saya kongsikan resepinya. Bersama kuah kacang dan rendang. Kiranya dengan satu ni leh dipelbagaikan dengan lain-lain dish.. Nama dia pun otomatik bertukar. Itu ler keistimewaannya. Tapi saya kalau buat pada hari biasa selalunya dengan kuah kacang je. Malas ah nak banyak-banyak kerja heheh.


Nak masak nasi impit ni bukannya susah sangat pun. Macam masak nasi biasa. Cuma dilebihkan airnya sikit. Tak ler sampai macam nak buat porridge tu tapi lebih le bagi lembik. Pastu ditekan-tekan sampai ianya terhimpit heheh. Kay lah jom tengok resepinya.



NASI IMPIT

By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan
  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air - guna cawan yang sama masa sukat beras tadi
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak masak

Caranya

1. Basuh beras seperti biasa dan toskan.

2. Sukat air menggunakan cawan yang sama yang digunakan untuk ambil sukatan beras tadi dan tambah garam. Masak seperti biasa sehingga nasi kering.

3. Sapukan minyak pada loyang yang nak digunakan. Sapu rata-rata.

4. Bila nasi dah kering tutup api dan terus angkat dari periuk. Guna pelenyek pisang untuk lenyek nasi bagi jadi halus.


5. Lepas tu tuang dalam loyang tadi dan tekan bagi rata. Kena tekan padat-padat tau supaya ianya melekat padat antara satu sama lain. Jangan ada rongga dalamnya.

6. Tuangkan sikit minyak ke atas permukaan nasi yang dihimpit tadi. Ianya supaya permukaan tu tak keras dan pecah-pecah. Tutup permukaan nasi dengan plastik. Biarkan semalaman. Dah betul-betul sejuk baru potong.


Petua:
Orang dulu-dulu lepas ratakan padat-padat dalam dulang diarang akan tindih pulak dengan batu giling. Kalau tak salah ler nenek bercerita dodulu. Ha.. Kot nak lebih cantik buat ler.

Lontong

Soto

Selasa, 10 April 2012

Nasi Ayam Hainan 2 Puteri (set lengkap)


Assalamualaikum

Bulan Mac tu hari masa belek-belek fb ternampak satu set menu hidangan nasi ayam masakan sahabat Sally Rashid. Teringat pula pada mertua yang gemarkan nasi ayam ni jadi terus dicatatkan resepinya. Selalu buat simple je main masak macam nasi biasa cuma tambah stok ayam Maggie dan ayamnya yang telah diperap bersama Sos Char Kueyteow 2 Puteri digoreng je. Yang ni ayamnya dipanggang sesuatu yang belum pernah saya cuba. Lagi satu, bila baca resepi Sally Rashid ni baru perasan bahawa resepi nasi tu ada kat belakang label botol. Kalau selama ni saya baca jarang nak follow kali ni kena ikut ler sebab Sally Rashid kata best.


Jadi masa ke Tesco itu hari terus beli bahan-bahan untuk masak nasi ayam ni. Tapi ayamnya tak ler beli seekor terus sebab famili suka drumstik dan isinya je. Bahagian kaki pulak untuk Afif Khadyeeja sorang so beli part yang digemari je.


Hari Sabtu minggu lepas terus buat almaklumlah masa tu je ada kesempatan. Hidangan tu saya buat sebahagiannya ikut resepi Sally, Maggie, sup dan sambal lada Nasi Ayam Hainan dari JintanManis dan ada yang saya buat seperti yang biasa dilakukan. Kombinasinya Alhamdulillah menghasilkan satu hidangan yang dipuji oleh mertua dan Mr Hb. Paling best Afif makan bertambah. Siap puji dan pesan nanti buat macam ni lagi pada ibunya. Disebabkan nasinya banyak dapat gak ler peluang titipkan sikit buat mertua yang gemarkannya itu yang dapat pujian tu. Kembang setaman hati ni heheh.


Credit pada semua yang menyumbangkan resepi yang best ni.

*******************************

NASI AYAM HAINAN

- Set hidangan

By: Sally Rashid & Ros (Bukan Sekadar Masakan)



Bahan Sup:
  • 1/2 ekor ayam
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 2 inci halia - diketuk (kalau rajin boleh potong nipis)
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu minyak zaitun/minyak bijan
  • Sedikit garam
  • Air - paras tenggelam ayam di dalam periuk
  • Daun sup dan daun bawang - hiris halus

Caranya:
  1. Satukan semua bahan dan masukkan air.
  2. Rebus dengan api kecil sehingga 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
  3. Apabila ayam telah masak, keluarkan dan ketepikan sebentar untuk turunkan suhunya.
  4. Bagi stoknya tambah dengan daun sup dan daun bawang dan dikacau sebentar. Tutup api.


Bahan Nasi:
  • 2 sudu besar margerin
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 500g beras - dicuci dan toskan
  • 600ml air 
  • 1/2 sudu besar minyak zaitun/minyak bijan
  • 2 ulas bawang putih - diketuk (biasanya saya cincang halus)
  • 2 inci halia - diketuk (juga cincang halus jika suka)
  • 2 helai daun pandan
  • 2 1/2 sudu besar stok ayam maggie

Caranya:
  1. Masukkan margerin dan minyak masak. Panaskan hingga margerin cair.
  2. Tumis halia, bawang putih dan daun pandan. Kacau hingga naik bau. Jangan lama-lama sebab bawang putih cepat jadi kehitaman tau.
  3. Masukkan stok dan terus kacau lagi bagi sebati.
  4. Masukkan pula beras dan kacau sebati. Bagi semua beras tersalut dengan bahan tadi. Kemudian ratakan di dalam periuk guna senduk je.
  5. Masukkan pula air dan minyak zaitun. Masak seperti biasa.
**tujuan cincang halus tu bukan apa, saya tak suka membazir jadi bila dah dicincang sure kita makan kan sumer tu. Kalau takat diketuk je sure akan diketepikan sebab tak saper nak makan. Kalau dah bercampur dengan nasi memang tak terasa punya dah :)


Bahan Ayam:
  • 3 sudu besar Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 2 sudu besar madu 

Caranya:
  1. Ayam yang direbus tadi digaul rata dengan campuran Sos Char Kueyteow dan madu. Ketepikan sebentar untuk diperap dan akan memberikan warna yang lebih menarik kepada ayam.
  2. Panaskan ketuhar pada suhu 200C selama 20 minit.
  3. Panggang dalam ketuhar kira-kira 1/2 jam atau sehingga kekuningan.
**saya selalunya goreng jer. Tapi kalau kesuntukan masa, tak nak masak pun dah ok sebab ayam dah direbus sehingga masak. Boleh je dimakan begitu sahaja



Bahan Sos Cili:
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji cili  padi - jika suka pedas. Jika tidak abaikan je
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar minyak zaitun/minyak bijan
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa

Caranya:
  1. Cincang semua bahan mentah dan masukan ke dalam mesin pengisar bersama bahan lain. Kisar hingga halus.
  2. Masak sehingga pekat di atas api kecil. Selalu dikacau supaya tidak hangus dibahagian bawahnya.
  3. Perasakan baru tutup api.


Bahan Sos Kicap:
  • 5 sudu besar Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 3 sudu besar madu
  • 1 sudu teh stok ayam maggie - jika suka
  • Sedikit air
  1. Campurkan semua bahan dan masak sehingga mendidih.

Bahan Hiasan/Hidangan Sampingan:
  • Salad
  • Timun
  • Tomato
  1. Kesemua bahan dihiris nipis kecuali daun salad. Rendam dalam air garam seketika untuk buang kotoran.
  2. Hidangkan bersama set nasi ayam tadi.

Selamat mencuba :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...