Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Topping Cake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Topping Cake. Papar semua catatan

Ahad, 30 September 2012

Chocolate Fudge Topping 3


Ni satu lagi topping Coklat Kek yang enak dan mudah dibuat. Saya dapat resepi ni masa cari resepi Kek Coklat Mayonis yang enak tu. Memang mudah sangat. Main campur-campur je segala bahan yang ado hehh. Kira leh buat ler sambil tutup mata heheh.




Chocolate Fudge Topping 3



Bahan-bahan
  • 130g coklat masakan
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan campuran susu cair dan air
  • 2 sudu besar mentega
  • beberapa biji badam yang telah dibakar sebagai hiasan

Caranya

1. Cairkan coklat masakan dan butter di dalam periuk.

2. Tambahkan campuran susu cair dan air. Gunakan api perlahan, kacau selalu.

3. Tutup api bila coklat cair sempurna. Terus tuang ke atas kek.



Selasa, 25 September 2012

Resepi Hebat: Cream Cheese Icing.. Hmmm yummy!


Maaf le dah lama tak ke udara. Banyak hal nak kena selesaikan. Naik letih mak youuu. Hari ni baru lega sikit. Tapi tu le masih penat lagi lepas sebab baru je balik dari KL nih. Appoinment dengan Carrefour (tapi cancel saat akhir.. Hai nasib badan. Kena fix appointment lain le pulak nih) dengan Tesco (yang ni jadi lega le sikit heheh). Esok lusa nak kena ke Penang lak. Lepas tu prepare Sos Char Kueyteow 2 Puteri lak untuk hantar ke Mydin Meru Raya Ipoh. Dah siap tu kena berbondong le ngantor produk ke Ipoh. Camtu le nak cari rezeki halal kan.


Appointment semalam dengan Tesco sebab sign agreement untuk kemasukan produk. Maknanya lepas sign nih bebila masa je akan dapat order. Alhamdulillah. Insyaallah Sos Char Kueyteow 2 Puteri ngan Cili Boh Asli 2 Puteri akan masuk pasaraya Tesco dalam bulan Oktober kot kata staff Tesco semalam. Tapi tunggu dan standby je la. Nanti kalau dah masuk saya inform kay...


Terima kasih le pada yang telah singgah sini selama ketiadaan saya yer. Terutama buat Kira dan Alicessa yang dah sertai tapak saya dan  Cheese yang rajin singgah sini. Terharu sesangat. Terima kasih gak buat yang lelain yer yang dah daftar untuk sertai tapak dan sudi berchit chat :). Kot sudi nanti-nanti singgah le lagi. Insyaallah akan saya kongsi lain-lain cerita dan fakta kay. Kalau ada idea kongsi-kongsi le dengan saya boleg gak saya perbetulkan mana yang patut kat laman Asam Garam 2 Puteri nih. Insyaallah kot ada kelapangan saya akan jengah lak blog kengkawan kay.. Tapi saya nih tak le pandai sangat jadi kadang-kadang nak singgah tapi tak dapat sebab masuk laman lain. Haru gak. Kadang-kadang ada yang tanya banyak. So kot yang macam tu memang tak reti le saya. Jadinya saya patah balik le tak jadi singgah. Almaklumlah main terjah sendiri nih memang limited le ilmunya heheh.


Berbalik pada cerita hari nih. Rupanya saya terrrr lupa nak post sekali resepi Cream Cheese Icing untuk topingkan Kek Coklat Mayonis yang saya kirimkan Sabtu itu hari. Selain dari toping Chocolate Ganache yang macam saya linkkan kat resepi kek tu, cream ni pun sedap gak dimakan bersama Kek Coklat Mayonis tu. Saya pun selalu guna resepi Cream Cheese ni untuk Kek Buah. Sedap gak.. Cubalah!


Resepi Cream Cheese Ising saya ambil kat dapur sis Rahel Benyamin. Masa tu dia masak Kek Coklat Mayonis yang saya kongsikan resepinya. Dah buat kek tu memang sedap. So kot sudi try ler yer... Moist dan memang kena ler dengan kehendak tekak kita yang manja ni heheh. Makan lak dengan cream cheese yang masam-masam ni hu... Kan ke main lagi lupa diri heheh.


Kalau nak implementkan resepi ni untuk kek lain pun ok gak macam saya cakap tadi. Pada kek buah ker, red valvet ker , Carrot Cake ker atau apa-apa ler. Sedapppp...


Cream Cheese Icing

Resepi: Rahel Benyamin

Bahan
  • 250g cream cheese
  • 50g gula aising,ayak
  • 1 sudu makan susu tepung
  • 1/2 sudu teh esen vanila

Caranya
1. Pukul cream cheese hingga rata. Tambahkan gula aising dan susu tepung, teruskan putar hingga berkrim.
2. Tambahkan esen vanila. Putar rata.
3. Salut pada seluruh permukaan kek.

Isnin, 3 September 2012

Belajar Deco Mendeco Cake Guna Chocolate Ganache



Saya ni rajin gak blog walking kat rumah teman-teman blogger. Kali ni saya singgah kat rumah sis Nuriniatti Zainudin, sahabat di FB di bakery2embroidery.blogspot. Kat situ saya ada baca cara Belajar Deco Cake yang dia tulis tahun lepas. Saya rasa apa yang dia berikan sangat menarik. So saya copy pastekan kat sini supaya dapat kongsikan bersama kowang pulak. Rugi rasanya ilmu yang baik ini kalau tak dkongsikan. Apa pun kredit padanya yang rajin beri tunjuk ajar pada orang baru macam saya. Dulu masa baru-baru berjinak dengan blog memblog nih dia ada ajar bagi cantik blog ni heheh.

Jom belajar... Saya copy n' pastekan terus yer dari apa yang sis kita sharekan....

*********************************************


Selalunya akak buat kek sehari sebelum nak deko. Masukkan kek yang dah sejuk ke dalam fridge dulu. Klau rajin, sebelum masukkn tu, balut kek ngn plastik wrapper.
 

Senang nk belah kek & deko bila kek keras ckit. Tuk kek ni akak belah kepada 3 bahagian. Akak belah guna benang. Bg akak lg senang guna benang dr guna pisau..



Amik benang.. gunakan 2 lembar benang (kalu guna selembar je, takut benang x cukup kuat). Pastu letak benang tu nkt kek cam dalam pic kt sebelah kiri tu. Tarik kedua2 hujung benang dengan serentak. Masa tarik tu, tangan jgn la goyah.. nnt dapat potongan yg beralun plak. Tp akak pn xde la dapat potong yg smooth cam pic yg sebelah kanan tu..

Belah 1 lapisan demi 1 lapisan. Bkn belah sekaligus cam yga akak tunjukkn dlm pic sebelah kiri tu. Pic tu akak tunjukkan tuk bgtau, kek tu akak belah kepada 3 bahagian


 
Resepi : Chocolate Ganache
Sumber : Resepi sendiri.. hehehe

Bahan2
1/2 cwn susu cair
300gm dark cooking chocolate
80gm Chocolate Coating brand Tulip

Cara2
Panaskn susu cair. Dh nk mendidih tu, tutup api & masukkn dark cooking choc & choc coating yg dh dipotong kecik2

Kacau sebati hgga coklat cair sepenuhnya. Klau nk coklat meleleh, masa suam2 tu trus tuang atas kek..




@ bleh guna resepi dr MOhd JaNi.. mmber FB akak. TQ MJ.. Akak share kt blog akak plak ye..

Bahan2
500gm dark cooking chocolate
250gm double cream (bleh guna Anchor UHT Whipping Cream)

Cara
1. Panaskn double cream hgga mendidih
2. Tuang dlam coklat yg dh dipotong kecik2. Gaul sebati hgga coklat cair sepenuhnya..


Yg atas ni resepi Choc Ganache tuk salut kek. 


Letakkn 1 potongan kek di atas kek board. Sapukan/lepakan ngn coklat ganache. Pastu letak 1 bahagian kek lg & lepakan coklat ganache di atasnya. Then, letakkn plak bahagian kek yg terakhir. Pastu lepakan seluruh kek ngn coklat ganache. Buat 1 lapisan yg nipis dlu. Pastu masukkn dlam fridge dlm 15minit baru lepakan lg lapisan kedua


Lapisan pertama

Keluarkn kek dr peti sejuk & lepakan coklat ganache sekali lagi. Ratakan keseluruh bahagian kek. Masukkan sekali lg ke dalam fridge hgga lapisan ganache agak keras. 

Keluarkan kek dr peti sejuk. Amik spatula yg panjangnya melebihi saiz kek. Celupkan dlm air panas & lapkn. Pastu terus ratakan permukaan tepi & atas kek. Nnt kek aka jd cam pic kt bawah ni. Buat la 2, 3 kali ye. Setiap kali nk ratakan ganache tu, lapkn ganache yg melekat kt spatula pastu celup lg kt air panas & lapkn sebelum nk meratakan @ melicinkn ganache..

Lapisan kedua

Rupa kek selepas proses meratakan ganache

Sekarang kita belajar plak buat bunga. 1st, masukkn coklat ganache tuk buat bunga ke dalam piping bag yg telah dimasukkan nozzle khas tuk buat kelopak. Klau ikut pic kt bawah, bleh guna nozzle 102, 103, 104, 123 & 124. Nozzle ni fungsinya sama cuma saiz kelopak yg terhasil je yg berbeza. Masa buat bunga ari tu, akak guna nozzle cam 103 tu. Klau ada coupler, lg baik sebab senang nk tukar nozzle nnt. X perlu tuk guna bnyk piping bag.






Resepi : Choc Ganache (khas tuk buat bunga @ tuk border)
Sumber : Sendiri.. tp kena improvekn lg... try & errror gak ni.. tu sbb akak kata kita belajar sama2.. sbb akak pn bknnya pro

Bahan2

200gm dark cooking chocolate
150gm chocolate coating
3/8 cwn susu cair - akak gunakan sukatan cwn 1/8. Sukat 3 kali

Cara2
1. Panaskn susu cair hgga hampir mendidih. Tutup api
2. Masukkn coklat yg dh dipotong kecik2 & kacau sebati hgga coklat cair sepenuhnya. Coklat mmg cair pd mulanya.. tp bila dh btol2 sejuk, dia akan mula pekat
3. Bair hgga coklat btol2 sejuk & pekat baru buat bunga


 

ATAU

 

Bleh try resepi dr MOhd JaNi ni...
250gm double cream (Anchor UHT Whipping Cream)
750gm coklat masakan

Mohd Jani kata, klau nk buat bunga ni.. nisbah dia 1 : 3. Maknanya.. 1 bahagian susu kena campurkan ngn 3 bahagian coklat. So, klau guna 100gm susu, coklat masakan yg diperlukan adalah 300gm..



Cara2
Panaskn double cream hgga mendidih.
Tuang dlm coklat yg dh dipotong kecik2. Kacau hgga coklat cair sepenuhnya. Biar btol2 sejuk baru buat bunga


Bila ganache dh siap & sejuk sikit.. baru la mula deko-mendeko.


Selepas masukkn coklat ganache dlm piping bag, bleh la mula belajar buat bunga. Nk belajar camna nk buat bunga tu, leh la tgk video kt bawah ni. Akak x dpt nk tunjukkn sbb akak xde camera & xde org nk amik kan pic


Bila dh siap buat bunga, letakkn je bunga tu atas kek kt mana2 yg u all nk. Akak letak kt hujung kek. Ikut la citarasa masing-masing.



Bila dh siap buat bunga, tukarkn nozzle khas tuk buat daun. Bleh guna nozzle no. 69 (rujuk pic nozzle kt atas ye). Video kt bawah ni guna fresh cream tuk wat bunga & daun. Cara dia sama je..



Paipkan daun dekat ngn bunga ros tu.. paip la ikut bape bnyk suka..


Pastu, tukar nozzle kepada bentuk closed star. Bleh guna nozzle cam no. 30. Then, bleh la paipkn kt tepi2 bawah kek tuk cover bahagian yg x cantik tu


Ni la hasil dekorasi kek akak... bleh la kan bg beginner cam akak ni. Klau yg dh pro tu mmg x yah cakap la kan.. mmg x terlawan akak. So, kepada yg baru berjinak2 nk belajar deko kek sndri.. jgn takut.. kita belasah je. Lama2 nnt, ok la tu.


Selagi x cuba, selagi tu kita x tau apa kebolehan yg kita ada. Myb u all yg baru kenal nozzle ni bleh buat lg cantik. Akak pn x pnh amik @ p mana2 kelas formal. Belajar dr Youtube & tgk hasil deko org lain je. Dr c2, belajar praktis sendri


K.. selamat mendeko... 


Sabtu, 11 Ogos 2012

Tips: Buttercream


Assalamualaikum.


Tu hari saya ada baca satu tips yang dikongsi oleh sahabat FB, Reen Khan Shariff kat group Sembang2 Makanan/minuman...  tentang tips membuat Buttercream. Bila baca maklumat yang kak Reen berikan, isk terasa nak kongsi sangat dengan sahabat kat sini juga. Memang padat dan dapat membantu kita dalam mendecor cake kita nanti. Panjang lebar imput yang diberikan.

Terima kasih banyak padanya yang rajin sangat compilekan ilmu sebegini untuk rujukan orang-orang yang nak mula berjinak dengan dunia masakan seperti saya. Nak pula raya yang semakin menjelang tiba ni.. Buat orang baru macam saya yang tak biasa membaking dan mendecorate kek, masa ni ler kesempatan yang baik nak tunjuk kehandalan diri hehehhe.


Tips: Buttercream

By: Reen Khan Shariff, Sembang2 Makanan/minuman


Bagaimanakah caranya untuk membuat aising (Buttercream) kek yang mudah? Sebelum saya berikan Resepi Buttercream Icing pilihan anda, mari kita baca dahulu sedikit tips otai yang saya simpan untuk panduan bersama. Apa-apa pun try and error.


Untuk menghias dengan krim putar dengan cara mudah, tak payah-payah nak timbang, nak keluar mixer gedabak anda, hanya perlu membeli ‘whipping cream’ dari pasaraya dan memukul hingga kental. Sebaik saja ia kental, gunakan segera. Kek yang mempunyai aising hiasan dari krim putar mesti disimpan di dalam peti sejuk (contohnya: Black Forest Cake).


Aising kek paling mudah adalah Krim Mentega. Jika inginkan perasa coklat, tambah 1-2 sudu besar koko yang diayak (mengikut ‘warna coklat’ yang dikehendaki, jangan terlalu banyak kerana ia akan terasa pahit). Jika mahu perasa oren, tambah sedikit parutan kulit oren dan jus oren.


Semuanya mengikut citarasa masing-masing. Krim mentega yang berperisa vanila dan susu segar juga dimasukkan agar aising ini lebih ringan. Untuk mendapat topping licin frosting dengan fresh cream atau butter cream sejukkan didalam peti kemudian curahkan coklat ganache.


Sedikit Petua

“Untuk kek butter – Supersoft Butter Cake: Kek tak perlu dibelah. Terus mendeco atasnya tanpa filling. Kek butter tidak naik tinggi, cukup satu adunan sudah memenuhi acuan bulat bersaiz 9′.


Mengaising salah satu step yang paling susah berbanding hendak mendeco. Apatah lagi hedak melicinkan permukaan tepi dan diatas kek. Yang penting adalah aising perlu kena tebal supaya apabila merata, tidak terkena permukaan kek. Nanti serdak kek bercampur dengan aising. Boleh juga ratakan bahagian tepi kek dulu then baru bahagian atas kek. Seeloknya pisau mengaising kek jangan diangkat angkat. Gerakkan di atas aising kiri kanan. Realitinya memang agak susah jugak tetapi practise makes perfect. Bila dah siap aising semua tu, celup pisau aising dalam air panas, lap airnya dan cepat-cepat sapu pisau tanpa terlalu menekan aising ke serata permukaan kek. Satu kelebihan sebab bila kita melepa icing, icing tidak akan melekat pada pisau yang panas dan icing akan jadi lebih rata. Cuba dulu. Tapi untuk teknik ni  masa dah final touch up le. InsyaAllah tentu elok jadi nanti.


Spatula tidak menjadi hal samaada murah ataupun mahal. Kalau yang sudah teror, guna pisau biasa pun boleh. Yang penting semasa cara kita menyapu icing spatula jangan kerap diangkat. Kena tolak kiri kanan sampai icing rata ikut petua. Sebolehnya letak topping tu sebanyaknya di atas kek, then baru ratakan kiri kanan sampai habis. Ingat spatula tak boleh angkat ikut suka sebab icing tu akan menarik serdak kek. Lama-lama nanti akan biasa.


Yang menyebabkan cream berbintil-bintil  adalah kerana memukul butter terlalu laju. Putar butter/krimwell/shortening tu sampai gebu tapi hanya guna speed yang sederhana. Then masukkan gula icing sikit demi sikit sampai menjadi gebu/putih. Putar icing dalam speed yang sederhana tapi biar lama tidak mengapa cuma jangan terlaju, nanti icing akan menjadi cair ”bubble” dan permukaan icing tidak cantik dan tidak gebu (smooth).


Untuk membuat bunga, tambah sedikit gula icing supaya bunga lebih tegap. Maknanya bila dah siap putar icing tu, bahagikan icing yang diperlukan untuk membuat bunga, tambah lagi gula icing sikit demi sikit. So…tidaklah topping kek tu terlalu manis.


Kurangkan butter sikit, kalau resipi tu agak lembik disyorkan lebihkan shortening/crisco sebab dia tidak mudah cair (stands well in hot weather). Krimwell dan butter actually agak creamy/lembik) – add gula icing sikit-sikit hingga adunan kental sikit. Kalau nak bunga tu elok, guna shortening sepenuhnya – untuk dapatkan rasa butter, just add butter oil. Hasilnya icing tak akan mudah lembik (takes time gak le nak belajar ni). Masa putar icing tu, dah half way ambik separuh untuk dapatkan thin consistency untuk salut kek, lepas tu baru tambah gula lagi untuk deco bunga/hiasan lain.


Setakat ini combination krimwell dengan shortening lebih baik especially bila kita nak mendeco. Kalau deco kek dalam bilik aircond pun ok. Kalau tidak cepat lembik. Anyway, campuran krimwell dengan shortening kira sudah ok sebab krimwell pun sejenis marjerin jugak (white margarine). Apa apa pun, ikut kemahiran kita – kalau sudah cekap ok, sayang pulak kalau tidak menjadi. Combination butter dengan krimwell agak berminyak, so bunga tak boleh terletak sangat.


Resepi


1) Buttercream I

1 cawan shortening (lelemak sayuran) + 1 cawan krimwell (sejenis marjerin putih) + 4 – 5 cawan gula icing (diayak) + 1 sudu teh perisa vanila + 1 sudu teh perisa badam + 4 sudu besar susu UHT

= Putar shortening dengan krimwell hingga kembang. Masukkan perisa badam dan vanila. Putar lagi. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit, masukkan susu sedikit demi sedikit. Putar hingga gula hancur dan adunan gebu.


2) Buttercream II

120 gm telur putih + 200 gula icing + 250 gm krimwell + 350 gm shortening + Sedikit esen ros

= Putih telur dengan gula icing dimasak secara double boiler. Kacau selalu dengan whisk. Pastikan putih telur tersebut sudah cukup panas dan gula telah hancur sebelum diangkat. (Ini utk memastikan ia selamat untuk dimakan). Alihkan ke dalam pemutar dan putar sehingga ia menjadi meringue. Ketepikan sebentar. Putar krimwell dan shortening hingga putih. Kemudian masukkan meringue tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega. Kacau dengan kelajuan perlahan hingga kembang.


3) Buttercream For Flowers

150 gm shortening + 50 gm krimwell + 200 gm susu pekat manis

= Icing ni mudah cair, so kalau nak buat bunga, kena cepat-cepat. Bagi yang belum mahir, kalau nak buat bunga ros macam ni, cuba pakai nozel cap Tan See Fong. Bunga mawar guna nozel 2106 dan fushia tu nozel bernombor 2107. Nak buat bunga, posisi tangan tu mesti betul skill pull ke atas macam kita buat huruf ‘n’ (small ‘n’)……yang muncung U tu…


4) Buttercream Untuk Bunga Nampak Mantap

Soalan? Saya ingin tahu resipi terbaik (buttercream) utk membuat bunga ros. Ini kerana dah banyak kali saya cuba, bunga saya mmg tak sempat dipaip sudah lembik, jadi rupa pun dah tak ada.

Jawapan: Ini resipi yang saya guna untuk buttercream (yang saya perasan kalau guna shortening, bunga lebih elok walaupun tak cantik/smooth);

250 gm butter + 125 gm krimwell + 125 gm gula icing (sifted)

= Tambah gula aising hingga krim menjadi lebih kental/keras dan mudah kekal bentuknya. Aising anda lembik kerana sukatan mentega yang tidak sepadan dengan gula aising.


5) Easy Buttercream

250g butter yang dah lembut (unsalted butter lagi bagus) + 500g gula ising (ayak) + 1 sudu makan air panas + 2 sudu teh esen vanila

= Pukul butter sampai lembut. Campur gula air panas dan esen vanila. Pukul sampai putih dan kembang.



6) Flavour Choc 

Choc putih atau coklat biasa tambah + 100g coklat yang dicairkan atau tambahkan1 sudu makan serbuk koko yang dibancuh dengan 1-2 susu air panas hingga jadik paste.

Untuk perisa kopi tambah 1 sudu instant kopi bancuh gak jadik paste dengan air panas dan beat dalam buttercream. Atau boleh guna esen tapi just titik setitik dua jer pasal esen pekat dah.


7) Buttercream IV 

1kg krimwell + 500 gm butter + 1 tin susu pekat.

= Apa lagi godak la .sampai sebati… Banyak ni kalo sebuku kek bagi 2 lah..


8) Buttercream V 

1 kg krimwell + 600gm gula icing +120ml air

= Pukul semua sekali sampai kembang


9) Buttercream VI 

400 gm butter + 100 gm marvello / cream margerine / shortening +180 gm icing sugar +1 tsp esen vanilla

= Pukul butter dengan marvello hingga gebu. Kemudian masukkan icing sugar dan pukul lagi. Akhir sekali masukkan esen dan pukul hingga halus dan gebu.


10) Butter Icing I

250 gm butter + gula icing secukupnya

= Diayakkacau butter hingga lembut, tuangkan gula sedikit-sedikit. Kacau sehingga icing tidak melekat ditangan. Cream jenis ni akan mengeras sedikit bila salutan dibiar agak lama dan rasanya jugak agak manis


11) Cream Icing

100 g butter + 100 g marvello + 100 g shortening + 250 g gula (didihkan dengan sedikit airi hingga jadi sirap yang agak likat dan sejukkan).

= Pukul ketiga-tiga bahan di atas hingga kembang dan masukkan sirap tadi sikit-sikit, pukul lagi hingga gebu dan ringan.


12) Butter Icing II - Butter cream untuk apa jua jenis kek (Boleh hias sebiji kek 1 kilo)

250gm butter + 150gm shortening + 250gm icing sugar (diayak dulu) + 2 sudu besar susu segar + Pewarna ikut suka

= Pukul sampai kembang. Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menjadi agak lembut. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata…


13) Mom Buttercream Frosting [umi]

¼ cawan tepung serba guna + 1 cawan susu segar + ½ cawan shortening + ¾ cawan gula putih + ½ cawan mentega, dilembutkan + 2 sudu kecil vanila esen

= Di dalam pan kecil, campur tepung dan susu dan masak di atas api kecil hingga licin. Letakkan di dalam peti sejuk dan biarkan sejuk sepenuhnya (yang nie umi tak letak pun dalam peti ais.. terus buat jer masa suam-suam tuh). Pukul shortening, mentega dan gula hingga ringan dan gebu. Masukkan campuran tepung tadi dan pukul hingga licin. Masukkan vanila.


14) Snow White Buttercream [lynnhassan]

163g solid white vegetable shortening +1 tsp flavour ( I use wilton vanila flavour) + 2 tbsp milk (use UHT) or water + 454g icing sugar + 1 tbsp Wilton Meringue powder (egg white powder) + secubit garam

= Beat shortening, flavour, dan water/milk. Bila sebati, tambah icing sugar, meringue powder dan garam. Mix gunakan medium speed sempai sebati dan creamy.

Note:
1. Resepi ini boleh dapat 3 cups. Selalunya untuk cupcakes, saya add 2 tbsp milk untuk each cup, senang nak pipekan
2. Buttercream jenis ni tak muak sikit. Sesuai kalau untuk tempahan sebab dia stabil. Sesuai untuk buat design seperti bunga, cartoon


15) Buttercream VII [loveliana]

100gram butter + 200gram icing sugar (ayak 2x) + flavour

= Pukul butter sampai kembang, masukan icing sugar sikit-sikit. Last masuk flavour.


16) Buttercream VIII [loveliana]

200gr vegetable shortening + 450-500gr icing sugar (ayak halus) + 3 sudu makan lemon juice

= Pukul shortening sampai kembang, putih dan gebu, masukan icing sugar sikit-sikit, pukul lagi sampai kembang. Last masukan juice lemon dan mixer sekejap. Siap digunakan

Note: Apabila terlalu dry tambahkan 1 sudu makan air masak. Takleh lebih nanti lembik.


17) Buttercream IX [KAK MAS]

A/ 250g air + 600g gula caster

B/ 750g butter + 250g krimwell + 2-3 titik ros esen/vanilla esen

= Masak A hingga mendidih. Bila dah suam chillkan dalam fridge overnight. Pukul butter and krimwell high speed sampai kembang dan gebu. Kemudian slowly tuang chilled syrup tadi sampai habis. Masukkan juga esen. Pukul dalam 2-3minit sampai well combined dan gebu. (Mixer tak payah stop semasa tuang syrup biar on going).


18) Whole Egg Buttercream


(A) 2 biji telur + 120 gram gula

(B) 400 gram mentega/krimwell + 100 gram shortening

= Pukul (A) dan renehkan atas double boiler sehingga pekat. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk pengadun. Pukul sehingga adunan menjadi lembut. Biarkania sejuk. Pukul (B) sehingga lembut dan gebu. Masukkan adunan telur yang telah disejukkan dan gaul sehingga sebati.


19) Buttercream Telur Putih [1mas2r@]

350 gm marvelo/supertact/ krim well + 250 gm butter + 175 gm gula pasir + 110 gm putih telur

= Masak putih telur dan gula secara double boiler, kacau selalu. Pukul butter dan krimwell hingga putih. Di dalam mangkuk lain, pukul putih telur yang dimasak tadi hingga menjadi meringue. Masukkan meringue sedikit-sedikit ke dalam adunan butter. Pukul lag pada kelajuan sederhana hingga putih.


20) Basic Buttercream

400 gram mentega/krimwell + 100 gram shortening + 180 gram icing sugar + 1 sudu teh esen vanilla

= Pukul mentega dan shortening sehingga tidak bergentil-gentil. Masukkan esen vanilla dan gula icing. Pukul lagi sehingga lembut dan gebu. Sedia untuk digunakan.untuk whipping cream tak perlu letak gula atau apa-apa, cuma pukul sehingga kembang. Untuk 1 biji kek 1/12 cawan (340 ml) whipping


21) Buttercream X [Kuantan- Rnet]

350 gm marvelo/supertact/krim well + 250 gm butter +175 gm gula pasir +110 gm putih telur

= Masak putih telur + gula secara double boiler, kacau selalu. Pukul butter + krimwell hingga putih. Di dalam mangkuk lain, pukul putih telur yang dimasak tadi hingga menjadi meringue. Masukkan meringue sedikit-sedikit ke dalam adunan butter. Pukul lagi pada speed sederhana hingga putih.


22) Buttercream Golden Syrup

i) BWY Buttercream

500gm Krimwell + 500gm butter + 200gm golden syrup + 1tsp vanilla

ii) Bagus Buttercream

1kg krimwell + 500gm butter + 400gm golden syrup

iii) Icing Cream

500g krimwell + 500g butter + 200g golden syrup

Pukul Creamwell selama 20 minit dengan kelajuan sederhana.. Pukul sampai kembang. Masukkan butter dan golden syrup, pukul lagi 20 minit..

Note: Sekiranya nak manis lagi boleh tambahkan golden syrup. Kalau tengok-tengok resepi pakai golden syrup walaupun chef berlainan. Saya ada tanya kenapa tak pakai icing sugar, dia kata nanti tak smooth.


23) Golden Syrup

A/ 200g gula + 1/4 potong limau nipis + 50 gram air

B/ 20g air

= Masak bahan A sampai perang. Dah masak, tutup api tambahkan bahan B.

Resipi-resepi ini menggunakan golden syrup, menggantikan icing sugar supaya ia kelihatan lebih smooth, selain daripada mengurangkan kemanisan, goldean syrup juga boleh diganti dengan madu atau susu pekat…. Tetapi bagi buttercream yang berwarna… Kalau takder golden syrup. Boleh jer buat syrup guna gula kastor.



*********************************************


” GLAZE ICING CUPCAKE AND COOKIES “


Just guna air suam dengan icing sugar. Ayak icing sugar dalam mangkuk dan tuang air sudu by sudu. Jangan guna cawan coz nanti terbanyak air then banyak pulak guna icing sugar. Kacau dan ayak icing sugar tu sampai dapat kepekatan yang kita nak (consistency). Kalau angkat dengan sudu dan meleleh tu maknanya still cair jadi tambah lagi icing sugar, kena agak-agak sendiri.


Jika ingin perasa pada kek or cream? Untuk kek just tambah dalam 1 sudu besar flavour yang kita nak.. Untuk glace tu, mula-mula kak mas mix dulu icing dengan air, kacau agak-agak pekat skit, separatekan dalam mangkuk-mangkuk dan titikkan kaler dan kacau tiap-tiap mangkuk, kalau cair then tambah icing sugar, kalau pekat titikkan air…



Sabtu, 7 Julai 2012

Kek Chocolate Tanpa Telur. Ok Kot Untuk Diet ;)


Salam sayang semua.


Baru-baru ni saya buat satu lagi kek coklat yang saya ambik kat dapur rakan blogger. Ambilnya dah lama dah. Buat pun dah berkali-kali dah. Memang sedap kek ni. Moist sangat. Dan paling penting secukup rasa :)



Kat rumah ni kek coklat memang laku sangat. Tambah-tambah kalau moist sesangat macam kek ni. Mungkin sebab dari budak-budak hingga ke bapak budak sumer suka coklat kot. Jadi memang kalau ada senarai kek yang perlu dibuat, kek coklat ler yang terkedepankan dulu hehe.


Buat kek ni pun dah banyak kali. Kononnya sebab tak der telur sihat ler sikit heheh. Tapi nak menengahkan resepi tu kat sini yang lambat sikit. Bukan apa rasa bersalah gak sebab kang kot kongsi resepi nak kena cantikkan dengan gambar. Tapi sendiri punya gambar tak der sebab kamera dah lama rosak masuk virus. So Mr Hb tak izinkan downloadkan gambar lagi dah. Jadi kena pulak cari melalui pok cik googles. Harap-harap sahabat yang saya ambil gambar diarang tu halalkan yer. Bukan nak mengaku sendiri punya cuma nak cantikkan je yer. Lagi pun saya tak edit apa-apa gambar sebab memang tujuan nak bagi cantik je. Segala resepi yang saya kongsi kat sini adalah resepi yang confirm saya buat dan menjadi. Kalau tak saya tak kongsikan sebab takut gak kang apa nak jawab kalau tak tahukan. Lagipun tak bagus ler kalau macam tu....


Ok lah jom tengok resepi pulak kay...


KEK CHOCOLATE TANPA TELUR


(Guna loyang 9x5 inci yer)


Bahan A
  • 300ml (1 1/4 cawan) susu segar
  • 180g (3/4 cawan) gula
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil instant coffee - guna nescafe tu yer

Bahan B
  •   180ml (1 cawan) minyak jagung/minyak sayur

Bahan C *  perlu diayak bersama
  •   200g (1 1/2 cawan + 2 sudu besar) tepung gandum
  • 40g (5 sudu besar rata) serbuk koko
  • 1/2 sudu besar soda bicarbonate
  • 1/2 sudu besar baking powder

Caranya

1. Masak bahan A hingga gula larut. Sejukkan.

2. Masukkan bahan B ke dalam adunan A dan gaul rata. ALihkan ke dalam mangkuk yang besar.

3. Masukkan adunan C ke dalam campuan A dan B dan gaul hingga sebati dengan hand whisk je.

4. Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas dan digris. Bakar sehingga masak pada suhu 160C selama 40-45 minit.


Nak sedap lagi masa makan kek ni boleh ler di letakkan chocolate fudge topping dan chocolate ganache. Resepi Chocolate Fudge Topping ni ada 2 cara. Satu boleh lihat kat Chocolate Fudge Topping 1 dan satu lagi leh tengok kat Chocolate Fudge Topping 2. Kalau nak try resepi Chocolate Fudge Topping 3 pun ok gak. Boleh gak guna resepi Chocolate Ganache untuk toppingnya atau kot nak letak kat tengah-tengah kek yang telah dipotong 2 jika nak buat double layer kek tu.



Jumaat, 29 Jun 2012

Chocolate Fudge Topping 2


Ha.. yang ni pulak resepi kedua Chocolate Fudge Topping untuk dituangkan atas kek coklat yang telah disejukkan. Resepi yang ni pun ok gak. Cuma kaedahnya lain sikit dari yang pertama. Yang ni guna kaedah double-boil walaupun dia cuma guna serbuk koko. Agaknya itu sebab ler saya tak gemar yang ni hehehe.


Jom tengok resepi dan caranya...


CHOCOLATE FUDGE TOPPING 2



Bahan-bahan
  •  1/2 cawan susu manis
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu besar mentega/margarine/minyak
  • 2 sudu besar air panas

Caranya

1.   Satukan semua bahan dan masak guna kaedah double-boil. Kacau selalu sehingga sebati.

2. Curahkan ke atas kek dan ratakan.


Khamis, 28 Jun 2012

Chocolate Fudge Topping 1


Ni resepi Chocolate Fudge Topping yang pertama yang saya nak kongsikan. So kowang boleh pilih yer mana satu yang berkenan di hati untuk diguna pakai. Resepi ni selalu saya buat untuk dituangkan kat atas kek coklat saya seperti Kek Coklat Tanpa Telur tu. Bila dah tuang pastu biarkan dia keras sikit.. Fuhhh masa tu ler nampak kek tu berkilat. Cantik sungguh dipandang. Hias pulak dengan buttercream sikit. Indah je dipandang heheh. Perasan ler pulak kita.

Sila ler yer...


CHOCOLATE FUDGE TOPPING 1


Bahan-bahan
  • 1/2 tin susu manis
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 2 sudu besar minyak jagung/minyak masak/mentega
  • 1 sudu kecil essen vanilla

Caranya

1. Masak susu, koko dan minayk atas api perlahan sehingga sebati.

2. Masukkan essen vanilla. Kacau sebentar dan tutup api.

3. Biarkan suam dahulu baru tuang perlahan-lahan atas kek yang telah sejuk. Ratakan.

Rabu, 27 Jun 2012

Chocolate Ganache


Ganache berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud 'cusion'. Ganache ada pelbagai fungsi seperti penambah perasa kepada puding atau kek, untuk hiasan dan menyalut kek.


Ganache yang asas menggunakan dua bahan iaitu krim pekat/krim putar (dairy whipping cream) dan coklat masakan. Bagamanapun anda boleh menambah mentega dan esen vanilla dalam adunan ganache. Krim pekat boleh digantikan dengan air, susu cair (evaporated milk), susu segar(fresh milk) atau susu UHT. Tetapi penggunaan bahan gantian ini menjejaskan kualiti ganache dari segi kekilatan dan teksturnya. Oleh itu hotel-hotel dan bakery, mereka lebih suka menggunakan krim pekat/krim putar kerana hasilnya lebih baik.

Jika mahu topping yang cair bolehlah gunakan setelah beberapa jam disejukkan. Jika mahu topping yang lebih tebal, sejukkan semalamam pada suhu bilik. Keesokkannya barulah boleh digunakan. Satu perkara perlu diingatkan coklat tidak boleh dicairkan dengan haba yang terlalu panas kerana akan menyebabkan keluarnya minyak pada permukaan coklat. Ini akan menjejaskan tekstur ganache.

Ingat, jangan memasukkan ganache yang baru dicairkan terus kedalam peti sejuk. Ganache perlu disejukkan perlahan-lahan untuk membantu molekul-molekul dalam coklat dan krim itu menjadi sebati dengan baik.

Sukatan biasa digunakan membuat ganache ialah:
  • 300 gm krim pekat/putar (heavy cream)
  • 500 gm coklat masakan(cincang halus)
  • 30 gm mentega

Kaedah asas membuat ganache.
1) Cincang coklat masakan kecil-kecil.
2) Panaskan krim hingga mendidih. Angkat.
3) Masukkan coklat dalam krim dan kacau hingga coklat cair.
4) Biarkan ia sejuk beberapa jam sebelum digunakan.


Atau pun... Yang biasa saya gunapakai resepi ni


  • 150g  heavy cream
  • 150g coklat masakan - cincang kecil
  • 50g mentega

1. Masak cream hingga panas tapi awas jangan sampai mendidih.

2. Terus tuang  ke dalam mangkuk berisi coklat yang telah dicincang tadi. Kacau hingga chocolate cair.

3. Masukkan mentega dan terus kacau hingga sebati. Siap untuk digunakan.


Selasa, 26 Jun 2012

Buttercream Asas


Sekali lagi saya nak kongsikan resepi Buttercream Asas yang biasa saya buat. Tu hari saya kongsikan bersama resepi Blended Orange Cake. Ni saya copy balik supaya mudah untuk dicari nanti kalau nak buat buttercream.


Ni yang asas je tau. Yang ni mudah dan senang sikit nak lepa. Lagi pun dianya tak mudah cair. Itu yang buatkan saya pilih cara ni. Kot simpan kat suhu luar pun ok sementara nak tunggu tetamu datang kalau buat jamuan tu. Nak pulak kalau nak dibuatkan sebagai hantaran. Mana dengan perjalanan jauhnya, dengan berpantunnya dan segala bagai. Jadi yang ni ler yang terbaik. Tambah kalau simpan dalam peti sejuk bahagian chiller tu lagi la tahan.


Buttercream ni guna cream well. Berbanding dengan buttercream yang dibuat dari margarine yang lebih berminyak, yang ni lebih ok.  Makan pun tak ler berkilat sangat moncong tu nanti hehe. Sesuai ler sikit nak diimplementkan pada kek kita nanti.Ianya juga mudah untuk didecoratekan. Nak buat apa bentuk pun ok jer.



BUTTERCREAM

(untuk sebiji kek)
By: Nurulhiza Zakaria Barclay


Bahan-bahan

  • 250g butter/shortening (kalau nak icing putih dan lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah)
  • 125g krimwell/marvello/supertact (benda-benda ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell)
  • 125g gula aising  (kena ayak dulu supaya tak berketul-ketul dan campur sedikit air suam supaya rasa tak berpasir krim nanti)

Caranya 
  1. Pukul butter + krimwell hingga putih
  2. Ayak gula aising & masukkan ke dalam butter, pukul lagi hingga kembang & putih.
  3. Sesuaikan warna jika suka untuk hiasan kek

* Pukul dengan kelajuan minima akan memakan masa tetapi Insyaallah aisingnya akan lebih cantik & mudah dilepa
* Tak payah simpan dalam peti ais sebab tak mudah cair



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...