Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Carrefour Hypermarket. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Carrefour Hypermarket. Papar semua catatan

Khamis, 18 April 2013

Sos Char Kueyteow 2 Puteri.. Membantu anda menghasilkan hidangan enak untuk keluarga tersayang!


***********************



Sos Char Kueyteow 2 Puteri merupakan satu produk keluaran syarikat kami dalam memberikan satu alternatif buat penggemar Penang Char Kueyteow untuk mendapatkan satu hidangan yang lebih memuaskan selera anda semua! Puas kerana dihasilkan sendiri dan puas kerana rasanya yang enak menepati selera masing-masing. Harganya juga murah dan berbaloi dibeli.


Dengan resepi yang disertakan akan memudahkan kerja-kerja memasak supaya walaupun untuk pertama kali mencuba menghasilkan hidangan ini juga akan mendapat hasil yang memuaskan dan seperti hidangan Penang Char Kueyteow yang sebenarnya. Sesiapa sahaja kini boleh menghidangkan sendiri hidangan Penang Char Kueyteow untuk dinikmati bersama keluarga dalam harga yang amat berpatutan. Ianya dapat memberi kepuasan yang sebenar kerana keenakannya.


Selain hidangan khusus Penang Char Kueyteow, Sos Char Kueyteow 2 Puteri juga dapat diolah untuk lain-lain hidangan antaranya menggoreng pasta, mee, bihun; menambah perisa dalam hidangan Asam Pedas, Sambal Tumis, Masak Kicap dan Nasi Ayam Hainan. Resepi-resepi untuk hidangan-hidangan itu turut kami kongsikan di laman blog Asam Garam 2 Puteri dan 2puteri.wordpress untuk memudahkan anda. ‘Fell Like A Chef!’ Jadi berekperimentasilah dengan Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami dan hasilkan hidangan enak dengannya.



 


Ramai juga dikalangan pengguna setia kami kini dapat menambahkan pendapatan mereka dengan menggunakan produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri dalam hidangan mereka. Ada juga yang bersedia menjadi wakil jualan dikawasan tempat tinggal atau tempat kerja masing-masing kerana harganya yang amat berpatutan selain dari kepelbagaian hidangan yang boleh dilakukan. Jika anda turut berminat untuk menyertai kami boleh hubungi kami.


Memiliki status Halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia, Sos Char Kueyteow 2 Puteri boleh digunakan didalam hidangan anda tanpa was-was.  


Kini Sos Char Kueyteow 2 Puteri telah menembusi pasaran 34 cawangan Pasaraya Tesco Store seluruh Malaysia dibahagian ‘Produk Malaysia Citarasa Kita’ dan 10 buah cawangan Mydin Hypermarket dibahagian Sos dan bahagian Agrobazaar. Untuk senarai boleh lihat di sebelah kanan laman blog Asam Garam 2 Puteri atau di 2puteri.wordpress. Syarikat juga dalam proses memasarkan Produk 2 Puteri di 22 cawangan Pasaraya Aeon Big sedikit masa lagi.


Dengan harga kurang daripada RM6.00 (350g) untuk sebotol yang dapat menghasilkan sehingga 10 hidangan Char Kueyteow, ianya memang berbaloi. Ayuh dapatkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri di pasaraya berdekatan anda sekarang!



Selasa, 8 Januari 2013

2013 Moga Kejayaan Milik 2 Puteri. Sepertimana tahun 2012


Tahun 2013 dah seminggu berlalu. Bermakna dah seminggu juga kita telah tinggalkan tahun 2012. Perjalanan suka duka sepanjang tahun 2012 akan kami jadikan iktibar dan pembakar semangat untuk lebih berjaya di tahun 2013 dan tahun-tahun yang akan datang.


Tahun 2013 juga bermakna akan masuk tahun ketiga sejak kami bermula. Mungkin dari usia kami terlalu muda dan mentah. Namun, semua itu adalah pembakar semangat untuk kami capai kejayaan dengan lebih jaya lagi. Kami akan berusaha untuk bergerak lebih jauh lagi disamping menawarkan produk yang berkualiti dan yang menguntungkan semua pihak. Insyaallah. Itu tekad dan harapan kami.


Tahun 2012 kami berjaya catat sedikit kejayaan sebagai pemangkin untuk kami lebih berjaya, Insyaallah. Bermula dari awal tahun, kami berjaya menempatkan salah satu produk kebanggaan kami, Sos Char Kueyteow 2 Puteri ke pasaran Pasaraya Mydin Hypermarket. Bermula dari 4 cawangan iaitu Mydin Hypermarket Bukit Jambul di Pulau Pinang, Mydin Hypermarket Subang Jaya di Selangor, Mydin Hypermarket Terminal 2 di Seremban Negeri Sembilan dan Mydin Hypermarket MITC Melaka; kini kami berjaya menembusi 3 lagi cawangan Mydin Hypermarket iaitu Mydin Hypermaket Meru Raya, Mydin Hypermarket Manjoi dan Mydin Hypermarket RTC, Gopeng yang kesemuanya di Perak. Insyaallah kami akan berusaha untuk mengembangkan lagi kebanyak lagi cawangan Mydin yang ada, Insyaallah. Aaamiin.


Produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri berada dibahagian Agrobazaar dan bahagian Sos di setiap cawangan Mydin Hypermarket berkenaan.


Kami agak sedikit terkilan kerana faktor masalah dikilang pembuatan plastik untuk pembungkusan Cili Boh Asli 2 Puteri menyebabkan kami tidak dapat menyertakan produk cili boh kami di rangkaian pasaraya Mydin Hypermarket juga. Namun Allah lebih mengetahuinya... Kami serah hanya padaNya. Pasrah dan redha. Insyaallah kami akan berusaha selepas ini untuk turut memasarkan produk Cili Boh Asli 2 Puteri  di pasaraya Mydin Hypermarket.


Pada masa ini kami agak terbatas untuk pergi lebih jauh di cawangan Mydin walaupun tawaran untuk meluaskan produk  Sos Char Kueyteow 2 Puteri di cawangan lain ada. Insyaallah mungkin sedikit masa lagi kami akan penuhi tawaran yang datang. Insyaallah.


Pada bulan 7 kami berjaya menandatangani perjanjian dengan pihak Tesco Store. Kedatangan dokumen perjanjian tepat pada tarikh penubuhan kami 27 Julai sangat-sangat menggembirakan. Umpama satu hadiah yang tak ternilai. Setelah 3 bulan, kami dengan rasminya menempatkan produk kami Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri bermula dari 32 cawangan pada bulan Oktober 2012 kini menjadi 34 cawangan keseluruhannya di seluruh rangkaian Tesco Store dan Tesco Extra.


Produk kami boleh didapatkan di bahagian 'Produk Malaysia Citarasa Kita'.  Mungkin ada 'tag' yang menunjukkan ke lorong IKS berkenaan. Namun ada juga yang tiada. Hanya di pamerkan melalui tag berbentuk bendera yang tertulis 'Produk Malaysia Citarasa Kita'. Namun, walaupun kedudukannya agak tersorok, namun Alhamdulillah saban minggu ada tempahan produk yang masuk dari pihak Tesco Store. Terima kasih buat semua yang telah mencuba produk kami tawarkan. Moga terus kekal bersama kami.


Di penghujung tahun sekali lagi kami dianugerahkan Allah dengan satu lagi kejayaan. Kali ini kami berjaya menandatangani perjanjian dengan pihak pasaraya Carrefour yang kini dikenali sebagai Aeon Big. Jangkaan pasaran pada awalnya bulan Januari 2013. Namun sehingga sekarang kami masih menunggu panggilan dari pihak Aeon Big. Doa kami agak kemasukkannya disegerakan supaya kami lebih hampir dengan sahabat semua, pengguna produk 2 Puteri


Melalui kemasukkan ini kelak Insyaallah kami akan ada di 22 cawangan Aeon Big. Syukur juga, di Aeon Big kedua-dua produk kami tersenarai untuk dipasarkan. Insyaallah sebarang berita akan kami khabarkan dari masa ke semasa. Doakan ya agar semuanya berjalan lancar dan akan berada di pasaran rangkaian pasaraya Aeon Big sedikit masa lagi hendaknya. Aaamiin.


Syukur itu antara kejayaan yang kami kecapi pada tahun lepas. Tahun lepas juga kami berjaya mengubah penampilan baru pada Cili Boh Asli 2 Puteri. Dengan hasil tabungan kami sendiri kami berjaya mendapatkan plastik yang lebih baik untuk membungkus produk kami ini. Jika dulu labelnya hanya hasil godekkan saya yang saya photostat sahaja. Kini ianya berwajah lebih baik. Juga hasil perbincangan kami suami isteri sahaja yang kami serahkan pada pengilang untuk realisasikan. Walau tiada kelulusan akademi dalam bidang berkenaan, namun berkat berusaha kami berjaya. Insyaallah semua orang boleh jika berusaha.


Segala penghasilan produk kami lakukan dengan hati-hati dan kami jaga agar kebersihan terjamin demi mencari rezeki yang benar-benar halal. Bermula dari pencarian bahan mentah sehingga terhasilnya produk kami jaga dengan penuh baik. Mungkin itu punca walaupun belum 3 tahun kami beroperasi, Allah telah izinkan kami ada disini dengan kejayaan-kejayaan yang hampir sama dengan pengusaha-pengusaha lain yang lebih berpengalaman. Moga-moga lepas ini kami akan setanding dengan mereka juga aaamiin.

Moga produk 2 Puteri akan melangkah dan melompat lebih tinggi lagi dengan kejayaan aaamiin

Tahun 2013 kami turut mengharapkan kejayaan yang berganda. Perancangan-perancangan yang kami atur untuk bergerak lebih kehadapan amat-amat kami harap dan doakan agar berjaya, Insyaallah. Kami juga perlu lebih berani menongkah arus agar kejayaan akan kami kecapi. Mungkin akan lebih banyak pengorbanan yang perlu kami lakukan tapi demi kejayaan kami amat berharap agar semuanya menjadi nyata. Moga Allah permudahkan segala yang kami lakukan.



Allah telah berikan yang terbaik untuk kami. Moga Allah berikan yang lebih baik selepas ini, aaamiin. Mungkin berkat doa, usaha dan tawaran kami produk yang terbaik untuk semua menyebabkan Allah tunaikannya walau ada beberapa dugaan sepanjang perjalanan kami melangkah. Namun dengan apa yang kami kecapi sekarang, syukur Alhamdulillah.


Tahun 2010 - 2012 kami bergerak sendiri tanpa bantuan. Sedikit perlahan namun kami berjaya buktikan Anak Melayu Boleh walau banyak kesukaran. 2013 kami harapkan sinar yang lebih lagi. Kami ingin berlari walau sekadar berlari anak untuk lebih berjaya. Moga Allah permudahkannya dan lancarkan segala perancangan kami kelak, Insyaallah aaamiin.


Buat sahabat yang telah bersama kami sedari mula, ribuan terima kasih kami ucapkan dan kami amat berharap agar kalian terus kekal bersama kami. Insyaallah kami akan berusaha memberi yang terbaik dan kami berusaha menjaga kualiti setiap produk hasilan kami dengan lebih lagi. Kami amat berharap anda semua berpuashati dengan produk yang kami hasilkan dan agar ianya berbaloi dengan wang yang kalian keluarkan untuk mendapatkan produk kami ini. Insyaallah dari masa ke semasa kami akan sertakan bonus resepi yang menggunalkan produk 2 Puteri. Juga kami akan terus berikan ilmu-ilmu yang berguna yang kami rasakan wajar kami berkongsi di sini, Insyaallah. Terima kasih juga kerana sudi mengikuti kami di blog asamgaram2puteri ini, di 2 Puteri wordpress dan di pages facebook kami, 2 Puteri.


Moga 2013 memberi sinar yang lebih berwarna warni kepada kami. Terima kasih sahabat semua dan teruskan bersama kami.... :)

Thank you all & thank you Allah for the wonderful achievement we gain in 2012 and for 2013.... will be a bright future ever


Selasa, 25 Disember 2012

Profile Syarikat dan Produk 2 Puteri


Syarikat RM Ninetysixbillion Enterprise ditubuhkan pada 27 Julai 2010 dengan mengeluarkan produk makanan dibawah jenama 2 Puteri. Produk berkenaan ialah Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri.


Walaupun masih baru tetapi kami telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada pengguna-pengguna yang mahukan produk makanan yang halal, bersih dan terjamin kualitinya. Bermula dari kedai-kedai runcit, pasar basah, pasar malam dan kedai-kedai makan sekitar Ipoh, Taiping, Selama, Kuala Kangsar, Trong, Parit Buntar hingga ke Pulau Pinang kami bergerak sendiri.

Kini kami telah melangkah lebih jauh lagi ke seluruh Malaysia dengan memasarkan produk kami di 34 rangkaian Pasaraya Tesco Store di bahagian 'Produk Malaysia Citarasa Kita' dan 10 rangkaian Mydin Hypermarket di bahagian Sos dan bahagian Agrobazaar. Pada tahun 2013 kami akan memasuki 22 buah rangkaian Pasaraya Carrefour seluruh Malaysia. Kami akan berusaha untuk mendekati pengguna kami sehampir mungkin.


Produk 2 Puteri

Pada masa ini kami hanya memasarkan 2 jenis produk iaitu Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri. Kedua-duanya dipekkan mengikut saiz yang sesuai untuk pengguna-pengguna di rumah. Pembuatan kedua-dua produk ini dihasilkan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Agama Islam demi menjaga kebersihan dan kualiti produk. Segala bahan mentah yang digunakan dijamin Halal seperti yang disyaratkan.



 


Sos Char Kueyteow 2 Puteri merupakan satu produk yang membantu pengguna mendapatkan hidangan Char Kueyteow yang enak dan menepati hidangan Char Kueyteow yang sebenar. Dengan langkah-langkah mudah yang disertakan, pengguna kini dapat menikmati hidangan Char Kueyteow dalam satu pakej yang lengkap iaitu enak, mudah, murah dan paling penting juga berbaloi dengan wang yang dikeluarkan. Ini kerana, Sos Char Kueyteow 2 Puteri tidak hanya enak dibuat Char Kueyteow malah boleh diaplikasikan ke atas lain-lain hidangan seperti Mee Goreng, Pasta, Lauk-pauk dan boleh dimakan begitu sahaja.

Pada tahun ini kami berazam untuk mengeluarkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri dalam saiz besar bagi memudahkan pengguna yang membuka restoran atau warung mendapatkan produk kami. Ramai pengguna Produk 2 Puteri yang mengeluh dan mahukan saiz yang menepati keperluan mereka.


Cili Boh Asli 2 Puteri pula menggunakan hanya cili asli tanpa campuran lain kecuali air bersih, garam dan pengawet yang dibenarkan. Dengan itu warna dan rasanya adalah asli dari cili yang telah diproses halus demi memudahkan para pengguna dalam memasak. Melalui penggunaan produk yang asli ini, hasil masakan adalah menjadi lebih cantik, enak dan lazat.


Logo Jenama 2 Puteri

2 Puteri dipilih sebagai jenama produk keluaran kami bersemperna 2 orang cahayamata perempuan kami. Potret wajah kedua-dua mereka sewaktu kecil diabadikan sebagai logo sebagai tanda kasih kami terhadap mereka.


Dengan penuh kasih sayang juga kami ingin memastikan produk yang kami hasilkan di bawah jenama ini berkualiti dan diyakini pengguna. Untuk itu kami memastikan hanya bahan yang terpilih dan terbaik sahaja dalam menghasilkannya. Paling penting kami juga menggunakan produk yang benar-benar terjamin Halal mengikut syarat JAKIM/JAIN. Kami turut memastikan setiap penghasil produk adalah berkualiti dan terbaik.



Komitmen Kami

Kebersihan dan keselamatan adalah keutamaan kami dalam menghasilkan produk yang terbaik untuk para pengguna. Oleh itu, kesemua produk keluaran kami dihasilkan mengikut standard piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibawah Akta Makanan 1983.



Dalam menghasilkan produk yang terbaik dan berkualiti, kami hanya menggunakan bahan mentah yang terpilih, segar dan dijamin Halal oleh Jabatan Agama Islam. Produk kami juga telah disahkan Halal oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak  (JAIP) pada 20 Mei 2011, kurang 1 tahun sejak ia mula dipasarkan.

Selain daripada aspek keselamatan produk dan kilang yang kami telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, premis perkilangan kami diluluskan oleh Majlis Daerah Kerian (MDK).


Selain daripada itu kebersihan premis turut dipantau agar memenuhi keperluan dan syarat dalam menghasilkan produk makanan yang bersih dan selamat. Dengan itu, walaupun kami merupakan sebuah organisasi yang kecil namun segala kualiti yang baik kami terapkan dalam memberi yang terbaik pada para pengguna. Cara perlaksanaan yang kami amalkan adalah melengkapi syarat yang ditetapkan oleh KKM. Adalah menjadi hasrat kami agar suatu hari nanti Produk 2 Puteri akan mendapat taraf GMP dan HACCP.

Jaminan kami hanya produk yang berkualiti dan segar dihasilkan di kilang kami untuk semua pengguna.Untuk itu stok sediaada tidak disimpan lama dipremis kilang. Setiap penghantaran merupakan stok baru yang dihasilkan oleh kami.


Visi dan Misi kami

Kami akan terus berusaha untuk menghasilkan produk yang bermutu, bersih, selamat dan pelbagai di bawah jenama 2 Puteri. Walaupun kami telah mendapat Sijil Pemeriksaan Keselamatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009, kami akan berusaha untuk memenuhi piawaian Skim Pensijilan GMP (GMP) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kami juga akan mula mengeluarkan pek besar bagi Sos Char Kueyteow 2 Puteri supaya memudahkan pengguna yang ingin mengusahakan perniagaan makanan seperti di restoran, warung, hotel dan katering. Selain daripada itu kami juga akan berusaha untuk meluaskan lagi pasaran produk ke seluruh Malaysia agar memudahkan pengguna mendapatkan bekalan produk kami di mana-mana sahaja.

Juga, bermula pada tahun 2013 kami akan merancakkan lagi perniagaan kami dengan mengadakan kelas untuk sesiapa yang berminat mempelajari teknik dan cara memasak Char Kueyteow, Mee Goreng, Kueyteow Goreng, Bihun Goreng dan Maggie Goreng yang enak dan sempurna.


Keunggulan 2 Puteri

1. 100% merupakan milik bumiputera Islam
Sebuah syarikat milikan penuh bumiputera Islam dan merupakan sebuah syarikat baru yang berdaya saing dalam pembangunan produk makanan yang suci dan halal

2. Produk yang bersih, suci dan Halal
Mengutamakan kebersihan, kesucian dan mementingkan aspek Halal dalam penghasilan produk, kami mengaplikasikan syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JAKIM/JAIN dalam semua aspek.

3. Harga yang sangat kopentetif dan berpatutan
Kami berusaha untuk memenuhi keperluan dan kemampuan setiap pengguna. Ini dapat dizahirkan dengan meletakkan diri kami sama seperti pengguna lain yang mahukan produk yang berkualiti dalam harga mampu milik.


Sabtu, 15 Disember 2012

Mydin Wholesale Hypermarket MITC Melaka dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri


Khamis lepas, 13 Disember 2012 kami selamat menghantar produk ke Mydin MITC Melaka. Syukur Alhamdulillah perjalanan selama hampir 23 jam pergi balik selamat akhirnya.


23 jam??? Memang lama. Sian kat Mr Hb yang keletihan. Nak buat macam mana dah van terlalu uzur jadi tak boleh pandu laju-laju. Jadinya banyak lori yang potong dia bukannya dia potong lori hahaha. Tak pe la asalkan selamat sudah yer tak??? Ada rezeki nanti dapatlah hendaknya van baru yang elok sikit. Memang kesian tapi itu lah sumber rezeki kami sekeluarga jadi kena le tempuh walau payah.


Sebelum ke Melaka, Mr Hb singgah sebentar ke Tesco Store untuk menghantar produk. Alhamdulillah untuk Tesco Store memang setiap minggu penghantaran dibuat kerana tempahan yang masuk syukur tiap minggu ada. Minggu depan pun nampaknya kena pergi juga untuk hantar stok. Alhamdulillah itu lah rezeki Allah bagi. Syukur.


Ada gak yang terperanjat tengok van kami ni. Heheh berani kau???? Yea la nak buat macam mana, tu je yang kami mampu setakat ini hahaha. Modal dah habis keluar untuk produk dikkkk. Janji kami cuba berikan yang terbaik pada produk kami cukuplah. Buruk pun buruk la tapi besar jasanya hahahah.


Kesian pulak bila pikir. Yer la dua tiga minggu ni perjalanan Mr Hb memang meletihkan. Esok dah nak kena ke Kuala Lumpur bawa ayahanda Abu Bakar dan bonda tercinta, Asma Jaafar. Kakak, Tijawati Abu Bakar akan terima ijazah di PWTC jadi kena le hadirkan. Kami sekeluarga turut serta. Dapat juga bawa anak-anak berjalan semperna cuti sekolah ni. Hihihi sambil menyelam minum air.


Kebetulan pula Isninnya kami kena ke Carrefour semula untuk tandatangan agreement dengan pihak gudang pula. Alhamdulillah, Allah bagi masa yang dekat-dekat so dapat le Mr Hb rehat jab kat KL nanti. Kalau tak pergi balik, pergi balik letih. Kesian sungguh. Insyaallahs aya pun akan aaaikut serta dalam meeting nanti. Dapat gak experiance. Hihih selama ni Mr Hb yang bersusah payah pergi sana sini untuk berbincang.


Jadinya mungkin dalam 2-3 hari gak le tak dapat update blog ni. Tapi entah le kot boleh bawa cik computer ni. Kang Mr Hb kata ngengada pulak hihih. Macam le biz nala punya beso hahahah. Sabo je la. Wokay doakan perjalanan kami pergi balik yer.


Buat sahabat jangan lupa dapatkan produk kami di Mydin MITC Melaka dan yang berdekatan dengan korang. Tq tq tq....


Selasa, 4 Disember 2012

Alhamdulillah.. Produk 2 Puteri bakal memasuki Pasaraya Carrefour seluruh Malaysia!!


Syukur Alhamdulillah. Berkat kerja keras selama 1 tahun lebih akhirnya usaha kami diberkati Allah dan bakal menempah satu lagi kejayaan.


Jerit perih selama ini berkorban untuk mengembangkan sayap kami akhirnya membuahkan satu lagi hasilnya. Berita gembira yang ketiga tahun ini!! Selepas Mydin Hypermarket, diikuti dengan Pasaraya Tesco Store kini kami bakal memasuki Pasaraya Carrefour pula. Syukur Alhamdulillah....


Berbaloi Mr Hb yang kerja keras dan sanggup berembun untuk penuhi appoinment dengan pihak-pihak yang berkenaan. Mungkin pelik pada yang membacanya betapa kami perlu berjimat untuk berjaya. Tapi itulah hakikatnya. Kami tidak miliki modal yang besar, tidak juga dapat mana-mana bantuan dari pihak yang berkenaan. Untuk membuat pinjaman kami harus pastikan kami mampu untuk menyediakan bayaran bulanan. Jadi sebelum kami berani untuk membuat pinjaman pelaburan kami harus pastikan kami mampu. Itu semua untuk kejayaan masa depan kami. Biarlah kami berdikit dan berjimat untuk berjaya. Dan, Alhamdulillah kini ia semakin membuahkan hasilnya.


Saya catatkan semua ini untuk renungan anak-anak tercinta yang kami amat harapkan bakal mewarisi apa yang kami usahakan. Juga renungan buat sahabat semua yang bercita-cita untuk memulakan perniagaan. Jika kita berkerja keras dan nekad untuk berjaya, Insyaallah kejayaan akan datang pada kita. Cuma bulatkan tekad, pastikan matlamat dan tinggikan kesabaran, Insyaallah.... Apa pun dugaan dan rintangan hadapinya untuk kekal terus berjaya.


Mungkin kejayaan kami ni kecil berbanding orang lain tapi kami tetap berbangga dengan  kejayaan kami membina syarikat kami ini dari 0. Alhamdulillah dalam tempoh 2 tahun ini kami berjaya sampai ke sini. Moga-moga dengan usaha keras kami, sokongan dan doa semua, kami akan mampu terus melangkah kehadapan lagi.


Segala dokumentasi telah ditandatangani, hanya tinggal masa dan tarikh yang akan diberikan oleh pihak Pasaraya Carrefour untuk penghantaran pertama.... Berdebar makin kencang menanti saat itu.


Terima kasih Ya Allah.... Terima kasih semua... Terima kasih atas doa dan sokongan yang diberikan.


Sekali lagi dengan bangganya saya announcekan.... Insyaallah dalam masa terdekat ini kami, 2 Puteri - Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri bakal dipasarkan di Pasaraya Carrefour.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...