Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Songs. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Songs. Papar semua catatan

Selasa, 5 November 2013

Tahun Hijrah: Sejarah dan hubungannya dengan hijrah Rasulullah SAW



Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam. Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.


Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.


Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.



Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.


Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.


Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.


Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.


Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.


Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan.


Perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.


Sebab-sebab berlaku Hijrah

Ia bagi mengurangkan tekanan yang dialami baginda Rasulullah terhadap serangan bertubi-tubi puak musuh di kalangan masyarakat Arab Jahiliyyah yang tidak senang dengan Islam yang diperkenalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.


Atas dasar itu Allah SWT memerintahkan baginda dan seluruh umat Islam yang masih berada di bumi Mekah supaya meninggalkan tempat itu dan menuju ke kota Madinah.


Bagi yang mengingkari arahan supaya berhijrah ke Madinah, mereka dijanjikan dengan neraka dan ditimpakan dengan siksaan yang amat pedih dari sisi Allah sepertimana yang ditegaskan Allah menerusi firman-Nya dalam ayat 97 surah an-Nisaa yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaaan menzalimi diri mereka sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : Dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab : Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri kami sendiri (Mekah). Para malaikat berkata : Bukankah bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di bumi itu? Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali.”


Hijrah adalah sunnah para anbiya

Hijrah bukan sahaja berlaku ke atas diri Nabi Muhammad s.a.w sahaja, malah telah terdahulu daripadanya para Anbiya seperti Nabi Ibrahim, Musa, Isa, Yusuf alaihimussalam dan lain-lain, ia berlaku kerana penentangan yang amat keras di kalangan masyarakatnya yang tidak dapat menerima dakwah atau seruan yang dibawa oleh mereka.


Maka berlakulah penentangan antara hak dan batil yang memang menjadi lumrah dan semulajadi hingga hari Kiamat.


Justeru, para Anbiya semuanya telah dijemput oleh Allah di sisinya, agama-Nya yang benar itu diwarisi oleh mereka yang cintakan Allah dan Rasul-Nya, maka golongan pewaris Islam sampai bila-bila berdepan dengan tribulasi ciptaan manusia yang tidak senang Islam mendapat sambutan menggalakkan.


Allah tidak akan membiarkan agama Islam terkulai layu tanpa yang menyambutnya, maka dia memilih di kalangan hamba-hambaNya individu-individu yang sanggup berkorban untuk agama-Nya, namun mereka terpaksa berdepan dengan ujian, cubaan, tribulasi yang direka oleh manusia-manusia yang tidak berapa senang Islam mendapat tempat di hati manusia, walaupun yang membencinya bernama Islam, tetapi pada masa yang sama menganut fahaman Sekularisme, Kapitalisme, Sosialisme, Nasionalisme, dan lain-lain.
Mereka berusaha untuk menangkap, memenjara, membunuh golongan yang mendaulatkan Islam tanpa bicara dan bukti yang sah lagi kukuh untuk menuduh mereka, ia sedang berlaku di negara-negara yang diperintah umat Islam sampai hari ini, khususnya mereka yang tidak meletakkan Islam sebagai agama perlembagaan negara.


Maka berlakulah penghijrahan golongan ulamaĆ¢€™ yang terpaksa meninggalkan negara masing-masing bukan atas alasan takut, tetapi kejahatan golongan pemerintah memuncak yang memaksa mereka keluar untuk mencari lokasi yang difikirkan munasabah untu meneruskan aktiviti dakwah di situ.


Rasulullah sendiri pernah menjadi sasaran musuh

Allah SWT berfirman menerusi ayat 30 surah al-Anfal: “Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan segala daya upaya terhadapmu (Muhammad) untuk menangkap (memenjara), membunuh serta mengusirmu keluar dari (Mekah). Mereka membuat perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat mereka, dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya (perancangan).” 


Jelas ayat di atas, menunjukkan bahawa kejahatan orang-orang yang jahat terhadap kerja-kerja dakwah tidak terhenti setakat itu, malah mereka memilih salah satu jalan untuk memastikan dakwah itu gagal, sama ada melalui penangkapan terhadap pendakwah, mengusir, memenjara atau membunuh mereka tanpa kebenaran yang sah, itulah yang akan dilakukan sampai hari kiamat, tetapi yang lebih menduka-citakan ialah apabila ia dirancang sendiri orang yang bernama Islam.


Sesungguhnya hijrah yang berlaku ke atas Rasulullah s.a.w itu bukan ke satu tempat tertentu, malah ia bermaksud hijrah kepada Allah bagi mendapatkan keredaan-Nya, ia bertepatan dengan firman Allah di atas lidah Nabi Ibrahim dan Nabi Lut dalam ayat 26 surah al-Ankabut :  

"Dan berkatalah Ibrahim : Sesungguhnya aku akan berpindah (berhijrah) ke tempat yang diperintahkan Tuhanku, sesungguhnya Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”



Pengajaran daripada peristiwa Hijrah

Hijrah telah melahirkan beberapa pendekatan berikut:

1) Sunnah Nabi keluar ke tempat jauh dengan ditemani seseorang (Saidina Abu Bakr).

2) Hijrah di waktu malam adalah paling sesuai untuk bermunajat kepada Allah, kerana pada waktu itu ramai di kalangan pihak musuh sedang seronok tidur.

3) Tidak salah mendapat dan menggunakan khidmat orang kafir bagi tujuan maslahat Islam sepertimana baginda menggunakan khidmat Abdullah Bin Uraiqit (Nasrani) menjadi petunjuk jalan ke Madinah.

4) Baginda mengatur strategi berdakwah agar tidak dapat dikesan oleh musuh dengan menghilangkan kesan tapak kaki dengan puluhan tapak kaki kambing yang diusahakan oleh Amir Bin Fuhairah.
 
5) Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja/belia dalam kerja-kerja dakwah sepertimana baginda mengarahkan Saidina Ali Bin Abu Talib menggantikan tempat tidurnya.

6) Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang muslimah berperanan dalam memberi saham seperti Asma Binti Abu Bakar.

7) Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja, Abdullah Bin Abu Bakr untuk mendapatkan rahsia bagi memudahkan kerja-kerja dakwah.


Sesungguhnya setiap daripada individu muslim, boleh memainkan peranannya sebagai anggota jamaah menurut kadar kemampuan dan ilmunya bagi memajukan Islam pada kadar yang termampu.


Perkara sunat yang dilakukan di bulan Muharam

1) Digalakkan berpuasa sunat pada awal Muharram.

2) Digalakkan berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram.


Sumber: samuraisyahid.wordpress

Awal Muharram & Sejarah Kalendar Islam



Sejarah Kalendar Islam - Awal Muharram

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sejarah Kalendar Islam
Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saiyidina Umar Al-Khattab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.
Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.
Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitul Muqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjidil Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.
Ciri-Ciri Takwim/Kalendar
      • Takwim Hijriah
      • Bulan
Firman Allah S.W.T.
      Maksudnya;
'Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. (Ketetapan) yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang yang bertaqwa'
      Surah al-Taubah; 36
Bulan qamariah dalam setahun adalah 12 bulan iaitu bulan Muharram, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bilangan hari bagi setiap bulan qamariah mengandungi 29 atau 30 hari bergantung kepada bila berlakunya ijtimak (kedudukan di mana matahari, bulan dan bumi berada pada satu garisan) dan kewujudan/kenampakan hilal (bulan sabit) pada penghujung bulan qamariah hari ke-29 setiap bulan hijriah mengikut syarat-syarat tertentu.
    • Hari
Hari di dalam perkiraan Takwim Hijriah bermula dari waktu matahari terbenam. Ini berbeza dengan Kalendar Miladiah yang perkiraan harinya bermula pada jam 12.00 tengah malam. Dalam setahun, Takwim Hijriah mempunyai 354.36 hari, beza 10 atau 11 hari dari jumlah hari dalam Kalendar Miladiah. Setiap tahun, hari-hari kebesaran Islam dirayakan dalam musim yang berlainan. Ia akan kembali ke musim asal setiap 33 tahun (1 pusingan lengkap). Tahun baru hijriah iaitu 1 Muharram disambut pada musim berlainan iaitu ia berganjak sebanyak 10 atau 11 hari lebih awal setiap tahun.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Sumber :www.mps.gov.my
shafw4n.blogspot.com

Khamis, 29 Ogos 2013

Songs: 'Skyfall' Versi Tentera Rusia Lebih Berhantu. Biar betul..


Tadi masa merayap ke blog Oh Bulan! ternampak satu artikel tentang lagu Skyfall nyanyian kakak tiri saya sebelah tok wan tok nek pun bukan si Adele tu (hahah perasan lebih le pulak yer...hahah).


Apa lagi terus le saya setop dan baca apa yang ditulis. Perasaan nak tahu mula le mencanak hehe.


Apa yang tertulis ialah 'Skyfall' Versi Tentera Rusia Lebih Berhantu? Isk.. Tak bley le macam nih. Akak Adele dah best ar.

Saya pun scroll le ke bawah sambil baca sambil berharap yang ada le dikongsikan bersama video (selalunya tak menghampakan!). Ndak gak le tengok betui ke.


Tulis Oh Bulan! Perhatian peminat pada lagu tu dan akak Adele dah beralih arah dah kepada barisan koir tentera Rusia yang dikenali sebagai Alexandrov Ensemble Official Armed Forces Choir yang telah mempersembahkan lagu tu dengan penuh perasaan dalam sebuah rancangan bual bicara TV Rusia minggu lepas.



Katanya lagi: Persembahan hebat 7 orang tentera tu telah membuatkan pengacara-pengacara rancangan tu terkejut dan seakan tidak menyangka mereka mampu menyanyi dengan penuh perasaan. Saya yang tengok pun terharu beb. Tak sangka tengok muka 'ceroi' je... Tapi bila bukak mulut perghhhh. Berdiri bulu roma den ni hah.


Patut le sapa yang tengok video nih kat YouTube mula falling in love kat deme dah. Kasih mula berbelah bagi antara diarang nih dengan akak Adele sendiri. Saya pun mula le kot ada kemampuan bercita-cita nak bawa diarang jadi recording artis gitu hahahha. Masyukkk hahhaha.

Moh layan tengok betui ke idak. Minit pertama tu relek le jangna le terus-terus harapkan lebih kay. Diarang baru nak fill tuh. Masuk TV le katakan lagi le dup dap dup dap jiwa. Tapiiii... Bila dan masuk rohnya ha... Baru tau. Eh moh le kita tengok :)



 Sumber artikel dan gambo: Oh Bulan!

Resepi Hebat: Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri


Asalamualaikum.


Ni saya nak kongsikan resepi Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri seperti yang selalu saya hidangkan buat keluarga tersayang. Sambil tengok dan salin resepi meh layan lagu nih... Sama enak dengan Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri tau ;)




Resepinya mudah je tak de sukatan. Cuma ikut je pengalaman kita. Saya ni kalau lauk pauk memang jarang ambil sukatan. Memang main masuk je apa yang dirasa sedap. Kot rasa kurang, tambah lagi bagi rasa tu sedap. Main ikut rasa je :)


Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri

By: Asamgaram2puteri


Bahan-bahan:
  • Bawang besar dan sedikit bawang putih yang dikisar halus
  • Cili Boh Asli 2 Puteri
  • Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Air asam jawa
  • Gula & Garam secukup rasa
  • Air
  • Ikan bilis yang telah dicuci bersih
  • Bawang  besar yang dipotong bulat
  • Daun pandan untuk mewangikan masakan jika suka
  • Tepung jagung + air

Caranya:

1.  Tumis bawang besar dan sedikit bawang putih yang dikisar hingga naik bau.



2.  Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri. Masak hingga cili garing.

3.  Tambahkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri, garam, gula, air & air asam jawa secukup rasa. Gaul sebati.



4.  Masukkan ikan bilis & daun pandan. Gaul rata.

5.  Masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Gaul lagi.


6.  Untuk membanyakkan kuahnya alternatif jika tidak mahu sambal tumis terlalu pedas, masukkan air bancuhan tepung jagung. Masak hingga pekat.

7.  Sedia dihidangkan bersama nasi lemak, roti atau lain-lain hidangan yang digemari


** Ikan bilis boleh diganti dengan ikan kering, sotong, telur dan pelbagai jenis lagi cuma sesuaikan dengan bahan-bahan lain. Nyum-nyum-nyum...enak sekali. Cubalah :)


 

Jumaat, 9 Ogos 2013

Syawal: Selamat Hari Raya Aidilfitri


SELAMAT HARI RAYA semua!!! Dah makan ketupat rendang? Wajib tu dihari raya. Kalau tak der raya terasa hambar kan... Hari ni saya tak nak komen panjang-panjang... Just nak kongsi dengan kengkawan semua lagu-lagu raya.

1) Dendang Perantau - Allahyarham Tan Sri P. Ramlee




2) Bila Takbir Bergema - Allahyarhamah Datin Rafeah Buang



3) Balik Kampung - Allahyarham Sudirman Haji Arshad



4) Satu Hari Di Hari Raya - Datuk M. Nasir



5) Seloka Hari Raya - Hail Amir dan Uji Rashid



6) Aidilfitri - Sanisah Huri



7) Suasana Hari Raya - Anuar Zain dan Ellina



8) Cahaya Aidilfitri - Ramlah Ram



9) Kepulangan Yang Di Nanti - Aman Shah



10) Selamat Hari Raya - Allahyarhamah Datin Sri Saloma



11) Musafir Di Aidilfitri - S. Jibeng



12) Salam Aidilfitri Ayahanda Bonda - Raihan fet. Hujan



13) Menjelang Hari Raya - Datuk D.J Dave



14) Nostalgia Aidilfitri - Datuk Sharifah Aini



15) Salam Aidilfitri - Jamal Abdillah




Jumaat, 8 Mac 2013

Its 8 March, Happy Woman's Day to us!!!!



Happy Women's Day all....



This special song to us, women....



But don't forget to..



Rabu, 6 Mac 2013

Serangan di Lahad Datu, Ya Allah selamatkan tanah airku


Salam semua...


Hari ni masih demam. Nak mengomel panjang masih tak mampu. Harap-harap cepat le sembuhnya. Tapi dah ada depan komputer ni saya just nak kongsi sikit lagu-lagu patriotik dengan sahabat semua. Lagu ni cukup buat saya sedar dan sedih tentang pengorbanan perajurit kita yang sedia bekorban nyawa untuk keamanan kita di Malaysia ni. Moga-moga yang 'telah pergi' akan Allah ganjarkan kedudukan yang baik 'di sana'.


Entah kenapa saya cukup sebak kalau berbicara tentang ini. Cukup sedih tentang pengorbanan yang para perajurit kita telah lakukan untuk keamanan kita semua. Saya cukup cintakan keamanan. Cukup takut sebarang perkara yang boleh menghancurkan masa depan bangsa, agama dan generasi kita berlaku. Tapi tak sangka berlaku juga perkara yang tidak diingini ini ditanah air sendiri. Itu yang buat saya sedih sangat-sangat.


"Ya Allah, lindungi kami semua di sini. Amankan kehidupan kami dan tetapkan kami dilandasan yang betul yakni tetap beriman padaMu serta mampu melahirkan negara dan generasi yang hebat untuk masa depan kami semua. Hentikan segala bencana yang menggugat keamanan, kehidupan serta hentikan juga sebarang ancaman terhadap Agama kami. Aaamiin"


Sedih sangat dengar lagu ni...



Doa kami...


Janji kami....




Kami harap tidak berlaku begini....



Terima kasih dari kami....






Selasa, 13 November 2012

Cerita Lucu: Ubat Anti Gempa




Di satu kaki lima yang sibuk di sebuah kota , terdengar seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya.

Penjual ubat : Mari! Mari! Abang, adik, kakak, makcik, pakcik! Saya ingin memberitahu anda semua sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa! Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini! Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun! Saya telah menjualnya di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya! Cubalah! Bandar ini bakal dilanda gempa pada tepat jam 11.30 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ pun terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam dunia hari ini, mereka pun tanpa was-was berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun untuk membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai itu adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa sudah semakin hampir. Pakcik itu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi.. Satu minit berlalu...dua minit berlalu.....hingga minit yang ke sepuluh, pakcik tadi pun berteriak kepada penjual ubat itu.

Pakcik : Eh! Dah lama dah ni! Mana gempanya? Awak tipu kami ya?

Penjual ubat : Haa! Kan betul apa saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!!

Pakcik : ????

Ahad, 28 Oktober 2012

Rendang Minang 2 Puteri



Joget Lemang Dan Rendang by Feeza n' Harun Salim Bachik. Sambil-sambil nak baca jom klik kat lagu tu. Halwa telinga dari saya ;)


Rendang minang memang satu juadah yang cukup digemari oleh semua dikala raya. Selain rendang minang nih ada gak rendang lain macam Rendang Tok yang glamer kat Perak ni, rendang hitam, rendang asam pedas dan lelain. Banyak jenisnya. Ada gak rendang suka hati hahahha. Selalunya yang tu orang macam saya yang suka buat sebab tak yah follow apa-apa rule dalam masakan. Kalau tok tok dulu tahu mau naya kena pulas telinga sebab rosakkan juadaha warisan diarang thihihi.


Sebenarnya saya ambik asas buat resepi nih dah lama. Dari dalam buku tapi tak ingat which book almaklum la banyak sangat buku resepi yang tak berapa digunakan kat rumah ni. Sebabnya saya suka baca asas bahan makanan untuk satu resepi saja. Tak ikut full version. Otak ni karat sangat dah tu yang susah nak ingat sukatan-sukatannya. Tapi kalau membiskut ya yang tu wajib diikut. Kang tak jadi naya. Jadinya masa nak membiskut atau baking buku resepi wajib ada disebelah walau dah berkali-kali buat resepi tu seperti Apam Polkadot yang glamer tuh.


Dulu seringkali saya dengar ada yang beri resepi yang tak betul. Memang dalam baik orang yang buat macam tu nayakan orang sungguh. Hal ni pernah terjadi dengan saya. Ye ye or je dia tunjuk baik kongsikan resepinya dengan kita last-last bila dicuba hancus. Membazir semuanya. Berapa banyak kerugian yang berlaku. Orang tu tak pikir ke? Tapi Alhamdulillah berkat saya mula berjinak kat internet ni... Menerusi medium blog, facebook dan web banyak resepi yang dikongsikan hampir kesemuanya menjadi belaka. Kalau tak jadi mungkin 1 dari 25 kot. Dan mungkin kurang lagi. Alhamdulillah dan terima kasih buat insan-insan yang mulia macam tu. Sekurang-kurangnya panjang ilmu dia dan kalau apa saja orang yang guna resepinya dapat melalui resepi tu Insyaallah akan dapat juga saham kat insan tu. Aaamiin ;)


Insyaallah saya pun berhasrat untuk macam tu juga itu sebab saya kongsi sesetengah resepi yang dah dicuba kat sini. Sebenarnya nak kongsi banyak saya tak berkemampuan. Bukanya masak tiap hari. Kadangkala kalau ada masa je. Lagipun saya pun kena banyak lagi belajar ilmu masak memasak ni sebab saya tiada guru yang 100% mengajar pasal masakan. Kebanyakannya melalui pengalaman, agakan atau yang dapat kat sana sini. Jadi kadang-kala memang resepi yang saya kongsikan tu bahannya ikut citarasa bukan tepat ikut sukatan. Tapi Insyaallah menjadi dan kadangkala ikut citarasa kita sendiri sukatannya akan lebih sedap lagi jadinya. Itu sebab macam resepi Char Kueyteow 2 Puteri tu kadangkala ada yang kata hasilnya sedap sangat tapi pada saya kredit tu lebih kepada tuan yang masak sebab kami cuma beri bahan asasnya sahaja, yang pronya siapa yang cuba dan pandai olah. Memang basic resepi kami beri tapi tangan yang hasilkannya yang sedapkan Char Kueyteow tu. Tu sebab kitarang guna slogan 'Feel Like A Chef' tu. Kowang olah kowang dapat credit.


Satu lagi resepi yang saya oleh guna Produk 2 Puteri  ni adalah Rendang Minang. Resepi biasa tapi saya olah sikit sikit guna produk keluaran kitarang. Feel Like A Chef' ! le katakannnn heheh. Bukan per tak semua orang suka makan Char Kueyteow kan. Ada gak yang suka tapi takkan nak masak Char Kueyteow hari-hari heheh. Kalau macam tu memang dahsyat le hihihi. Jadi kalau nak tunggu masak Char Kueyteow sahaja bila nak habis sebotol? Kang expired naya pulakkan. Rugi je. Membazir duit itu yang tak suka tu. Dan saya cukup tak suka orang membazir kerana apa yang saya tawarkan pada orang. Biar berbaloi dengan apa yang diarang bayar untuk dapatkan apa yang kami beri supaya ianya jadi rezeki yang cukup halal untuk kami sekeluarga. Aaamiin.


Amboiii lepas reraya ni menceceh panjang lebar yer saya hihii. Saja je kongsi pendapat dan idea heheh. Lagipun dah lama tak bersiaran tu yang terlebih sudah hahah. Wokay la menceceh panjang lebo kang bosan pulak. Kot ada yang nak menceceh lagi saya simpan sampai lain-lain masa pulak hihihi. Back tu the resepi kay.... As usual tak der sukatan. Ikut citarasa kowang yang pro tu wokayyyy.... ;) Ehhh sebelum tu nak ucap thanks pada Waniey dan Fieqah Aldama sebab sudi follow kami kat sini. Juga buat urdudb, facebook master, tiarra, dayana, krazy jokes (yang datang berkali-kali), anita, fara dilla, doyna, miss chantek, wanie dan lelain tu yer.


RENDANG MINANG 2 PUTERI
By: Asamgaram2puteri.blogspot

Bahan-bahan
  • 3-4 biji bawang besar -  dadu kasar dan kisar halus
  • 2-3 ulas bawang putih - potong kasar dan kisar halus
  • 3-4 ulas bawang kecil/merah -  potong kasar dan kisar halus
  • 1 inci halia - potong kasar dan kisar halus
  • 1 inci lengkuas - biasanya saya tak masukkan jarang ada kat umah ni stok lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup  - potong kasar dan kisar halus
  • 1-2 batang serai - racik halus dan kisar halus
  • 3-4 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri - ikut citarasa pedasnya
  • 2-3 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri - ikut warna yang kita nak nanti
  • Daging yang dipotong kecil - boleh gak ganti dengan ayam jika suka
  • Garam dan gula
  • 1 helai daun kunyit -  ambil sikit hiris halus dan sebahagian lagi koyak-koyak je
  • 1 sudu kecil kerisik
  • Sedikit santan pekat - jarang-jarang sekali gak saya masukkan, nak sihat ;)
  • 3-4 helai daun limau purut 
  • Minyak - menumis

Caranya
1. Kisar semua bahan yang patut dikisar sekaligus.

2. Tumis bahan kisar tadi agak-agak je banyak mana yang kina nak guna. Kadang kala ada yang lebih jadi saya simpan untuk masak benda lain pulak. Sebabnya bawang kalau simpan sedapnya lebih sikit rasa saya le heheh.

3. Bila bahan kisar nampak keperangan sikit masukkan pula Cili Boh Asli 2 Puteri dan daun kunyit yang dikoyak-koyak tadi. Masak hingga pecah minyak dan garing.

4. Masukkan daging dan perasakan dengan sedikit garam dulu. Sikit je tawww.

5. Bila daging nampak dah nak masak masukkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri, garam, gula, santan dan kerisik. Cara nak pastikan dah masak atau tidak ialah dengan lihat air daging tu tinggal 1/2 jer dari yang mula tadi. Gaul sebati dan pastikan rasanya cukup.

6. Bila dan siap agak-agak le nak kuahnya macam mana ada sikit ker atau kering terus, masukkan daun kunyit yang dihiris halus dan daun limau purut. Terus tutup api supaya baunya tak hilang. Biasanya saya biar ada kuah sikit sedap nak makan nanti. Gaul sebati dan dah siap. Daun limau purut dimasuk akhir supaya tak keluar rasa pahit dari daun tu. Biar dapat aromanya je.


** Rendang minang tu biasanya jenis kering. So kalau nak pure minang kena biarkan kering dulu baru masukkan daun-daun tu tapi kalau biasa orang biar berkuah jadi leh follow resepi saya ni le.

** Bahan utama daging tu beleh digantikan dengan lain-lain lauk pauk seperti ayam atau kerang. Sedapppp.



Sekarang dah siap boleh le di hidangkan bersama ketupat pulut, ketupat nasi, ketupat daun palas atau nasi je terus hihi. Memang sedap kalau tak tak le jadi warisan turun temurukan. Tapi versi saya ni belum jadi warisan gi sebab anak-anak kecik lagi hihihi. Tapi tak der bezanya pun sebab saya pun follow warisan nenek moyang kita heheh. Ubah suai sikit ikut apa yang ada kat dapur ni dan dengan produk 2 Puteri je heheh. Selamat mencuba ;)


Isnin, 1 Oktober 2012

8th Anniversary... Ya Allah terlupa sudah!


Pagi ni saya sambung tugas yang tertangguh semalam, menyiapkan label Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Produk kali ni produce untuk dihantar ke Mydin Hypermarket Meru, Ipoh selain kedai-kedai yang biasa kitarang hantar produk. Letih gak le tapi itu dah jadi rutin. Kalau tak Sos Char Kueyteow 2 Puteri, Cili Boh Asli 2 Puteri lak. Kadang-kadang kena produce kedua-dua sekali. Lagi le.


Mulai hari ni bahagian production kitarang makin kena kerja keras le sebab kena standby kedua-dua produk untuk dihantar ke Pasaraya Tesco. Bila-bila masa je bermula bulan Oktober nih tempahan pertama akan diterima. Jantung nih dup dap dup dap berdegup kencang jangan ceritalah. Tu hari ada gak try risik tapi kata pegawai Tesco tu, between 4th to 17th ni akan masuk order. Insyaallah 18th ni akan ada di store. Ha...


Sambil-sambil leka lekatkan label tu saya bukak le Sinar FM. Topik pagi pasal simpanan. Yang diarang jemput adalah Puan Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir dari Hijrah Wealth Management Sdn Bhd. ni kira cam Suze Orman, Personal Financial Expert dari Amerika tu.. Lama dah tak jumpa Hajah Rohani ni. Dulu masa kerja Affin Bank selalu gak le kitarang jemput untuk dengar ceramah dari beliau. Bukan setakat bab kewangan malah bab keagamaan juga.


Lepas habis jam 10 pagi turn Abby Fana lak ke udara. Beliau ada ingatkan bahawa 1 Oktober nih hari warga tua/warga emas peringkat kebangsaan. Dalam kesibukan hari memang tak akan ingat hari-hari peringatan macam ni. Tapi tu le untuk warga tua memang seharusnya setiap hari kita ingati dan hargai jasa yang telah diarang tabur tak kira masa. Sebut penghargaan, memang penghargaan tak terkira buat kedua datuk nenek yang telah besarkan saya dengan penuh kasih. Kalau tak diarang yang jaga tak tahu le apa jadi pada saya heheh. Juga pada mak ayah yang banyak bantu kitarang dari dulu sampai sekarang. Hari ni pulak Mr Hb kata mak turut datang bantu kat kilang. Pekkan Cili Boh Asli 2 Puteri. Ayah pulak bertindak sebagai driver mak dengan mak cik. Mulanya dia nak cuba gak tolong tapi takat 4 pek je sebab jemu heheh. Dia mana le tahan kena duduk je. Kalau ke sawah memang A++ lagi sebab tu sawah dia cantik dan lumayan heheh. Isk terharu sangat dengan diarang ni. Dah puas larang tapi datang gak. Tak tergamak nak suruh dia kerja untuk kami. Tapi mak memang cekap buat kerja. Bersih dan cepat. Tu camno hehhe.


Dalam kak Abby Fana mengomel kat dalam radio tu dia ada gak le wish happy birthday untuk yang sambut birthday hari ini. Juga kat pasangan yang sambut anniversary dengan ucapan happy anniversary. Dalam pala otak saya mula berangan nak sambut anniversary kat mana-mana dengan Mr Hb. Tapi tah camno teringat yang kak Abby cakap tadi 1 Oktober adalah hari warga tua. Saya bernikah bulan September.... 18 haribulan. Isk camno leh lupa nih?????? Lama dah tu. Aduh. Nak salahkan Mr Hb pun tak leh sebab saya pun terlupa sama. So memang tak der wish wish le kitarang tahun ni. Bizi punya pasal sampai lupa tarikh penting kitarang. Huhuh.


Masa Mr Hb balik makan saya ada cakapkan yang bulan September dah berlalu. Kita lupa something. Terus dia senyum... Cit sesaja buat lupa ke atau lupa betul-betul? Puas tanya tapi dia buat der je. Geram betul...

Tu ada bubbles tu bukan air tak halal yer... Air berkarbonat tu.... heheh

Diam tak diam dah 8 tahun lebih kitarang dah bersatu sebagai suami isteri. Banyak gak le perkara yang berlaku sepanjang 8 tahun ni. Tapi saya amat bersyukur diketemukan dengan dia. Alhamdulillah. Walau perkenalan kitarang dulu singkat sesangat almaklumlah dikenalkan oleh pak cik, tapi adjustment antara kitarang cepat. Memang le ada gak sekali dua tergigit lidah tapi syukur bila matlamat kitarang sama semua tu dapat diatasi dengan segera. Dia pun tak lokek dengan bantuan tanpa perlu diminta itu yang buat saya mudah selesa dengan Mr Hb. Masa saya dalam pantang Izaz dulu pun dia yang jaga segala keperluan saya sebelum keluar bekerja. Siapkan tungku, air mandi, makan pakai saya.. Nasib baik kerja sendiri so tak le susah sangat. Tapi kalau jenis tak sudi, orang tak kerja pun takkan buatkan.


Sekarang ni kami bersama-sama cuba bangunkan syarikat kami ni. Dia yang bertungkus lumus bekerja untuk menaikkan syarikat kami ni. Pergi sana sini, dengar segala macam kata-kata orang, memasak dan macam-macam lah. Kalau tak der dia tah le ke mana kami nih. Nak realisasikan kemasukkan produk ke Pasaraya Tesco dan Pasaraya Mydin ni pun atas jasa dia gak yang sanggup berjumpa dengan pegawai-pegawai kat sana. Nak pastikan tak der masalah dia sanggup jadi 'gelandangan' sekejap sementara tunggu masa appointment. Risau gak tapi nak buat macam mana nak success kena survive la.


Moga Allah panjangan usianya untuk menjaga kami sekeluarga. Dan moga Allah beri kesihatan yang terbaik untuk dia supaya dia gembira. Izinkan aku Ya Allah dapat menyenangi hatinya dan moga anak-anak akan membanggakannya. Peliharalah keluarga kecil kami ini dengan limpah kasih sayangMu dan kurniakanlah kekuatan iman dalam diri kami. Panjangkan kasih sayang antara kami sekeluarga sehingga ke penghujung nyawa. Aaamiin...






Khamis, 6 September 2012

Fenomena si PSY - GANGNAM STYLE (ź°•ė‚ØģŠ¤ķƒ€ģ¼) M/V


Oppa Gangganam Style... Isk MV nih memang havoc sungguh sekarang ni. Glamornya mengalahkan MV mana-mana artis glemer lain. Justin Bieber pun kalah. Setakat masa yang saya ambik MV tu untuk dikongsikan kat sini dah sampai 110,814,971 yang saksikan MV nih dengan jumlah yang suka dan cuma 45,517 je yang tak suka. MV nih mula dipublishkan Jul 15, 2012. Baru je tapi dah catat penonton dengan jumlah yang tinggi. Hebat!


Mulanya saya memang tak berapa tahu pun pasal MV nih. Sampai le terbaca satu entry yang ceritakan pasal MV nih. Tapi lepas dengar tu tak le terbukak lagi hati untuk tengok kat youtube. Baik tulis blog heheh. Tapi bila bukak sana cerita pasal MV ni, bukak sini pun cerita lagi mula le hati nih nak tahu sangat. Apa yang best sangat nih. Oppa Gangnam Style? Ada cerita pasal geng-geng samseng tu ke? Lawan-lawan habis ke? Sebabnya ada yang kata tak elok tengok. Itu yang tambah pelik tu.


Kebetulan lak masa tertanya-tanya tuh satu ntri ada include MV nih kat ceritanya. Apa lagi tak lepaskan peluang terus saya tengok. Pasang speaker. Hehheh jauh meleset kauuuu. Mana ada geng samseng ke apa heheh. Funny MV adalah. Memang tersengeih-sengih sensorang tahan gelak. Kang kot terlepas gelak kang pelik lak orang dengor heheh.



Rentak tariannya simple je ala-ala penunggang kuda heheh tapi cukup geli hati dan lagunya pulak rancak memang menghiburkan. Penyanyinya Psy cukup comel dengan tubuh yang ala-ala tembam sikit tapi suaranya memang best. Dengan MV nih memang glamor dia dah. Seluruh pelosok dunia dah tengok. Siap ada yang ikut heheh. Siap ada Kampung Gangnam Style le hapa.


MVnya turut menampilkan artis Korea lain seperti pengacara terkemuka Korea, Yoo Jae Suk, pelawak Noh Hong Chul, anggota 4Minute, Hyuna serta dua anggota Big Bang, Daesung dan Seungri.


Macam saya cakap tadi menurut Utusan Online pula, berpuluh-puluh parodi yang meniru mahupun mempersendakan MV itu turut mendapat sambutan pelayar Internet di seluruh dunia. Bukan sahaja di Korea, video parodi turut dihasilkan peminat K-Pop antaranya di Amerika, Jerman dan Sepanyol. Video parodi Suasana Raya Gangnam Style yang dibuat oleh sebuah keluarga di Malaysia turut mencatat puluhan ribu kali tontonan. Berhantunya rentak tari dan lagu ini membuatkan ia turut mendapat perhatian artis antarabangsa yang sama ada memberikan komen mereka dalam akaun Twitter masing-masing seperti Robbie Williams dan Katy Perry bahkan ada yang membawakannya dalam konsert seperti dilakukan Nelly Furtado di Filipina.


Sejak dipasarkan pada 15 Julai lalu, lagu ini telah menjuarai carta Billboard Korea K-Pop Hot 100 dan Billboard YouTube Music Chart bahkan iTunes Music Video Chart mengatasi Justin Bieber (As Long as You Love Me) dan Katy Perry (Wide Awake). Ia merupakan pencapaian terbaik oleh artis Korea setakat ini.
Di Korea sahaja, ia mencatatkan 745,000 muat turun dalam minggu pertama dan kekal di tangga teratas dalam Gaon Single Chart untuk lima minggu. Hebat kan....


Jom layan MVnya....



Gaya tarian dan lagunya memang best buat masa exercise kat umah tak gitu. Mudah dan ringan je badan tengok heheh. Exercise dan nari dengan anak-anak hehehh... 

Jom buat step exercise heheh

Ni makna dalam lirik Oppa Gangnam Style tu yang saya dapat dari laman Abang Nara.... Jom bace..

Seorang gadis yang panas dan humanle pada siang hari
Seorang gadis bergaya yang tahu bagaimana untuk menikmati kebebasan secawan kopi
Seorang gadis yang hatinya semakin panas apabila malam datang
Seorang gadis dengan jenis yang piuh

Saya seorang lelaki
Seorang lelaki yang adalah seperti panas seperti anda pada siang hari
Seorang lelaki yang satu-tembakan kopinya sebelum ia juga menyejuk
Seorang lelaki yang hatinya pecah apabila malam datang
Itu jenis lelaki
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Sekarang mari kita pergi sehingga akhir
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam
Eh Sexy Lady, Oppa adalah gaya Gangnam
Eh-Sexy Lady oh oh oh oh
Seorang gadis yang kelihatan tenang tetapi memainkan apabila dia memainkan
Seorang gadis yang meletakkan rambutnya apabila masa yang sesuai datang
Seorang gadis yang meliputi dirinya tetapi adalah lebih seksi daripada seorang gadis yang bares semua
Seorang gadis sensable seperti itu
Saya seorang lelaki
Seorang lelaki yang kelihatan tenang tetapi memainkan apabila dia bermain
Seorang lelaki yang pergi sepenuhnya gila apabila datang masa yang sesuai
Seorang lelaki yang telah membonjol idea dan bukannya otot
Itu jenis lelaki
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Sekarang mari kita pergi sehingga akhir
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam
Eh Sexy Lady, Oppa adalah gaya Gangnam
Eh-Sexy Lady oh oh oh oh
Di atas lelaki berjalan adalah manusia terbang, bayi bayi
Saya seorang lelaki yang tahu satu perkara atau dua
Di atas lelaki berjalan adalah manusia terbang, bayi bayi
Saya seorang lelaki yang tahu satu perkara atau dua
Anda tahu apa yang saya cakapkan
Oppa adalah gaya Gangnam



Jom tengok lak Gangnam Style versi raya macam yang saya cakap tadi... Memang hebat anak cucu Tok Haroon ni. Nak buat MV macam ni satu family isk... Kena close sesangat family tu baru berjaya MV cam nih. Aduhai rindunya saya kat keturunan Haji K.S Mohammad ngan Hajah Yong Abdullah...  Kalau le kami dapat berkumpul cam nih bestnya.... Berkumpul je tak yah beroppa gangnam pun heheh. Tapi tu le ramai sangat payah gak le ak jadi kenyataan sebab dah bertebaran seluruh negara :) Diarang ni pun dah catat sampai 1,500,603 penonton sejak dipublish pada 24 Ogos tu hari. Yang suka orang manakala yang tak suka 931 orang. Buat pe nak dislike biar le tu family diarang punya aktiviti... Pada saya hebat dan terkenang family saya sendiri yang dah makin jauh.

Jom layan yang ni pulak kay...


Jumaat, 31 Ogos 2012

Merdeka: Lagu Negaraku




Lagu Negaraku pertama kali diperdengarkan kepada penduduk tanah melayu adalah diwaktu Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 yang dilakukan oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.


"Negaraku" (Jawi: Ł†Ś¬Ų§Ų±Ų§Ś©Łˆ) dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak yang berasal daripada Pulau MahĆ© di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Sultan Abdullah setelah Baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Lagu ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.


Lagu rasmi negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan" ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur. Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja. Lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan telah terpilih. Keputusan jemaah hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu.


Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'Negaraku' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.


Lagu Negaraku telah ditukar rentak kepada rentak yang lebih rancak oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. Lagu Negaraku berentak baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003.


Lagu Negaraku berentak baru itu dimainkan selepas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali. Lirik Negaraku berentak baru masih sama. Cuma permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan selepas itu, pergerakannya akan bertambah laju.




 
Sejarah

Pada tahun tahun 1956 semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Walau bagaimanapun, belum ada sebuah lagu kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara. Y.T.M. Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada ketika itu telah membuat ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan dicipta sebelum merdeka. Beliau mencadangkan agar diadakan satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan. Hasilnya sebanyak 514 buah lagu telah diterima dari seluruh dunia. Namun demikian tidak ada sebuah lagu dari 514 lagu yang dikemukakan yang dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan.


Jawatankuasa ini kemudian berpendapat satu cara lagi untuk memperolehi lagu kebangsaan yang baik ialah dengan menjemput beberapa penggubah lagu yang ternama untuk menciptanya. Dengan itu jawatankuasa ini membuat keputusan mempelawa beberapa penggubah lagu yang masyhur bertaraf antarabangsa untuk mencipta khas lagu kebangsaan ini. Mereka yang dijemput khas untuk menggubah lagu kebangsaan ini adalah terdiri daripada Benjamin Britten, Sir William Walton yang menggubah lagu perbarisan untuk permahkotaan Ratu Elizabeth II, penggubah opera Amerika Gian Carlo Menotti dan Zubir Said. Namun, hasil gubahan mereka juga ditolak.


Akhirnya Jawatankuasa ini membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu negeri yang sedia ada bagi mengenalpasti sama ada di antara lagu-lagu kebesaran negeri ini ada yang sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan negara. Setelah mendengar kesemua lagu negeri, Lagu Kebesaran Negeri Perak adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lagu kebangsaan negara.

Lagu ini telah popular di Mahe, Kepulauan Seychelles di mana bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan. Mengikut mereka lagu tersebut sangat popular di pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh Pancaragam Perancis yang biasanya memainkan pelbagai lagu dan membuat pertunjukkan konsert untuk orang ramai di pulau berkenaan. Adalah dipercayai melodi ini telah digubah oleh seorang ahli Muzik bangsa Perancis bernama Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857.


Lagu ini kemudiannya telah diperkenalkan oleh Bangsawan dari Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura. Dalam tempoh yang singkat lagu ini telah menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan. Walaupun lagu ini menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak namun ia dimainkan juga di majlis-majlis sebagai lagu hiburan. Pada masa itu lagu ini terus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak sehingga dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia dengan nama Negaraku. Selepas itu irama ini tidak lagi dijadikan sebagai lagu hiburan kerana dilarang.


Lirik
Rumi Jawi
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
selamat bertakhta.
Ł†Ś¬Ų§Ų±Ų§ŁƒŁˆ
تانه ŲŖŁˆŁ…Ś¤Ł‡Ś½ ŲÆŲ§Ų±Ł‡ŁƒŁˆ
رعيت Ł‡ŁŠŲÆŁˆŚ¤
برساتو دان Ł…Ų§Ų¬Łˆ
Ų±Ų­Ł…Ų© ŲØŁ‡Ų§Ś¬ŁŠŲ§
ŲŖŁˆŁ‡Ł† ŁƒŁˆŲ±Ł†ŁŠŲ§ŁƒŁ†
راج كيت
سلامت ŲØŲ±ŲŖŲ®ŲŖŲ§
Ų±Ų­Ł…Ų© ŲØŁ‡Ų§Ś¬ŁŠŲ§
ŲŖŁˆŁ‡Ł† ŁƒŁˆŲ±Ł†ŁŠŲ§ŁƒŁ†
راج كيت
سلامت ŲØŲ±ŲŖŲ®ŲŖŲ§

Lagu Negaraku dalam rentak baru kurang popular. Malah ada yang menyamakan tempo lagu baru seperti lagu sirkus. Pada Julai 2003 akhbar Malaysia menyatakan bahawa lagu Negaraku akan ditukar sekali lagi dan liriknya akan ditukar dari Negaraku kepada Malaysiaku. Terdapat bantahan ramai dan pertukaran nama dibatalkan, tetapi lagu Negaraku diubah dan dikembalikan kepada tempo pra-1992 oleh pengubah Wah Idris.

Khamis, 30 Ogos 2012

Merdeka: Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!




Salam Merdeka semua!!


Sedar tak sedar dah 56 tahun kita merdeka ye. Alhamdulillah Malaysia semakin maju bersama peningkatan usia kemerdekaannya. Moga keharmonian dan kesejahteraan yang kita miliki sekarang akan terus berkekalan diwarisi oleh anak cucu kita kelak.


Sedikit flash back peristiwa silam yang pernah terjadi pada negara kita yang tercinta sebelum kemerdekaan kay...


Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial.


Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui pelabuhan di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisiran pantai seawal abad ke2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke10 adalah merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.


Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masehi dan Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu.


Zaman Penjajahan


Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.


Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang berada di bawah kuasa Thai.


Di Broneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu.


Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.


Beberapa Peristiwa Sebelum Kemerdekaan


1. Perang Tanah Melayu (1941-1942)

Sebuah pesawat PBY Catalina RAF dalam misi tinjauan ditembak jatuh oleh Tentera Jepun, dengan jelas menyatakan hasrat Jepun untuk berperang

2. Pembunuhan beramai-ramai Parit Sulong berlaku pada 23 Januari 1942 yang dilakukan oleh anggota Division Pengawal Imperial (Imperial Guards Division) dari Tentera Imperial Jepun terhadap tentera berikat semasa penaklukan Tanah Melayu ketika Perang Dunia II. Beberapa hari sebelumnya, tentera Berikat telah menyerang hendap tentera Jepun berhampiran Gemas dan meletupkan jambatan di situ dalam pertempuran Jambatan Gemencheh.


Tahanan perang yang cedera itu ditendang dan dihentak dengan buntut senapang oleh Pengawal Imperial. Mereka yang tercedera ditahan dalam bangunan kayu. Mereka kemudian dikumpulkan dan diperiksa oleh Chief of Staff Lt. Gen. Nishimura Takuma, General Officer Commanding, Division Pengawal Imperial yang memberikan arahan untuk "menghapuskan" tahanan yang tercedera.

Pada petang 22 Januari 1942, mereka diperintahkan untuk berkumpul di belakang baris kedai yang rosak berdekatan. Mereka yang tercedera dipapah oleh mereka yang mampu berjalan, setelah dijanjikan rawatan perubatan dan makanan. Sementara menunggu ditempat perkumpulan, samaada duduk atau terbaring lemah, tiga mesingan, tersorok di bilik belakang mulai menembak, mengsasarkan tahanan tersebut. Sejumlah tahanan yang masih hidup di tikam dengan bayonet. Selepas itu baris rumah kedai tersebut dirobohkan dan mayat tahan diletakkan di atasnya. Enam puluh galon minyak dituang diatas timbunan itu dan api dihidupkan. Menjelang tengah malam, timbunan kayu dan mayat membentuk abu setinggi dua kaki sebelum diisikan ke dalam lubang bom dijalan berhampiran. Rekod rasmi menunjukkan seramai 150 orang yang tercedera dibunuh. Hanya tiga orang tentera Australia terselamat dan dua daripadanya masih hidup sehingga tamat perang. Dua tentera Australia yang tercedera dan sempat melarikan diri dari pembunuhan beramai-ramai itu dan menjadi saksi mengenai layanan Jepun terhadap tahanan perang.

3. Kawat Maut Sandakan adalah kejadian paling buruk diketahui dalam siri kejadian yang mengakibatkan kematian sehingga 6,000 orang awam hamba kerahan Indonesia dan tahanan perang pihak Berikat, yang ditahan oleh Empayar Jepun semasa Perang Pasifik semasa Perang Dunia II, di kem penjara di Borneo Utara. Dari keseluruhan tahanan yang ditawan di kem tersebut semasa perbarisan, hanya 6 yang diketahui terselamat selepas perperangan.

24 Oktober 1945. Kem tahanan perang Sandakan. Beberapa bulan selepas ia ditinggalkan dan dimusnahkan oleh tentera Jepun, tidak banyak yang tinggal di kem yang dibakar itu. Dalam kawasan halaman No. 1 (gambar) kubur mengandungi mayat 300 tahanan Australia dan British dijumpai. Mereka dipercayai tahanan yang tinggal di kem selepas siri kawad kedua ke Ranau. Setiap kubur mengandungi beberapa mayat, dalam sesetengah kes sehingga 10 mayat. (Jurugambar: Frank Burke.)


Peristiwa Semasa Peralihan Malaysia



1. Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 di King's House (Carcosa Seri Negara) selepas Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya.

Rancangan Malayan Union yang akan melibatkan Negeri-Negeri Selat, tetapi tidak termasuk Singapura, akan terdiri daripada Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang diketuai oleh seorang Gabenor British. Sultan-sultan Melayu masih akan mengekalkan kedudukan masing-masing tetapi dalam bidang kuasa yang sangat terhad, iaitu berkaitan tentang agama Islam dan adat Istiadat orang Melayu sahaja. Sebaliknya pihak British akan terus memerintah melalui sebuah majlis penasihat yang diluluskan oleh gabenor Malayan Union. Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset negeri-negeri Melayu, kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan harta peribadi sultan-sultan. Di Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai sultan, Pesuruhjaya Residen akan menjadi ketua pentadbiran. Beliau diberi banyak kuasa dan hanya bertanggungjawab kepada Gabenor. Ini sekaligus menunjukan kedaulatan British di Tanah Melayu. Di mana pihak British bertindak mengawal semua perkara mengenai Tanah Melayu. Dan mereka lebih berkuasa berbanding sebelum pendudukan Jepun.

Skim Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurang-kurang 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Semua warganegara Malayan Union yang baru itu akan mempunyai hak-hak yang sama, termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam. Akhir sekali, kewarganegaran Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi kaum dan kepercayaan atau pun turut dikenali sebagai 'jus soli'.

Bertentangan dengan jangkaan British, penduduk Melayu, yang biasanya bersikap lemah lembut dan sering boleh di arah untuk melakukan itu dan ini telah bangun bersama-sama untuk membantah skim yang baru itu. Komuniti Cina dan India juga tidak ghairah dan telah mengkritik sesetengah peruntukan yang terdapat di dalam kertas putih Malayan Union. Malayan Union dibubarkan secara rasmi pada 21 Januari 1948.


2. Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah persekutuan 11 negeri di Tanah Melayu. Ia dibentuk pada 31 Januari 1948 oleh sembilan Negeri-Negeri Melayu dan dua penempatan British Pulau Pinang dan Melaka.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King House dan diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British . Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana ia memansuhkan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah dikembalikan.

Dalam Perjanjian Persekutuan ini, walaupun negeri-negeri Melayu menjadi negeri naungan British, Pulau Pinang dan Melaka kekal menjadi tanah jajahan. Seperti Malayan Union, persekutuan ini tidak dianggotai Singapura, yang sebelum ini dianggap sebagai sebahagian dari Malaya.


3. Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 hingga tahun 1960. Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik yang sedang berlaku antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerahkalahan Jepun pada tahun 1945 sehingga penandatanganan perjanjian damai antara komunis dengan kerajaan Malaysia pada Disember 1989.

4. Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru. Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.





5. Rundingan Damai Baling merupakan perundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Rundingan ini diadakan di Baling English School (sekarang Sekolah Kebangsaan Tunku Putra) di Baling, Kedah Darul Aman, Malaysia pada 28 dan 29 Disember 1955.

Proses rundingan di Baling itu boleh dianggap sebagai antara usaha terakhir Kerajaan Perikatan menyakinkan pihak British bahawa rakyat tempatan layak memerintah dan bersedia untuk menuntut kemerdekaan. Selepas beberapa hari pertemuan bersejarah itu berlangsung, Tunku terus berangkat ke London untuk meneruskan rundingan kemerdekaan dengan British.


Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957


Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut.

Malam Merdeka

Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman

Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.


Upacara Pengisytiharan

Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.

Adikung Duke membawa watikah perlembagaan yang menyatakan pengunduran daripada perlindungan British terhadap negeri-negeri Melayu dan kedaulatan terhadap Pulau Pinang dan Melaka. Raja-raja Melayu mula melangkah ke pentas dan Duke mengambil tempat di depan pentas sambil menerima hormat diraja sambil diiringi oleh Sir Donald MacGillivray. Ketika itu merupakan kali terakhir satu-satu upacara negara menyanyikan lagi kebangsaan British di Persekutuan Tanah Melayu. Kemudian, baginda Duke membacakan perutusan daripada baginda Ratu Elizabeth II akan pernyataan baginda yang mengalukan kemasukan Persekutuan ke dalam Komanwel dan mendoakan kejayaan negara ini.



Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bangun dari tempat duduknya dan menerima watikah perlembagaan sebagai lambang penyerahan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Duke mengambil tempat duduk dan Tunku mulakan ucapannya dalam bahasa Inggeris. Setelah Tunku mengucapkan penghargaan kepada Great Britain akan pertolongan untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula membaca teks "Pengisytiharan Kemerdekaan".

Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan oleh tokoh agama Islam iaitu Datuk Hassan Azhari sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru dimana Islam, merupakan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan tembakan meriam seratus satu das.

Dengan bunyi nobat nafiri, Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Duke of Gloucester, berangkat pergi dari pentas diikiuti oleh pemerintah Melayu yang lain, Perdana Menteri dan Sir Donald MacGillivray. Kemudian, Doa Selamat dibacakan bagi memohon keberkatan dan keredhaan Allah terhadap sebuah negara yang baru dilahirkan.



Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari itu juga Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray dan isterinya telah meninggalkan negara ini dan pulang ke England.


Salam Merdeka :)
Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 (c. 60)

Yang di-Pertuan Agong Pertama Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dibawa menyaksikan perbarisan ketika Hari Kebangsaan Tanah Melayu 1958


Sumber: wikipedia.org/wiki/Pengisytiharan_Kemerdekaan_Tanah_Melayu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...