Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Apam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apam. Papar semua catatan

Khamis, 4 Oktober 2012

Apam Balik Pulut Hitam Berkelapa.. Marvellous!


Assalamualaikum.


Ha tu hari masa tulis resepi Apam Balik saya skodeng resepi Apam balik pulut hitam berkelapa pula sebab saya ada cita kan yang saya teringin sangat nak cuba. Ramai orang cakap marvelous sangat rasanya. Skodeng sana skodeng sini sampai saya kat rumah Rhuzzanna di Aneka Cipta. Ha... dapat pun. Siap dia kongsi 2 jenis resepi lagi. Satu yang biasa satu lagi yang berinti pulut hitam dengan kelapa pulak. So cecepat saya salin dan simpan. Nekad yang saya akan buat versi ni pulak nanti.


Alhamdulillah.. Akhirnya hajat tu tercapai ler juga. Saya ambil kesempatan masa buatkan bubur pulut hitam buat Mr Hb. Sebelum masak bubur pulut hitamnya saya cilok sikit untuk saya buatkan apam balik ni. Heheh... Sikit je tak de hal punya heheh. Bahan-bahan utamanya sama macam apam balik biasa. Cuma intinya je tukar kepada pulut hitam bersama kelapa. Jom tengok resepinya. Resepi Bubur Pulut Hitam sok-sok saya kongsi kay :)


APAM BALIK PULUT HITAM BERKELAPA

By: Rhuzzanna, Aneka Cipta


Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil soda bicarbonate
  • 1 sudu kecil pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu kecil baking powder
Bahan tabur
  • 1 cawan pulut hitam yang sudah dimasak
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • 1/2 cawan gula 

Caranya

1. Mula-mula sediakan bahan intinya yer. Caranya pulut hitam yang sudah lembut dimasak ditapis lebihan airnya setelah sejuk. Lalu dicampur dengan kelapa parut putih dan gaul juga bersama gula pasir. Bagi rata yer. Ketepikan sebentar.

2. Untuk kulitnya pula, kisar gula bersama telur hingga kembang.

2. Masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning. Kisar lagi hingga sebati.

3. Masukkan tepung dan kisar lagi hingga ianya tidak bergentel.

4. Ambil satu senduk dan tuangkan pada pan yang telah disapu nipis minyak. Ratakan keseluruh pan. Minyak tu kena sapu rata-rata. Kang melekat pulak. Tutup kuali sebentar.


5. Apabila aduanan dah masak, letakkan pulut kelapa tadi ke atasnya lantas dilipat 2 dan dipotong maka siap la untuk dihidangkan.


Sabtu, 1 September 2012

Resepi Hebat: Apam Balik.... Masa balik kampung makan sedap nih :)


Bismillahirrahmanirrahim


Semalam letih dah cerita pasal kemerdekaan Malaysia kan. Panjang lebar cetanya sampai kena buat 3 chapter... Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!, Lagu Negaraku dan Watikah Permasyuran Kemerdekaan Tanah Melayu. Saja le nak berkongsi.. Tambah pengetahuan am. Harap-harap lepas ni anak-anak pulak baca untuk pengetahuan diarang lak. Maaf le panjang lebar tapi itu sejarah kita yang wajar rasanya kita semua ketahui untuk tanamkan rasa cinta yang mendalam kita terhadap negara, agama dan bangsa kita yang satu nih.


Lepas tulis ceta kemerdekaan yang panjang lebar tu rasa lapar le pulak... Jom ke dapur pulak kita yer :) Kali ni saya nak buat Apam Balik. Bahan-bahan sumer dah ada jadi senang le sikit kerja. Memang apam balik ni manis sikit tapi saya sekarang dah kurang ambil gula jadi sesekali tak salah ler kan heheh. Alah dah terbiasa kurang manis kalau masak apam balik ni pun harus sikit je letaknya. Ala-ala ada je ikut syarat heheh. Kang kot tak letak pelik pulak jadinya kan.. Apam apa pulak jadinya tu? Bahan-bahan lain yang agak mudarat tu kita kurangkan tapi yang agak-agak elok banyak kan ok tak petua saya lak hehhe...


Apam balik ni biasanya merupakan juadah yang hanya kita dapat beli kalau ada pasar malam. Pada saya pulak kalau ke Taiping, juadah ni akan dibeli di gerai berdekatan dengan Stesyen Bas Taiping. Pada orang-orang Taiping yang pernah naik bas sure tahu punya. Dah tua-tua camni pun masih tak lupa Apam Balik Stesyen Bas Taiping. Masa mengandungkan anak sulung, Afif Khadyeeja kot terasa mengidamkan nak makan apam balik pun kat situ ler saya cari apam balik walaupun kat tempat lain pun ada jual. Tah ler feelingnya lain sikit.



Tapi sekarang kalau nak makan apam balik kalau ada kerajinan saya akan buatkannya sendiri. Bukan apa nak letak semua bahan lebih pun tak der sapa nak marah heheh. Siap beli pan khas yang tak lekat untuk masak apam balik ni. Bukan apa kot melekat hancus ler apam baliknya.


Apam balik ni ada 2 versi. Satu tebal manakala satu lagi tu nipis je. Tapi yang nipis ni dah makin nipis orang jual. Masa panas sedap ler crispy je makan. Tapi kala dah sejuk mak ai liat ler sangat. Itu yang tak bestnya. Tapi pilihan saya tetap yang tebal. Baru terasa sikit masa mengunyahnya. Makan pulak panas-panas... Isk tak hengat beb. Jom lah kita tengok resepinya. Tak ingat ler pulak mana saya ambil sebab saya ni jelajah merata gak kalau nak cari satu-satu resepi heheh.


APAM BALIK



Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil soda bicarbonate
  • 1 sudu kecil pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu kecil baking powder
Bahan tabur
  • 1 cawan kacang tanah - sangai, buang kulit dan kisar halus
  • 1 tin jagung
  • 1 cawan gula
  • Sedikit mentega/margarine


Caranya

1. Kisar gula bersama telur hingga kembang.

2. Masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning. Kisar lagi hingga sebati.

3. Masukkan tepung dan kisar lagi hingga ianya tidak bergentel.

4. Ambil satu senduk dan tuangkan pada pan yang telah disapu nipis minyak. Ratakan keseluruh pan. Minyak tu kena sapu rata-rata. Kang melekat pulak. Tutup kuali sebentar.


Bila le nak dapat pan macam ni heheh

5. Apabila aduanan dah setengah masak, taburkan bahan taburan tadi. Mentega tu ambil sikit jer tau ala-ala kelepuk sikit sana sikit sini dah ler. Masak hingga kekuningan dan terus lipat 2 setelah masak.


Lepas lipat terus sapu margarine kat atasnya yer bagi berkilat sikit baru cun


* Ada gak yang rajin nak nak buat kelainanan diletakkan coklat didalamnya. Sedap gak yang ni tapi yang masih saya tak dapat cuba dari dulu hingga sekarang apam balik pulut hitam. Teringin sangat nak cari resepinya. Kata orang sedap sangat. Dulu masa tinggal di Kampung Baru KL tak pernah berpeluang try sebab tiap kali lalu gerai yang jual apam balik jenis ni yang kat depan Masjid Kampung Baru tu sure dah habis katanya. Isk geram sungguh. Saya dah jumpa satu kat rumah Rhuzzana dari Aneka Cipta. Ingat-ingat kot rajin nanti leh try buat ler jenis ni pulak.

Apam balik coklat

Apam balik pulut hitam berkelapa

Apam balik sekaya

Selasa, 24 Julai 2012

Apam Marmar / Apam Indon


Assalamualaikum..


Saya ni suka sangat belek My Resepi kalau bukak internet ni. Skodeng mana-mana resepi yang best yang ada kat situ. Kalau tengok tu ha... Tangan ni memang sedia dengan pen dan kertas le sebab nak salin. Walau kesempatan membuatnya jarang menjelma tapi bab menyalin memang wajib hihi.


Yang paling best kat situ banyak resepi yang boleh dicuba dan Insyaallah menjadi. Buat yang pertama kali mencuba macam saya, pastinya column comment kawan-kawan yang pernah cuba tu yang dilihat sama. Kat situ pun kaau rajin scroll ke bawah baca banyak soalan dan jawapan yang boleh kita rujuk untuk masak hidangan yang kita tengok tu.




Di situ, salah seorang yang glamer dengan resepi yang best adalah abang Mat Gebu selain daripada Kak Fida dan lain-lain. Banyak hidangannya yang dikongsikan. Selain itu saya juga rajin melawat laman blognya Dapur Tanpa Sempadan tu selain jadi rakannya di FB. Koleksi gambarnya memang menarik mata ni menjamu selera hidangan yang disediakan. Walau tak dapat menjamah dapat pandang pun dah cukup puas.


Salah satu hidangan yang menarik minat saya untuk mencuba adalah Apam Marmar yang dikatakan resepi dari Indonesia. Dengan rupanya yang amat menarik, memang tak sabar nak cuba. Tengok pula kawan-kawan lain yang dah cuba menjadi semuanya lagi ler tak tahan diri. Siap dengan gambar step by step memang mudah le nak rujuk.


Tu hari bila ada kesempatan saya pun cuba ler buat. Alhamdulillah menjadi walaupun pertama kali mencubanya. Memang gebu dan lembut sangat. Manisnya pun cukup-cukup je. So sesuai sangat dengan tekak saya ni. Makan pulak panas-panas bersama teh o memang masyuk habis. Nyum nyum nyum....


Tapi ni dalam bulan Ramadhan ni, kena tunggu berbuka ler kot nak rasa. Tapi dah tahu dah rasanya yang memang sedap dan gebu gebas so tak risau ler nak buat untuk buat buah tangan masa berbuka kat rumah mak nanti.



~APAM MARMAR~

Khas dari Indonesia

By: Mat Gebu @ Myresepi.com


Bahan untuk tin berukuran 10 inci:
  • 250g tepung berserbuk penaik
  • 200ml santan
  • 200g gula halus
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 1 sudu besar ovalett
  • Secubit garam
  • 2 jenis pewarna yang digemari

Caranya:

1.  Satukan semua bahan dalam mangkuk adunan kecuali pewarna.

2.  Pukul dengan speed perlahan sehingga bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.

3.  Bahagikan kepada 3 bahagian. Satu biarkan kosong dan dua lagi warnakan ikut 2 warna berlainan.

4.  Dalam tin yang telah dileserkan dengan mentega, bubuh warna berselang-seli diikuti bahagian yang tanpa warna pada bahagian atasnya.

5.  Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebanyak 1-2 kali. Kukus atas air mendidih selama 45 minit.

6.  Angkat dan keluarkan dari acuan setelah masak. Biar sejuk baru dipotong.


Tapi tu la apsal yer saya punya atas tu jadi macam gambar kat bawah ni? Kalau ada kawan-kawan tahu boleh tak tolong ceritakan sebabnya? Saya dah cover dengan kain dah tudungnya tapi masih jadi tinggi rendah permukaannya. Pening pening pikir apsal...

Alhamdulillah walau tinggi rendah hasilnya memang best. Dah beberapa kali saya buatnya untuk hidangan sekeluarga dan kalau ada majlis apa-apa. Tapi tu ler... Tak puas hati kat tinggi rendah tu huhu... TOLONGGGGGGG

Ahad, 13 Mei 2012

Apam Polkadot lah lagi


Assalamualaikum :)


Dah 2 hari tak menulis kat sini. Banyak program dalam 2 hari ni. Hari Jumaat tu hari lepas ke pejabat Mara, sebelah petang hingga ke malam jalankan program masak memasak. Mak order Apam Polkadot yang memang sinonim dengan saya untuk kenduri hari Sabtu. Pastu buat Jelly Oren sama. Resepi Jelly Oren nanti saya sharekan kay.



Hari ni nak kongsi lagi sekali resepi Apam Polkadot boleh? Boleh lah yea... Sebenarnya saya nak kongsi ni sebab tu hari Ira sepupu Mr Hb ada request resepinya. Tengok dia ada bukak internet so saya cakap le cari kat blog asamgaram2puteri ni. Promosi blog tu heheh....

Buah manggis, buah strawberry dan bola askar hehhe

Tapi bila balik rumah terpikir pulak dia jumpa ke resepi ni risau pulak sebab tu hari ada le dah kongsi kat sini tapi kang dia cari tak jumpa pula. Dah le nama kuihnya saya tak cakap. Naya sungguh karang. So saya kongsi le resepinya sekali lagi kay.


Sebenarnya Apam Polkadot ni dah jadi macam trademark gift saya pada family dah. Memang peberet semua ahli keluarga. Cuma rupa je berubah-rubah. Jab dot-dot. Jab serangga. Jab-jab buahan. Jab-jab alphabetical apam dan yang terbaru angry bird permintaan Izaz semperna birthday dia tu hari. Nanti saya kongsi cara-cara nak buat semua-semua bentuk tu kay.


Sure ada kawan-kawan yang dah kongsi bentuk-bentuk yang boleh dibuat dengan adunan apam ni tapi saya pun teringin gak nak kongsi kat blog ni. Cuma kesempatan tak de... Insyaallah next time. Biar lambat asal selamat heheh...


Buat Ira... Ni resepinya dear...

Dibo the gift dragon

APAM POLKADOT


Bahan-bahan:
  • 3 biji telur sejuk - dari peti ais. Kalau tak simpan pun ok tapi dari peti sejuk jadikan apam lebih lembut
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalett
  • Filling - blueberry / strawberry @ apa-apa ikut citarasa. Filling tu biar jenis keras sikit kot tak laju je jatuh ke bawah. Kalau guna jem masak dulu tambah 1 sudu besar tepung jagung bersama sedikit air. Masak sampai boleh bergentel
  • Pewarna & perisa

Caranya: 

1.  Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang. Saya selalunya pukul gula, telur dan ovalett dulu. Nampak kembang dan berbuih ok le tu. Masukkan perisa yang disukai bagi hilang bau telur tu. Lepas tu baru masukkan tepung selang seli dengan susu. Tepung bahagi kepada 3 bahagian susu 2 bahagian. Tepung dulu baru susu...Selang seli bagi tepung jadi yang pertama dan yang akhir masuk dalam adunan.


2.  Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna. Satu adunan maksimum paling sesuai 3 je tau. Kang lari tempo susah :)


3.  Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih.


4.  Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas yang diisi dalam acuan lompang.


5.  Letakkan filling secukupnya. Guna le apa yang dirasakan selesa..Tangan ke sudu ke. Lagi satu biasanya waktu ni baru saya panaskan pengukus. Tak le lama sangat nak tunggu nanti. Jangan lupa api sederhana. Kalau dapur kat rumah ni butang dapur tu, dekat yang last dah pusingnya.


6.  Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh. Kemudian part yang thrill sekali, dot-dotkan dengan warna pilihan.


7.  Kukus dalam 15 minit je tau. Kukus 1 minit pertama biar api kuat sikit. Lepas tu minit yang lain tu biar slow balik seperti asal. Ini supaya fillingnya tak jatuh tertiarap ke bawah heheh. Jadi masa koyak nak makan tu nampak molek je ditengah.


So Ira... harap-harap Ira faham le kay. Nak buat corak pun ok kat atasnya such as Angry Bird, Ladybird, Kumbang, Bee, Manggis, Durian, Strawberry etc. Nanti leh hadiahkan semperna Hari Guru. Nak lagi cantik bungkuskan dalam bekas kecil-kecil 3 biji each. Sure cute sangat. Kot nak jual pun ok dapat gak tambahan buat belanja sekolah. Dah pandai nanti balik kampung bawa le untuk kami merasanya heheh.... Pengeras tu.


Insect in my garden...bee, ladybird dan kumbang hitam

Jumaat, 10 Jun 2011

APAM MEKAR / Bahulu Senyum


apa pun nama mu tetap pujaan hatiku :)


"Salam berbahagia semua uolls yang baca celoteh saya kali nih....hari ini hari Khamis bersamaan10/6/2011. Bersama lagi kita di udara dengan lagi resepi yang telah dicuba & menjadi..." hehehe berangan jadi dj blog yang merangkap chef jab (kan per rasa bowing ler pulak tak pandai ndak berkata apa-apa sebagai pembuka bicarakan).



Resepi nih saya cuba untuk kali pertamanya hari Khamis minggu lepas satu hari dengan buat Muffin Pandan & Cup Cake Kacang Tanah Moist Bersalju tuh.

Masa ada tempahan tuh hari dengan selambanya saya beranikan diri cakap kat jiran "Ok saya akan buat Apam Mekar pulak sebab kasi lain sikit tuh hari kak XXXX ada amik order Apam Polkadot. Kasi ler lain sikit nak???" Walhal mana pernah buat pun. Main percaya jer kat resepi sebab saya yakin kawan-kawan kat KR (Kongsi Resepi) & MyR akan bagi resepi yang betul-betul ikhlas punya (tak ingat saya jumpa aininaufal tuh kat mana). Si jiran tuh pun kata ok jer janji cantik & sedap. Sebab dia ndak bawa untuk majlis cukur rambut anak sedara dia.

Percubaan pertama telah dijalankan pada jam 7.45 malam lepas solat Maghrib (minta doa mudah-mudahan jadi ler apam nih). Bahan-bahan semua disusun aturkan petang tadi siap-siap lepas selesai buat muffin. Kan per takut tercicir pulak karang dah ndak cepat. Biasa ler mak nih dah tue karat sikit dah ingatan nih huhuhu. Karang ada lak yang tercicior kang.

Lepas bahan2 siap dipukul2 dengan 'Abang Ender' ku sayang...akhirnya keluar ler hasil adunan yang mendebarkan jiwa. "Ehhhh apsal pekat sangat nih?? Apam polkadot cair jer. Camne dia ndak mekar nanti???" Tertanya sendirian sambil menyalahkan diri sebab main ambil order je tapi tak cuba dulu. Parah..parah.



Hati dah risau dup dap dup dap, tapi dek kerana adunan dah disediakan masak gak ler cuba dulu tengok keputusannya kan. Bacaan Bismillahirrahmannirrahim & selawat panjang mengiringi apam tuh masuk ker dalam perut 'Kak Kus' (memang ler baca selama nih tapi yang nih lebih sikit heheh). Penantian 15 minit rasa lama walaupun tumpuan diberikan untuk memasukkan adunan selebihnya.

'Tingggg' bunyi 'Abang Saat' lak memberi tanda dah siap. Fuhhhhh moga menjadi ler hendaknya. Selepas bacaan Bismillah & selawat sekali lagi baru dibuka topi 'Kak Kus'. Alhamdulillah cantiknya....menggebu gebu. Siap buat announcement kat Mr Hb cakap dah jadi & sempat gak bertanya bangga tak dia dapat isteri pandai masak (mengaku dahhh). Bangga rasanya hehehhe.

Nih kalau sesapa ndak cuba resepi nih leh ler ambik resepi sipi di bawah yer..insyaallah senang jer buat tapi kena tekun ler walau tak ler teruk sangat tahap ketekunannya berbanding apam polkadot tuh. Tapi kot ndak order pun boleh...tempahan sebarang majlis (untuk lain-lain produk pun ok saya terima eg DODOL NENEK- harga boleh bincang heheeh - promo jab)

*********************************************


APAM MEKAR/Bahulu Senyum

By: aininaufal (thanks to you dear)


Bahannya :
  • 1 cawan gula halus
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu besar ovelette
  • 2 biji telur yang disejukkan
  • 3/4 cawan susu segar (saya guna susu cair jer sbb yang nih je ada stoknya)
  • 1 1/2 sudu teh essence vanilla
  • Perasa & Pewarna yang digemari (suggestion 1 sudu besar coklat emulco (kalau tak de buat sendiri dengan combined kan pewarna & perisa coklat), 1 sudu besar pes strawberry & 1 bahagian lagi biar plain - kalau ndak taruk color lain pun ikut suka ar)

Caranya :
  1. Campur semua bahan & pukul dengan kelajuan maksima sampai adunan putih
  2. Bahagikan kepada 3 bahagian & diwarna + perisakan ikut suka (boleh follow suggestion warna & perisa kat atas)
  3. Isi dalam cawan kertas & kukus api yang kuat selama 15 minit
  4. Selepas 15 minit lihat hasilnya...taraaaa hehehe

*kalau suka leh ler letak inti saya tak buat pun bagi ler sikit beza dengan apam-lain lain kan hehehh. tapi kot versi besar leh kot letak, baru terasa sikit makan (pandangan saya jer).

Rabu, 18 Mei 2011

Resepi Enak: APAM POLKADOT- yeeeeha!!

Akhirnya...kini jadi gak apam dot dot ku heheh. Bangga lak walaupun huru hara gi rupanya heheh. Kali ke 3 buat baru sempat snap gambar kot tak snap dalam perut jer heheh. Resepi yang best diambil dari kawan-kawan di Kongsi Resepi...tq all.

Bangga dapat jadikan juadah sempena joined birthay party Afif Khadyeeja Hairol & Izaz Rashyeeda Hairol. Ramai yang puji sedap walaupun fillingnya masih lari ke sana sini hihihi.


APAM POLKADOT


Bahan-bahan:
  • 3 biji telur sejuk - dari peti ais
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalett
  • Filling - blueberry / strawberry @ apa-apa ikut citarasa
  • Pewarna

Caranya: 
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
  6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh. Kemudian part yang thrill sekali, dot-dotkan dengan warna pilihan...  

**Cara sendiri yang saya follow ajaran sifu-sifu KR nih - pukul telur, gula dan ovalett. Pukul sampai nampak berbuih. Last tepung yang telah diayak dengan baking powder selang seli dengan susu.


*********************************************

 

INTI APAM POLKADOT (FILLING) 


Bahan-bahan:
  • 250ml susu sejat
  • 180ml air suam
  • 125g gula halus/kastor
  • 60g mentega
  • 60g serbuk koko
  • 40g tepung jagung
  • 1 sudu kecil essen vanilla

Caranya:
  1.  Campur sus, serbuk koko, tepung jagung & kacau.
  2. Tapis dalam bekas berisi gula.
  3. Kacu hingga pekat diatas api sederhana.
  4. Campur mentega & essen vanilla. Kacau sebati & sejukkan.
·     

Terkial gak ler membuatnya tapi bila dah jadi rasa puas hati sangat-sangat tambahan pula princess yang cerewet pun makan bertambah..Alhamdulillah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...