Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Birthday Wishes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Birthday Wishes. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Ogos 2013

27th July, it's our anniversary! Moga Allah terus redhai kami selamanya

Salam Ramadhan semua.


Dah buat preparation untuk sambutan raya nanti? Sure banyak kuih muih yang akan terhidang di atas meja kelak :).


Saya ada le sikit. Tak der le banyak mana sangat kuih muih yang akan dihidangkan tapi cukup le untuk dijamu pada tetamu kelak Insyaallah. Ada kuih tunjuk ada le sikit buat sendiri. Nak prepare banyak sangat pun tak mampu. Masa memang suntuk sangat. Nak pulak banyak yang berlaku memang bila ada masa tu rasa malehhh je nak buat benda lain dah. Rasa nak rehat jer.


Kesihatan anak dan Mr Hb pun tak berapa nak baik jadi memang tak best sangat rasanya kali nih. Afif lepas lega sikit dari lelah dah diserang dek keracunan makanan pulak. Allah Hu Akhbar. Tu le masak tak mau makan, minta burger. Bila beli burger yang tak elok pulak rupanya. Izaz dan Mr Hb pun kena. Mr Hb tu kena gak sebab jadi tukang habiskan bahagian anak-anak yang tak habis. Konon tak nak membazir. Last-last naya diri.


Syukur Afif dan Izaz dah ok tapi Mr Hb masih ko. Tapi kalau nak ikut tempohari Afif yang paling teruk. Sian sangat tengok dia. Izaz kena malamnya pulak. Mr Hb kena hari ni. Bergilir-gilir le pulak tapi sib baik le juga leh le tumpuan pada sorang-sorang tu tip top heheh.


Tapi apa pun redha saja. Allah lebih tahu segalanya. Penyucian dosa mungkin heheh...


Bila keadaan sibuk mendadak dalam 2 minggu nih tak sedar yang 2 Puteri dah sambut tahun ke 3 penubuhan syarikat. Alhamdulillah... Tak sangka kami mampu bertahan sehingga kini.


Yer la.. Mana nak sangkanya kalau penuh dugaan, pancaroba (ewahhh) dan cerita yang berlaku sepanjang kami mengusahakan Produk 2 Puteri nih. Syukur semuanya kami mampu tempuh walaupun payah. Banyak gak pengorbanan yang kami lakukan untuk pastikan syarikat ini berjaya. Moga-moga hari-hari dalam tahun mendatang akan lebih baik untuk kami dan peniagaan ini semakin berkembang, Insyaallah.


Seiring dengan kejayaan kami bertahan sehingga kini, Insyaallah kami akan pastikan Produk 2 Puteri turut memberikan yang terbaik buat pengguna semua. Kualiti dan rasanya akan kami pastikan yang terbaik supaya berbaloi dengan wang yang anda!


Terima kasih buat pengguna semua yang menyokong kami selama ini. Doakan kejayaan kami. Terima kasih sekali lagi :)



"Ya Allah, doa dan harapan kami untuk kejayaan dan pengembangan pesat Syarikat RM Ninetysixbillion Enterprise akan terlaksana. Besarlah harapan kami ianya terrealisasi dalam tempoh yang cepat. Kami telah banyak berkorban untuk kejayaan ini dalam menghasilkan produk yang halal buat pengguna. Moga niat dan usaha kami yang baik ini diredhai Mu, Ya Allah. Moga Produk 2 Puteri mendapat tempat dihati pengguna dan semakin laris hendaknya, Aaamiin...."



Sabtu, 18 Mei 2013

Happy Birthday Afif Khadyeeja Hairol yang ke7 tahun




Selamat Hari Lahir buat anakku sayang, Afif Khadyeeja Hairol yang ke 7 tahun. Syukur Alhamdulillah selama 7 tahun Afif telah hadir bersama adik dan membahagiakan ibu dan ayah. Terima kasih sayang.


Ibu dan ayah sentiasa doakan agar Afif menjadi anak solehah yang berjaya dunia akhirat & hidup dalam kecemerlangan, kegemilangan dan jadilah insan yang terbilang Insyaallah. Ibu dan ayah akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak kami dan moga Allah berkati hasrat kami untuk memberi yang terbaik untuk kalian, Insyaallah.




Semoga terus berjaya dan jadi anak yang terbaik yang Afif mampu. Ibu ayah tak minta lebih cuma apa yang kami pinta ialah Afif pilih jalan terbaik supaya hidupmu tergolong dalam golongan insan-insan hebat yang berjaya di dunia dan akhirat. Kami akan sentiasa doakannya menjadi kenyataan buat Afif dan adik Insyaallah.




Rabu, 1 Mei 2013

Happy Birthday Izaz Rashyeeda yang ke 5 tahun

Ary ni 1 Mei dah. Semalam hari lahir puteri kesayangan yang bongsu (bongsu ke??? Heheh), Izaz Rashyeeda Hairol yang ke 5 tahun.


Maafkan ibu yer laling, lambat wish kat sini. Anyway birthday dah sambut kan semalam. Dengan kengkawan kat tadika, cikgu Yat, Kak Nurul, ibu dan ayah.


Sedap kek adik pilih, blueberry cake. Tahun ni main beli je kek untuk adik. Rasanya birthday kakak esok pun beli gak. Ibu quite busy le dear. Tetambah nanti nak buat promosi, harus produk kena standby extra dari selalu. Sorry yer. Cikgu Yat pun tegur sebab ibu beli je kali ni. Ternanti-nanti gak dia rupanya nak tengok buah tangan ibu heheh. Last year ibu buatkan Kek Angry Bird Red Valvet. Heheh ikut main sedap je ibu decorate. Sib baik menjadik. Idak le malu kat dia hehe.


Tahun ni hajat adik nak dapat birthday cake princess terpaksa dilupakan sebab dah cari tak der. Kat kedai tu kurang kot yang nak cari kek Princess. Insyaallah next year kot ada rezeki ibu try buat ek. Tak pun kalau tak sempat kita tempah yang best punya, Insyaallah... Ibu cuba penuhi janji ibu kay. Tapi kalau adik nak tukar lain terpulang. Ibu ikutkan je.


Suka tak dengan gift yang ibu bagi tu? Baby doll yang adik dok usha dulu tu masa kat Tesco. Tak sangka dah 36 tahun masa berlalu doll tu masih relevant ek. Hahah. Kira adik ni pengganti ibu le yer main baby doll tu. Dulu ibu yang main doll tu. Skang adik pulak heheh. Nanti kita ambil gambo buat kenangan. Nanti kita framekan sebelah menyebelah gambar kita kay. Position dan style kena sama le baru umph heheh. Adik kasi nama apa yer kat baby doll tu? Princess Dayana Sophea. Amboiii nama. Dahsyat heheh.


Tahun ni adik demand banyak ek gift. Tu hari minta mainan doktor-doktor. Kalau dapat janji tak nak mintak dah. Ok le. Tak sampai 3 hari lepas tu adik minta lagi. Isk.. Ikut ibu udah le. Tapi ayah lak yang bagi green light. Adik pilih fishing lak. yer le tu nak main tu.... Tapi baby doll ni ibu yang nak bagi sebab banyak kali sangat adik sebut. Tapi masa ayah suruh pilih apsal tak ambik. Pandai le sangat yer...


Hajat adik nak bagi gift kat kengkawan pun dah tertunai. Tak sangka ayah beli sampai 4 jenis untuk diberi pada kengkawan adik. Keropok Super Ring, Keropok Bantal, gula-gula coklat dan sumi jelly. Ok le janji kengkawan adik makan nanti. Tak membazir Insyaallah.


Amboiii adik ngan kakak pun ambik peluang ek. Beli segala macam gula-gula bagai. Terlepas dari kandang le katakan ek. Udah nanti makan jangan terlebih sangat. Kang otak tumpul. Gigi tak der baru tau.


Ok lah dik, ibu tak leh lelama menulis ni. Banyak kerja lagi yang ibu nak kena buat. Sian kat ayah buat sensorang ;).


Ibu dan ayah doakan agar adik sentiasa sihat, bertambah bijak, jadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat. Dunia kita kejar tapi untuk akhirat pun harus kita pelihara. Sentiasa kerjakan perintah Allah tau. Ibu dan ayah doakan juga adik (ngan kakak) jadi anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat. Ibu dan ayah sentiasa sayangkan adik. Muuuah!


Isnin, 22 April 2013

Dah meningkat lagi he he he. Terima kasih semua...


Happy birthday to me...
Happy birthday to mee.... 
Happy birthday to meeee and only me... 
Happy birthday to meeeeeee....


Heheheh.... Amacam sora serak-serak katak saya ok tak? Eh sorry Mr Katak.


Semalam tak bersiaran sebab jadual full sikit. Almaklum la jadi Birthday Girl yang busy heheh. Kena pulak ary minggu, memang jem sikit ar nak buat kerja hikhik. Tapi tak per, ary  ni dah masuk kerja balik. Tak boleh malas-malas lelama sangat kang soru miss sapa nak jawab yang heheh.


Dalam syok-syok celebrate birthday (celebrate le sangat hihi) dah makin tua pulak rasanya. Banyak yang nak kena jengah balik kot-kot ada yang nak kena ubah. Harap-harap bermula tahun ni banyak le yang beburuk tu dapat dicunkan bagi bersinar heheh. Anak-anak pun makin besar jadi elok sangat le start-start ubah apa yang patut yer tak. Renung diri cermin hati hehe.


Semalam tak le ke mana-mana celebrate birthday. Dah tetua ni dah tak rasa penting dah nak celebrate-celebrate bagai nih. Janji Mr Hb ingat hari penting kita dan tetap sayang macam dulu, anak-anak jadi penghibur hati cukuplah. Dapat makan sekali masak sendiri pun cukup happy dah yer tak (Ewah... Ingat orang macam kita gak kot, perasan heheh). Tapi memang betul tau, bila celik je mata bangun dari tidur Mr Hb wish Happy Birthday tanpa 'perlu diingatkan' memang terasa syok sangat. Terasa I'm the only one jer hahahah. Anak-anak je memula jeles sebab ibu celebrate birthday dulu, memasing muncung je bila diberitahu semalam birthday saya hehe. Mana tak nya sejak tahun lepas dok tunggu birthday memasing siap dah jadualkan apa yang diarang nak untuk kek, hadiah, dimana nak sambut dan apa gift nak bagi untuk kengkawan yang raikan birthday diarang alih-alih ibu yang sambut dulu. Mana le tak muncungnya heheh.


Tapi tak le lama lagi akan tiba gak tarikh keramat diarang. Si petpot Izaz yang dah sedari 2 minggu lepas saban hari berkumandang lagu 'Bila Birthday Saya' dan 'Lama Lagi Ke 30 Tu' ciptaan dia sendiri akan sambut pulak. Jarak 9 hari je dari tarikh lahir saya. Kemdian si Afif yang tak sabar nak hadiah pulak 18 hari kemudian. Punya le banyak senarai hadiah yang dia minta isk isk.. (Ingat ibu ayah kerja chap duit kot untuk beli memacam....) So tak le lama dah. Sabo je la yer tak. Penutup ayah le keesokan harinya lepas Afif. Semua berbintang Taurus kat dalam umah ni. Pandai planning heehe.


Lepas kul 12.00 baru memasing ok. Dah kenyang makan kot mood baik balik hahaha. Dahhhh tak renti-renti pulak nak sambut birthday saya. Jab suprise itu la, jab surprise ini la. Memang sampai tadi le tak henti-hentinya. Sampai tak terlayan dibuatnya. Heheh bangga je wei hahah. Terasa diri dihargai sesangat. Paling tak percaya (mana nak percaya selama ni tak pernah dia buat asyik ibu ayah je) bila Afif buatkan air Ribena untuk ibunya ni. Siap ada pelbagai versi manis sesangat, manis biasa, kurang manis dan tawo bebenor weiii untuk menjamu Birthday Girl nih. Disebabkan dia tahu yang ibunya ni minum tak suka manis-manis dia suruh minum yang tawo bebeno tu. Terkebil-kebil gak tapi habis gak ar akhirnya. Heheh jaga hati insan tersayang kena le bekorban tak gitu... Izaz pulak macam biasa ambil beberapa keping biskut, hias dengan manik-manik hiasan kek. Simple tapi cun gak ar. Jadi le dari tak der yer tak heheh.


Kek-kek dah tak der dalam kamus kitarang dah untuk raikan birthday kitarang sendiri. Buat untuk anak-anak je. Elak dari terlebih sangat sebab birthday memasing dekat-dekat jadi kang boyak pulak kalau terlebih makan kek-kek nih. Lagi pun macam saya cakap tadi dah tetua ni apa sangat le nak sambut birthday bagai tak gitu? Ehhh tertanya lagi hahahha.


Doa saya moga-moga dengan bertambahan usia ni, saya akan jadi insan yang lebih baik, mampu untuk bekerja dengan lebih kuat, sihat dan paling penting banyak bab-bab yang tak cun tu dapat le ditinggalkan untuk jadi insan yang lebih baik dunia akhirat. Moga saya dapat jadi ibu yang sabar, penyayang dan dapat membahagiakan anak-anak dalam aspek kehidupan untuk bekalan diarang dunia akhirat. Dan moga saya menjadi isteri yang memberi ketenangan, kebahagiaan dan isteri solehah kepada Mr Hb. Terima kasih sahabat yang setia bersama saya dan moga-moga kejayaan untuk saya dalam memperkembangkan syarikat pada usia ini.


Terima kasih Mr Hb atas hadiah yang tak ternilai (you ngan anak-anak le tu heheh), terima kasih anak-anak atas kasih sayang yang tak berbelah bagi dan terima kasih sahabat kerana bersama kami di sini. Saya hargai kalian semua dalam hidup saya :)


Sabtu, 22 September 2012

Resepi Hebat: Kek Coklat Mayonis.. Sedappp


Kek Coklat Mayonis... Isk macam mana yer agak-agak rasanya? Sedap ker? Tengok gambarnya kat dapur sis Rahel Benyamin nampak sedap sangat. Meleleh air liur ko. Hehhe.


Itu persoalan yang bermain dalam benak saya masa mula-mula tengok resepi ni. Mula ler tangan ni gatal nak salin resepinya. Nak-nak pulak Afif asyik minta kek coklat je. So apa lagi bila ada peluang ke bakery terus beli bahan yang nak digunakan untuk buat kek ni. Sebenarnya ibunya sendiri pun tak sabar nak cuba resepi ni heheh. Itu yang sebenarnya. Hahah.


Masa buat kek tu memang menjadi tapi masa nak angkat tu patah ler pulak. Mungkin ganas sangat kot hehe. Tapi dalamnya tu macam tak lekat sangat antara satu sama lain. Aduih salah tang mana lak ek. Tapi apa pun kek ni memang rasa sedap sangat. Moist gitu. Makan lak panas-panas fuh.. Tak sedar yang  boleh buat badan dah makin berkembang pesat semula hehehe. Kata nak diet... Masa saya cari gambar untuk hias resepi ni, saya termasuk ke rumah Ummi di Home Sweet Home. Rupanya dia pun dah cuba resepi best ni. Bila dibaca baru tahu yang dia pun alami yang sama macam saya. Tapi dek kerana ummi ni kategori teror membaking so dia ubah sikit resepi dengan tambah sebiji telur. Katanya untuk mantapkan lagi kek ni. Apa pun kowang kot nak try kek ni cuba ler yang mana satu versi yang disukai. Yang asal dari sis Rahel Benyamin atau yang diubah sikit oleh sis Ummi.


 

Kek Coklat Mayonis

Resepi: Zaliana
Sumber: Rahel Benyamin
Diuji rasa : Ummi, Home Sweet Home



Bahan Untuk Kek:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 cawan mayonis
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 biji telor gred B - ni sis ummi tambah sendiri
  • 1 cawan air panas
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1/2 sudu teh butter oil
  • 1/2 cawan kepingan badam hiris

Caranya

1. Satukan tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Ayak. Ketepikan.

2. Campurkan mayonis,gula,butter oil dan susu pekat di dalam mangkuk pengadun dan pukul hingga sebati. (*sis ummi tambah telor sekaligus masa ni).

3. Kemudian masukkan campuran tepung secara sedikit demi sedikit,berselang-seli dengan air panas. Pukul hingga semua bahan sebati.

4. Kemudian masukkan minyak masak & kacau.Akhir sekali masukkan kepingan badam,kacau rata.Tuangkan adunan ke dalam loyang yg bahagian tepinya telah digris dengan mentega dan dasarnya diletakkan baking paper.

5. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan. Setkan suhu oven masing-masing (yang ni Rahel bakar selama 90 minit pd suhu 170'C, loyang 9'' manakala sis Ummi bakar 1 jam 15 minit).


So boleh ler pilih yer versi mana satu. Yang saya ingat saya pun ada naikkan sikit masa tu. Tambah bagi jadi 1 jam lebih. So try ler yer. Kek ni kalau ikut resepi asalnya guna Topping Chocolate Ganache. Leh gak guna resepi Chocolate fudge Topping 3 yang saya kongsikan kat sini. Tapi Sis Rahel kita guna Cream Cheese Icing. So sila ler pilih topping yang mana satu pilihan hati gak yer hehehe.  Pilih pilih hikhik....


Sabtu, 4 Ogos 2012

Happy Birthday 2 Puteri


Hi..



Sedar tak sedar rupanya syarikat kitarang dah masuk 2 tahun dah yer. Memang terlupa langsung sebab banyak sangat aktiviti penting yang perlu dibuat bulan lepas dan bulan ni. Saya teringat ni pun sebab tadi ler belek-belek business proposal yang dihantar ke Rural Business Challange tu. Hehhe sesaje belek sambil berdoa moga-moga dapat :). Kalau ada yang tercicir pun dah tak leh buat apa-apa dah heheh.


Tu ler masa tu ler baru tersedar sekarang ni dah masuk 2 tahun, 1 minggu, 1 hari dah. Tempoh tu saya tengok kat blog ni. Hehhe...  Aduhhh tarikh penting camner leh lupa...



Siapa sangka business yang dibina dengan keringat kami suami isteri dan kesatuan anak-anak kini dah masuk 2 tahun lebih dah. Kalau budak-budak kecik masa ni tengah semangat nak berjalan. Kami pun macam tu ler juga... Rasa semangat jer nak kembangkan lagi business ni. Harap-harap semua perancangan kami akan jadi kenyataan hendaknya. Aaamiin.


Banyak ranjau dan duri yang terpaksa kami tempuhi sepanjang 2 tahun ni. Memang kadang-kala sampai peringkat letih sesangat tapi dek terpandang wajah anak-anak semua tu dibuang jauh-jauh. Kami teruskan tongkah segala halangan yang ada. Alhamdulillah hasilnya sekarang kami walau pun masih kecil tapi kami berjaya bertahan. Masih di sini... Alhamdulillah.


Dalam 2 tahun ni juga banyak perkembangan yang kami dah capai. Perkembangan yang kecil pada orang lain tapi besar dimata kami. Kami berjaya mendapat sijil halal dalam tempoh hanya 6 bulan kami berniaga. Itu yang paling bermakna sebab kata orang nak dapat sijil halal ni bukan mudah. Kata orang kalau bagi duit kat pegawai-pegawai tu walau tak halal akan dapat status halalnya. Isk dengan pengalaman kami, Alhamdulillah yang kami tahu pegawai-pegawai tu memang buat kerja cara yang betul. Diarang masa datang tu main terjah jer ke kilang kami ni. Tahu-tahu dah ada depan muka pintu kilang. Jadi tak der nak sempat sorok apa-apa. Kalau ada barang terlarang harus kantoi. Alhamdulillah lepas jer 1 bulan diarang datang terus kitarang dapat sijil Halal tu.


Yang kedua manis sangat pada kami adalah terupgradenya bungkusan Cili Boh Asli 2 Puteri dengan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Dulu masa permulaan memang main combine-combine jer gambar dengan wording. Lepas sebulan saya cuba-cuba ler godek sana sini tukar gambar anak-anak jadi logo jenama kami. Memang diambil dari 2 puteri yang saya ada :). Alah guna laptop Acer buruk saya ni jer.  Bila rasa puas hati terus susun dengan wording dan print untuk buat label. Pastu cukup masa gi kedai photostat dan buat copy banyak-banyak. Pastu balik lekat guna silotape. Isk memang leceh habiskan. Tapi tu ler yang tu jer termampu masa tu. Habis semua pegawai Fama yang kitarang jumpa kutuk label creative saya tu. Hahahh nak buat macam mana bos yang gi Fama pun sebab kitarang sendiri sedar yang label tu buruk sangat. Nak kata malu tak tapi segan heheh. Tu yang nak minta bantuan apa yang ada. Tapi dah bos tak kasi tak per la terus je guna label buruk ni sampai kitarang ada duit untuk buat yang lebih canggih gitu. Alhamduillah walaupun buruk tapi banyak gak yang beli produk kami. Itu yang paling penting.




Memang ler saya ni bukan orang creative yang ada diploma ijazah bagai macam kata kakitangan bahagian creative kat Sidratul masa kursus tu hari. Tapi Alhamdulillah, Allah bagi anugerah pada saya teliti dan keinginan yang lebih jadi hasilnya label Sos Char  Kueyteow 2 Puteri  dan Cili Bos Asli 2 Puteri sekarang adalah hasil godek-godek saya kat laptop ni. Mungkin ada yang masih tak suka pada label kami tapi itu yang lahir dari hati suci kami.... Ikhlas untuk semua. Mungkin lepas ni akan ada rupa baru mana tahu kan tapi setakat ni kami masih berbangga dengan hasil kami ni :).


Dalam tempoh 1 1/2 tahun kami beroperasi syukurlah kami dapat memasarkan produk kami di pasaraya Mydin. Memang syukur sangat-sangat. Tak sangka juga. Rasa macam mimpi tapi Allah punya kuasa beri kami kejayaan ini. Alhamdulillah bersyukur kami padaNya atas rahmat ini.


Melalui kemasukkan di pasaraya Mydin, kami lebih dekat dengan pengguna yang tinggal jauh dari kami. Pasaran kami di Mydin hingga ke Melaka. Insyaallah lepas ni akan kami usahakan untuk ke Kedah dan Johor hendaknya. Harap-harap akan jadi kenyataan nanti.



Baru-baru ni juga kami dapat surat perjanjian kemasukkan produk 2 Puteri ke Tesco seluruh Malaysia. Memang gembira sangat-sangat. Rasa terharu dan bersyukur kepadaNya. Akhirnya pasaran Tesco yang besar dapat kami masuki. Mungkin ini hadiah dari Allah pada kami dalam memulakan tahun ke2 ni.  Dapat pulak hari Jumaat, penghulu segala hari.. Memang berita paling menggembirakan kami sekeluarga. Eh hari Jumaat tu 27 haribulan la... Wahhh memang betul hadiah la sebab 27 haribulan memang tarikh kami tubuhkan syarikat RM Ninetysixbillion Enterprise. Saya baru terperasan tadi masa tengok kalendar.


Dengan kemasukkan ke dua buah pasaraya besar memang menaikkan lagi semangat kami. Tambahan pula dipasaraya Tesco, kedua-dua produk kami akan dipasarkan di sana. Tapi kami difahamkan oleh pegawai Tesco bahawa Cili Boh Asli 2 Puteri tak akan ada kat line barang fresh. Tapi kami mungkin akan ada kat rak. Tak per la Insyaallah mungkin satu hari nanti akan masuk bahagian Fresh pulak. Tapi masa tu calculation jadi lain ler sebab kena bayar duit chiller heheh. Takat ni kami kena usahakan agar semua orang tahu yang produk kami ada dimana. Insyaallah akan kami usahakan semua tu secara berperingkat. Ikut kemampuan ekonomi syarikat heheh.


Untuk pasaraya lain, Insyaallah akan kami usahakan perlahan-lahan. Kami dah adakan perbincangan dengan pihak Carrefour dan Giant tapi kena tunggu maklumbalas dari pegawai yang handle. Tak per kami akan teruskan usaha. Insyaallah capat atau lambat semuanya Dia yang lebih tahu kenapa. Tapi usaha tetap diteruskan :). Kami juga akan teruskan ke pasaraya-pasaraya lain Insyaallah...



Moga-moga hujung bulan ni pun kami akan dapat lagi berita gembira dari Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri. Heheh habat jer bunyinya. Sebenarnya macam yang dikatakan awal-awal tadi kami masuk pertandingan Rural Business Challange. Jadi hanya yang terpilih akan dapat geran daripada pihak KKLW. Moga-moga kami antara yang terpilih. Sebab apa yang kami minta tu memang keperluan yang kami perlu ada untuk memajukan lagi syarikat. Kalau dapat nanti kami akan beroperasi di Ipoh ler. Insyaallah.


Memang kami perlukan bangunan kilang dan sebuah lori yang baru. Di bangunan kilang tu akan kitarang laksanakan sistem GMP (Good Manufaturing Practise). Itu sebagai hadiah kepada pengguna-pengguna kami. Supaya diarang lebih selamat dan yakin dengan produk kami. Memang sekarang kami amalkan cara yang disyaratkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tu, tapi yang jadi masalahnya bangunan kami sedia ada ni sempit. Yang itu jer yang tak tepati piawaian GMP. Jadi kami dapat kelulusan KKM dibawah Akta Makanan 1983 : Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2990; Peraturan Pendaftaran Premis Makanan. Syukur juga ler walaupun sempit tapi bermakna segala cara pembuatan kami jalankan dah dilaluan yang betul. Jadi kami harap sangat-sangat dapat geran ni supaya kami dapat capai 100% bahagian tu. Boleh gak ler try HACCP pulak lepas tu. Dengar kata nak dapat sijil HACCP lagi susah... Insyaallah kami akan usahakan demi pengguna produk 2 Puteri. 


Lori tu nanti, kalau dapat akan kami panjangkan lagi jaringan perniagaan kami. Lagi pun kalau ada lori boleh ler kami angkut produk ke Tesco dengan mudah. Kalau tak kena sewa ler kenderaan pengangkutan sebab nak kena hantar banyak. Nak beli mahal hampir RM100 ribu kau...


Terima kasih pada pengguna produk 2 Puteri, moga kalian diberkati Allah selalu. Terima kasih kerana bersama kami sehingga kini. Kami akan usahakan yang terbaik untuk semua. Insyaallah itu janji kami.


Terima kasih pada anak-anak yang sabar dengan kerjaya ibu ayah. Berpanas berhujan sama-sama hantar produk ke sana sini. Ibu ayah lakukan semua ni demi masa depan kalian. Moga kalian jadi anak-anak yang solehah dan berjaya. Dengan rezeki yang diberkati Allah ini moga anak-anak ibu jadi insan yang berguna. Insyaallah. Kami mahukan rezeki yang benar-benar halal untuk zuriat kami, jadi kami akan berikan yang terbaik buat semua supaya ianya akan jadi rezeki yang diberkati Allah.


Moga Allah memudahkan perjalanan kami ini  hendaknya. Aaamiin.


Terima kasih semua kerana sudi bertandang ke sini memberi semangat kepada kami untuk terus berada disini :)


Selasa, 22 Mei 2012

Terlewat Sudah.. Dah 6 tahun!!


Bismillahairrahmanirrahim...




Buat yang tersayang, Afif Khadyeeja Hairol....Happy Balated Birthday sayang yang ke 6 tahun.


Tahun ni apsal tah habis semua orang jadi lambat terima ucapan selamat dari saya. Isk ada je ceritanya yang buat terlupa atau terlewat nak wish..


Dalam lambat wish tu sempat le juga buat celebration dan kek untuk Afif. Buat kat sekolah dia je macam selalu. Siap jemput adik sama untuk raikan kakaknya.

Gambar lama masa sambutan di Krista Taiping. Tahun ni dah start tak tiup lilin dah....

Permintaan dia kek princess barbie tak kesampaian sebab banyak sangat aktiviti. Balik dari Negeri Sembilan hantar Sos Char Kueyteow 2 Puteri tu hari kena up date report. So tak sempat le nak buat lebih-lebih. Takat hias lebih kurang je. Alhamdulillah ok le sebab yang penting dia happy dan semua kawan-kawan dia makan habis kek tu. Insyaallah kalau ada kerajinan ibu akan buat kek princess barbie tu untuk Baby kay.


Selain dari kek tu sempat le juga buat juadah wajib iaitu Apam Polkadot yang telah ditransform jadi mini cupcakes pelbagai rupa. Yer la macam-macam bentuk yang diukir kat atas apam tu. Muka princess la, ABC la, 123 la. Ada gak flower sikit dan tah apa-apa lagi. Yang penting Afif memang nampak happy sangat.

Afif dengan gaya Amira nya dalam Waktu Rehat @ Disney Channel


Dah 6 tahun dah dia rupanya.. Kalau orang tak kenal sure ingat dia darjah 3. Tinggi lampai. Tapi tu ler kecil lagi sebenarnya. Afif ni lasak sangat orangnya. Memang tak reti duduk diam sungguh. Ada je aktivitinya. Dari melompat sampai meyemakkan rumah serah kat dia....dan adik. Hehhe bab tu memang sepakatttt sangat diarang ni.


Masih terasa-rasa waktu mengandungkan dia dulu. Mungkin sebab masa dalam kandungan dulu pun saya ni melasak juga kot tu yang turun ke dia. Jangan tak percaya dulu masa awal-awal mengandungkan dia, saya turun sama tolong Mr Hb buat kerja wiring tanam kabel elektrik kat Kem Syed Putra Ipoh. Siap ada satu hari tu peluk tiang elektrik tahan dari jatuh le kononnya masa Mr Hb nak check lampu jalan tak nyala. Humang kuat le konon heheh.


Bukan tak der pekerja tapi kesian rasanya. Sekurang-kurangnya satu tenaga kerja dapat dikurangkan dengan kehadiran kita. So rasanya berbaloi kot heheh. Sebab kerja-kerja tar jalan dan mengecat pun buat gak ler.


Siap je kerja tu, kitarang buat rumah pulak. Pun masa tu cat sendiri. Nak lebih feel bila duduk rumah tu nanti kononnya. So panjat memanjat memang wajib sebab kita ni kan pendek. Tak sampai ler yang tinggi-tinggi tu. Kena pula ada celah-celah yang tak dapat roller sampai. Perut memang dah boyot masa tu tapi cerdas semacam je.


Ada sekali tu masa tengah comot mengecat customer kedai makan ayah ramai yang datang. So kena le tolong. Dek kerana comot pakaian masa tu ayah tak bagi keluar ambil order sebaliknya kita kena bancuh air. Selalunya saya ni memang ambil order jarang-jarang bancuh air ni. Tapi hari tu terlebih bergelumang dengan cat kot heheh.



Bab boyot memang dah mula boyot walau baru mengandung dekat 2 bulan heheh. Perut ni memang tak bagi peluang. Tapi memang le kata-kata saya pada rakan masa kerja dulu (Madiyah dan Kak Erna) yang kalau mengandung nak pakai puas-puas baju mengandung tercapai. Nah kau...lain kali kalau nak cakap waspada tau... Saya dah kena heheh.


Itu le kenangan masa mengandungkan Afif ni. Memang tak reti duduk diam. Mungkin sebab tu le kot.


Kalau tak salah saya 18 Mei ni pun bersamaan dengan tarikh perasmian Mydin Hypermarket Meru Raya di Ipoh. Jadi pada rakan-rakan yang tinggal di Ipoh atau yang nak kunjungi pasaraya Mydin yang terbesar (setakat ini le) di Malaysia ni sila ler dapatkan produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami kat sana kay (sempat mengiklan lagi ni). Nanti senang nak ingat...Afif 6 tahun Mydin Hypermarket Meru Raya baru bukak heheh.


"Afif sayang, ibu, ayah dan adik bersyukur sangat dengan kehadiran sayang dalam hidup kami". Doa dan harapan kami agar dia menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Berjaya dalam semua lapangan yang dia ceburi... Dan semoga dia kekal rajin, ramah, cintakan ilmu dan ilmu agama dan kekal dengan sifat penyayangnya. Aaamiin.




"Terima kasih sayang kerana hadir dalam hidup ibu dan ayah. Terima kasih kerana beri kami kebahagiaan yang tak terhingga. 

Ibu, ayah dan adik doakan agar kakak menjadi orang yang berjaya dunia akhirat. 

Semoga kakak terus berjaya dan dilindungi Allah selamanya. Semoga kakak (dan adik ) akan terpelihara akhlaknya, agamanya dan diberi rezeki yang diberkati oleh Allah sentiasa dan dimana jua....Aaamiin."








Mr Hb dan Giant Hypermarket


Assalamualaikum..


Apa khabar semua? Sihat? Pejam celik pejam celik dah 5 hari saya tak berblog yer. Itu la...modem ni tetiba buat pasal le pulak. 3 hari try on tak de respond terus beli baru jenis TP. Balik-balik ingat ok ler nak on..tak boleh pulak. Haru jadinya. Sib baik teringat nak call TM mintak tolong servis. Tadi dia datang ok ler akhirnya.


Dalam 5 hari ni banyak gak ler agenda yang berlaku dalam keluarga dan bisness kami. Pertamanya 18hb Mei dengan 19 Mei tu hari birthday Afif Khadyeeja dengan Mr Hb. HAPPY BIRTHDAY my dear :).


20 Mei, jumpa mak ayah sebab diarang nak ke Jordan dan sambung kerjakan umrah. Hari diarang pergi Mr Hb tak de so bersalaman awal-awal. Syok diarang kan... Dapattt peluang ke Mekkah lagi. Tapi macam Mr Hb cakap le, dulu mana ada peluang macam ni. Kena menyimpan sebab bukan le senang sangat familinya. Sekarang anak-anak dah besar so duit yang ada sikit-sikit tu boleh le diarang belanja. Tapi tu le ayah sampai sekarang bersawah lagi. So kalau ada yang kerja kampung tu tak leceh le janji rajin. Tengok mak ayah dah 4 kali dapat ke Mekkah. Tahun ni je dah 4 negeri diarang melancong sambil bershopping. Ok ler tu heheh. Jeles anakmu ini heheh.

Makkah Clock Royal Tower Hotel - baru dibina ni oleh rakyat Malaysia...Hebatttt

Ancient city of Petra di Jordan

21 Mei, Mr Hb ke Mydin Subang Jaya bincang pasal Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Alhamdulillah...sekarang tengah tunggu order dari diarang. Makin lama makin bertambah bilangan kotak yang diorder. Alhamdulillah. Terima kasih yer kawan-kawan yang bagi sambutan pada produk kami ni.


22 Mei, hari ni sambung misi bertemu dan melobi untuk memasukkan produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Giant Hypermarket pula. Jika minggu sudah ke Pasaraya Carrefour dan membuahkan berita baik, harapnya begitu juga dengan Giant ni. Buat kengkawan tolong doakan sama yer. Thanks pada yang sudi :)


Pihak Giant ni pun lama gak dah cuba dicontact tapi rezeki tembusi talian dan buat appointment hanya dapat hujung bulan lepas. Dari tahun lepas... Bayangkan le lamanya. Jadi memang harap sangat-sangat le dapat pasarkan di Giant juga. "Permudahkanlah dan semoga dapat le masuk pasaran Giant hendaknya Ya Allah."


Kata Mr Hb, hasil perbincangan nampak positif tapi apa pun kena bincang dulu pasal harga barang. Insyaallah kalau lepas ni dapat le pasarkan produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri kat sana.

2 tumbs up untuk kawan-kawan yang dah cuba Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan untuk diri kami sendiri...
Bakar semangat!

Kalau tak salah Giant Hypermarket ni ada 72 cawangan termasuk Sabah dan Sarawak. Itu yang saya kira yang ada kat dalam laman web diarang le setakat pada bulan January lepas. Rasanya dah bertambah sebab kat Ipoh pun dah naik satu lagi. Tapi dari 72 cawangan tu kami boleh pilih nak hantar ke mana sebab produk 1 je. Macam Mydin le juga kena hantar sendiri. So mungkin kami akan pilih belah Semenanjung je dulu. Tapi negeri mana tu kena tunggu Mr Hb balik dulu bincang.


Nak masukkan Cili Boh 2 Puteri masih belum jadi kenyataan lagi sebab sampai sekarang tak dengar cerita plastik yang ditempah tu siap tak lagi. Hadoiiii letih betul bila kesabaran diuji... "Redha...redha..redha... Mungkin Allah ada agendaNya tersendiri untuk kami....." tu je sekarang penguat semangat.


Hypermarket... memang best la kalau dapat masuk. Memang kami target dapat pasarkan ke pasaraya besar-besar macam Giant ni sebab dari segi pengaruh memang tak risau. Customer Giant ramai so kalau nak perkenalkan produk kami memang tak de masalah sangat.Tapi tu la dengan banyak sangat cerita dan hal yang kena bincang, hati ni rasa risauuuu sangat.


Oh ya...lupa nak update pasal pertemuan dengan pasaraya Carrefour tu hari. Alhamdulillah positif dapat pasarkan kat sana. Tapi kena tunggu tengah bulan June untuk diarang mula buka akaun untuk produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami ni. Sekarang tengah sibuk untuk persediaan raya. Lepas tu katanya mungkin ambil masa sebulan gak baru dapat order. Jadi tunggu dan doakan kami yer. Dulu Mydin pun hampir 4 bulan lepas discuss baru dapat hantar produk. Tesco pulak sampai sekarang masih tak dapat tempat lagi walau positif dah tu hari.


Tolong yer kawan-kawan doa bersama kami agar produk kami dapat pasarkan di pasaraya-pasaraya berkenaan. Terima kasih...Assalamualaikum...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...