Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Mee / Kueyteow / Mihun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mee / Kueyteow / Mihun. Papar semua catatan

Khamis, 10 Oktober 2013

Laksa Penang 2 Puteri



Dah lama saya perhatikan pokok bunga kantan saya yang dah berbunga lagi tu. Dalam hati ni asyik merancang jer nak masak apa pula kali ni menggunakan bunga kantan tu. Asam pedas dah buat dah dulu. So kali ni nak lain sikit ler. Kebetulan saya tak der apa-apa projek dua hari ni selain daripada duduk kat rumah. So offer la kat Mr Hb kalau-kalau dia teringin nak makan apa.


Antara hidangan yang saya offer kat dia yang berbasekan bunga kantan adalah asam pedas (sekali lagi dalam masa terdekat isk), masak lemak dan laksa penang (laksa versi lain dia tak makan). Mulanya dia cakap apa pun ok tapi last-last dia nak makan Laksa Penang ler pulak. Heheh ok jer sebab kebetulan bunga kantan tu ada dua so sesuai sangat ler.

Ikan mata besar

Ikan tongkol

Ni tak kenal saja jer lagi. Nak kena babap ler jawabnya heheheh

So kitarang pun pergi ler ke pasar malam unuk beli ikan fresh selain daripada daun kesum dan lain-lain barang yang nak guna dalam laksa tu. Mahal sungguh ikan sekarang. Setakat 1 kg (7 ekor) ikan mata besar/ikan Uji Rashid dan 1 ekor ikan tongkol, tokeh tu caj RM22.00. Isk... Tapi nak sedap punya pasal ok jer la. Nak buat macam mana rega dah macam tu kot...


Pagi-pagi saya buat ler preperation untuk kuah laksa tu. Laksanya dah saya rendam semalaman. So cepat ler sikit kerja nanti. Sambil buat Pulut Lemak bersama Inti Kelapa yang saya kongsi semalam, saya siapkan sama laksa ni. Sib baik Mr Hb pun tak der projek apa-apa so boleh ler dia tolong kat dapur. Lega ler sikit.


Nak buat Laksa Penang ni tak susah mana pun tapi lecehnya nak siapkan ikan tu. Sib baik Mr Hb minta tokeh yang jual ikan tu siang dulu ikannya. So balik cuci jer lagi. Pastu nak perisi tulangnya. Isk yang ni rasa malas sangat. Tapi lepas tu senang... Campur semua dalam periuk masak jer. Tapi oleh kerana Mr Hb ada... Lagi mudah. Buat sama-sama. Prosesnya pun jadi tambah cepat. Sukanya... Proses masak pun dia yang buat sebab saya masak laksa yang dah direndam tu dengan masak cucur udang yang nak dimakan bersama laksa tu nanti. Jadi bila kuahnya dah siap. Dah boleh terus makan.Tak der la tunggu lama-lama.


LAKSA PENANG 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri


Bahan Kuah Laksa
  • 1kg ikan mata besar/ikan sardin/ikan termenung - bersihkan
  • 1 ekor ikan tongkol - bersihkan
  • 500g udang -  buang kulit tapi jangan buang. Bersihkan
  • 2 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 2 kuntum bunga kantan - belah 2
  • 2 batang serai - diketuk
  • 20 keping asam keping - lebih pun ok kalau rasa kurang masam nanti
  • Seikat daun kesum - buang batang kerasnya
  • Garam, gula dan serbuk perasa
  • Air untuk merebus - agak-agak lebih atas sikit daripada bahan-bahan tadi
  • 2 sudu besar Sos Char Kueyteow 2 Puteri

Caranya 
1. Rebus ikan bersama udang, kulit dan kepala udang dan juga 10 keping asam keping sehingga mendidih. Angkat dan asingkan isi ikan daripada tulangnya. Air rebusan bersama asam keping ketepikan dahulu. Ambil sedikit untuk proses kisar nanti.

2. Kisar isi ikan bersama udang tadi sehingga halus. Tuang dalam air rebusan yang dalam periuk tadi. Kisar juga tulang ikan bersama kulit dan kepala udang. Tapis dan ambil airnya sahaja. Campur dengan air rebusan tadi.

3. Masukkan bahan-bahan lain dan masak sehingga mendidih. Rasa yer bagi secukup rasa... Asam garamnya. Tutup api.


Bahan Laksa
  • 1 bungkus laksa kering - rendam semalaman
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam
Caranya
1. Basuh laksa yang direndam tadi.

2. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan garam diikuti dengan laksa tadi. Masak sehingga ianya kembang dan lembut. Tutup api.

3. Buang air rebusan tadi dan basuh dibawah air mengalir supaya dapat buang kanji yang terlekat pada laksa tadi dan supaya ianya tak melekat nanti. Siap.


Bahan Cucur Udang
  • 10 ekor udang
  • 5 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning- jika suka
  • Air
Caranya
1. Campur semua bahan kecuali udang dan buat bancuhan adunan yang tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.

2. Panaskan kuali. Guna senduk besi dan panaskan terlebih dahulu. Bila dah panas tuangkan sesudu besar adunan tepung atas senduk tadi. Letakkan seekor udang. Tuang sedikit adunan tepung di atas udang supaya udang tak tanggal masa masak nanti dan goreng.

3. Dalam beberapa saat cungkil keluar aduanan di atas senduk beasi tadi. Biarkan sebentar dan ulang proses yang sama sehingga habis adunan. Cucur tadi, agak-agak dah masak boleh angkat.

4. Nak makan nanti potong kecil-kecil bersegi.


Bahan Sampingan Lain/Garnishing
  • Timun - potong nipis memanjang
  • Daun salad - potong kecil memanjang
  • Bawang besar - potong bulat nipis sikit
  • Telur rebus- potong 4
  • Bunga kantan - hiris halus
  • Cili padi - hiris kecil-kecil
  • Limau kasturi - belah 2
  • Cili merah - potong nipis

So kalau nak makan tu masukkan dulu laksanya. Diikuti dengan kuah, cucur udang, daun salad, timun, cili merah, bawang besar, cili padi, bunga kantan, telur rebus dan limau kasturi. Perghhhh maunya bertambah nanti.... Jemput makan (masak sendiri aaaa hehehh).



Khamis, 13 Jun 2013

Resepi CHAR KUEYTEOW 2 PUTERI... Resepinya yang best!


Assalamualaikum...


Hari ni saya nak kongsi resepi Char Kueyteow dengan kawan-kawan semua. Ini macam resepi yang diprintkan pada label Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami. Walaupun tertulis pada resepi tu hidangan untuk 1 pinggan sahaja, tapi rasanya boleh 2-3 orang yang makan. So kalau setakat 2-3 orang tu boleh le ikut resepi ni. Kalau nak banyak cuma tambah-tambah je dengan apa yang ada tu. Tapi sebaiknya masak ikut satu hidangan satu hidangan sebab ianya masakan pantas. Cuma beberapa saat je so tak lama mana menunggunya heheh.


Macam saya cakap tadi, Char Kueyteow ni paling elok buat sikit-sikit sebab kalau banyak kang kembang dah kurengg sedapnya. Lagi pun tak ambil masa lama sangat pun so ok jer kalau masak sikit-sikit tau.

Label baru Sos Char Kueyteow 2 Puteri since 30/5/2013


Tinggal kenangan: Label lama... 2011 - 30/5/2013

Maaf yer uolls sebab gambar ni saya ambil dari Mr Google punya senarai. Nak bubuh yang sendiri buat tak de camera. Lagi pun camera lama tu tak cantik kalau ambil gambar. Tambah-tambah jenis-jenis macam ni. Kang sapa yang memandang kang muntah pulak. Naya je. Credit pada purplechoc85 sebab gambar ni memang cantik dan pada saya ini yang paling-paling sama dengan hasil yang boleh dapat bila guna Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni.


Pada yang nak resepi sila salin resepi kat bawah ni kay. Jangan lupa dapatkan produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami kat pasaran kay. Produk  Cili Boh Asli 2 Puteri pun ada. Boleh dapatkan di pasaraya Tesco Store dan Mydin Hypermarket seluruh Malaysia. Senarainya boleh lihat di sebelah yer.


CHAR KUEYTEOW 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri
Gambar: purplechoc85


Bahan:
  • 1 sudu makan bahan tumisan - bawang merah dan bawang putih yang dikisar
  • 1/2 sudu makan CILI BOH ASLI 2 PUTERI
  • 4 sudu makan SOS CHAR KUEYTEOW 2 PUTERI
  • 250g kueyteow - Penang punya style yang jenis kecil-kecil tu tau
  • 150g udang
  • 100g kerang
  • 75g taugeh
  • 50g kucai
  • 1 biji telur
  • Air stok udang
  • Garam secukup rasa
** Air stok udang ni boleh dibuat dengan cara rebuskan kulit dan kepala udang hingga mendidih. Masukkan sedikit gula dan garam. Nanti masa nak guna nanti ambil airnya sahaja kay.


Caranya:

1. Tumis bahan tumisan yang telah dikisar hingga wangi.

2. Masukkan CILI BOH ASLI 2 PUTERI & tumis hingga pecah minyak.

3. Tambahkan SOS CHAR KUEYTEOW 2 PUTERI kacau.

4. Masukkan udang & kerang. Gaul rata.

5. Pecahkan telur; masukkan kueyteow, kucai, taugeh & gaul.

6. Tambahkan sedikit air stok udang jika ada. Jika tidak masukkan je air biasa untuk dapatkan kuahnya & perasakan dengan garam. Gaul & terus angkat. Angkat cepat-cepat supaya air tak kering.

7. Hidangkan terus agar kueyteow tidak kembang & untuk rasa yang lebih nikmat.



** Memasak Char Kueyteow memerlukan kepantasan oleh itu pastikan susun secara teratur semua bahan ikut mana yang dulu mana yang kemudian. Pergerakan kena pantas barulah Char Kueyteow menjadi sedap.

** Pilihan kueyteow perlulah yang terbaik. Ianya perlulah jenis kecil (jangan lebar sangat tapi kalau tak der boleh saja) dan perlulah jenis yang tak cepat serap air.

** Sos Char Kueyteow 2 Puteri juga boleh digunakan untuk memasak hidangan lain seperti Pasta Goreng Sos Char Kueyteow 2 Puteri, Mee / Kueyteow / Bihun Goreng, Kuah Kacang, disalut untuk Nasi Ayam Hainan, Sambal Tumis Ikan Bilis, Sambal Sardin, Kuah Laksa, Asam Pedas dan lain-lain hidangan yang lazat.

Agak-agak kalau masak sendiri ada tak peluang masukkan udang sebesar ni heheh. Saya tak dapek lagi mahal sangat huaa...

Cara betul goreng Char Kueyteow...dalam api. Tapi kalau kat rumah tu takat goreng macam biasa pun okay dah. Dapur kita tak mampu. Janji perasakan dengan betul sedap jugak kan...

Ahad, 31 Mac 2013

Bihun Goreng Sayuran Pedas 2 Puteri


Dah agak lama gak tak masuk entry. Sebenarnya jadual agak padat tu yang tak sempat nak masuk. Selesai kerja malam dah terasa malas pulak nak bukak computer. Hari ni gagahkan diri lepas check order untuk update. Maaf yer sahabat semua. Agak kusam blog ni beberapa hari nih.


Sekarang ni cuaca dah makin panas kan. Lepas hujan pun masih berpeluh kita dibuatnya. Macam saya yang tinggal di Bukit Merah ni lagi le terasa kalau cuaca panas dan hampir nak kemarau ni sebab boleh tengok air tasik yang semakin kering. Kalau boleh rajin-rajin le minum air suam yer supaya tak jatuh sakit. Saya ni pun pantang kalau panas sangat. Sakit kepala ni makin menjadi-jadi. Dah berbotol air suam diminum tapi sakit kepala tak berkurangan pun. Makan pil tahan sakit pun macam tak jalan je. Tapi tak pe la, dah berumur nih pandai-pandai sendiri le kan nak jaga kesihatan. Yang tengah dok risau ni anak-anak. Cukup punya susah nak suruh diarang minum air suam. Nak dapat segelas pun cukup punya susah. Kalau lebih lagi le payah. Cam ner la nak buatkan diarang ni amalkan minum air suam. Puas bercakap tak dihiraunya diarang.


Esok dah mula bersekolah semula. Lega rasanya. Kalau tak tiap hari dua-dua beradik asyik tanya bila nak sekolah bila nak sekolah. Letih sungguh nak jawab. Terang panjang lebar pun masih tak faham-faham. Sib baik cuti seminggu jer. Kalau lebih maunya tercabut mulut menjawabnya heheh. Apa pun syukur sangat sebab dua-dua rajin ke sekolah. Nak harap kami suami isteri mengajar memang tak le pandai mana. Takat refer pada buku latihan yang berlambak kat rumah ni je la. Tapi step-step yang paling sesuai harus cikgu gak yang terorkan. Kami takat bantu apa yang termampu je la.


Hari ni saya tak masak menu yang istimewa pun untuk Mr Hb. Takat Bihun Goreng je. Panas-panas ni memang maleh nak duduk dapur lelama. So masak sesuatu yang mudah cukup lah. Mr Hb pun tak cerewet so lega le sangat. Anak-anak jangan tanya le memang selalunya saya tak masak apa pun untuk diarang. Kalau diminta baru le saya masak sebab kang tak dimakannya kalau pepandai je kita masak tanpa diarang minta. Susah gak le sebab kena standby je. Penat dah nak ajar supaya jangan cerewet tapi tu le budak-budak nih. Memang tak makan saman hihi. Agak-gak ibu ayah kecik-kecik dulu pun camni kot. Tapi Bihun Goreng tak risau sangat. Kalau masak untuk diarang pun harus diarang makan sebab yang ni diarang tak berapa cerewet sangat. Kalau masak Bihun Goreng Singapore harus diarang setuju je. Tapi jangan banyak lah. Kang tak habis pulak.


Kat rumah ni kalau menggoreng bihun, harus 2 versi. Satu Bihun Goreng versi putih yang tak pedas untuk anak-anak. Satu lagi versi pedas dan gelap sikit. Yang itu untuk Mr Hb dan saya. Saya kalau masak Bihun Goreng harus nalar punya banyak. Budget-budget 1 bungkus 1/2 kot untuk kami yang cuma 4 orang ni makan. Banyak kan... Makan sampai lebam tu tema kitarang kalau masak Bihun Goreng heheh. Tapi harus habis gak tau sebab dari lunch sampai dinner kitarang bedal heheheh. Tu yang lebam tu hehehe. Tah le cam ada something je kat Bihun tu buat rasa nak makan berkali-kali. Isk camner nak diet koi.... Buruk lantak ghupanya hehehe.


Kali ni saya kongsikan resepi Bihun Goreng Sayuran Pedas 2 Puteri ok kot. Bihun Goreng versi anak-anak nanti-nanti saya kongsikan pulak. Insyaallah... Janji nih :) Ok lah jom kita tengok resepi Bihun Goreng Sayuran Pedas 2 Puteri cara saya yer.... Harap-harap kalau ada yang nak cuba tu puas hati lah yer :) Ok jom...


BIHUN GORENG SAYURAN PEDAS 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus 1/2 bihun - rendam dalam air sebentar. Air biasa je tak payah panas-panas
  • 1 biji tauhu - goreng sebentar & hiris nipis. Ketepikan
  • 3 ulas bawang merah - kisar
  • 1 ulas bawang putih - kisar
  • 1 biji bawang besar - kisar 
  • 3 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 7 sudu besar Sos Char Kueyteow 2 Puteri - ikut suka yer. Mr Hb suka gelap sikit
  • 2 sudu makan stok ayam
  • Isi ayam - didadukan agak-agak sejari
  • 6 ketul fishball - potong 4
  • 1 ketul fishcake - hiris nipis
  • Kobis - hiris nipis
  • Carrot - hiris memanjang nipis-nipis
  • Sayur sawi 
  • Taugeh
  • Tomato - hiris serong nipis
  • Telur
  • Sedikit air
  • Garam dan gula
Caranya
1.  Rendam bihun dalam air biasa sebentar. Ketepikan.

2. Goreng tauhu sehingga masak. Bila siap biarkan sejuk dan hiris nipis. Ketepikan.

3. Tumis bahan kisar hingga keperangan. Guna minyak goreng tauhu tadi pun tak per. Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri bersama sedikit garam kasar dan tumis hingga garing.

4. Tuang Sos Char Kueyteow 2 Puteri, stok ayam, sedikit air (agak-agak nak bagi rata ke ayam je yer), isi ayam, fishball, fishcake, garam dan sedikit gula. Gaul sebati dan biarkan ayam masak seketika.

5. Masukkan bihun yang direndam tadi bersama sedikit air. Agak-agak yer airnya jangan sampai terlebih pulak. Kang lembik jadinya. Selalunya saya letak secawan 1/2 dulu. Kalau nampak agak keras saya masukkan sikit lagi. Gaul sebati.

6. Agak-agak bila dah sebati dan bihun goreng tadi pun dah cun, buat satu lubang kat tengah-tengahnya. Ala-ala kawah gitu dan pecahkan le telur kat tengahnya. Tunggu beberapa minit. Bila nampak dah masak dalam 90% telur tu kacau-kacau dulu bagi jadi cam omlett. Dalam masa nak tunggu telur tu masak masukkan sayur-sayuran segala macam tu yer. Bila telur nampak agak masak dalam 90% baru gaul sebati semuanya. Sejurus sebelum tutup api masukkan taugeh dan tomato.


Ok dah siap. Simple kan tapi kalau rajin buat pulak bawang goreng dan cili potong... Ha.. Yang simple jadi masyuk beb. Tu yang kena buat nalar punya banyak hehehe. Makan pulak dengan ayam goreng dan keropok ikan heheh. Satu je yang saya ubah dalam resepi ni iaitu masa masukkan telur tu heheh. Kan per saya selalunya buat omelett dulu. Tak sekalikan dengan bihun sebab pada saya telur kuning putih nampak lebih cun berbanding dengan telur yang ada cili-cili kat kelilingnya. Lagi pun mudah sekali buat je untuk anak-anak dare ni makan juga.

Kalau guna lebih sikit Sos Char Kueyteow 2 Puteri camni le jadinya warna Bihun Goreng tu tau. Tak gelap sangat tapi warna camni Mr Hb suka. Yang merah dia tak layan. Tu sebab kot jadi tokey Sos Char Kueyteow 2 Puteri hahaha

Bihun Goreng versi anak-anak... Putih je tapi sedap. Nanti saya kongsi resepinya kay


Jumaat, 18 Januari 2013

Mee Goreng Mamak 2 Puteri

Semalam saya cuma masak Mee Goreng Mamak 2 Puteri yang je untuk keluarga tercinta. Sesekali ubah menu makan tengah hari ok gak ek hihihi. Sebenarnya dah pening kepala nak plan menu dah hahah. Susah gak yer kerja surirumah ni. Dah le kena uruskan rumah tangga seharian, hantar dan jemput anak, pastu kena plan menu pulak. Kang masak yang selalu kang jemu pulak insan-insan tercinta yang nak makannya kan? Kalau rajin boleh le plan seminggu direct untuk yang keluar berbelanja barang dapur seminggu sekali.


Macam saya ni tak le juga. Beli apa yang tak der kat dapur memang le seminggu sekali tapi tengok stok gak le apa yang ada itu yang dimasak. Rasa ramai gak yang buat cara tu kan? Tapi satu je masalah cara ni, tang stok sayurnya. Yang ada kat rumah cuma sayur yang tak mudah rosak seperti carrot, kobis, tomato dan yang seangkatan gitu-gitu. Kekadang teringin gak nak makan sayur berdaun, dah nak kena keluar cari. Tu yang maleh tu hihihi. Kalau kemalasan menguasi diri, masak le sayur yang hado heheheh.


Tapi kalau dah buat stok, kekadang dek kerana terlupa nak check ada yang terosak dan ada yang terbeli banyak. Yang ni satu hal yang sedih sangat sebab membazir. Agak-agak kena buat check list kot tampal kat pintu cabinet barang. Yang ado kita tulis, yang tak ado kita tick guna pensel supaya tak le payah lekat, tarik, lekat, tarik yo tak? Kang rosak cabinet cun kita hihihi. Muncung pulak cik abang yang membayarnya hihihi. Ehhhh idea menarik tu. Nak kena buat le hihiihi..... Dalam mengomel dapat idea, bangusnya hihihi. Tak sesia saya tulis blog ni dapat gak idea spontan macam ni.


Yang boleh saya mengomel pasal stok barang ni bukan apa sebabnya nak buat Mee Goreng Mamak 2 Puteri ni banyak gak bahan sampingan yang nak kena masukkan seperti tauhu goreng, ubi kentang rebus, cili hijau dan lelain. Kalau tak der tak le masalah tapi rasa kurang kick le hihii. Kalau bahan seperti mee kuning, sayur tu confirm le kena beli khas kan sebab dia bukan tahan nak disimpan lelama. Kot Sos Char Kueyteow 2 Puteri ngan Cili Boh Asli 2 Puteri no hal hahahahha.


Nampak.... kongsi idea dengan uolls dengan ikhlasnya Allah dah bagi rezeki hihihi. Dah masuk order dari Mydin Meru Raya untuk Sos Char Kueyteow 2 Puteri tadi. Baru je masuk. Katanya urgent. Adoi makkkk camner ni. Maksudnya stok dah tak der langsung le tu. Kot tak diarang tak highligh kata urgent. Mr Hb hari ni dengan esok kena buat Cili Boh Asli 2 Puteri. Camno nak hantar awal. Kalau semalam masuk order leh le hantar hari ni huhuh. Lagi pun Mr Hb baru je hantar stok ke kedai semalam. Baki ada tiga kotak je sebab kitarang memang tak buat stok simpanan banyak supaya customer 2 Puteri akan dapat yang baru je. Yang baki ni pun untuk walk in customer yang beli direct dengan kami. Kalau semalam masuk order leh kitarang sediakan dari semalam, petang dah boleh hantar. Nak buat hari ni  pun tak der makna juga. Esok dengan lusa lak diarang cuti. So tak leh hantar gak.

Masa masak jangan dok nak sembang yer.. Kang menceceh air liur masuk. Tak tahu lak kot penambah perisa tapi awww tak rela ai... hihihi

Isnin sampai Rabu saya ada kursus, tak dapat gak le sebab anak dare dua orang ni sapa nak jaga. Jaga tu no hal diarang leh ikut hantar tapi sekolah tu yang masalahnya. Nampaknya Khamis le kot sebab Mr Hb akan hantar produk 2 Puteri kat Tesco Store, leh le singgah. Lambat le juga..... Sian pada pengguna Sos Char Kueyteow 2 Puteri sebab beberapa hari le kehabisan stok... Maaf yer sebab masalah-masalah yang macam ni le selalu berlaku yang buatkan stok kitarang selalu lambat ada dipasaran. Kalau cakap hari kerja ok le. Side kitarang no problem, cuti pun kerja. Hari kerja lagi le kerja hihihi. Tapi pihak di sana ada hari kerja, ada hari cuti.... Nak match time tu yang payah hihii. Biasa le dalam setiap hal sure ada cabarannya kan... Kitarang ni antara cabaran kena tempuh, nak match jadual dengan orang hihihi. Maaf yer semua pengguna 2 Puteri....


Dengar cerita stok kat Tesco Semenyih ngan Tesco Kajang pun dah habis stok. Yang tu kitarang tak dapat order dari pihak Tesco Store lagi. Jadi tak dapat le buat apa-apa. Syaratnya gitu. Diarang akan place order baru leh hantar. Tak sangka pulak dah habis pun tak dapat lagi. Huhuh nak buat camner kita orang kecik... Sabo je la. Tempuh dugaan dengan tabah huhuhu.... Maaf yer pada ramai sahabat yang mencarinya... Bukan kitarang tak nak hantar tapi tu le bukan kuasa kitarang....


Ok back to the main subject. Resepi Mee Goreng Mamak 2 Puteri yang best. Sebenarnya saya ni main kodek-kodek je resepi ni. Ikut suka hati dan ikut apa yang teringat kat fikiran masa makan kat kedai tuuuu. Tapi rasa ok kot hihih. Takat warnanya, Insyaallah guna Sos Char Kueyteow 2 Puteri sebagai pengganti kicap. Hihi sejak saya buat Sos Char Kueyteow 2 Puteri memang saya jarang guna kicap lain dalam masakan sebab dia dah complete dari segi rasa dan warna. Cuma warnanya je tak le gelap sangat sebab dish utamanya untuk masak Char Kueyteow memang warna keperangan sikit. So kalau nak masak Mee Goreng Mamak memang sesuai rasanya kaler dia. Kalau suka masin atau manis sikit leh tambah sikit lagi garam dengan gulanya. Kot macam saya yang kurang manis dan kurang masin... Kandungan Sos Char Kueyteow 2 Puteri dalam tu dah cukup.





Beza Mee Goreng Mamak dengan lain-lain Mee Goreng terletak pada bahan-bahannya. Yang paling ketara leh kita usha dalam mee yang mamak masak tu adalah penggunaan Cili Hijau yang dipotong serong, Tauhu yang digoreng dan potong nipis, Cucurnya yang saya tak tahu lagi nak buat camner hihihi. Dannnnn Kentang yang diarang rebus terlebih dahulu sebelum dipotong nipis. Yang ni saya potonng nipis terus baru rebus hahahah. Main aci nak cepat je kauuu... Nak makan pulak perah sikit limau nipis... Wallah sedapppp kan kemain beb..


Ok jom tengok resepinya....


MEE GORENG MAMAK 2 PUTERI
By: Asamgaram2puteri
Gambar: Sis Wana Yusuf, Potret kasih

Bahan-bahan
  • 1kg mee kuning
  • Isi ayam - basuh bersih dan hiris ikut suka
  • Udang - ikut suka banyak mana. Tak letak pun okay.
  • 3 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri - boleh lebih jika suka pedas boleh kurangkan kalau tak. Tapi yang ni just nice sebab kepedasan dari cili boh tak menyengat... Slow-slow dia mari hihi
  • Sedikit air - sikit je agak-agak nak bagi sebati bahan tumisan dengan mee kuning je
  • 1 keping tauhu - goreng dulu baru potong nipis sikit
  • 1 keping fish cake
  • 6 biji fish ball - belah 4
  • 2 tangkai cili hijau
  • 1 biji ubi kentang - rebus dan potong kecil
  • Taugeh
  • Sedikit daun kucai atau sayur sawi
  • 1 biji tomato - hiris nipis-nipis
  • 3 biji telur
  • Minyak untuk menumis
  • Sos Char Kueyteow 2 Puteri - ikut banyak mana kita masak. Agak-agak gelap mana kita suka
  • Serbuk lada sulah - jika suka. Saya kekadang tak masukkan pun sebab Cili Boh Asli 2 Puteri pun dah lebih kurang macam tu dah.. Pedasnya slow-slow terasa
  • Garam
Bahan Tumbuk/Kisar
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar saiz besar

Caranya
1. Tumis bahan tumbuk/kisar tadi hingga keperangan.

2. Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri dengan sedikit garam dan masak hingga garing dan nampak pecah minyaknya.

3. Masukkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri, garam dengan sedikit air. Sebatikan.

4. Masukkan ayam dan gaul hingga masak. Kalau ada udang, bila ayam dah 1/2 cook baru masukkan udang. Kacau sebentar.

5. Bila dah masak masukkan mee kuning, fish cake, fish ball, tauhu goreng dan sayuran. Kacau sebati dengan bahan sos dan tumisan tadi.

6. Buat satu ruang atau tolak-tolakkan mee tadi kesebelah sikit, pecahkan telur. Kalau nak pecahkan siap-siap dulu pun ok. Kacau dulu telur hingga 1/2 masak baru gaul rata dengan mee tadi.

7. Bila nampak mee dah kering dan telur pun dah masak taburkan sedikit serbuk lada sulah jika suka. Gaul-gaulkan dan dah boleh tutup api.


Camtu le cara saya masak Mee Goreng Mamak 2 Puteri. Mungkin orang lain ada lain caranya. Saya ni main suka-suka je try tapi rasa lebih kurang la sebab saya paling suka Mee Goreng Mamak sebab tak basah hihih. Kering nya best. Nama pun cucu mamak hihihi. Lagipun semua ada kat dalam tu, tu yang bestnya. Bau cili hijau yang wangi pulak buat rasa nak makan banyak je hihihi. Lupa diet seminggu hahahah. Nanti hujung-hujung minggu nak ke pasar leh le cari bahannya kay :)

Jemput-jemput makan...heheh :)

Isnin, 5 Mac 2012

Pasta Goreng Sos Char Kueyteow 2 Puteri


Kadang kala terasa bosan juga kalau selalu sangat makan tengah hari dengan nasi kan. Itu yang melanda saya minggu lepas. Puas pikir-pikir nak masak apa pula tengah hari tu. Akhirnya teringat yang stok pasta  ada dalam almari tu.

Jadi berlenseng lengan (udah macam nak gaduh lah hahah) saya pun mula start masak paginya dalam pukul 9.00 pagi. Dah masak pasta tu macam biasa sejukkan la supaya senang nak goreng nanti. Sambil-sambil masak pasta tu  selak ler pulak peti sejuk nak cari apa yang patut untuk disatukan dengan pasta tu. Cari sayur dapat ler tomato dengan kobis. Cari pulak ayam atau makanan laut...ya Allah sudah habis semuanya. Yang penuh dalam freezer rupa-rupanya stok mentega dengan rendang yang saya buat frozen. Ah sudah.... Kurang ler kicknya huhu.

Warnanya yang original menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri

Nak pergi beli..hahah saya ni jenis susah nak kuar rumah sensorang...Kot kat laman pun keluar sebab berkebun sikit-sikit atau buat rutin harian je macam jemur kain dan sewaktu dengannya. So sebagai alternatif guna telur udah le heheh.

Nak resepi takkkk...alah kalau dah tulis tu biar tulis sampai habiskan heheh. So sila ler tengok resepi main taruk saya kat bawah ni. Nak buat macam mana saya ni kalau masak main ikut suka tangan dan hati je. Kot rasa kurang tambah. Kot rasa lebih kelam kabut ler jawabnya kena otter hahaha. Itu sebab saya lebih suka buat lauk pauk senang kira tapi tak rajin nak upload malu hehe.


Pasta Goreng Sos Char Kueyteow 2 Puteri


Bahan-bahan:
  • Pasta - guna je apa yang ada dalam stok. Masak macam biasa ye (masukkan garam dalam air rebusan tu supaya rasanya menyaluti pasta kot tak tawar plak pasta nanti) dan sejukkan selepas itu
  • Cili Boh 2 Puteri
  • Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Sos cili 
  • Sotong
  • Udang
  • Kobis
  • Tomato
  • Kuchai
  • Telur
  • Garam, sedikit gula dan perasa 

Caranya:
  1. Tumis Cili Boh 2 Puteri hingga garing.
  2. Masukkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Tuang je ikut jumlah yang kita rasa sesuai dengan warnanya yang kita mahukan bersama sos cili.
  3. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kalau suka masukkan stok ayam. Ini bagi tambah perisanya. Gaul sebati ya.
  4. Kemudian masukkan sotong dan udang. Kacau rata. 
  5. Bila udang telah kelihatan kemerahan masukkan pula pasta dan sayuran. Gaul sebati dan rata.
  6. Kalau suka pecahkan telur waktu ni dan biarkan seketika baru kacau. Kalau tidak buat je macam yang saya tunjukkan dalam gambar ni...goreng dulu telur sebelum goreng pasta. baru ler nampak cantik sikit dengan warna kekuningan telur tu di atas pasta kita.
  7. Dah siap dan dah boleh makan dah. Selamat menjamu selera :)

So harap-harap teman semua suka ler dengan pasta goreng ni ye. Cara ni pun boleh diapplikasikan untuk menggoreng mee, bihun dan kueyteow.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...