Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Sauce / dipper. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sauce / dipper. Papar semua catatan

Khamis, 29 Ogos 2013

Resepi Hebat: Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri


Asalamualaikum.


Ni saya nak kongsikan resepi Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri seperti yang selalu saya hidangkan buat keluarga tersayang. Sambil tengok dan salin resepi meh layan lagu nih... Sama enak dengan Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri tau ;)




Resepinya mudah je tak de sukatan. Cuma ikut je pengalaman kita. Saya ni kalau lauk pauk memang jarang ambil sukatan. Memang main masuk je apa yang dirasa sedap. Kot rasa kurang, tambah lagi bagi rasa tu sedap. Main ikut rasa je :)


Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri

By: Asamgaram2puteri


Bahan-bahan:
  • Bawang besar dan sedikit bawang putih yang dikisar halus
  • Cili Boh Asli 2 Puteri
  • Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Air asam jawa
  • Gula & Garam secukup rasa
  • Air
  • Ikan bilis yang telah dicuci bersih
  • Bawang  besar yang dipotong bulat
  • Daun pandan untuk mewangikan masakan jika suka
  • Tepung jagung + air

Caranya:

1.  Tumis bawang besar dan sedikit bawang putih yang dikisar hingga naik bau.



2.  Masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri. Masak hingga cili garing.

3.  Tambahkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri, garam, gula, air & air asam jawa secukup rasa. Gaul sebati.



4.  Masukkan ikan bilis & daun pandan. Gaul rata.

5.  Masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Gaul lagi.


6.  Untuk membanyakkan kuahnya alternatif jika tidak mahu sambal tumis terlalu pedas, masukkan air bancuhan tepung jagung. Masak hingga pekat.

7.  Sedia dihidangkan bersama nasi lemak, roti atau lain-lain hidangan yang digemari


** Ikan bilis boleh diganti dengan ikan kering, sotong, telur dan pelbagai jenis lagi cuma sesuaikan dengan bahan-bahan lain. Nyum-nyum-nyum...enak sekali. Cubalah :)


 

Selasa, 20 Ogos 2013

Resepi Hebat: Rendang Ayam Minang MeleTop 2 Puteri



Minggu-minggu ni sibuk sikit dengan membuat tempahan dan pelbagai lagi kerja yang perlu diselesaikan. Nak bukak computer pun tak sempat apatah lagi nak update blog. Rasa tired je dah.


Huh.. Tak tahu le kenapa. 'Mabuk' raya tak habis lagi kot hahah...


Ni dah berkesempatan melayari internet atas urusan kerja saya panjang-panjangkan le ke dalam blog pulak. Nak mengomel apa pun tak le tahu heh... Moh le saya kongsikan satu resepi dengan uolls kay. Lama gak kan saya tak kongsikan resepi kat sini.


Resepi yang nak saya kongsi kali ni ialah Resepi Rendang Ayam Minang MeleTop 2 Puteri yang power. Power sebab sejak sebelum raya sampai ke hari ni dah berkali-kali buat. Tak salah dah masuk 4 kali kalau Rendang Ayam Minang MeleTop 2 Puteri nih. Kalau daging pulak dah 2 kali. Sebelum raya 2 hari kot hingga sekarang baru masuk minggu ke2 Syawal. So... Agak-agak harus meleTop kebabowww kan heheh.



Nak merendang sebenarnya mudah je. Bahan je kena cukup tapi macam biasa le kalau ikut resepi saya ni kemahiran deria rasa kena tinggi. Guna seluruh pancaindera Insyaallah hidangan yang dihasilkan sure sodap punya sebab saya ni biasanya masak tak ikut sukatan.


Actually saya tak pasti le sangat ni Rendang Minang ke rendang pedas ke hapa hehe. Ler.. Udah masa belajar main belasah je tak der cikgu. Ada agak tengok buku resepi tapi tu le macam saya cakap tadi ada yang kata Rendang Minang ada yang kata Rendang Pedas so belasah je la yer hekhek... Tapi naluri saya yang hebat nih kata nih Rendang Minang. Trust your instinct no...


Moh mike salin resepi nih... Nanti buat tau ;)


RENDANG AYAM MINANG MELETOP 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri.blogspot
Gambar: Wattieshomemadecakes

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam - agak-agak dalam 2kg beratnya
  • 100ml santan
  • 3 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 1/3 sudu makan kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut - saya tak masukkan pun
  • Garam dan gula
Bahan Tumis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 6 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri - akak suka pedas dikk
  • 2 sudu KFC serbuk kunyit / sedikit kunyit hidup (kunyit hidup perlu dikisar dengan bahan kisar lain)

Bahan kisar halus
  • 5 biji bawang merah
  • 5 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai 
  • 1/3 inci kunyit hidup - jika suka (jika guna kunyit serbuk tak perlu guna kunyit hidup)
Caranya
1. Panaskan minyak dan masukkan buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga wangi.

2. Masukkan pula bahan kisar tadi. Agak-agak dapat dalam 4-5 senduk bahan kisar tadi tu untuk sesuaikan dengan jumlah banyaknya ayam. Biar naik bau dan jadi keperangan sebentar.

3. Sudukan 2 sudu KFC serbuk kunyit jika tidak memasukkan kunyit hidup dalam bahan kisar diikuti dengan 6 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri. Jumlah Cili Boh Asli 2 Puteri boleh dikurangkan jika tidak mahu pedas. Tambah daun kunyit yang disiat kasar sebahagiannya. Ketepikan sebahagian untuk diracik halus. Sebatikan dan masak hingga pecah minyak.

4. Masukkan ayam dan perasakan dengan garam, gula secukupnya dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Masak hingga ayam empuk. Gaul sekali sekala.


5. Tuangkan santan pekat mengikut jumlah kuah yang dikehendaki. Biarkan hingga mendidih sedikit.

6. Masukkan kerisik dan gaul rata. Pastikan rendang secukup rasa dan jumlah kuahnya mengikut selera uolls.

7. Sebelum ditutup apinya, masukkan daun kunyit yang dihiris halus dan daun limau purut. Kacau sebentar terus tutup api.


Wallah.. Kan mudah je tu. Main kisar semua bahan utama, pastu masak je. Tak susah mana pun. Cuma saya nak kongsilah kat sini sikit yer...

1. Jumlah bawang-bawang tu ikut pada selera uolls kay. Lagi banyak bawang lagi best tapi kena hati-hati gak kang terlebih bawang tengik baunya. So apply ikut bawang besar mendominasi bawang-bawang lain sebab ianya bagi rasa manis pada hidangan.

2. Jumlah Cili Boh Asli 2 Puteri pun ikut suka uolls nak letak. Ada yang suka pedas ada yang tak kan. Tapi tak perlu letak cili padi dah sebab ianya dah sememangnya pedas. So nak extra pedas letak pun extra. Jangan risau sebab cilinya memang terbaik so tak le bau tengik masakan nanti. Yang pasti biarkan hingga pecah minya bahan tumisan Insyaallah...

3. Daun kunyit kena dibahagiakan kepada 2 bahagian.Satu bahagian siat-siat kasar je dimasukkan diawal tumisan supaya kita dapat baunya. Manakala sebahagian lagi diracik halus dan dimasukkan dipenghujung masakan sebaik sebelum ditutup api supaya bau segar wujud dalam hidangan tu nanti. Daun limau purut hanya dimasukkan di akhir masakan supaya tidak terembes rasa pahitnya daun tu nanti kay.

4. Jumlah santan ialah mengikut jumlah kuah yang kita inginkan. Ada yang suka kering so masukkan sedikit sahaja. Kira-kira dari 1/2 biji kelapa atau 1/2 kotak. Ada yang suka berkuah boleh masukkan lebih.

5. Penggunaan kerisik juga secara minimum je. Jangan nanti bau kerisik mendominasi rendang kita pula. Tak masukkan pun boleh tetapi ada yang berpendapat kerisik membantu untuk memberi daya tahan pada rendang yang dimasak.

6. Ada Rendang Minang yang menggunakan lengkuas dan asam keping dalam resepinya. Penggunaan lengkuas harus secara minimun atau 1/2 inci untuk 2kg ayam supaya rasanya yang pedar tidak mempengaruhi rendang. Asam keping harus dimasukan diawal tumisan supaya ianya sebati dengan bahan lain. Saya tidak gemar memasukkan kedua-dua bahan ini kerana ianya jika tersilap boleh mendominasi rasa masakan kita. Tapi kalau nak selamat kisarkan asam keping tuh supaya semua bahagian dapat :)


Tu je rasanya serba sedikit yang sana nak kongsi. Alah bukan per.. Sekadar panduan untuk kita bersama heheh. Kot ada lagi nanti yang saya figure it out nanti saya tambah kay...


Ahad, 4 Ogos 2013

Resepi Hebat: LONTONG WARISAN 2 PUTERI


Amboiii dah beberapa hari tak leh masuk blog. Sepi je tanpa berita. Bukan per.. Tu hari ada gak tulis satu N3 tapi dah siap bagai nak rak menulis tak bley post. Ehhh wassap dude? Try beberapa kali masih sama so say aambik keputusan tutup je la... Stop posting apa-apa jab. Cik wall letih kot terima berita bertalu-talu hehehe...


Yang bestnya tulis tak save. Tu yang tingkah laku dalam bekerja paling mahal tu. Mana tak mahalnya berapa banyak masa dibazirkan last-last buang camtu je. Ha... Jadikan pengajaran jangan dok buat dah...


Dah dok menyepi ni rasanya dalam N3 kali ni saya nak jamu mata pengunjung Asam Garam 2 Puteri dengan satu hidangan enak yang berkhasiat sebab ada sayur-sayuran warisan berzaman. Hihihih... Ceteka apa dia?


Sruppppp sedap nih. Eh Makan Apa Tu? Sampai bunyi hirup kuah riuh bagai. Heheh jangan buat gitu yer buruk sangat dengornya heheh. Dah teka apa dia? Dapat???? Yup as kat tittle (tittle dah terang-terang tulis suruh teka apa lagi yer tak ehheh).... Tang tarara... Diperkenalkan LONTONGGGGG...


Lontong ni kata cik Wikipedia merupakan hidangan yang biasa ditemui di Malaysia kita yang tercinta ni dan juga kat Indonesia sana. Alah.. Tak goggle kat wikipedia pun rata-rata orang kat sini semua tahu kan hihih. Nak tunjuk terlebih rajin le konon hahah.


Lontong ialah makanan yang diperbuat daripada mampat kek beras dalam bentuk silinder dibalut di dalam daun pisang. Itu cara yang sebenarnya le ek tapi sekarang lagi mudah buat nasi lembik (tapi jangan terover lembik pulak yer) pastu impit-impitkan dalam dulang. Dah sejuk potong kiub. Ha... Tu cara mudah yang biasa kita buat. Tapi nak lagi mudah beli je kat kedai yang dah siap dalam karung plastik kecik-kecik tu rebus sampai masak dan sejukkan sekejap. Dahhhh boleh makan. Confirm terimpit dan sukatan nasi pun tepat tak yah risau terlebih lembik ke hapa. Tapi kot nak try test buat sendiri leh rujuk kat N3 saya yang lepas yer dengan tajuk... Nasi Impit. Mudah je kerja nak buatnya. 


Kuahnya adalah campuran pelbagai jenis sayuran yang terdiri dari antaranya carrot, kacang panjang, kobis, terung, ubi kentang, tempe, tauhu, fucuk, suhun dan santan. Semua sayuran ni dipotong kecil-kecil just nice kata nenek supaya mudah nak makannya. Penggunaan santan juga ikut kesesuaian. Ada yang suka pekat lagi terangkat katanya. Ada yang suka sedikit cair supaya sihat. Jadi terserah pada anda mana satu yang disuka pekat atau sedikit cair janji hati puas sudah kan...


Makan pulak lontong nih dengan Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri.. Perghhhh masyukkk sangat.


Saya ni melontong ikut suka hati sebenarnya. Tak pernah belajar kat mana-mana cawangan dapur. Baik dapur umah mak, umah nenek atau mana-mana le. Apa ayang terhasil adalah dari minat saya yang suka sangat makan lontong nih sebenarnya. Nak kata tak der mana-mana cara nak cari resepi untuk buat rujukan idak le sampai gitu sekali tapi bab follow resepi akak memang lemah dikkkk. So main masak je la ikut pengalaman memakannya. Tapi bila Mr Hb puji sedap... Tu yang kembang terlebih. Seksi mak jadinya hahahah. Opssss....


Jom le jengah resepi. Dok mengipas diri sendiri kang terlebih kembang pulak jadinya hahaha. Moh kite..



LONTONG WARISAN 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri
Foto: artofyourmind  

Bahan untuk Nasi Impit

 
Bahan Kuah
  • Kacang panjang/kacang buncis - potong 1 inci memanjang
  • Carrot - buat potongan memanjang tapi jangan terlalu nipis
  • Kobis - potong segi empat kecil
  • Tauhu - goreng seketika & hiris kiub kecil
  • Ubi kentang - potong kiub kecil
  • Terung - potong kecil
  • Suhun
  • Fucuk - potong kecil & rendam
  • Tempe - potong kecil & goreng
  • Santan - asingkan yang pekat dan yang cair
  • Sedikit serbuk kunyit/kunyit hidup
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Garam & sedikit gula

Bahan Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri

Bahan Sampingan
  • Telur rebus


Caranya


1. Nasi Impit: Sediakan nasi impit terlebih dahulu dengan merujuk kepada resepi yang saya kongsikan disini dahulu. Sejukkan untuk mudahkan kerja-kerja memotongnya. Biasanya saya sediakan sebelum tidur untuk dimakan keesokan harinya.



2. Rebus telur untuk dijadikan telur rebus. Ketepikan




3. Sambal Tumis: Nak buat Sambal Tumis 2 Puteri leh rujuk sini. Mudah je...


4. Kuah Lodeh: Kisar bawang putih, bawang dan kunyit hidup bersama sedikit santan cair hingga halus.

5. Goreng secara berasingan tauhu dan tempe. Tempe tu terlebih dahulu potong besar mana yang kita nak dan goreng. Tauhu lepas goreng baru potong dadu. Ketepikan.

6. Campurkan semua bahan lain dalam satu periuk besar dan masak hingga merenih.

7. Bila dah merenih, perasakan secukup rasa. Masukkan bahan yang digoreng asing tadi bersama santan pekat. Bila ia mula mendidih kembali tutup api dan bolehlah dihidangkan kepada tetamu :)


Mudah je kan???? Tapi tangan kena rajin sikit mengacau kuahnya sebab takut santan pecah lak kang naya. Langsung tak cantik. Cubalah mudah je..



Selasa, 12 Februari 2013

Resepi Hebat: Sambal Kicap Sos Char Kueyteow 2 Puteri.... Sedapppp


Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat yang meraikannya. Maaf terlambat wish heheh. Kan per computer ni ada problem sehari dua ni tu yang dah lama tak update blog. Bawa ke kedai computer baru tahu rupanya ada masalah dengan cik Mozilla. Kena guna Google Chrome pulak. Gitu le ceritanya. Dia try buat pun tak boleh so dia kata computer ni tak tolerate dengan cik Mozillah dah. Tak pe la nanti kot ada masa akak pulak try kodek-kodek. Kot-kot tangan pengkor ni boleh buat hehehe.


Lama tak borak terasa rindu pulak. Ada sesapa yang gi tengok Psy kat Penang tu hari???? Wooo best ar kot ada peluang. Dekat 2 juta tu kena bayar baru leh tengok life. Kot tak jadi macam saya tengok le dalam tv atau tenet je hehhe. Anak-anak kalo dengar lagu dia ni memang cukup suka. Mula le tergedik-gedik menari sama walaupun stepnya hancur mancur hehehhe. Jangan kata budak-budak kita yang tua ni pun kot sensorang dengar pulak kuat-kuat harus nak gak goyang cam kuda yer tak heheh. Pssss jangan cita kat orang, maluuuu heheheheh. Apa pun salute la diarang sebab pakai seluar panjang menari kat sini. Kot biasa tengok kat dalam tv tu humang.... Punya singkat skirt penarinya heheh. Puas cita kat anak nak tepis hihihi.


Hari ni saya nak kongsi satu resepi yang baru je cuba tadi, Sambal Kicap Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Panjangggg nama dia saya bagi hihi. Kang kalau buang perkataan Kicap kang tak dapat lak orang nak bayangkan camner sebab kalau sebut Sambal Kicap memang tak yah cita, suma orang tahu. Tapi kalau tak bubuh nama Sos Char Kueyteow 2 Puteri kang tak leh pulak. Camner Sos Char Kueyteow 2 Puteri nak dapat creditnya heheheh. So tulis le panjang-panjang lagi mudah dan jelas kan...


Sambal Kicap Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni saya hidangkan bersama Siakap Bakar untuk hidangan tengah hari ni. Tapi tadi dah le rasa sikit hehehh. Tak per Mr Hb tak perasan punya hahhaha. Sikit je pun tak nampak sangat cacatnya bekas kena cubit hahahah. Tapi kalau maleh nak bakar, Ikan Siakap tu goreng garing pun sodap makan dengan Sambal Kicap Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Makan bunyi krupkrap.... Tu yang buat tambah berselera yer idak? Hidangan sampingan salad atau sayur tumis biasa dah cukup. Tak yah susah-susah nak pikir menu havoc sebab yang ni pun rasanya cukup untuk buat kita makan bertambah.


Jom kita tengok resepi sempoinya kay...


SAMBAL KICAP SOS CHAR KUEYTEOW 2 PUTERI
By: asamgaram2puteri

Bahan-bahan

  • 2 ulas bawang merah - mayang halus
  • 1 ulas kecil bawang putih - mayang halus
  • 2 biji cili merah - mayang nipis dan serong
  • 3 biji cili padi hijau - potong nipis-nipis
  • 1 biji tomato - hiris nipis atau kalau rajin dadukan
  • Sos Char Kueyteow 2 Puteri - tuang je ikut banyak mana kita hendak
  • Secubit garam 
  • Gula secukup rasa
  • 2 biji limau nipis/kasturi - perah airnya


Caranya
1. Satukan semua bahan dan sebatikan. Ehhh limau nipis tu perahkan dulu ambil jusnya yer.

2. Dahhh boleh dimakan bersama lauk-pauk yang kita suka.

**Jika lebih suka terasa sedikit pedas dalam Sambal Kicap Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni boleh juga ditambah 1 sudu kecil Cili Boh Asli 2 Puteri di sebagai salah satu ramuannya.

**Sambal Kicap Sos Char Kueyteow 2 Puteri pun boleh dimakan bersama Pisang Goreng macam orang-orang Johor buat tapi kena tambah banyak lagi le jumlah gulanya. Tomato pulak saya tak masukkan. Bawang putih pulak leh goreng sekejap atau tumbuk. Saya suka tumbuk je.... Semua nak mudah je heheheh.


Ok that's it... Mudahkan. Main potong je dan campur. Tak sampai 3 minit sediakan. Selamat menjamu selera :)


Selasa, 27 November 2012

Kari Udang Marvelous 2 Puteri... Sesedap nama hihihi


Tu hari tengok kat pasar udang harimau aummmm murah je dijualnya. Apa lagi terus je la capai 1/2 kg. Kat kepala ni dah dok mikir-mikir dah nak masak apa agaknya udang ni... Masak sambal (hihihi mentang-mentang le perasan pakar), bakar, lemak atau ??? Sulit..Sulit nak pilih resepinya le pulak.


Dalam dok pikir tu tetiba pulak Mr Hb cakap yang dia nak makan Kari Udang. Hok aloh... Baru je mengkari ikan dah nak udang pulak??? Bulan ni dah berapa kali masak kari dah... Isk. Tapi kalau dah minta selalu tu kiranya sedap le tu hehehh. Payah Mr Hb minta kalau tak sedap hihihi.


Saya pun ok je la. Nak buat camner dah cik laling minta buat je la. Lagi pun saya jenis tak kisah janji sedap udah hihih. Terpuji diri lagi nampakkkk hahahahha.


This time saya mengkarikan cik udang tu pun ikut style Kari Kepala Ikan2 Puteri Special Oppa Mamak Style yang saya ingat tak ingat tu hahah. Kan per maleh ah nak cari buku yang saya salin resepi tu. So ikut step yang agak-agak ingat udah le kot hihih. Memang itu le kelemahan saya, ada resepi tapi suka maleh nak ikut. Tu camno???


Untuk Halba Campur, sekarang ni saya dah tak guna yang beli siap tu. Ikut nasihat sis Shiela, Spice Journey kita untuk buat sendiri. Takat campur Halba, Biji Sawi ngan Jintan Putih tu idak le susah mana pun. Main hagak je pun mana nak lebih mana nak kurang, tapi yang sure hasilnya ok lahhh tak der le teruk sangat.



Untuk penyedap kari si Serbuk Beras Sangai pun saya buat gak. Lepas sangai, apa lagi kerah le tenaga anak-anak dare kat umah ni. Tu pun pesan berkali-kali, tumbuk perlahan-lahan, hati-hati, tangan jangan masuk dalam ibu lesung tu ecetra.. ecetra... Jadi ibu ni kalau tak pesan banyak tak sah kata orang hahah. Nasib le sapa jadi anak saya hahah.


Tapi dek kerana terlebih nak bagi sedap, kali ni saya tambah pulak Buah Keras dan Biji Poppy dalam kari tu. Baru le ada lemak-lemak syahdunya bila ada kedua ramuan tambahan tu. Yang gegatal beli biji poppy tu masa orang dok sibuk kata Kari Mamak kat restoran tu ada letak Biji Poppy. Dek kerana nak tahu sangat apa jadi bila ada bahan tu terus saya beli masa ke Tesco tu hari. Tapi tah le pada tekak saya sama je ada Biji Poppy ni ke tidak. Hahah tekak antara bangsa ni dah imiun dengan segala macam bahan dah. Yang ni pun ditugaskan pada anak dare dua orang ni tumbuk hingga halus. Memang puji le hasil diarang.... Halus je. Kot saya pun tak dapat camnih.


Hasil kari ni memang kawww. Sedap je. Buat pulak pekat. Memang masyuk ar. Sedar tak sedar udang tu kononnya nak simpan sampai malam tak dapat. Tinggal sikit je. Baik tak payah iye dak.... Habiskan je la. Kuahnya pulak simpan untuk makan malam bersama roti. Cukuplah diet sikit dah siang makan kaw-kaw. How I wish ada Pulut Kuning.... Perghhhhhh. Cik Laling... Jom cari udang lagi!!!


KARI UDANG MARVELOUS 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri.blogspot
Gambar: time2masak

Bahan-bahan
  • 1kg udang - agak-agak je hihi
  • 50g rempah kari ikan/rempah kari udang - yang ni special untuk makanan laut seperti udang, sotong
  • 3 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 1 biji bawang besar
  • 5-6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia - mayang halus panjang
  • Sedikit kacang panjang - potong 1 inci panjang
  • 100ml santan - nak best yang fresh yer
  • 1 sudu besar halba campur 
  • 1 sudu besar serbuk beras sangai 
  • Tomato - belah 4. Kalau tomato tu kecik belah 2 je
  • Daun kari
  • Minyak 
  • Garam dan Gula
  • Segenggam asam jawa - kalau guna pes, agak-agak le kemasamannya yer
  • Air secukupnya

Caranya:
 
1. Tumis halia,bawang merah, bawang besar dan bawang putih.

2. Masukkan juga halba campur. Tumis hingga bawang jadi keperangan.

3. Bawang dah perang baru masukkan rempah kari yang dibancuh dengan Cili Boh Asli 2 Puteri ditambah sedikit air bagi jadi pes sebab Cili Boh Asli 2 Puteri pekat. Kang susah nak jadikan pes pulak. Jangan lupa daun karinya sama yer. Masak rempah atas api kecil hingga jadi garing dan naik bau. Pastikan api tu slow je bagi dia pelan-pelan masak sampai garing. Nak best masukkan sikit garam dulu untuk garingkan rempah tu. Garam membantu rempah jadi garing dengan lebih cantik. Gaul sesekali jangan bagi rempah hangit yer. Nak lebih syok, tutup periuk tu. Kang masa nak gaul buka akan terbau semerbaknya hasil tumisan. Kang Cik Hb terbau harus dia tegur kata wangi. Tu le petua saya bagi Mr Hb perasan yang kita masak sedap heheheh. Syhhhh jangan cita kat dia yer ;)


4. Bila rempah dah garing, masukkan serbuk beras sangai tadi. Nak tahu rempah tu garing ke tidak boleh tengok pada pes tu yang dah makin kering. Keluarnya minyak yang kita tuang masa tumis tadi dan baunya yang semerbak. Kalau tutup periuk, bila sesekali bukak nak kacau... Perghhhh masyukkk je baunya macam saya cakap tadi ;) Kacau sebentar.

5. Masukkan air asam jawa ikut sukatan yang disukai yer yang dibancuh dalam santan. Nak cerita banyak mana asam tu pun tak reti sebab masing-masing punya citarasa kan hihih. Sebab asam jawa dicampur dalam santan tu saya tak sure sangat tapi sebab nak kasi kick lagi kot hihihi. Allahyarhamah nenek suka buat camni.


6. Bila dah baik punya menggelegak, masukkan udang, sedikit gula dan garam secukup rasa. Masa ni turn api bagi kuat sikit yer. Sebabnya kang udang tu keras pulak kalau masak lama. Gula tu nak bagi naik sikit rasa manis udang tu. Baru terangkat beb ;)


7. Masukkan sama serentak dengan udang, kacang panjang yang dipotong pendek 1 inci. Kalau rajin setiap satu potong lagi dua agak-agak 1/2 inci. Maksudnya tak putus le.

8. Bila udang masak, masa ni kecikkan api semula dan renehkan dalam kira-kira 3 minit. Tujuannya nak bagi kari kita cantik bila terbit minyaknya. Baru cun mata yang memandang :) Tapi make sure jangan lama, kang tak sedap kalau udang tu keras ya.

9. Last sekali baru masukkan tomato. Gaul-gaulkan jab. Tutup api.


** Rempah kari guna yang fresh yer. Maksud saya yang baru bukak plastiknya. Jangan guna yang dah lama terbuka plastiknya walau belum tamat tempoh. Jadi cara terbaik kalau ada baki rempah, ikat dan simpan dalam peti sejuk.

** Garam masukkan kali pertama masa tumis rempah tujuannya bantu bagi rempah tak hangit. Boleh juga masukkan bawang kisar dalam pes nih.

** Ingat yer, api masa tumis kecik je. Tapi kena kacau selalu gak takut hangit rempah nanti. Lepas masukkan ikan besarkan sikit. Bila perhatikan yang ikan tu dah masak, baru kecikkan balik. Biarkan merenih dalam 5 minit lagi.

**Kalau tak nak guna kacang panjang, boleh tukar dengan nenas yang potong kecik-kecik ikut suka macam mana bentuknya.Tak pun lain-lain sayuran seperti buah belimbing buluh atau timun. Apa pun semua tu bagi kelaian pada kari kita. Nenas rasa lain, belimbing buluh rasa lain. Try semua baru tahu :)


Ok... Selamat Memasak semua :)


Ahad, 18 November 2012

Ikan Goreng Salut Sambal 2 Puteri


Hari Khamis lepas seharian aktiviti saya di dapur. Celik je mata, dari pagi sampai ke petang memasak. Terasa cam suri rumah yang sejati lak ahaks*. Ehhh jangan salah sangka, selalu tu masak gak. Tapi biasanya pilihan lauk 2 jenis je. Pastu jarang-jarang ada pulak ada hidangan petang. Selalunya kitarang skip tapi ambil dinner jam 7 lebih, sejurus selepas Maghrib. Jarang sangat saya masak khas untuk waktu nih.


Tapi itu ler, kalau dah jarang-jarang buat sesekali buat terasa nikmatnya. Nak-nak pulak lepas hidang semua puji. Isk... Terasa nak masak macam tu tiap hari heheheh. Ada ke kerajinan dalam diri hahahahah. Sib baik dapat Mr Hb jenis okay, so tak le susah sangat. Tapi dalam ok pun hati dan perutnya kena jaga beb. Sapa tak sayang suami oooooi.


Menu tengah hari saya Khamis lepas banyak berasaskan Sambal. Heheh mentang-mentang le nak jadi queen of Cili Boh, asyik bersambal je la hahahah. Ikan Goreng Bersalut Sambal cicah dengan Sambal Kicap berSos Char Kueyteow 2 Puteri dan Terung Bersambal. Ha... Kannnn. Semua menu ada unsur Sambal. Sian pulak anak-anak, makan Ikan Goreng jer heheh. Tapi biasa le kalau dah banyak cerita, memang jadi tak reti nak hidang apa untuk diarang. Masak special pun tak dimakannya. Last-last ibu gak yang makan. Mana tak mengelembung mak hiiiii.


Sebenarnya pokok limau yang saya tanam depan rumah tu berbuah lebat sangat kali ni (ehhh tukar tajuk ke pulak???). Dah puas sedekahkan pada jiran pun masih banyak lagi. Pokok kecik je. Agaknya cukup bajanya yer tak heheh. Peliknya pokok limau purut yang besar bagai nak rak tu tetiba je mati. Pelik gak. Elok le tu satu mati, satu lagi lebat berbuah. Kurang le sedihnya hehhe.


Dah puas gak buat Jus Limau Nipis, Teh O Limau tak habis-habis lagi. Dalam dok pikir apa lagi yang nak buat dengan limau nipis tu teringin pulak nak makan Ikan Goreng cicah Sambal Kicap. So hari Rabu lepas terus beli sekilo (7 ekor je dapatnya) ikan mata besar. Heheh saya tak le tahu nama betulnya, Ikan Selar kot. Takat Ikan Mata Besar atau Ikan Uji Rashid tu tau le heheh. 


Takat nak menggoreng ikan dan makan dengan Sambal Kicap terasa kesian lak kat Mr Hb. Terasa cam nak bagi orang sakit je makan heheh. Jadinya tangan terus capai Cili Boh Asli 2 Puteri untuk dibuat sambal. Nama pun tokey cili boh, stok harus ada sentiasa dalam fridge. Kot tak malu weh hihihi.


Untuk kali ni saya kongsikan resepi Ikan Goreng Salut Sambal 2 Puteri kay. Yang lelain tu nanti-nanti Insyaallah saya kongsikan pulak. Ikut turn bebeh :)


IKAN GORENG BERSALUT SAMBAL 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri
Gambar: homestaypenang

Bahan-bahan

  • Ikan yang telah digoreng
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri 
  • Sedikit belacan - biasanya tak guna tah tetiba tergatal pulak nak masukkan
  • Garam dan gula
  • 2 sudu besar Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Air asam jawa
  • 1 biji bawang besar - potong bulat

Caranya

1. Bawang putih dengan bawang merah tu kalau rajin kisar halus. Tapi saya ni ikut mood, kalau angin cepuih-cepuih datang heheh maap yer sekadar hiris halus je heheh. Dah siap tu terus tumis atas api medium kecik. Sebabnya nak bagi bawang tu tak hangus.

2. Dah agak-agak keperangan masukkan pulak Cili Boh Asli 2 Puteri. Kacau seketika dan tumis hingga agak garing. Mak-mak kata pecah minyak dengan rupanya minyak tu makin nampak ke permukaan.

3. Bila dah garing, masukkan garam, gula, Sos Char Kueyteow 2 Puteri, belacan (yang ni kalau tak nak pun ok) dan air asam jawa. Nak bagi sedap lebihkan jumlah gulanya. Pastikan garam sikit je yer. Kalau tak rasanya pedar cam terlebih rencah pulak. Tak sedap nanti. Air asam tu pun jangan menyengat sangat. Ala-ala ada je. Rasanya cukup 1/2 sudu teh je pes asam jawanya.

4. Last sekali masukkan ikan goreng dan bawang yang dipotong bulat. Golek-golekkan seketika terus tutup api.


**Resepi ni boleh digunapakai pada Sambal Ikan Keli yang macam orang jual kat restoran/kedai-kedai makan tu yer.

**Bawang besar yang dipotong bulat tu dimasukkan last sekali supaya akan terasa rangupnya masa makan nanti. Kalau dah lembik kurang umphnya :)


Jumlah bahan-bahan tu saya salut pada 3 ekor ikan goreng je. Bakinya ikan goreng saya makan dengan Sambal Kicap berSos Char Kueyteow 2 Puteri. Lagipun anak-anak tak makan pedas... Payah.


Okay tu je. Dah siap untuk dihidangkan. Makan pulak dengan nasi panas-panas bersama papadom dan sayur... Perghhhh bertambah selera. Silap-silap ikan sekilo tu sekali hadap je jadinya heheh. Tapi bila lagi nak makan puas-puas kan... Kalau beli dah kena bayar berapa agaknya.



Khamis, 8 November 2012

Kari Kepala Ikan 2 Puteri Special... Oppa Mamak Style!!!


Beberapa minggu lepas saya ada ternampak satu resepi Kari Kepala Ikan milik Sis Shiela, Spice Journey. Masa baca butiran resepi dan segala macam petua yang dikongsikan teringat cara nenek, Allahyarhamah Yong Abdullah masak kari. Aishhh ada rupanya step-step yang saya tertinggal. Tu le kecik-kecik dulu tak belajar, bila nenek dah tak der ha... Mengelabah nak masak. Itu yang hilang tempo tu.


Kebetulan pula esok tu Mr Hb tertengok ada jual kepala Ikan Kerapu kat market. Harganya tak le mahal sangat tapi kata Mr Hb kalau yang dah siap masak boleh jual hingga RM30.00 lebih ikut besar kepala ikat tu. Isk macam tak percaya!! Betul ke??? Tah le sebab saya ni tak suka makan kepala ikan. So tak ambik pot le sangat. Tak suka sangat tengok cik ikan yang tunjuk gigi tu. Tapi Mr Hb ni bab kepala ikan serah ke dia. Tah tang mana yang dia suka tak le pulak saya tahu. Kepala apa le sangat yang boleh dimakan kan hihihi. Entah le.. :)

Ni le rupa ikan kerapunya tapi idak le guna yang ni nak buat kari kepala ikan. Lekat celah gigi je.

Tangan terus capai kepala ikan kerapu tu, pastu gi belah sayuran untuk cari cili hijo, bendi dan tomato. Sayuran ni wajib ada dalam hidangan kari saya. Tah le tapi kemanisan dan wangian dari cili hijo tu memikat hati saya sangat-sangat kalau ada dalam kari ikan. Hias pulak dengan bendi dan kemasam manisan tomato.. Iskkk. Boleh lupa ini donia. Pastu tuang sikit kicap dan makan dengan ikan goreng, papadom dan sambal. Lagi le tak hengat. Hhihi. Masa ni mak mertua lalu pun sila le. Tak sempat nak tegor rasanya hahahha. Menantu sudah naik hantu hahahhah.


Dalam mengari nih (mengari, ada ker perkataan nih? Hhehe) kalau nak sedap memang wajib guna yang fresh sahaja yer. Kalau stok lama boleh gak guna tapi kureng sesangat kawwwnya. Itu yang kurang stim nak makan nanti. So sebaiknya beli dan masak. Beli masak. Beli masak.



Resepi nih guna beras sangai yang ditumbuk halus sebagai salah satu bahan utamanya. Memang nampak kelainan. Rasanya nenek buat camni ler sebab kecik sangat waktu tu. So tak berapa ambil pusing masa dia memasak. Tapi style masukkan daun kari terus dalam rempah yang dipeskan dan masukkan asam jawa dalam sanatan memang saya pernah nampak. Cuma waktu tu buat donno ingat nenek akan ada sampai bebila. Isk.


Kata sis kita, ramuan Halba Campur tu lebih baik kita buat sendiri. Campurannya adalah Halba, Biji Sawi dan Jintan Putih/Halus. Kalau guna Halba Campur yang dah siap kat kedai tu ada Jintan Manis. Yang tu tak berapa best hasilnya sebab rasa lain sikit kat kari kita nanti. Baunya pun kuat le juga. Kang tengit pulak kari kita. Tapi ada orang ada caranya hihihi. So yang ni terpulang yer. Kalau nak buat macam yang disarankan ni campur semuanya dan pastikan camuran tu jadi 1 sudu besar total up hihi.


Meh kita tengok segala macam resepinya kay.. Tapi mungkin langkah-langkahnya agak panjang sikit. Itu hasil bacaan saya yang saya dapat dari laman Spice Journey nih le. Baik saya kongsikan kat sini supaya lepas-lepas ni nak makan kari sedap tak le payah nak pergi kedai mamak sangat. Kita pun terer buat sendiri yer idak???


KARI KEPALA IKAN 2 Puteri SPECIAL
By: Sis Shiela, Spice Journey

Bahan-bahan:
  • 1kg ikan / sepotong besar kepala ikan
  • 50g rempah kari ikan
  • 3 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 1 biji bawang besar
  • 5-6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia - mayang halus panjang
  • 3 batang cili hijau
  • 100ml santan - nak best yang fresh yer
  • 1 sudu besar halba campur 
  • 1 sudu besar serbuk beras sangai 
  • Tomato - belah 4. Kalau tomato tu kecik belah 2 je
  • Kacang bendi
  • Daun kari
  • Minyak 
  • Garam
  • Segenggam sam jawa - kalau guna pes, agak-agak le kemasamannya yer
  • Air secukupnya

Caranya:
 
1. Serbuk beras sangai: Basuh bersih beras. Kemudian sangai atas api sederhana kecil sehingga perang. Lepas tu tumbuk halus bagi jadi berserbuk yer.


2. Tumis halia,bawang merah, bawang besar dan bawang putih.

3. Masukkan juga halba campur. Kalau ikut style sis Shiela dia masukkan juga daun kari masa ni. Kalau saya punya style masukkan daun kari dalam pes kari ikan dulu. So ikut le mana style suka yer. Janji ada kang kurang bau karinya. Tumis hingga bawang jadi keperangan.

4. Bawang dah perang baru masukkan rempah kari yang dibancuh dengan Cili Boh Asli 2 Puteri ditambah sedikit air bagi jadi pes sebab Cili Boh Asli 2 Puteri pekat. Kang susah nak jadikan pes pulak. Masak rempah atas api kecil hingga jadi garing dan naik bau. Pastikan api tu slow je bagi dia pelan-pelan masak sampai garing. Nak best masukkan sikit garam dulu untuk garingkan rempah tu. Garam membantu rempah jadi garing dengan lebih cantik. Gaul sesekali jangan bagi rempah hangit yer.


4. Bila rempah dah garing, masukkan serbuk beras sangai tadi. Nak tahu rempah tu garing ke tidak boleh tengok pada pes tu yang dah makin kering. Keluarnya minyak yang kita tuang masa tumis tadi dan baunya yang semerbak. Kalau tutup periuk, bila sesekali bukak nak kacau... Perghhhh masyukkk je baunya heheh. Kacau sebentar.

5. Masukkan air asam jawa ikut sukatan yang disukai yer yang dibancuh dalam santan. Nak cerita banyak mana asam tu pun tak reti sebab masing-masing punya citarasa kan hihih. Sebab asam jawa dicampur dalam santan tu saya tak sure sangat tapi sebab nak kasi kick lagi kot hihihi. Allahyarhamah nenek suka buat camni.


6. Bila dah baik punya menggelegak, masukkan kepala ikan dan garam secukup rasa. Masa ni turn api bagi kuat sikit yer. Sebabnya kang ikan tu hancur pulak kalau masukkan sebelum santan benar-benar menggelegak. Bau kuah pulak akan jadi hanyir sebab air ikan keluar. Kang bantut lak selera. Kalau api kecil pun akan jadi punca air ikan tu keluar. So kuatkan sikit yer. Agak-agak midium le yer.


7. Patah-patahkan cili hijau dan masukkan dalam kari. Kalau tak pun potong dua tapi tak putus cili tu secara memanjang je. Sesetengah orang cakap nikmatnya lain bila dipatahkan berbanding kalau dipotong. Entah le mungkin faktor bunyi 'pop' tu kot bagi rasa best heheh.

8. Bila ikan masak, masa ni kecikkan api semula dan renehkan dalam kira-kira 5 minit. Tujuannya nak bagi kari kita cantik bila terbit minyaknya. Baru cun mata yang memandang :)

9. Last sekali baru masukkan bendi dan tomato. Gaul-gaulkan jab. Tutup api.



** Bendi tu kalau nak bagi nampak segar, celur je dalam air campur sedikit minyak dan garam. Bila nak makan baru masukkan dalam kari tadi.

** Kalau guna terung pulak, goreng dulu bagi layu baru masukkan dalam kuah jika suka. Kalau tak pun masukkan terus je hihi.

** Rempah kari guna yang fresh yer. Maksud saya yang baru bukak plastiknya. Jangan guna yang dah lama terbuka plastiknya walau belum tamat tempoh. Jadi cara terbaik kalau ada baki rempah, ikat dan simpan dalam peti sejuk.

** Garam masukkan kali pertama masa tumis rempah tujuannya bantu bagi rempah tak hangit. Boleh juga masukkan bawang kisar dalam pes nih.

** Ingat yer, api masa tumis kecik je. Tapi kena kacau selalu gak takut hangit rempah nanti. Lepas masukkan ikan besarkan sikit. Bila perhatikan yang ikan tu dah masak, baru kecikkan balik. Biarkan merenih dalam 5 minit lagi.


Wokay... Dah siap le dah ni. Kalau ada lebih kuahnya kang leh le cicah dengan stok roti yang ada kat rumah hahah. Sedap beb hihi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...