Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 8 November 2012

Kari Kepala Ikan 2 Puteri Special... Oppa Mamak Style!!!


Beberapa minggu lepas saya ada ternampak satu resepi Kari Kepala Ikan milik Sis Shiela, Spice Journey. Masa baca butiran resepi dan segala macam petua yang dikongsikan teringat cara nenek, Allahyarhamah Yong Abdullah masak kari. Aishhh ada rupanya step-step yang saya tertinggal. Tu le kecik-kecik dulu tak belajar, bila nenek dah tak der ha... Mengelabah nak masak. Itu yang hilang tempo tu.


Kebetulan pula esok tu Mr Hb tertengok ada jual kepala Ikan Kerapu kat market. Harganya tak le mahal sangat tapi kata Mr Hb kalau yang dah siap masak boleh jual hingga RM30.00 lebih ikut besar kepala ikat tu. Isk macam tak percaya!! Betul ke??? Tah le sebab saya ni tak suka makan kepala ikan. So tak ambik pot le sangat. Tak suka sangat tengok cik ikan yang tunjuk gigi tu. Tapi Mr Hb ni bab kepala ikan serah ke dia. Tah tang mana yang dia suka tak le pulak saya tahu. Kepala apa le sangat yang boleh dimakan kan hihihi. Entah le.. :)

Ni le rupa ikan kerapunya tapi idak le guna yang ni nak buat kari kepala ikan. Lekat celah gigi je.

Tangan terus capai kepala ikan kerapu tu, pastu gi belah sayuran untuk cari cili hijo, bendi dan tomato. Sayuran ni wajib ada dalam hidangan kari saya. Tah le tapi kemanisan dan wangian dari cili hijo tu memikat hati saya sangat-sangat kalau ada dalam kari ikan. Hias pulak dengan bendi dan kemasam manisan tomato.. Iskkk. Boleh lupa ini donia. Pastu tuang sikit kicap dan makan dengan ikan goreng, papadom dan sambal. Lagi le tak hengat. Hhihi. Masa ni mak mertua lalu pun sila le. Tak sempat nak tegor rasanya hahahha. Menantu sudah naik hantu hahahhah.


Dalam mengari nih (mengari, ada ker perkataan nih? Hhehe) kalau nak sedap memang wajib guna yang fresh sahaja yer. Kalau stok lama boleh gak guna tapi kureng sesangat kawwwnya. Itu yang kurang stim nak makan nanti. So sebaiknya beli dan masak. Beli masak. Beli masak.



Resepi nih guna beras sangai yang ditumbuk halus sebagai salah satu bahan utamanya. Memang nampak kelainan. Rasanya nenek buat camni ler sebab kecik sangat waktu tu. So tak berapa ambil pusing masa dia memasak. Tapi style masukkan daun kari terus dalam rempah yang dipeskan dan masukkan asam jawa dalam sanatan memang saya pernah nampak. Cuma waktu tu buat donno ingat nenek akan ada sampai bebila. Isk.


Kata sis kita, ramuan Halba Campur tu lebih baik kita buat sendiri. Campurannya adalah Halba, Biji Sawi dan Jintan Putih/Halus. Kalau guna Halba Campur yang dah siap kat kedai tu ada Jintan Manis. Yang tu tak berapa best hasilnya sebab rasa lain sikit kat kari kita nanti. Baunya pun kuat le juga. Kang tengit pulak kari kita. Tapi ada orang ada caranya hihihi. So yang ni terpulang yer. Kalau nak buat macam yang disarankan ni campur semuanya dan pastikan camuran tu jadi 1 sudu besar total up hihi.


Meh kita tengok segala macam resepinya kay.. Tapi mungkin langkah-langkahnya agak panjang sikit. Itu hasil bacaan saya yang saya dapat dari laman Spice Journey nih le. Baik saya kongsikan kat sini supaya lepas-lepas ni nak makan kari sedap tak le payah nak pergi kedai mamak sangat. Kita pun terer buat sendiri yer idak???


KARI KEPALA IKAN 2 Puteri SPECIAL
By: Sis Shiela, Spice Journey

Bahan-bahan:
  • 1kg ikan / sepotong besar kepala ikan
  • 50g rempah kari ikan
  • 3 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 1 biji bawang besar
  • 5-6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia - mayang halus panjang
  • 3 batang cili hijau
  • 100ml santan - nak best yang fresh yer
  • 1 sudu besar halba campur 
  • 1 sudu besar serbuk beras sangai 
  • Tomato - belah 4. Kalau tomato tu kecik belah 2 je
  • Kacang bendi
  • Daun kari
  • Minyak 
  • Garam
  • Segenggam sam jawa - kalau guna pes, agak-agak le kemasamannya yer
  • Air secukupnya

Caranya:
 
1. Serbuk beras sangai: Basuh bersih beras. Kemudian sangai atas api sederhana kecil sehingga perang. Lepas tu tumbuk halus bagi jadi berserbuk yer.


2. Tumis halia,bawang merah, bawang besar dan bawang putih.

3. Masukkan juga halba campur. Kalau ikut style sis Shiela dia masukkan juga daun kari masa ni. Kalau saya punya style masukkan daun kari dalam pes kari ikan dulu. So ikut le mana style suka yer. Janji ada kang kurang bau karinya. Tumis hingga bawang jadi keperangan.

4. Bawang dah perang baru masukkan rempah kari yang dibancuh dengan Cili Boh Asli 2 Puteri ditambah sedikit air bagi jadi pes sebab Cili Boh Asli 2 Puteri pekat. Kang susah nak jadikan pes pulak. Masak rempah atas api kecil hingga jadi garing dan naik bau. Pastikan api tu slow je bagi dia pelan-pelan masak sampai garing. Nak best masukkan sikit garam dulu untuk garingkan rempah tu. Garam membantu rempah jadi garing dengan lebih cantik. Gaul sesekali jangan bagi rempah hangit yer.


4. Bila rempah dah garing, masukkan serbuk beras sangai tadi. Nak tahu rempah tu garing ke tidak boleh tengok pada pes tu yang dah makin kering. Keluarnya minyak yang kita tuang masa tumis tadi dan baunya yang semerbak. Kalau tutup periuk, bila sesekali bukak nak kacau... Perghhhh masyukkk je baunya heheh. Kacau sebentar.

5. Masukkan air asam jawa ikut sukatan yang disukai yer yang dibancuh dalam santan. Nak cerita banyak mana asam tu pun tak reti sebab masing-masing punya citarasa kan hihih. Sebab asam jawa dicampur dalam santan tu saya tak sure sangat tapi sebab nak kasi kick lagi kot hihihi. Allahyarhamah nenek suka buat camni.


6. Bila dah baik punya menggelegak, masukkan kepala ikan dan garam secukup rasa. Masa ni turn api bagi kuat sikit yer. Sebabnya kang ikan tu hancur pulak kalau masukkan sebelum santan benar-benar menggelegak. Bau kuah pulak akan jadi hanyir sebab air ikan keluar. Kang bantut lak selera. Kalau api kecil pun akan jadi punca air ikan tu keluar. So kuatkan sikit yer. Agak-agak midium le yer.


7. Patah-patahkan cili hijau dan masukkan dalam kari. Kalau tak pun potong dua tapi tak putus cili tu secara memanjang je. Sesetengah orang cakap nikmatnya lain bila dipatahkan berbanding kalau dipotong. Entah le mungkin faktor bunyi 'pop' tu kot bagi rasa best heheh.

8. Bila ikan masak, masa ni kecikkan api semula dan renehkan dalam kira-kira 5 minit. Tujuannya nak bagi kari kita cantik bila terbit minyaknya. Baru cun mata yang memandang :)

9. Last sekali baru masukkan bendi dan tomato. Gaul-gaulkan jab. Tutup api.



** Bendi tu kalau nak bagi nampak segar, celur je dalam air campur sedikit minyak dan garam. Bila nak makan baru masukkan dalam kari tadi.

** Kalau guna terung pulak, goreng dulu bagi layu baru masukkan dalam kuah jika suka. Kalau tak pun masukkan terus je hihi.

** Rempah kari guna yang fresh yer. Maksud saya yang baru bukak plastiknya. Jangan guna yang dah lama terbuka plastiknya walau belum tamat tempoh. Jadi cara terbaik kalau ada baki rempah, ikat dan simpan dalam peti sejuk.

** Garam masukkan kali pertama masa tumis rempah tujuannya bantu bagi rempah tak hangit. Boleh juga masukkan bawang kisar dalam pes nih.

** Ingat yer, api masa tumis kecik je. Tapi kena kacau selalu gak takut hangit rempah nanti. Lepas masukkan ikan besarkan sikit. Bila perhatikan yang ikan tu dah masak, baru kecikkan balik. Biarkan merenih dalam 5 minit lagi.


Wokay... Dah siap le dah ni. Kalau ada lebih kuahnya kang leh le cicah dengan stok roti yang ada kat rumah hahah. Sedap beb hihi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...