Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 1 November 2012

Wajah Iras Siapa???? Why???? Untuk apa iras-iras ni????


Semalam saya ada baca apa yang tertulis dari kiriman sahabat di Facebook tentang rahsia terciptanya wajah kita persis ibu atau ayah kita. Kadang-kadang persis datuk nenek, saudara-saudara yang lain. Rasa sebak pulak tetiba. Ya mungkin itu le agaknya rahsia yang Allah cuba tunjukkan kat kita yang kadang-kala kita terlupa untuk merenungnya lebih sikit.

Hrithik Roshan & Bradley Cooper

Macam muka saya ni rasanya mix and match ramai orang dari datuk, nenek, mak dan ayah. Sebabnya saya tengok idak le muka ni sama sangat dengan mak saya, Hjh Nafisah Hj K.S Mohammed; tak le pulak capai 50% rupa ayah, Allahyarham Hj Nadzri Yeop Mat Yassin. Dan walaupun ayah saya bukan mamak tapi ramai yang tegur bertanyakan adakah saya kacukan mamak. Itu petandanya persis atuk, Allahyarham Haji K.S Mohammed pun ada le sikit. Dan muka saya tak bujur jadi persis nenek, Allahyarhamah Hjh Yong Abdullah. Wahhhh sukanya!!!


Bila tengok wajah anak pun camtu. Tapi Afif Khadyeeja tu saya tengok turun saya banyak cuma mata ambik mata atuknya. Tapi kadang kala bila direnung balik tengok macam nenek, Hjh Pan Jaafar dan opah dia, Hjh Asma Jaafar je isk hihihi. Jadi mix antara saya dengan belah Mr Hb. Wajah adik, Izaz Rashyeeda pulak persis belah Mr Hb mix dengan anak mak cik saya, Siti Ayu Najiha. Memang kadang kala kalau tengok macam tengok mak sunya tu pulak hihih.


Mr Hb pulak mukanya ada persis ayah sikit tapi bakinya entah mungkin saudaranya yang lain kot. Gaya jalannya persis atuknya, Jaafar tapi yang ni satu yang buat saya sering terkena dulu... Suaranya persis sangat dengan suara ayah dia. Dulu masa 'bercinta' awal-awal perkenalan dulu selalu tersalah panggil kalau call guna phone rumah. Naik malu beb hihihi. Kowang pernah kena tak??? Hihihi.... Panggil abang terkena ayah. Adoiiiii hihihihi.


Eh dah panjang lebar pulak cerita pasal ni. Jom le tengok apa yang tercatat buat saya ngomel pasal muka dan persis siapa ni. Lepas baca ni ambik cermin dan cari agak-agak siapa yang sama dengan kita. Jadikan game pun best. Nanti la bila anak besar sok nak buat nih dengan diarang. Telek & imbau hihihi.


Sumber gambar: Muhammad Halimi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...