Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 5 November 2012

Kursus Usahawan ICT - NCIA UKM Bawah Program NCER. Pening kepala akak dikkk


Beberapa hari ni saya tak der, kena pergi kursus anjuran NCIA-UKM bawah program NCER untuk bagi celik internet. Dah tetua ni kena lak masuk belajar balik. Camner ghopernya. Hiiii.



Khosyok hihi


Cikgu cikgi sumer muda-muda belaka jadi main dengan anak murid yang dah agak berkarat ni memang mencabar le hihihi. Siap ada yang hilang kesabaran dah hihi. Mana taknya sorang pening nak menghadap student yang lebih slow dari siput ni ha. Ko bayangkan le slownya siput tu dan pastu bayangkan yang super duper extra slow. Haaa kau. Ambik. Yang sorang lagi dah tau slow tak sedor diri nak pergi gak tunjuk muka. Jadinya gamat le bilik tu. Sib baik tak der yang cedera parah hihiihi. Boleh ker hahahah. Ngengadakan dialog. Tak ler sampai camtu tapi gamatnya pasti hihhi.


Aduh.. Masa belajar tu terasa sangat diri ni slownya ya Rabbi. Agak-agak kalau saya pun dapat student yang macam kitarang ni entah le... "Ampun ibu ibu bapak bapak, saya enggak bisa dong! Maunya kasi hantuk ini kepala sama itu dinding ya. Tolong le gi balik masak. Tak yah le datang dah". Hhiiih. Boleh gitew????


Patut la orang charge memahal nak buat benda nih. Tapi siapa le kita. Mana le nak cekau ribu riban nak bayar orang. Yang ada ni pun cukup-cukup nak buat modal je. Selalu tercekik je hihihi. Semua support sendiri dik. Jangan ingat mudah ndak dapat bantuan IKS macam yang selalu kia dengor tu. Ikut nasib je (eh yer ke?). Memang syok je dengor kerajaan bagi juta-juta untuk pengusaha IKS tapi entah le. Katanya salur sana salur sini. Isk... Bukan leeee nak mengharapkan tongkat baru nak jalan. Memang selama ni belajar jalan sendiri tak guna apa-apa tongkat pun. Tapi tu le sakit jugak kalau berjalan tak der lapik kat kaki ni. Duri, kaca tajam sangat. Luka lama pun tak sembuh lagi dah dapat luka baru. Tu yang sedih tu huhu... Sesekali dapat peluang belajar free wajib kena grap walau dah tau slow kan ke main hihihi.

BLU - Budak Lebih Umur hihihi



Yang datang ni memang kebanyakannya pior makcik-makcik, pakcik-pakcik. Siap ada yang bawa xkod lagi kau. Hambik. Nak belajar sendiri tak pandai, kena le bawak bodyguard kan. Kot tak lagi le naya. Tu yang kekadang cari huruf n pun dok ingat lari nyorok ke mana dah hihi. Tapi tu le kena gak belajar. Nak majukan hidup. Sapa cakap orang melayu malas berusaha. Cuma peluang je kurang cerah. Dok hujan je hihhihi.


Kitarang belajar apa??? Alah yang korang terer le buat blog guna wordpress, buat facebook dan yang berkaitan gejet-gejet semua. Sib baik time pack tak sempat nak belajar internet guna handphone yang canggih tu. Kot tak lagi lemau ler hihiih. Akak guna nokiah je dikkk. Tak denya berlink-link dengan internet ni. Yang akak tau cukup leh call, leh mesej udah. Sikit-sikit tu leh le ambik gambo tapi nak share kat sini tak le reti. Nak buat camner banyak lagi yang nak kena master.



Memang le akak dah ada blog. Dan memang le blog ni akak bina sendiri. Tapi sebenarnya blog Asam Garam 2 Puteri ni akak main hentam kromo binanya dulu. Dengar kata free apa lagi. Amboi yer pantang dengor free terus nak cekau je. Adat le tu hehehh. Peluang sapa nak bagi kan. Mula-mula dulu hadoi haiiii pening gak. Tiap hari belek tapi postnya tak juga. Lepas 3 hari belek dari pagi sampai malam baru paham. Sib baik le Mr Hb sporting. Makan nasi bungkus le anak beranak 3 hari tu hihihi. Lepas tu baru nak post. Rasanyala, tak le ingat bebenor weh. Otak teman ni karat dikkk tak le kuat sangat ingatannya. Post lak main suka-suka hati je hantar. Entah le sapa baca masa tu maunya demam kura hihihi. Jangan marah yer sapa-sapa yang kena tu....


Sib baik sahabat facebook ada yang sudi beri tunjuk ajar lepas sudi visit blog akak ni. Tapi ko bayangkan le camner nak pujuk diarang yang otai tu supaya berkunjung kat blog yang meskin ni. Sib baik diarang sudi. Sis Znuriniatti, tq dear:). Ok tak susun atur post kat sini sekarang? Banyak gi kena ubah suai tapi tunggu lah yer hihi. Sat gi kerja tah ke mana pulak dok asyik tumpu kat blog-blog nih. Yer la dah ada dua ni kena kerja lebih le. Kat facebook 2 Puteri lagi. Isk... Eh kot sudi mohon like yer facebook 2 Puteri laling sumer.


Dah le pening buat blog kat Wordpress. Pening nak pikir reka letak. Ni pening pulak nak buat ayat promal-promal. Derhaka kang cikgu marah lagi hihihi. Saya ni kalo takat ayat merapu meraban boleh le. Memang le tak sesuai dengan imej corporate yang disampaikan tapi for me chill beb. Nak jumpa orang biar le santai tak le tension nanti. Tapi produk HARUSSSS TERBAIK. Jadinya saya cecuba link la blog ni dengan blog 2 Puteri kat wordpress tu. Yang tu formal, yang ni santai mantai. Ok gitu????


Ni kalau ada lagi yang agak-agak sesuai atau tersalah ni tolong le beri tunjuk ajar yer. Lagi satu pada yang pesan-pesan kat sini suwuh lawat blog mike, bukan saya tak sudi. Kalau ada yang arti tu sampai le saya, tapi kalau tak hihihi maaf yer. Bila bukak ada iklan, memang akak terus lari dikk. Soh soh tak tahu nak tekan mana. Pada yang follow pun cam tu gak. Pening saya nak buat camner nak sampaikan rasa terima kasihnya. Harap-harap yang baca ni faham yer. Thank you so much dear from deep of my giant heart.


So lepas ni kot sudi lawat le kami kat  http://2puteri.wordpress.com/ yer. Tak le cantik lagi tapi Insyaallah gimme time kay. Tak pun kat http://www.facebook.com/pages/2-Puteri/153553131366801. Mohon like yer darling ;)


Agak-agak lepas ni apa le jadinya dengan blog kitarang kat wordpress tu yer. Jangan naik sawang dah le hihihi. Saya ni pun pening tak habis lagi sejak 3 hari lepas nak belek-belek apa yang patut kat sana tu. 


Ok see you all again later. Nak perah otak yang banyak lemak ni balik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...