Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 2 November 2012

Sambal Telur Rebus Bergoreng 2 Puteri.. Kahwinkan dengan nasi lemak sedappp


Malam ni kitarang melemakkan badan dengan hidangan Nasi Lemak dan Sambal Telur Rebus Bergoreng 2 Puteri. Hihihi tah tetiba lepas balik kursus tadi terasa teringin pulak nak makan nasi lemak. Lagipun ringkas je cara nak masak hidangan ni tu yang tak kisah masak memalam nih. Biasanya saya kalau makan nasi lemak bersama sambal ikan bilis dan telur rebus wajib ada. Tapi memandangkan dah malam ni satukan dua hidangan yang biasanya diasingkan dan tiadakan satu lauk iaitu ikan bilisnya. Apa tu???? Peningnya. Heheh ayat pusing-pusing tapi maksudnya Saya Buat Sambal Telur Rebus la hihihi....


Pelik lak tekak ni sekarang. Kata nak diet tapi dok mintak hidangan yang berlemak bagai. Isk isk isk.... Cam ner nak kurus ni? Dah makin motel rasanya.


Hikhikhik dah makan baru nak sedar. Bole gitu?? Rasanya cam boleh blah je. Berangan kuat hihihi.


Sebenarnya sambal telur ada berbagai variasi. Satu sambal goreng. Satu lagi sambal telur pecah, yang ni biasanya Allahyarhamah nenek buatkan untuk saya masa kecil dulu sebab saya tak makan pedas. Tapi pecahnya pun dalam sambal gak. Peliknya kalau masak cam ni idak le pulak saya kata pedas. Boleh gak makan... Boleh gitu hihihi. Ngengada kan... Yang lain pulak sambal telur rebus biasa dan yang nak saya kongsi ni Sambal Telur Rebus Bergoreng. Bahan dan resepi sama tapi bentuk je berbeza.


Jenis telur pun bergantung pada stok dan apa yang kita rasa inginkan. Telur ayam ker, telur puyuh ker, telur itik pun ok. Semua boleh. Jangan telur buaya udah. Agak-agak kalau telur ostrich tu kalau rebus lama mana yer????


Nak menasi lemak tu tak susah tapi nanti-nanti yer saya kongsikan resepinya. Sebabnya malam ni terasa nak kongsi resepi Sambal Telur Rebus Bergoreng 2 Puteri dulu. Amboi panjangnya nama saya bagi hihih. Gasak le yer janji kowang paham maksud dihati huahuahua. Sebenarnya dulu saya ada kongsi resepi Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri. Bahan-bahan dan langkah-langkahnya sama je cuma tukar main dishnya je. Pastu tiadakan air asam jawa, lebihkan gula bagi extra manis sikit... Garam tu kurang lah macam biasa. Cara saya lah ni sebenarnya. Tak tahu lak cara orang lain. Tapi dengan bangganya saya katakan sedappp hihihi. Perasan kan ;P


Sambal Telur Rebus 2 Puteri

By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan:
  • Beberapa biji telur 
  • Bawang besar dan sedikit bawang putih yang dikisar halus
  • Cili Boh Asli 2 Puteri
  • Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Gula & garam secukup rasa
  • Bawang  besar yang dipotong bulat
  • Daun pandan untuk mewangikan masakan jika suka
Caranya:

Eh silap resepi da hihihi

Mula-mula rebus terlebih dahulu. Kalau suka boleh gak goreng sebentar bagi agak-agak cun gitew... Nak cantik, kelar sikit kelilingnya. Pastu ketepikan. Kalau rajin belah le dua bagi nampak molek dipandang mata. Tapi kalau kerajinan dah kurang bior je hahahhah.



Tumis bawang besar dan sedikit bawang putih yang dikisar hingga naik bau. Pastu masukkan Cili Boh Asli 2 Puteri. Masak hingga cili garing. Kalau suka masa ni masukkan simpulan daun pandan. Saje je nak bagi wangi.



Tambahkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.



Cam ni le lebih kurang hihihi.




Masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Gaul lagi tapi sekejab je sebab best gak kalau bawang tu rasa rangup lagi masa nak gigitnya. Ok dah siap!


Ha sekarang hidangkan bersama Nasi Lemak, Ikan Bilis goreng, Kacang Goreng dan slice of timun. Hmmmm yummy beb. Sedap tau... Tak caya? Pergi beli Cili Boh Asli 2 Puteri ngan Sos Char Kueyteow 2 Puteri kat Tesco Store atau Mydin pastu masak. Haaa... Masa tu baru tau hihihi. Dah le jom lemakkan badan hikhikhikkkhi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...