Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 19 November 2012

Maksud Disebalik Nama Bulan Dalam Islam


Nama-nama bulan dalam Islam... Macam mana satu-satu nama ni diberi yer? Selalunya saya ni sebut je Zulhijjah, Ramadhan, Rabiul Akhir tapi tak pernah tahu camner nama ni diberi. Ada gak terlintas kat kepala otak ni tapi tak le pulak pernah cari sebab musababnya. Tapi Alhamdulillah dalam dok skodeng blog sahabat sana sini terjumpa Maksud Di Sebalik Nama Bulan Dalam Islam ni. Haa... Leh gak tambah ilmu dan kongsi-kongsi dengan rakan-rakan semua. Sama-sama kita tambah ilmu :0 


Sebelum tu, terima kasih pada Mohd Safwan, mrs. azmi, aiyien luckygurl_91, Misyahzniirf_Alid & J&S Bakery kerana sudi follow kami kat sini. Juga buat Fazura, Natasha Hudson, Mr Ts, Farah Dila, Amisha, Neolefa dan Abang Ruud kerana sudi ke sini dan bagi komen yang best :) Kalau sudi ziarah le lagi yer kengkawan semua. Please come again....





Orang Arab memberi nama bulan-bulan ini dengan melihat keadaan alam dan masyarakat pada masa-masa tertentu sepanjang tahun. la diterima pakai hingga sekarang. Berikut adalah maksud bagi nama-nama bulan dalam Islam:



Muharam:

Ertinya yang diharamkan atau menjadi pantang larang. Dinamakan Muharam kerana pada bulan itu dilarang menumpahkan darah atau berperang.

Safar:

Ertinya kosong. Penamaan Safar terjadi kerana pada bulan itu, semua orang lelaki Arab zaman dahulu pergi meninggalkan rumah untuk merantau, berniaga dan berperang sehingga pemukiman mereka tiada orang lelaki.

Rabiul Awal:

Ertinya berasal dari kata Rabi' (menetap) Awal (pertama). Masa kembalinya kaum lelaki yang telah meninggalkan rumah atau merantau. Pada bulan ini juga berlaku banyak peristiwa bersejarah bagi umat Islam.

Rabiul Akhir:

Ertinya masa menetap kaum lelaki di rumah untuk tempoh penghabisan.

Jamadil Awal:

Ertinya Jumadi (kering) dan Awal (pertama). Bulan ini merupakan awal musim kemarau, apabila masalah kekeringan mula terjadi.

Jamadil Akhir:

Ertinya musim kemarau yang penghabisan.

Rejab:

Ertinya mulia. Ini kerana bangsa Arab masa dulu sangat memuliakan bulan ini antaranya dilarang berperang.

Sya'aban:

Ertinya berkelompok. Orang Arab pada bulan ini lazimnya berkelompok mencari nafkah. Peristiwa penting bagi umat Islam yang terjadi pada bulan ini adalah perpindahan kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah (Baitullah).

Ramadan:

Ertinya sangat panas. Bulan ini merupakan satu-satunya bulan yang tersebut dalam al-Quran, satu bulan yang memiliki keutamaan, kesucian dan pelbagai keistimewaan.

Syawal:

Ertinya kebahagiaan, iaitu kembalinya manusia ke dalam fitrah (kesucian) selepas menunaikan puasa dan membayar zakat fitrah serta saling bermaaf-maafan. Itulah maksud membahagiakan.

Zulkaedah:

Ertinya Zul (pemilik) dan Kaedah (duduk). Bulan ini merupakan waktu istirehat bagi kaum lelaki Arab dahulu. Mereka menikmatinya dengan beristirehat di rumah mereka.

Zulhijjah:

Ertinya menunaikan haji. Umat Islam menunaikan haji pada bulan ini, sejak nabi Adam A.S menunaikan ibadah haji.



Source : Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...