Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Wishes 2 All. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wishes 2 All. Papar semua catatan

Selasa, 7 Januari 2014

Lama tak berchatting.. 2 Puteri kini di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping

Maafkan kami...
Maafkan kami...

Sebahagian lirik lagu Maafkan Kami dendangan Tan Sri P. Ramlee dengan rakan-rakannya.

Sebenarnya itu juga yang saya ingin ucapkan buat sahabat semua yang sudi bertandang ke laman ni.

Dah lama tak update sebarang berita kini saya tampil seketika untuk mewar-warkan bahawa bermula dari bulan Disember 2013 yang lepas 2 Puteri kini telah melangkah setapak lagi dalam industri perniagaan ini.


Alhamdulillah, kini buat pengguna semua boleh menikmati pelbagai hidangan enak yang diolah menggunakan Produk 2 Puteri. Semuanya di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping.

Pelbagai menu yang enak disediakan buat pelanggan kami antaranya:-

1) Char Kueyteow 2 Puteri

2) Mee Goreng 2 Puteri

3) Mee Rebus Tok Perak

4) Nasi Rendang Ayam

5) Nasi Maharaja

6) Nasi Lemak

7) Pulut Kuning


Yang istimewanya semua hidangan yang disediakan itu menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri sebagai heronya (ramuan utama) manakala Cili Boh Asli 2 Puteri turut digunakan dalam beberapa hidangan. Termasuk masakan Sup Daging yang istimewa tau.

Mungkin Asamgaram2puteri akan senyap seketika dari arena perblogkan ini (amboi ayatttt heheh) namun Insyaallah kalau ada kesempatan kita akan bertemu kembali di sini.

Doakan kejayaan kami dan berilah sokongan jika sudi :) Kami amat menghargainya!


Terima kasih semua.....

Assalamualaikum..

Jumpa di Noodle Station, Food Court Tesco Taiping nanti!!!! Insyaallah puas hati.... :)

2 puteri yang turut membantu

 **mungkin akan ada satu dua soalan yang tak sempat dilayan kami ingin memohon ribuan maaf terlebih dahulu. bukan tak sudi tapi tak berkesempatan.... :)

Khamis, 12 Disember 2013

Sos Char Kueyteow 2 Puteri kini di Mydin Hypermarket Seremban 2, Negeri Sembilan


Sebenarnya dah seminggu saya simpan berita baik ni. Tak berkesempatan nak maklumkan sebenarnya. Maklum la banyak sangat yang perlu diuruskan.

Alhamdulillah, kini Sos Char Kueyteow 2 Puteri dah ke Mydin Hypermarket Seremban 2 dah.

Sebenarnya saya pun tak perasan yang satu order masuk ialah ke pasaraya baru tu. Ingatkan Mydin Hypermarket Terminal 2 yang masuk. Pelik gak sebab dua kali masuk. Tapi ingatkan nak tambah order heheh.


Entah macam mana leh tak perasan alamat yang tertera. Sibuk la sangat kan heheh.

Tup-tup masa hantar baru tersedar. Tu pun bila kakitangan Mydin Hyopermarket Terminal 2 tegur. Ooooo mak kau sudah silap da.. Malu weh....

Tapi syukur Alhamdulillah la kan :)


So buat sahabat yang ada di area Seremban, kot tak dapat nak cari Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Mydin Hypermarket Terminal 2 leh le jengah-jengah di Mydin Hypermarket Seremban 2 pula yer.

Memang berbaloi tau kalau beli Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni. Almaklum la pelbagai resepi istimewa boleh diolah dengan menggunakan Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni. Bukan setakat masak Char Kueyteow yang best tu je :)

Nak pulak Mydin tengah mengadakan promosi sekarang. Sos Char Kueyteow 2 Puteri HANYA RM3.99 sebotol je. Memang tak memberatkan kalau nak cuba.


So cubalah sekarang!

Selasa, 12 November 2013

Sijil MeSTI - Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri


29 March 2013 yang lepas kami telah buat permohonan untuk dapatkan Sijil MeSTI - Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Dah jadi kebiasaan borang-borang yang penting macam ni harus kami hantar sendiri by hand.



Masa penghantaran dibuat terus jumpa dengan pegawai yang bertanggungjawab untuk melawat lokasi. Heheh terus diarang tanya, "Dah boleh lawat ke?" Fuhhh soalan... Ni kalau jawab tak boleh kang ada yang nak kena tolak markah heheh. So angguk angguk je la hahahha. Apa lagi terus diarang fix appointment hari Selasa, 2/4/2013. Amboiiii laju beb.


Dalam hati berdebar sesangat. Bila fix appointment dalam tempoh yang terdekat lagi berdebor. Tapi kalau lambat pun lagi naya rasanya. Hidup dalam debaran heheh. Bukannya apa, biasa le walau dah jaga macam mana baik sekali pun kalau bab-bab pegawai-pegawai mana-mana jabatan datang melawat harus berdebor kencang punya rasa. Nak-nak ianya tentukan qualiti dan masa depan syarikat... Fuhhh risau sungguh. Macam nak masuk exam tapi tak baca satu hapa pun buka... Main masuk je, gitu le lebih kurang feelingnya.




Apa lagi mula le segenap pelosok kilang kami pusing. Yang tersusun diangkat, yang dah bercuci dicuci lagi. Amboi tak der kerja lain kot heheh. Selagi tak puas hati selagi tu le disusun atur berkali-kali. Bukannya apa, kilang kami ni kecik sangat. Itu yang termampu buat masa ni. Tapi kami jaga sebersih mungkin. Takut berlaku 'pencemaran silang' bak kata orang. Tapi Insyaallah bab kebersihan memang kami beratkan sangat. Nak buat makanan orang beb bukan boleh buat main masak tepi longkang je yop. Semua aspek kena jaga. Takat bangunan tu memang le kami tak mampu. Modal beso sangat nak kena cari tapi bab-bab lain yang perlu jaga kami jaga supaya semuanya ok dan selamat. Tapi harap-harap satu hari nanti dapat le kami miliki bangunan yang lebih selesa untuk bekerja.


Tepat jam 9.40 pagi pada 2/4/2013 diarang datang untuk bagi markah. Heheh puas entertain. Dekat 2 jam bersoal jawab. Syukur langkah pertama dah lepas. Tinggal sinki nak kena tukar kepala paip je kepada yang tolak-tolak. Lagi satu, satu lagi borang yang perlu dicatat tiapkali menghasilkan produk kena buat. Isk.. Dalam dok teliti kertas kerja dan borang-borang yang diarang berikan sebelum ni pun boleh termiss juga satu lagi.. Ya Allah..




Nak kena belek le untuk fahamkan diri ini yang sengal sikit bab-bab ni dan buat satu borang yang sesuai dengan kitarang. Yang lain beressss. Sebut pasal borang ni... Kalau nak tahu punya le banyakkkk borang yang nak diisikan bermula dari beli bahan mentah, stok, kegunaan sampai le stok keluar dan yang ni stock recall kalau ada apa-apa masalah masa stok kat pasaran (nauzubillah). Tu tak masuk lagi bab kilang, kebersihan pekerja, alatan dan kursus pun kena beb.


Jangan kata kat dalam bangunan, kat luar pun kena ambil tahu sama. Yang ni satu lagi, nak kena tegur le pulak pekedai makan sebelah jangan dok buat tempat bakar sampah kat tepi kilang kami. Walaupun tempat bakar tu kecik je (takat bakar sampah yang disapu) tetap tak boleh rupanya. Dan walaupun bangunan kilang kami fully bertutup tapi dah syarat diarang camtu kot.

Untuk lawatan yang kedua, yang kena tegur tu kena perbetulkan barulah kami diiktiraf dengan peroleh sijil MeSTI tu. Ada potensi dapat kata pegawai tu sebab 2 markah je kena tolak. Nanti lepas tukar kepala paip dan minta kedai sebelah kalau sapu sampah tu jangan longgok dan bakar tapi kaut guna pengaut sampah dan buang kat tempat lain Insyaallah kami orang yang ke20 yang akan dapat Sijil MeSTI kat Perak ni.



Tapi tu le kita cuma merancang tuhan yang menentukan yer tak. Lepas je lawatan tempohari, kami kebetulan punya banyak sangat kerja yang perlu disiapkan. Memang tak menang tangan nak handle sampai terpaksa ketepikan sebentar le hal-hal yang perlu diperbetulkan untuk dapatkan sijil MeSTI nih. Dua kali pegawai Kementerian Kesihatan call tapi terpaksa minta tangguh sebab kena siapkan yang penting dulu. Ler... Dekat 2 bulan tertangguh. Ya Allah.. Konon nak cepat tapi tu le tenaga dua orang mana le nak mampu cover semua sekali gus hehe.

Syukur lawatan kali ke2 19/8/2013 tu hari oleh pihak Kementerian Kesihatan nih berjalan lancar. Semua lulus. Syukurrrr. Tinggal nak ambil sijil le lagi ahak ahak we get it... ahak ahak... Hahahah...

KAlau nak tahu, sijil MeSTI ni adik kepada sijil GMP dan HACCP la. Nak kata longgar tak punnnn. Ketatnya syarat bukan main. 

7/11/2013.... Sah! Confirm! Produk 2 Puteri telah diusahakan dengan sebaik-baiknya. Buktinya....

Ni Sijil Penghargaan.. Untuk sijil MeSTI yang sebenar kena contact dengan pihak KKM la nanti


Syukurrr Alhamdulillah... Akhirnya kami berjaya mendapat Sijil MeSTI ni dan menurut pegawai KKM tu, RM Ninetysixbillion Enterprise merupakan syarikat IKS pertama yang memperolehi Sijil MeSTI di Daerah Kerian ni.

Terharu dan berasa lega....

So buat para pengguna dan sahabat 2 Puteri - Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri semua... Dapatkan Produk 2 Puteri di pasaran kerana terbukti kini produk yang kami jalankan ini adalah secara bersih, halal dan terbaik untuk semua!


Buktinya dalam proses untuk dapatkan sijil MeSTI ni, semua aspek kami kena titik beratkan. Kalau terkehel mana-mana satu terus tolak. No sijil-sijil.. Macam saya ceritakan tadi, pihak KKM nilai habis semua bahagian. Dari produk (diambil untuk analisa bahan kimianya), bahan mentah, kilang, cara kendali dan kenderaan pun dinilai bersih atau tidak. Selamat pada produk atau tidak...

So gunakan tanpa was-was sebab ianya memang berbaloi dan mengenakkan lagi hidangan anda :)



Nanti saya coretkan detik-detik yang berlaku masa kami ke Teluk Intan untuk mengambil Sijil MeSTI ni dalam majlis yang pihak Kesihatan anjurkan semperna Kempen Keselamatan Makanan Peringkat Negeri Perak tau... Memang mencabar ;)


Lepas tu kalau Sijil MeSTI yang original dalam genggaman (yang ni penghargaan sahaja sebab berjaya dapat sijil) akan saya kongsikan kat sini kay. Ingatkan ni le ghope sijil yang asli rupanya tak.. Isk..Isk..Isk... nak dapat sijil pun banyak peringkat hihii...


Ni salah satu detik yang penuh cabaran tu...:)

Rabu, 6 November 2013

Tesco Store: Kini 2 Puteri boleh didapati di Tesco Ara Damansara dan Tesco Puncak Alam

Syukur Alhamdulillah....

Pembuka bicara kali ni saya nak sangat ucapkan rasa syukur yang bersarang kat hati nih.

Sebenarnya saya nih nak war-warkan yang Produk 2 Puteri dah ada di Tesco Ara Damansara yang akan dibuka pada 21 November 2013 nih dan Tesco Puncak Alam bermula 28 November 2013.


Tarikh yang saya sebutkan nih semperna Grand Openingnya. Soft openingnnya sehari sebelum tarikh-tarikh berkenaan.

Kini lebih ramai sahabat yang berada di kawasan yang berhampiran sana yang boleh dapatkan Produk 2 Puteri nih. Haha sekarang dah sampai dah. Tak payah travel jejauh dah untuk dapatkan Produk 2 Puteri nih. Jadi jangan lepaskan peluang ya!



Dengan kemasukkan Produk 2 Puteri di Tesco Ara Damansara dan Tesco Puncak Alam ni bermakna sudah 37 cawangan Tesco Store seluruh Malaysia dah Produk 2 Puteri dipasarkan. Dan ini merupakan cawangan ke14 dan 15 untuk pasaran seluruh Selangor dan ke13 dan 14 dibawah rangkaian Tesco Store di Selangor ni. Syukur Alhamdulillah... Harap-harap ianya semakin berkembang bagi memudahkan sahabat semua mendapatkan produk kami ini.

Sebenarnya saya dah masukkan dalam senarai rangkaian Tesco Store yang ada tu lama dah cuma baru sekarang berkesempatan untuk war-warkan pada semua :)



Insyaallah harga Produk 2 Puteri memang amat berpatutan. Nak pulak setiap satu (Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri) boleh dipelbagaikan memang ianya amat berbaloi. 'Value for money' kata opah heheh.

Dan kemasukkan kali ni dengan haraga yang amat murah sekali... Kerana kami kini dalam tempoh promosi besar-besaran semperna sambutan tahun ke3 operasi. Jadi jangan berlengah lagi nanti yer... Produk 2 Puteri kini boleh dapatkan di Tesco Ara Damansara dan Tesco Puncak Alam juga :)

Nak cuba resepi-resepi yang enak boleh rujuk kat bahagian Resepi 2 Puteri atau Resepi Hebat 2 Puteri di halaman 2Puteri.wordpress.com kay yang saya sisipkan kat sebelah kanan setiap laman. Antara resepi tu ialah Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri, Terung Goreng Sambal 2 Puteri, Sambal Kicap Sos Char Kueyteow 2 Puteri, Hati Daging Masak Jintan 2 Puteri dan pelbagai hidangan enak lain.

Ok sekali lagi saya nak ingatkan yer...

Gambar bangunan Tesco yang siap tak der lagi so tengok gambar site jadi le yer ;)


Store Name                    : Tesco Ara Damansara
Location                         : Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Soft Opening                  : 20th November  2013

Grand Opening              : 21st November 2013  


Store Name                     : Tesco Puncak Alam
Location                          : Bandar Puncak Alam, Selangor

Soft Opening                   : 27th November  2013  
Grand Opening               : 28th November 2013  


Dapatkan segera yer!!!!!


Jumaat, 20 September 2013

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.. Moga ianya memberi sinar


Lama sangat rasanya tak sempat menulis kat sini. Banyak sangat benda berlaku sepanjang ketiadaan saya kat sini untuk berceloteh.


Apa pun tak terlambat rasanya untuk mengucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA!! Buat semua yang membaca dan pada semua penduduk di Malaysia nih. Moh le kita sama-sama semarakkan negara kita dengan aktiviti yang membawa kebaikan kepada semua pihak....

Moga kejayaan buat semua anak-anak Malaysia, aaamiin :)


Dah baca plan perancangan kerajaan tentang program Pemerkasaana Ekonomi Bumiputera dah kot. Alahhhh yang gah dibincangkan dimedia-media massa sekarang nih.. Yang saya pun ada sentuh tempoh hari kat sini.


Cukup baik dan teruja saya dengar. Syukur Alhamdulillah bila pihak kerajaan bukan sekadar meneruskan kesinambungan yang sedia ada malahan cuba membina dari akar rakyat untuk turut berkembang maju.

Target untuk memperkasakan ekonomi yang dirancangkan memang terbaik.

Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera itu merangkumi lima fokus utama iaitu

1) Mendaya modal insan bumiputera
Memperkasa modal insan bumiputera menjurus kepada pemadanan kelayakan dan kemahiran tenaga kerja dengan keperluan pasaran.

-  Bagi remaja yang rendah pencapaian akedemi dan tahap kemahirannya, kerajaan memperbanyakkan program peningkatan kemahiran sebagai peluang kedua.

Sebaiknya biarlah serapkan terus lepas sekolah macam kerajaan wajibkan kursus PLKN tu supaya belia-belia bumiputera keluar terus jadi orang yang berkemahiran. 

Jangan tunggu apply sebab ramai yangg rasa masuk Giat Mara atau IKM tu tak der kelas.


- Bagi golongan graduan yang menganggur, kerajaan giatkan program latihan bagi mengatasi masalah kebolehpasaran agar bersesuaian dengan industri.

Biarlah kerajaan biarkan mereka-mereka ini menjalankan latihan practical terlebih dahulu dalam satu-satu bidang sebelum membenarkan golongan ini menerajui sesuai bidang ekonomi.

Jika terus diberi geran atau bantuan tanpa ada latihan dikuatiri ianya akan binasa kerana apa yang dibaca menerusi buku tidak sama dengan yang sebenarnya terutama dalam bidang perniagaan.


- Menambah golongan bumiputera yang berkemahiran tinggi dengan memperluas Program Lepasan Ijazah bagi memenuhi keperluan pasaran terutamanya dalam bidang kritikal dan berteknologi tinggi.


- Melahirkan lebih ramai golongan profesional bumiputera dibawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera serta program seumpamanya.


2) Memantapkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat

- Ekuinas akan diberi tanggungjawab untuk mengambil alih peranan sebagai peneraju Skim Jejak Jaya Bumiputera.
-- program yang akan mentransformasi ekuiti dan kepakaran pengurusan bagi membimbing syarikat bumiputera supaya  tersenarai dalam Bursa Malaysia.

- Skim ASB2 (Amanah Saham Bumiputera 2) akan diperkenalkan dengan saham suntikan sebanyak 10 bilion unit saham dikeluarkan.


3) Memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan bumiputera
Yang ini termasuk dalam bab pemilikan rumah, hartanah, premis industri dan kompleks komersial.
 
- Kerajaan akan mengoptimakan nilai dan manafaat aset dengan memperkenaskan Yayasan Wakaf Malaysia menjadi entiti Wakaf Korporat.

- Meningkatkan peranan institusi hartanah (Pelaburan Hartanah Berhad, Mara dan PUNB) dan diperkukuhkan bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri terutama di lokasi startegik di seluruh negara.

Kalau boleh buat pusat komersil seperti pasaraya, pasar borong di lokasi-lokasi strategik yang dinaungi oleh Kementerian-Kementerian yang berkaitan supaya ekonomi bumiputera lebih rancak. 

Maksimumkan peranan UTC dengan mengambil contoh peranan yang diambil oleh pihak UTC Kelantan dalam merancakkan ekonomi mereka.

- Dalam bab pemilikan rumah dan hartanah, kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta Syarikat Perumahan Negara Berhad dengan kerjasama Kerajaan-Kerajaan Negeri akan membanyakkan pembinaan rumah mampu milik.

- UDA Corporation akan diperkukuhkan untuk membantu membangunkan hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdangangan di kawasan bandar.

Moga-moga lepas ni premis komersial tak le dijual terlalu mahal. Jadi dapat le kami pengusaha bumiputera miliki bangunan yang boleh dijadikan pusat perusahaan yang menepati GMP yang disyaratkan dalam menghasilkan produk yang baik dan selamat.

- Berikutan itu, GLC dan GLIC yang terlibat dalam perniagaan hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah bumiputera.


4) Memperhebat keusahawanan dan perniagaan bumiputera

- Akses kepada dana pembiayaan bagi usahawan kecil dan sederhana diterjemahkan oleh agensi pembangunan usahawan bumiputera seperti Amahan Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB.

Diharapkan agar kadar pinjaman/bantuan tidak dihadkan kepada jumlah yang terlalu kecil. Adalah sewajarnya pihak-pihak ini memberi peruntukan dalam jumlah yang munasabah (merujuk kepada jumlah yang dipohon) supaya apa yang dirancangkan oleh pihak pengusaha/peniaga menjadi kenyataan.

Jika khuatir ianya disalah gunakan, beri peruntukan/alirkan kawangan mengikut progress dan bukannya secara terus supaya tiada yang gelap mata dan hasrat untuk memajukan perniagaan tetap tertunai.

Cara yang digunapakai pada masa ini agak menyulitkan pemohon yang berjaya untuk mengembangkan peniagaan secara optimum kerana jumlah yang diberi kadangkala tidak sepadan dengan yang sepatutnya membuatkan beban hutang bertambah namun kejayaan dalam perniagaan semakin menjauh.

- Kesukaran para pengusaha dalam mendapat akses ke pasaran memang diketahui oleh kerajaan. Oleh itu, semua Kementerian dan GLC mengukuhkan sistem pembangunan vendor bumiputera. Pemilihan vendor mestilah berasaskan meritokrasi dikalangan bumiputera.

Kalau boleh selain sistem vendor, wajibkan setiap hypermarket/pasar mini yang dibina di Malaysia ini mengetengahkan produk buatan bumiputera untuk dipasarkan. Maksimumkan peranan agensi kerajaan seperti FAMA untuk memasarkan setiap produk bumiputera yang dikenalpasti. 

Peranan agensi seperti FAMA, SME Corporation dan lain-lain pula harus lebih terbuka supaya setiap pengusaha bumiputera diberi peluang yang sama.

- Semua Ketua Pegawai Eksekutif di GLC perlu menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang diaugerahkan kepada vendor.

Ini wajiblah dimasukkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif syarikat masing-masing.

- Bagi menangani isu rantaian bekalan, Kerajaan melalui GLC dan GLIC akan membanguunkan kumpulan usahawan bumiputera yang akan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan pembuatan dan perindustrian yang berpotensi dan mempunyai nilai tambah tinggi.

GLC dan GLIC akan terajui usaha untuk wujudkan beberapa konsortium syarikat bumiputera dalam sektor yang terlibat.

- Program penswastaan bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) akan ambil inisiatif untuk kenalpasti secara terpilih mana-mana perkhdmatan kerajaan yang berdaya maju untuk diswastakan kepada bumiputera.

- Dasar Crave-out akan diperluaskan kepada projek-projek besar sebagai peluang syarikat bumiputera memperoleh kontrak dan peluang untuk bersaing dengan lebih baik.

- Satu Komuniti Baru Enterprenuer Bumiputera akan diwujudkan .

- Ianya membawa kepada penubuhan skim pembiayaan baru yang unik iaitu Skim Permulaan Enterprenuer Baru Bumiputera (SUPERB) yang berperanan membantu syarikat start-up.

Dana RM100 juta diperuntukan dalam tempoh 3 tahun dan kemudahan geran sehingga RM500 ribu diberikan kepada usahawan baru yang kreatif dan inovatif.

Pemilihan ini dibuat berdasarkan merit yang akan dibuat oleh sekumpulan panel dikalangan mereka yang berjaya. Dan mereka yang terpilih akan mendapat khidmat mentoring daripada enterprenuer yang telah berjaya itu.

Jika boleh biarlah pemberian ini benar-benar berdasarkan merit dan pencapaian supaya memberi faedah kembali kepada kerajaan. Sewajarnya usahawan yang punya potensi (merujuk kepada pencapaian yang diperolehi) turut diberi peluang bukan sekadar dinilai dari segi kreatif dan inovatif.



5) Memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan

- Unit Pembnagunan Bumiputera (UPB) akan diwujudkan  di semua kementerian. Unit ini bertanggungjawab bagi merangka cadangan dan melaksanakan inisiatif Agenda Bumiputera.


Antara anjakan yang dibuat untuk Memperkasakan Ekonomi Bumiputera seperti yang diwar-warkan ialah:

1) Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri dalam menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera yang saya rasakan cukup baik.
Dengan ini beliau dapat menjaga dan mengawal agar kemungkinan penyelewengan atau berlaku sebarang masalah dalam satu-satu agensi itu daripada berlaku terutama dalam mengangkat bumiputera sebagai entiti yang berjaya.

2) Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian bagi rangka cadangan dan laksana inisiatif agenda Bumiputera diwujudkan semula. Moga-moga dengan ini tiada lagi yang tercicir atau dipandang sebelah mata.

3) Kementerian dan GLC diarah kukuhkan sistem pembangunan vendor bumiputera dan pemilihan vendor berdasarkan meritokrasi.


4) Ekuinas (Ekuiti Nasinal Berhad) mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera bagi membimbing syarikat bumiputera di Bursa Malaysia.

5) Teraju (Peneraju Bumiputera) diletakkan di bawah Perdana Menteri dengan diketuai Menteri atau Pegawai Eksekutif bertaraf Menteri. Moga-moga ada antara menteri ini mempunyai latarbelakang berasaskan perniagaan supaya hala tuju yang kita cuba bawa memberi kejayaan kepada negara.

6) Skim Permulaan Enterpreneur Baru Bumiputera (Superb) diwujudkan bagi membantu syarikat permulaan dengan dana RM100 juta. Satu skim yang cukup baik diwujudkan untuk syarikat-syarikat baru.
Adalah diharapkan ianya bukan sekadar dibantu pada permulaan namun syarikat-syarikat ini terus dipandu menjadi entiti syarikat yang berdayasaing dan terus maju. Pantauan dari segi perjalanan dan kejayaan syarikat harus berterusan selama tempoh 5-10 tahun berikutnya.
Namun bagaimana dengan nasib pengusaha/peniaga baru atau yang cuma punya pulangan modal kurang RM500,000??? Tidakkah juga perlu dibantu selain oleh pihak Tekun dan AIM...


7) Tambahan Dana Tekun RM700 juta dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) RM300 juta cukup dialu-alukan oleh semua pengusaha/peniaga.
Namun biarlah agihan yang diberikan bersesuaian dengan keperluan perniagaan supaya target yang cuba dicapai oleh setiap peniaga itu tercapai. Andai jumlah yang diberi kurang dari yang dipinda kadangkala mengakibatkan berlakunya keterencatan dalam usaha memajukan sesuatu pernigaan yang diwujudkan.

Alhamdulillah banyak rancangan yang hebat kita ketahui dirangka oleh pihak kerajaan dalam memajukan ekonomi bumiputera. Namun seharusnya selepas ini kita harus meneliti sebaiknya apakah setiap perangkaan itu menjadi realiti atau sekurang-kurangnya mengecap sedikit kejayaan.


Banyak yang harus pihak kerajaan fahami dan beri penelitian yang rapi supaya ianya tidak menjadi satu pelaburan yang sia-sia. Seluruh kakitangan dibawah agensi yang disebutkan serta agensi-agensi yang berkaitan sewajarnya mengembleng tenaga dan berusaha agar setiap rancangan yang diperincikan menjadi kenyataan.


Sebarang diskriminasi kepada golongan peniaga dan pengusaha bumiputera seharusnya wajar diberi perhatian yang lebih supaya golongan ini tidak terus ditindas. Setiap masalah yang wujud di kalangan pengusaha/peniaga seharusnya diberi perhatian dan penelitian yang lebih supaya ianya dapat di atasi.

Betapa rendahnya peratusan Bumiputera dalam Penguasaan Ekonomi negara. Sewajarnya banyak yang perlu diberi perhatian supaya angka ini dapat ditingkatkan

Kerajaan juga sewajarnya mengetatkan satu garis panduan yang lebih kepada pelabur-pelabur dalam atau luar negara untuk turut menggunakan hasilan bumiputera sebagai salah satu yang wajib mereka ketengahkan bukan pinggirkan seperti mana yang berlaku sekarang.

Pengusaha/peniaga bumiputera bukanlah mendambakan 'tongkat sakti' dari kerajaan namun dengan wujudnya diskriminasi dan tekanan dalam semua aspek adalah sukar untuk kami bergerak untuk mencapai kejayaan. Beri perhatian yang lebih teliti dan bantulah kami.

Mana Melayu & mana bumiputera????

Moga kejayaan buat pengusaha/peniaga bumiputera akan terlaksana

Khamis, 8 Ogos 2013

Syawal: Selamat Hari Raya Semua!!!!


Alhamdulillah....


Dah masuk



Syukur sangat.


Di kesempatan ni saya sekeluarga ingin mengucapkan





Dan kami ingin mengambil kesempatan ini ingin memohon




Kami juga ingin mengucapkan



Buat yang akan pulang ke kampung halaman




Satu jer kitarang nak....

Hehehhe... :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...