Perkongsian catatan perjalanan suka duka kehidupan dan business - produk makanan dengan jenama 2 PUTERI yang berupa Dodol, Sos Char Kueyteow (boleh didapati di Pasaraya TESCO & MYDIN) & Cili Boh Asli (terdapat di Pasaraya TESCO). Juga perkongsian tentang kejayaan kecil tetapi amat bermakna. Perkongsian segala ilmu kehidupan dan akhirat. Semoga hari ini akan lebih baik daripada semalam & esok akan menjadi yang terbaik daripada hari ini.
Sekadar perkongsian tentang kemerdekaan negara kita. Mari kita baca dan fahami bersama-sama kandungan watikah yang dibacakan oleh Perdana Menteri Pertama kita, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957 sewaktu pensyitiharan merdeka dilakukan.
Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis dalam Jawi dan bahasa Inggeris.
Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan (Pemasyhuran) Kemerdekaan
Versi Rumi Bahasa Melayu
Pemasyhuran kemerdekaan
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala
puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas
sekalian Rasul-Nya.
Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan
Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat
sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.
Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya
Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha
Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.
Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak
dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah
daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada
jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen
tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas
kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.
Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak
yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948,
dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha
Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun
salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut
hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan
hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.
Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen,
Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United
Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu
telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu
berjalan kuat kuasanya.
Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang
muktamad baginya.
Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu,
maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan
keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan
kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu
dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang
mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara
Parlimen.
Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh
Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh
suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta
dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan
ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau
Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya
pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.
Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu,
dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi
pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari
bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka
Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri
Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka
dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan
kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan
kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan
kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara
segala bangsa.
Versi Jawi
ڤمشهورن كمرديكأن
دڠن نام الله يڠ مها ڤموره لاڬي مڠاسيهاني، سڬالا ڤوجي باڬي الله يڠ مها بركواس دان صلوات دان سلام ك اتس سكالين رسول-ڽ.
Lagu Negaraku pertama kali diperdengarkan kepada penduduk tanah melayu adalah diwaktu Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 yang dilakukan oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
"Negaraku" (Jawi: نڬاراکو) dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak yang berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Sultan Abdullah setelah Baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Lagu ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.
Lagu rasmi negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan" ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur. Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja. Lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan telah terpilih. Keputusan jemaah hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu.
Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000
kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi
oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'Negaraku' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.
Lagu Negaraku telah ditukar rentak kepada rentak yang lebih rancak oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. Lagu Negaraku berentak baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003.
Lagu Negaraku berentak baru itu dimainkan selepas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali. Lirik Negaraku berentak baru masih sama. Cuma permulaan lagu itu
perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan selepas itu,
pergerakannya akan bertambah laju.
Sejarah
Pada tahun tahun 1956 semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu
kebesarannya sendiri. Walau bagaimanapun, belum ada sebuah lagu
kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara. Y.T.M. Tunku Abdul
Rahman yang menjadi Ketua Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada
ketika itu telah membuat ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan dicipta
sebelum merdeka. Beliau mencadangkan agar diadakan satu pertandingan
mencipta lagu kebangsaan. Hasilnya sebanyak 514 buah lagu telah diterima
dari seluruh dunia. Namun demikian tidak ada sebuah lagu dari 514 lagu
yang dikemukakan yang dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan.
Jawatankuasa ini kemudian berpendapat satu cara lagi untuk
memperolehi lagu kebangsaan yang baik ialah dengan menjemput beberapa
penggubah lagu yang ternama untuk menciptanya. Dengan itu jawatankuasa
ini membuat keputusan mempelawa beberapa penggubah lagu yang masyhur
bertaraf antarabangsa untuk mencipta khas lagu kebangsaan ini. Mereka
yang dijemput khas untuk menggubah lagu kebangsaan ini adalah terdiri
daripada Benjamin Britten, Sir William Walton yang menggubah lagu
perbarisan untuk permahkotaan Ratu Elizabeth II, penggubah opera Amerika
Gian Carlo Menotti dan Zubir Said. Namun, hasil gubahan mereka juga
ditolak.
Akhirnya Jawatankuasa ini membuat keputusan untuk mendengar kesemua
lagu negeri yang sedia ada bagi mengenalpasti sama ada di antara
lagu-lagu kebesaran negeri ini ada yang sesuai untuk dijadikan lagu
kebangsaan negara. Setelah mendengar kesemua lagu negeri, Lagu Kebesaran
Negeri Perak adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lagu
kebangsaan negara.
Lagu ini telah popular di Mahe, Kepulauan Seychelles di mana bekas
Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan. Mengikut mereka
lagu tersebut sangat popular di pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh
Pancaragam Perancis yang biasanya memainkan pelbagai lagu dan membuat
pertunjukkan konsert untuk orang ramai di pulau berkenaan. Adalah
dipercayai melodi ini telah digubah oleh seorang ahli Muzik bangsa
Perancis bernama Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada
tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857.
Lagu ini kemudiannya telah diperkenalkan oleh Bangsawan dari Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura.
Dalam tempoh yang singkat lagu ini telah menjadi popular di Singapura
dan diberi nama Terang Bulan. Walaupun lagu ini menjadi Lagu Kebesaran
Negeri Perak namun ia dimainkan juga di majlis-majlis sebagai lagu
hiburan. Pada masa itu lagu ini terus menjadi Lagu Kebesaran Negeri
Perak sehingga dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia dengan nama Negaraku.
Selepas itu irama ini tidak lagi dijadikan sebagai lagu hiburan kerana
dilarang. Lirik
Lagu Negaraku dalam rentak baru kurang popular. Malah ada yang
menyamakan tempo lagu baru seperti lagu sirkus. Pada Julai 2003 akhbar
Malaysia menyatakan bahawa lagu Negaraku akan ditukar sekali lagi dan
liriknya akan ditukar dari Negaraku kepada Malaysiaku. Terdapat bantahan
ramai dan pertukaran nama dibatalkan, tetapi lagu Negaraku diubah dan
dikembalikan kepada tempo pra-1992 oleh pengubah Wah Idris.
Sedar tak sedar dah 56 tahun kita merdeka ye. Alhamdulillah Malaysia semakin maju bersama peningkatan usia kemerdekaannya. Moga keharmonian dan kesejahteraan yang kita miliki sekarang akan terus berkekalan diwarisi oleh anak cucu kita kelak.
Sedikit flash back peristiwa silam yang pernah terjadi pada negara kita yang tercinta sebelum kemerdekaan kay...
Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia
40,000 tahun yang ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah,
Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman
utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan
dan Zaman Kolonial.
Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui pelabuhan di Selat Melaka.
Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud
petempatan pesisiran pantai seawal abad ke2 Masihi lagi. Ia membawa
kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke10 adalah merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan.
Pada awal abad ke15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya
telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti
oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di
Selat Melaka.
Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad
ke-13 Masehi dan Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud
entiti politik yang mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan
kesultanan Sulu.
Zaman Penjajahan
Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan
Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan
Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni
DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit
menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung.
Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.
Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri
negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan
sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah
penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang berada di bawah kuasa Thai.
Di Broneo
pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan
Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada
dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881
sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British.
Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu.
Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II
dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan
kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga
kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union,
masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu,
menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal
(berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat
status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk
semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa
Singapura.
Beberapa Peristiwa Sebelum Kemerdekaan
1. Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Sebuah pesawat PBY Catalina RAF dalam misi tinjauan ditembak jatuh oleh Tentera Jepun, dengan jelas menyatakan hasrat Jepun untuk berperang
2. Pembunuhan beramai-ramai Parit Sulong berlaku pada 23 Januari 1942 yang dilakukan oleh anggota Division Pengawal Imperial (Imperial Guards Division) dari Tentera Imperial Jepun terhadap tentera berikat semasa penaklukan Tanah Melayu ketika Perang Dunia II.
Beberapa hari sebelumnya, tentera Berikat telah menyerang hendap
tentera Jepun berhampiran Gemas dan meletupkan jambatan di situ dalam pertempuran Jambatan Gemencheh.
Tahanan perang yang cedera itu ditendang dan dihentak dengan buntut
senapang oleh Pengawal Imperial. Mereka yang tercedera ditahan dalam
bangunan kayu. Mereka kemudian dikumpulkan dan diperiksa oleh Chief of
Staff Lt. Gen. Nishimura Takuma, General Officer Commanding, Division
Pengawal Imperial yang memberikan arahan untuk "menghapuskan" tahanan
yang tercedera.
Pada petang 22 Januari 1942, mereka diperintahkan untuk berkumpul di
belakang baris kedai yang rosak berdekatan. Mereka yang tercedera
dipapah oleh mereka yang mampu berjalan, setelah dijanjikan rawatan
perubatan dan makanan. Sementara menunggu ditempat perkumpulan, samaada
duduk atau terbaring lemah, tiga mesingan, tersorok di bilik belakang
mulai menembak, mengsasarkan tahanan tersebut. Sejumlah tahanan yang
masih hidup di tikam dengan bayonet. Selepas itu baris rumah kedai
tersebut dirobohkan dan mayat tahan diletakkan di atasnya. Enam puluh
galon minyak dituang diatas timbunan itu dan api dihidupkan. Menjelang
tengah malam, timbunan kayu dan mayat membentuk abu setinggi dua kaki
sebelum diisikan ke dalam lubang bom dijalan berhampiran. Rekod rasmi menunjukkan seramai 150 orang yang tercedera dibunuh. Hanya tiga orang tentera Australia terselamat dan dua daripadanya masih hidup
sehingga tamat perang. Dua tentera Australia yang tercedera dan sempat
melarikan diri dari pembunuhan beramai-ramai itu dan menjadi saksi
mengenai layanan Jepun terhadap tahanan perang.
3. Kawat Maut Sandakanadalah kejadian paling buruk diketahui dalam siri kejadian yang mengakibatkan kematian sehingga 6,000 orang awam hamba kerahan Indonesia dan tahanan perang pihak Berikat, yang ditahan oleh Empayar Jepun semasa Perang Pasifik semasa Perang Dunia II, di kem penjara di Borneo Utara.
Dari keseluruhan tahanan yang ditawan di kem tersebut semasa
perbarisan, hanya 6 yang diketahui terselamat selepas perperangan.
24 Oktober 1945. Kem tahanan perang Sandakan. Beberapa bulan selepas ia
ditinggalkan dan dimusnahkan oleh tentera Jepun, tidak banyak yang
tinggal di kem yang dibakar itu. Dalam kawasan halaman No. 1 (gambar)
kubur mengandungi mayat 300 tahanan Australia dan British dijumpai.
Mereka dipercayai tahanan yang tinggal di kem selepas siri kawad kedua
ke Ranau. Setiap kubur mengandungi beberapa mayat, dalam sesetengah kes
sehingga 10 mayat. (Jurugambar: Frank Burke.)
Peristiwa Semasa Peralihan Malaysia
1. Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 di King's House (Carcosa Seri Negara) selepas Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya.
Rancangan Malayan Union yang akan melibatkan Negeri-Negeri Selat, tetapi tidak termasuk Singapura, akan terdiri daripada Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan
yang diketuai oleh seorang Gabenor British. Sultan-sultan Melayu masih
akan mengekalkan kedudukan masing-masing tetapi dalam bidang kuasa yang
sangat terhad, iaitu berkaitan tentang agama Islam dan adat Istiadat
orang Melayu sahaja. Sebaliknya pihak British akan terus memerintah
melalui sebuah majlis penasihat yang diluluskan oleh gabenor Malayan
Union. Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset
negeri-negeri Melayu, kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan
harta peribadi sultan-sultan. Di Pulau Pinang dan Melaka yang tidak
mempunyai sultan, Pesuruhjaya Residen
akan menjadi ketua pentadbiran. Beliau diberi banyak kuasa dan hanya
bertanggungjawab kepada Gabenor. Ini sekaligus menunjukan kedaulatan
British di Tanah Melayu. Di mana pihak British bertindak mengawal semua
perkara mengenai Tanah Melayu. Dan mereka lebih berkuasa berbanding
sebelum pendudukan Jepun.
Skim Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang
memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah
Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal di sana selama
sekurang-kurang 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942.
Semua warganegara Malayan Union yang baru itu akan mempunyai hak-hak
yang sama, termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam. Akhir
sekali, kewarganegaran Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi kaum dan kepercayaan atau pun turut dikenali sebagai 'jus soli'.
Bertentangan dengan jangkaan British, penduduk Melayu, yang biasanya
bersikap lemah lembut dan sering boleh di arah untuk melakukan itu dan
ini telah bangun bersama-sama untuk membantah skim yang baru itu.
Komuniti Cina dan India juga tidak ghairah dan telah mengkritik sesetengah peruntukan yang terdapat di dalam kertas putih Malayan Union. Malayan Union dibubarkan secara rasmi pada 21 Januari 1948.
2. Persekutuan Tanah Melayumerupakan sebuah persekutuan 11 negeri di Tanah Melayu. Ia dibentuk pada 31 Januari 1948 oleh sembilan Negeri-Negeri Melayu dan dua penempatan British Pulau Pinang dan Melaka.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King House dan diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent,
sebagai wakil Kerajaan British . Perjanjian ini adalah sebagai
persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari
1948. Perjanjian ini penting kerana ia memansuhkan Malayan Union
dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk
pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah dikembalikan.
Dalam Perjanjian Persekutuan ini, walaupun negeri-negeri Melayu menjadi negeri naungan British, Pulau Pinang dan Melaka kekal menjadi tanah jajahan. Seperti Malayan Union, persekutuan ini tidak dianggotai Singapura, yang sebelum ini dianggap sebagai sebahagian dari Malaya.
3. Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 hingga tahun 1960.
Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian kuasa
istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan
untuk mengongkong kegiatan politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya
(PKM). Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik yang sedang
berlaku antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan
British bermula dari penyerahkalahan Jepun pada tahun 1945 sehingga
penandatanganan perjanjian damai antara komunis dengan kerajaan Malaysia
pada Disember 1989.
4. Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.
Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang
habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri
anggota polis marin
turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan
mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru. Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.
5. Rundingan Damai Baling merupakan perundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Rundingan ini diadakan di Baling English School (sekarang Sekolah Kebangsaan Tunku Putra) di Baling, Kedah Darul Aman, Malaysia pada 28 dan 29 Disember 1955.
Proses rundingan di Baling itu boleh dianggap sebagai antara usaha
terakhir Kerajaan Perikatan menyakinkan pihak British bahawa rakyat
tempatan layak memerintah dan bersedia untuk menuntut kemerdekaan.
Selepas beberapa hari pertemuan bersejarah itu berlangsung, Tunku terus
berangkat ke London untuk meneruskan rundingan kemerdekaan dengan
British.
Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut.
Malam Merdeka
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman
Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack
bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan
lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan
semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah
Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.
Upacara Pengisytiharan
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka,
Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu
iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu
daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.
Adikung Duke membawa watikah perlembagaan yang menyatakan pengunduran
daripada perlindungan British terhadap negeri-negeri Melayu dan
kedaulatan terhadap Pulau Pinang dan Melaka.
Raja-raja Melayu mula melangkah ke pentas dan Duke mengambil tempat di
depan pentas sambil menerima hormat diraja sambil diiringi oleh Sir
Donald MacGillivray. Ketika itu merupakan kali terakhir satu-satu
upacara negara menyanyikan lagi kebangsaan British di Persekutuan Tanah
Melayu. Kemudian, baginda Duke membacakan perutusan daripada baginda Ratu Elizabeth II akan pernyataan baginda yang mengalukan kemasukan Persekutuan ke dalam Komanwel dan mendoakan kejayaan negara ini.
Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bangun dari tempat duduknya dan
menerima watikah perlembagaan sebagai lambang penyerahan kuasa
pemerintahan sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Duke mengambil
tempat duduk dan Tunku mulakan ucapannya dalam bahasa Inggeris.
Setelah Tunku mengucapkan penghargaan kepada Great Britain akan
pertolongan untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula membaca teks
"Pengisytiharan Kemerdekaan".
Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan oleh tokoh agama Islam iaitu Datuk Hassan Azhari sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru dimana Islam, merupakan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan tembakan meriam seratus satu das.
Dengan bunyi nobat nafiri, Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Duke
of Gloucester, berangkat pergi dari pentas diikiuti oleh pemerintah
Melayu yang lain, Perdana Menteri dan Sir Donald MacGillivray. Kemudian,
Doa Selamat dibacakan bagi memohon keberkatan dan keredhaan Allah
terhadap sebuah negara yang baru dilahirkan.
Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka
iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari itu juga Pesuruhjaya Tinggi
British terakhir di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray
dan isterinya telah meninggalkan negara ini dan pulang ke England.
Salam Merdeka :)
Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 (c. 60)
Jom layan lagu nasyid dendangan kumpulan Raihan ni.. Memang glamer diarang nih dulu. Kalau ler masa tu akak dah ada anak dik.. Harus diarang leh hafal nama-nama rasul bila dengar. Tapi masa diarang sekarang lagu Insyaallah yang glamor kan... So tiap-tiap waktu ber'Insyaallah'. Tak kira kat mana pun ber'Insyaallah' sampai kengkadang kat bilik kecik pun nak ber'Insyaallah' Tak ke haru namanya. Puas tegur idak nyer diarang dengar...
Eh... Jomlah layan lagu ni sambil baca-baca sikit perkongsian nih :)
Tu hari saya ada janji nak kongsi resepi salad guna quinoa kan... Salad ni dikatakan sesuai juga untuk orang yang ada kencing manis, darah tinggi dan paling penting untuk orang yang nak berdiet macam akak dikkk. Tapi entah le sebab saya ni main campur je semua yang ada kat dapur. Jadinya salad campur-campur. Tapi tak best lak kan kalau bagi nama cam tu...
Agak-agak nama yang saya bagi tuh ok tak??? Ok jom tengok resepinya kay.... Alah mudah je tapi sesaja nak syok-syok berangan macam chef bagi resepi kat orang tak salah kan ehehhehe...
2 biji epal dan sebatang carrot diracik halus-halus memanjang. Epal hijau elok sangat untuk orang nak berdiet cam saya ni. Lagi satu tu hari ada terbaca, kalau nak elak menopaus cepat makan epal ni sebiji sehari. Wallahualam... Try je la tak salahkan heheh. Cik carrot lak semua orang tahukan baik untuk mata so apa lagi semua salad saya harus ada kedua-dua ni.. Tapi tu le dulu jangan harap makan sayur atau buah ni... Kan dah rabun
Sebiji tomato dipotong bersegi-segi. Agak-agak lah yer. Tomato terutama yang mentah baik untuk elak kanser terutama kanser prostat.
Dalam 4 biji jer belimbing buluh yang dipotong menyerong sikit. Kalau nak lebih okk gak kot asalkan tahan dengan kemasamannya heheh. Dikatakan belimbing buluh ni elok sangat untuk orang yang ada kencing manis dan darah tinggi. Saya lak masukkan sebab suka dengan masamnya tu heheh.
1/3 biji capsicum pelbagai warna. Potong 4 segi sama kecil-kecil. Kot rajin sangat potong le 3 segi kalau nak bagi canti lagi salad tu. Heheh saja jer bagi cadangan. Saya maleh nak buat hehehe. Guna 1/3 je pun sebab saya tak gemar baunya yang wangi tu. Tapi gagahkan diri gak ambik sebab dikatakan tinggi kandungan vitamin Cnya. Dengar cita kandungnnya 190% lebih dari apa yang kita perlukan setiap hari.
Bawang besar ni ikut saiz. Kalau besar sangat 1/2 biji udah le. Kalau kecik pulak buat sebiji. Potong dadu nipis-nipis. Kan per saya ni tak gemar sangat baunya tapi sebab dia ni baik gak untuk kesihatan gagahkan jugak le diri ni makan cik wang nih. Kata orang bawang dapat bantu kita lindung pembuluh darah daripada berlakunya pembekuan darah.
Tambah pulak jus limau nipis/limau kasturi dari sebiji limau. Lepas ambik jus, saya akan porong kecil dan nipis-nipis kulitnya. Masukkan sekali dalam salad. Khasiat jusnya dikatakan elok untuk buang toksin. Terbesar dan terbaik katanya dalam bab ni. Kulitnya pulak dikatakan elok untuk hidar bau badan...
Campur juga seulas bawang putih yang dicincang halus, sesudu besar minyak zaitun yang kaya dengan khasiat tu dan 1/6 biji jus lemon kalau suka. Saya masukkan 1/6 je sebab tadi dah masukkan jus limau nipis. Kalau tak nak masukkan dua-dua masukkan salah satu pun ok. Cukup je sifatnya hehhe.
Nak kongsi khasiat semua ni??? Bawang putih elok untuk turunkan paras kolestrol dalam darah. Minyak zaitun pulak khasiatnya antara lain bantu atasi masalah berat badan tapi kena rajin amalkannya. Insyaallah lepas ni akan bertambah rajin le saya heheh. Lemon pulak baik untuk atasi masalah pencernaan.
1/2 cawan quinoa yang telah siap dimasak. Nak tahu cara masaknya? Baca kat khasiat quinoa yang saya dah kongsikan sebelum ni. Kalau tak der tak pe. Jadilah Salad Epal Hijau Bersayuran je heheh.
Flakes badam... Kalau suka panggang jab bagi rangup. Tapi kalau nak lebih berkhasiat kata Dr Oz dalam rancangan Oprah tak lama dulu, tak payah masak. Makan gitu je sebab dalam badam ni ada kandungan minyak yang sensitive kalau dipanaskan. Minyak tu le yang berkhasiat dalam melawan kolestrol LDL dalam badan.
Gula dan garam secukup rasa. Tapi kalau nak sihat skip yang ni. Sekarang saya buat salad tak masukkan kedua-dua bahan ni dah. Tapi resultnya ok not bad. Tak terasa pun ketiadaan diarang nih. Alah ambik gula dalam kopi atau teh masa minum tiap pagi dan petang cukup la. Garam pulak ambik masa masak ikan, ayam atau lain-lain tu. Dalam sayuran ke buahan tak yah le kot. Nak sihat tak????
Tapi jangan tak ambik langsung yer pada yang tak de penyakit. Sebabnya kalau tak der langsung pun tubuh akan jadi tak sihat juga sebab badan kita ni nak juga benda tu. Tapi ambik sikit je tau. Macam saya ni memang kena ambik sebab kalau tidak badan jadi lemah sangat dan kepala pulak sakit je. Macam saya cakap tu hari tahap darah kencing manis saya 4.8mmol masa tak puasa. Pernah jatuh lagi bawah dari 4.2mmol. Tekanan darah lak Alhamdulillah maintain 60/110. So memang dah rendah. Badan je montel...
Last sekali campur semua bahan-bahan kat atas tu bagi sebati. Ha.. Dah siap pun. Kalau tak nak campur semua dengan quinoa pun boleh. Campur bahan sayuran je. Quinoa tu makan asing jadikan macam nasi tu. Ok gak. Tambah lauk je macam ayam ke, ikan ke atau lain-lain lauk pauk yang kita suka....
Tu je resepi salad saya. Boleh dipelbagaikan lagi tu. Saya buat guna apa je yang ada kat dapur ni. So itu le hasilnya.
Ha.. Khasiat setiap bahan tu saya kongsi ala-ala je yer takat ni. Insyaallah kalau ada kelapangan saya kongsi-kongsi lagi selengkapnya. Bon appetite!
Wahhh tajuk. Tapi itu ler kenyataannya. Memang bijirin ni baik sangat untuk dijadikan amalan oleh pesakit kencing manis. Tapi kalau yang nak buat persediaan supaya tak dihidapi penyakit ni lagi bagus rasanya... Macam kami sekeluarga... Macam yang saya ceritakan dulu, dah berumur nih risau le jugak...
Tu hari masa lawat Mak Long kat Maklongskitchen saya jumpa ler tentang Quinoa (sebutan keenwa) ni. Memang padat ilmu yang cuba Mak Long sampaikan tu. Terus masa ke KLCC tu hari kitarang ambil kesempatan untuk beli satu peket untuk buat percubaan.
Masa mula tengok rupa quinoa ni Mr Hb tegur..."Yang, nih macam biji rumput jer. Betul ke ni?" Hehehhe memang pun macam biji pokok rumput jer rupanya. Tapi bila dah cuba ni ok ler rasanya. Boleh dipelbagaikan resepi lagi so next time boleh ler beli lebih sikit sebab kat kampung ni mana ler nak dapat quinoa ni. Sepeket nih masak dua tiga kali je dah habis camno tu.
Jadi masa susun jadual diet untuk kami sekeluarga saya masukkan gak ler menu-menu yang gunakan quinoa nih. Banyak rupanya menu yang boleh diolah guna quinoa ni. Baru ler saya tahu. Insyaallah next time saya masukkan segala resepi yang guna quinoa nih kay. Kali nih saya kongsi resepi masak quinoa asas yer. Yang ni boleh digantikan nasi yang kita makan sehari-hari tu. Sebabkan harganya yang sikit mahal dan susah nak dapat kat kampung nih, saya alternate dengan nasi beras perang.
Jom baca artikel pasal quinoa yang Mak Long tulis tu dan saya tambah dengan yang saya dapat kat tempat lain sama....
Quinoa adalah makanan ruji kaum kuno Inca di Amerika Selatan. Ia adalah sejenis biji jenis chenopodium dari
pokok quinoa. Ia dikategorikan sebagai pseudo bijirin kerana pokoknya
bukan dari jenis lalang seperti padi, gandum atau barli tapi dari jenis
tumbuhan yang menyerupai pokok bayam.
Dikatakan terdapat lebih 1,800 jenis quinoa. Tetapi hanya 3 jenis yang dijual di market iaitu selain dari pada jenis putih yang mudah didapati, terdapat juga jenis merah dan hitam.
Quinoa hijau
Bunga Quinoa
Close up biji quinoa
Quinoa sangat dihargai kerana nilai
kandungan proteinnya sangat tinggi(12% -18%). Tidak seperti gandum atau
beras (yang rendah lisin), dan seperti gandum, quinoa mengandungi
kumpulan asid amino yang seimbang yang sangat penting untuk
manusia, menjadikannya sebagai sumber protein yang luar biasa lengkap
antara makanan nabati (makanan dari tumbuhan). Quinoa merupakan sumber
yang kaya dengan serat, zat fosforus, zat magnesium dan zat
besi. Quinoa tidak mengandungi gluten dan ia mudah dicerna.
Beza antara beras dan quinoa
Kalau dibandingkan beras perang dengan quinoa, untuk kuantiti hidangan yang sama:
Beras
Kalori: 140
Serat/fiber : 1 g
Protin : 3 g
Quinoa
Kalori : 160
Serat/fiber : 6.5 g
Protin: 6 g
Bukan sahaja quinoa kaya dengan serat
tapi ia mempunyai kualiti protin yang tinggi dengan kumpulan asid amino
yang cukup lengkap.
Penyediaan Quinoa
Quinoa mentah mengandungi saponin pada
kulitnya dan ini memberikannya rasa sedikit pahit apabila dimakan.
Kandungan saponin ini dapat menghindarkan quinoa dari dimakan burung
semasa peringkat penanaman. Quinoa mempunyai tekstur dan rasa yang
ringan, ia mengembang saat dimasak, menjadikannya sesuai sebagai
alternatif untuk beras putih atau couscous.
Langkah pertama dalam mempersiapkan
quinoa adalah membuang saponin. Saponin kelihatan seperti buih sabun
apabila terkena air. Proses ini memerlukan biji quinoa direndam dalam
air selama beberapa jam (palig kurang pun 1/2 jam ok dah) dan membilasnya dengan air lalu yang cukup dalam
penapis halus atau dalam kain katun tipis sehingga buihnya hilang.
Pembuangan saponin membantu pencernaan, sifat sabun sebatian
membuatnya bertindak sebagai ubat cuci perut. Kebanyakan quinoa yang
dipakejkan telah pra-dibilas untuk kemudahan kita.
Kaedah memasak quinoa adalah sama seperti
memasak nasi, iaitu menggunakan sukatan dua cawan air mendidih untuk
satu cawan quinoa. Quinoa perlu dididihkan pada suhu rendah dan dimasak
selama 14-18 minit atau hingga kulit terpisah dari biji seperti ekor
yang sangat halus. Saya masak hingga air kering lepas tu terus tutup api. Quinoa yang sudah dimasak kelihatan seperti ikal
kecil. Sebagai alternatif, kita boleh juga menggunakan rice cooker untuk
memasak quinoa, sebagaimana memasak nasi putih.
Langkah-langkah memasak quinoa yang saya ambil di thekitchn.com:
1) Measure quinoa and liquid. Measure out 1 cup quinoa and 2 cups liquid. Kalau ikut Mak Long cakap tadi rendam terlebih dahulu selama beberapa jam. Tapi saya buat rendam 1/2 jam jer.
2) Rinse the quinoa. Place the quinoa in a fine-mesh strainer, and
rinse thoroughly with cool water. Rub and swish the quinoa with your
hand while rinsing, and rinse for at least 2 minutes under the running
water. Drain.
3) Dry and toast quinoa in saucepan. Heat a drizzle of olive oil in
the saucepan over medium-high heat, and add the drained quinoa. Cook,
stirring, for about 1 minute, letting the water evaporate. Saya skip step ni tapi masak air 2 cawan tadi sampai mendidih.
4) Add liquid and bring to a boil. Stir in the liquid and the salt (if using) and bring to a rolling boil. Yang ni saya tukar... Hanya masukkan quinoa lepas air dah mendidih. Masak macam biasa atas api kecil. Tutup periuk macam masak nasi biasa.
5) Lower heat and cook covered for 15 minutes. Turn heat down to the lowest setting. Cover and cook for 15 minutes. Macam cakap tadi 15 minit tau...
6) Let stand covered for 5 minutes. After 15 minutes, turn off the heat and remove the pot from the burner. Let stand for 5 minutes, covered.
7) Fluff and eat! After 5 minutes, remove the lid, fluff the quinoa
gently with a fork, and serve. (You should see tiny spirals (the germ)
separating from and curling around the quinoa seeds.)
**Additional Notes:
• One cup of dried quinoa yields about 3 cups cooked.
•
Some people like to add olive oil, butter, salt, or pepper. Cooked
quinoa can also be used as the basis for pilafs, salads, breakfast
porridges, and more. Resepi-resepi ni nanti saya kongsi kay :)
Basic Quinoa Facts
How much cooked quinoa does 1 cup dry quinoa yield?
1 cup dry quinoa yields about 3 cups cooked quinoa.
How much liquid do I need to cook quinoa?
To cook 1 cup quinoa, you need about 2 cups liquid.
How long does it take to cook quinoa?
1 cup quinoa will cook in about 20 minutes.
How do I make quinoa less bitter?
Nearly, if not all, of the natural bitterness of quinoa's outer coating can be removed by a vigorous rinsing in a mesh strainer.
How do I make better-tasting quinoa?
Quinoa is really
excellent when cooked in vegetable or chicken broth. Also, add about 1/4
teaspoon salt to each cup dried quinoa when cooking. Try adding other
spices aromatics during cooking as well: A clove of smashed garlic, a
sprig of fresh rosemary, a dash of black pepper.
Can I use my rice cooker to make quinoa?
Yes! Just use the 2:1 liquid to quinoa ratio and follow the instructions on your rice cooker.
Di mana nak dapatkan Quinoa di Malaysia?
Setakat ni kami jumpa Quinoa ni kat Cold Storage KLCC dan di Aeon Ipoh (Jaya Jusco) di bahagian makanan organik. Mungkin ada di health
food shops atau supermarket yang mengedarkan makanan barat seperti cold
storage seperti yang dicadangkan oleh Mak Long.
Fakta tambahan
Fakta tambahan ni pulak saya dapat kat laman purcellmountainfarms...
Quinoa is a complete protein grain (50% more than wheat),
high in lysine, more iron, phosphorus, vitamins A, E and B, and more
calcium and fat than other grains. Quinoa kernels have a waxy
protective coating called saponin which will leave quinoa bitter
unless rinsed off under running water before cooking. Expands to
four times its volume when cooked. Combine with millet, bugler or
buckwheat for variety. Substitute for bugler in tabouli. Makes a
very light breakfast cereal.
Nutrition Facts
Serving
Size: 1/4 cup (43 g)
Nutrient
Amount % DV
Calories
160 Calories
from Fat 20 Total Fat
2.5 g 4% Sodium 10
mg 0%
Total
Carbohydrate 30 g 10% Dietary
Fiber 3 g 12% Sugars 0 g Protein 6 g
Calcium 2% Iron 20%
Basic cooking instructions: Soak quinoa in warm water for 5
minutes. Wash, drain and rinse several times. Add 1 cup quinoa
to 2 cups boiling water. Return to boil, lower heat and simmer
until water is absorbed