Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 20 Ogos 2013

Resepi Hebat: Rendang Ayam Minang MeleTop 2 Puteri



Minggu-minggu ni sibuk sikit dengan membuat tempahan dan pelbagai lagi kerja yang perlu diselesaikan. Nak bukak computer pun tak sempat apatah lagi nak update blog. Rasa tired je dah.


Huh.. Tak tahu le kenapa. 'Mabuk' raya tak habis lagi kot hahah...


Ni dah berkesempatan melayari internet atas urusan kerja saya panjang-panjangkan le ke dalam blog pulak. Nak mengomel apa pun tak le tahu heh... Moh le saya kongsikan satu resepi dengan uolls kay. Lama gak kan saya tak kongsikan resepi kat sini.


Resepi yang nak saya kongsi kali ni ialah Resepi Rendang Ayam Minang MeleTop 2 Puteri yang power. Power sebab sejak sebelum raya sampai ke hari ni dah berkali-kali buat. Tak salah dah masuk 4 kali kalau Rendang Ayam Minang MeleTop 2 Puteri nih. Kalau daging pulak dah 2 kali. Sebelum raya 2 hari kot hingga sekarang baru masuk minggu ke2 Syawal. So... Agak-agak harus meleTop kebabowww kan heheh.



Nak merendang sebenarnya mudah je. Bahan je kena cukup tapi macam biasa le kalau ikut resepi saya ni kemahiran deria rasa kena tinggi. Guna seluruh pancaindera Insyaallah hidangan yang dihasilkan sure sodap punya sebab saya ni biasanya masak tak ikut sukatan.


Actually saya tak pasti le sangat ni Rendang Minang ke rendang pedas ke hapa hehe. Ler.. Udah masa belajar main belasah je tak der cikgu. Ada agak tengok buku resepi tapi tu le macam saya cakap tadi ada yang kata Rendang Minang ada yang kata Rendang Pedas so belasah je la yer hekhek... Tapi naluri saya yang hebat nih kata nih Rendang Minang. Trust your instinct no...


Moh mike salin resepi nih... Nanti buat tau ;)


RENDANG AYAM MINANG MELETOP 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri.blogspot
Gambar: Wattieshomemadecakes

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam - agak-agak dalam 2kg beratnya
  • 100ml santan
  • 3 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 1/3 sudu makan kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut - saya tak masukkan pun
  • Garam dan gula
Bahan Tumis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 6 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri - akak suka pedas dikk
  • 2 sudu KFC serbuk kunyit / sedikit kunyit hidup (kunyit hidup perlu dikisar dengan bahan kisar lain)

Bahan kisar halus
  • 5 biji bawang merah
  • 5 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai 
  • 1/3 inci kunyit hidup - jika suka (jika guna kunyit serbuk tak perlu guna kunyit hidup)
Caranya
1. Panaskan minyak dan masukkan buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga wangi.

2. Masukkan pula bahan kisar tadi. Agak-agak dapat dalam 4-5 senduk bahan kisar tadi tu untuk sesuaikan dengan jumlah banyaknya ayam. Biar naik bau dan jadi keperangan sebentar.

3. Sudukan 2 sudu KFC serbuk kunyit jika tidak memasukkan kunyit hidup dalam bahan kisar diikuti dengan 6 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri. Jumlah Cili Boh Asli 2 Puteri boleh dikurangkan jika tidak mahu pedas. Tambah daun kunyit yang disiat kasar sebahagiannya. Ketepikan sebahagian untuk diracik halus. Sebatikan dan masak hingga pecah minyak.

4. Masukkan ayam dan perasakan dengan garam, gula secukupnya dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Masak hingga ayam empuk. Gaul sekali sekala.


5. Tuangkan santan pekat mengikut jumlah kuah yang dikehendaki. Biarkan hingga mendidih sedikit.

6. Masukkan kerisik dan gaul rata. Pastikan rendang secukup rasa dan jumlah kuahnya mengikut selera uolls.

7. Sebelum ditutup apinya, masukkan daun kunyit yang dihiris halus dan daun limau purut. Kacau sebentar terus tutup api.


Wallah.. Kan mudah je tu. Main kisar semua bahan utama, pastu masak je. Tak susah mana pun. Cuma saya nak kongsilah kat sini sikit yer...

1. Jumlah bawang-bawang tu ikut pada selera uolls kay. Lagi banyak bawang lagi best tapi kena hati-hati gak kang terlebih bawang tengik baunya. So apply ikut bawang besar mendominasi bawang-bawang lain sebab ianya bagi rasa manis pada hidangan.

2. Jumlah Cili Boh Asli 2 Puteri pun ikut suka uolls nak letak. Ada yang suka pedas ada yang tak kan. Tapi tak perlu letak cili padi dah sebab ianya dah sememangnya pedas. So nak extra pedas letak pun extra. Jangan risau sebab cilinya memang terbaik so tak le bau tengik masakan nanti. Yang pasti biarkan hingga pecah minya bahan tumisan Insyaallah...

3. Daun kunyit kena dibahagiakan kepada 2 bahagian.Satu bahagian siat-siat kasar je dimasukkan diawal tumisan supaya kita dapat baunya. Manakala sebahagian lagi diracik halus dan dimasukkan dipenghujung masakan sebaik sebelum ditutup api supaya bau segar wujud dalam hidangan tu nanti. Daun limau purut hanya dimasukkan di akhir masakan supaya tidak terembes rasa pahitnya daun tu nanti kay.

4. Jumlah santan ialah mengikut jumlah kuah yang kita inginkan. Ada yang suka kering so masukkan sedikit sahaja. Kira-kira dari 1/2 biji kelapa atau 1/2 kotak. Ada yang suka berkuah boleh masukkan lebih.

5. Penggunaan kerisik juga secara minimum je. Jangan nanti bau kerisik mendominasi rendang kita pula. Tak masukkan pun boleh tetapi ada yang berpendapat kerisik membantu untuk memberi daya tahan pada rendang yang dimasak.

6. Ada Rendang Minang yang menggunakan lengkuas dan asam keping dalam resepinya. Penggunaan lengkuas harus secara minimun atau 1/2 inci untuk 2kg ayam supaya rasanya yang pedar tidak mempengaruhi rendang. Asam keping harus dimasukan diawal tumisan supaya ianya sebati dengan bahan lain. Saya tidak gemar memasukkan kedua-dua bahan ini kerana ianya jika tersilap boleh mendominasi rasa masakan kita. Tapi kalau nak selamat kisarkan asam keping tuh supaya semua bahagian dapat :)


Tu je rasanya serba sedikit yang sana nak kongsi. Alah bukan per.. Sekadar panduan untuk kita bersama heheh. Kot ada lagi nanti yang saya figure it out nanti saya tambah kay...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...