Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 12 November 2013

Resepi Hebat: Kari Kambing 2 Puteri

Salam semua!!!

Dah makan? Makan apa hari ni? Lama tak bergebang ek.

Kali ni saya nak berkongsi resepi Kari Kambing 2 Puteri yang enak. Resepinya mudah je tau.


Kat rumah ni antara hidangan yang jadi kegemaran seisi keluarga adalah Kari Kambing 2 Puteri ni lah. Anak dare saya yang tak gemarkan hidangan yang pedas-pedas pun kalau dah dimasak Kari Kambing 2 Puteri ni tetiba jadi boleh makan pedas. Tapi berulam air la makannya hikhik.

Alhamdulillah walaupun kerap kami masak hidangan berasaskan kambing tapi dengan petua yang sering kami amalkan masa makan hidangannya, jadi tak le risau darah tinggi ke apa.

Petua tu saya dapat masa bujang dulu dalam rancangan terbitan Astro. Yang Amylia Rosnaida jadi hosnya. Tak ingat rancangan apa sebab dah lama dah. Tapi petua tu perkongsian Betty Benafe.


Katanya kalau makan daging kambing kena minum air limau. So badan boleh le imbang bila darah mengalir deras sangat sebab daging kambing nih kan ker panas.

Alhamdulillah setakat ni saya sekeluarga memang tak der le kena darah tinggi ke apa walau sering makan daging kambing. Cubalah next time makan daging kambing ek... :)

Ok berbalik pada resepi. Moh layan terus resepinya kay... :)


KARI KAMBING 2 PUTERI
By: asamgaram2puteri

Bahan-bahan
  • 1kg daging kambing - potong sederhana tebal
  • 200ml minyak masak
  • 300g (1 biji) kentang - potong wedges
  • 1/2 liter santan
  • 2 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • 1/2 sudu makan kerisik
  • Garam
  • Gula
Bahan tumis
  • 200g (2 sudu makan) serbuk kari daging - bancuh dengan air dijadikan pes
  • 1 tangkai daun kari - masukkan dalam pes serbuk kari yer
  • 1/2 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 5cm kulit kayu manis
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 2-3 biji buah pelaga
Bahan kisar
  • 500g bawang merah
  • 30g bawang putih
  • 5cm halia
  • 50g bawang besar - potong
  • 30g cili merah - potong (jika suka)
  • 1 ulas bawang putih - hiris nipis
  • Sedikit halia - hiris nipis memanjang

Caranya
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis (kecuali serbuk kari daging) dan bahan kisar serta yang dipotong hingga naik bau.

2. Masukkan pes serbuk kari daging dan tumis hingga pecah minyak. Kacau sekali sekala supaya tidak hangit dasarnya.

3. Masukkan kentang bersama secubit kecil garam kasar dan masak hingga agak empuk.

4. Masukkan daging kambing dan santan. Kacau sekali sekala dan masak hingga daging empuk (kira-kira 45 minit).

5. Perasakan dengan garam, gula, kerisik dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Masak hingga kepekatan yang disukai.

Ha.. Dah siap pun. Mudah je kan. Tak perlu masukkan sebarang perasa lain dah. Cukup dengan garam, gula dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri tau. Hidangan pasti enak dan warnanya pun cantik. Guarantee! :)


Rabu, 6 November 2013

Tesco Store: Kini 2 Puteri boleh didapati di Tesco Ara Damansara dan Tesco Puncak Alam

Syukur Alhamdulillah....

Pembuka bicara kali ni saya nak sangat ucapkan rasa syukur yang bersarang kat hati nih.

Sebenarnya saya nih nak war-warkan yang Produk 2 Puteri dah ada di Tesco Ara Damansara yang akan dibuka pada 21 November 2013 nih dan Tesco Puncak Alam bermula 28 November 2013.


Tarikh yang saya sebutkan nih semperna Grand Openingnya. Soft openingnnya sehari sebelum tarikh-tarikh berkenaan.

Kini lebih ramai sahabat yang berada di kawasan yang berhampiran sana yang boleh dapatkan Produk 2 Puteri nih. Haha sekarang dah sampai dah. Tak payah travel jejauh dah untuk dapatkan Produk 2 Puteri nih. Jadi jangan lepaskan peluang ya!



Dengan kemasukkan Produk 2 Puteri di Tesco Ara Damansara dan Tesco Puncak Alam ni bermakna sudah 37 cawangan Tesco Store seluruh Malaysia dah Produk 2 Puteri dipasarkan. Dan ini merupakan cawangan ke14 dan 15 untuk pasaran seluruh Selangor dan ke13 dan 14 dibawah rangkaian Tesco Store di Selangor ni. Syukur Alhamdulillah... Harap-harap ianya semakin berkembang bagi memudahkan sahabat semua mendapatkan produk kami ini.

Sebenarnya saya dah masukkan dalam senarai rangkaian Tesco Store yang ada tu lama dah cuma baru sekarang berkesempatan untuk war-warkan pada semua :)



Insyaallah harga Produk 2 Puteri memang amat berpatutan. Nak pulak setiap satu (Sos Char Kueyteow 2 Puteri dan Cili Boh Asli 2 Puteri) boleh dipelbagaikan memang ianya amat berbaloi. 'Value for money' kata opah heheh.

Dan kemasukkan kali ni dengan haraga yang amat murah sekali... Kerana kami kini dalam tempoh promosi besar-besaran semperna sambutan tahun ke3 operasi. Jadi jangan berlengah lagi nanti yer... Produk 2 Puteri kini boleh dapatkan di Tesco Ara Damansara dan Tesco Puncak Alam juga :)

Nak cuba resepi-resepi yang enak boleh rujuk kat bahagian Resepi 2 Puteri atau Resepi Hebat 2 Puteri di halaman 2Puteri.wordpress.com kay yang saya sisipkan kat sebelah kanan setiap laman. Antara resepi tu ialah Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri, Terung Goreng Sambal 2 Puteri, Sambal Kicap Sos Char Kueyteow 2 Puteri, Hati Daging Masak Jintan 2 Puteri dan pelbagai hidangan enak lain.

Ok sekali lagi saya nak ingatkan yer...

Gambar bangunan Tesco yang siap tak der lagi so tengok gambar site jadi le yer ;)


Store Name                    : Tesco Ara Damansara
Location                         : Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Soft Opening                  : 20th November  2013

Grand Opening              : 21st November 2013  


Store Name                     : Tesco Puncak Alam
Location                          : Bandar Puncak Alam, Selangor

Soft Opening                   : 27th November  2013  
Grand Opening               : 28th November 2013  


Dapatkan segera yer!!!!!


Selasa, 5 November 2013

Tahun Hijrah: Sejarah dan hubungannya dengan hijrah Rasulullah SAW



Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam. Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.


Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.


Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.



Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.


Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.


Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.


Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.


Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.


Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan.


Perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.


Sebab-sebab berlaku Hijrah

Ia bagi mengurangkan tekanan yang dialami baginda Rasulullah terhadap serangan bertubi-tubi puak musuh di kalangan masyarakat Arab Jahiliyyah yang tidak senang dengan Islam yang diperkenalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.


Atas dasar itu Allah SWT memerintahkan baginda dan seluruh umat Islam yang masih berada di bumi Mekah supaya meninggalkan tempat itu dan menuju ke kota Madinah.


Bagi yang mengingkari arahan supaya berhijrah ke Madinah, mereka dijanjikan dengan neraka dan ditimpakan dengan siksaan yang amat pedih dari sisi Allah sepertimana yang ditegaskan Allah menerusi firman-Nya dalam ayat 97 surah an-Nisaa yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaaan menzalimi diri mereka sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : Dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab : Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri kami sendiri (Mekah). Para malaikat berkata : Bukankah bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di bumi itu? Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali.”


Hijrah adalah sunnah para anbiya

Hijrah bukan sahaja berlaku ke atas diri Nabi Muhammad s.a.w sahaja, malah telah terdahulu daripadanya para Anbiya seperti Nabi Ibrahim, Musa, Isa, Yusuf alaihimussalam dan lain-lain, ia berlaku kerana penentangan yang amat keras di kalangan masyarakatnya yang tidak dapat menerima dakwah atau seruan yang dibawa oleh mereka.


Maka berlakulah penentangan antara hak dan batil yang memang menjadi lumrah dan semulajadi hingga hari Kiamat.


Justeru, para Anbiya semuanya telah dijemput oleh Allah di sisinya, agama-Nya yang benar itu diwarisi oleh mereka yang cintakan Allah dan Rasul-Nya, maka golongan pewaris Islam sampai bila-bila berdepan dengan tribulasi ciptaan manusia yang tidak senang Islam mendapat sambutan menggalakkan.


Allah tidak akan membiarkan agama Islam terkulai layu tanpa yang menyambutnya, maka dia memilih di kalangan hamba-hambaNya individu-individu yang sanggup berkorban untuk agama-Nya, namun mereka terpaksa berdepan dengan ujian, cubaan, tribulasi yang direka oleh manusia-manusia yang tidak berapa senang Islam mendapat tempat di hati manusia, walaupun yang membencinya bernama Islam, tetapi pada masa yang sama menganut fahaman Sekularisme, Kapitalisme, Sosialisme, Nasionalisme, dan lain-lain.
Mereka berusaha untuk menangkap, memenjara, membunuh golongan yang mendaulatkan Islam tanpa bicara dan bukti yang sah lagi kukuh untuk menuduh mereka, ia sedang berlaku di negara-negara yang diperintah umat Islam sampai hari ini, khususnya mereka yang tidak meletakkan Islam sebagai agama perlembagaan negara.


Maka berlakulah penghijrahan golongan ulamaĆ¢€™ yang terpaksa meninggalkan negara masing-masing bukan atas alasan takut, tetapi kejahatan golongan pemerintah memuncak yang memaksa mereka keluar untuk mencari lokasi yang difikirkan munasabah untu meneruskan aktiviti dakwah di situ.


Rasulullah sendiri pernah menjadi sasaran musuh

Allah SWT berfirman menerusi ayat 30 surah al-Anfal: “Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan segala daya upaya terhadapmu (Muhammad) untuk menangkap (memenjara), membunuh serta mengusirmu keluar dari (Mekah). Mereka membuat perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat mereka, dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya (perancangan).” 


Jelas ayat di atas, menunjukkan bahawa kejahatan orang-orang yang jahat terhadap kerja-kerja dakwah tidak terhenti setakat itu, malah mereka memilih salah satu jalan untuk memastikan dakwah itu gagal, sama ada melalui penangkapan terhadap pendakwah, mengusir, memenjara atau membunuh mereka tanpa kebenaran yang sah, itulah yang akan dilakukan sampai hari kiamat, tetapi yang lebih menduka-citakan ialah apabila ia dirancang sendiri orang yang bernama Islam.


Sesungguhnya hijrah yang berlaku ke atas Rasulullah s.a.w itu bukan ke satu tempat tertentu, malah ia bermaksud hijrah kepada Allah bagi mendapatkan keredaan-Nya, ia bertepatan dengan firman Allah di atas lidah Nabi Ibrahim dan Nabi Lut dalam ayat 26 surah al-Ankabut :  

"Dan berkatalah Ibrahim : Sesungguhnya aku akan berpindah (berhijrah) ke tempat yang diperintahkan Tuhanku, sesungguhnya Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”



Pengajaran daripada peristiwa Hijrah

Hijrah telah melahirkan beberapa pendekatan berikut:

1) Sunnah Nabi keluar ke tempat jauh dengan ditemani seseorang (Saidina Abu Bakr).

2) Hijrah di waktu malam adalah paling sesuai untuk bermunajat kepada Allah, kerana pada waktu itu ramai di kalangan pihak musuh sedang seronok tidur.

3) Tidak salah mendapat dan menggunakan khidmat orang kafir bagi tujuan maslahat Islam sepertimana baginda menggunakan khidmat Abdullah Bin Uraiqit (Nasrani) menjadi petunjuk jalan ke Madinah.

4) Baginda mengatur strategi berdakwah agar tidak dapat dikesan oleh musuh dengan menghilangkan kesan tapak kaki dengan puluhan tapak kaki kambing yang diusahakan oleh Amir Bin Fuhairah.
 
5) Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja/belia dalam kerja-kerja dakwah sepertimana baginda mengarahkan Saidina Ali Bin Abu Talib menggantikan tempat tidurnya.

6) Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang muslimah berperanan dalam memberi saham seperti Asma Binti Abu Bakar.

7) Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja, Abdullah Bin Abu Bakr untuk mendapatkan rahsia bagi memudahkan kerja-kerja dakwah.


Sesungguhnya setiap daripada individu muslim, boleh memainkan peranannya sebagai anggota jamaah menurut kadar kemampuan dan ilmunya bagi memajukan Islam pada kadar yang termampu.


Perkara sunat yang dilakukan di bulan Muharam

1) Digalakkan berpuasa sunat pada awal Muharram.

2) Digalakkan berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram.


Sumber: samuraisyahid.wordpress

Awal Muharram & Sejarah Kalendar Islam



Sejarah Kalendar Islam - Awal Muharram

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sejarah Kalendar Islam
Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saiyidina Umar Al-Khattab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.
Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.
Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitul Muqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjidil Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.
Ciri-Ciri Takwim/Kalendar
      • Takwim Hijriah
      • Bulan
Firman Allah S.W.T.
      Maksudnya;
'Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. (Ketetapan) yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang yang bertaqwa'
      Surah al-Taubah; 36
Bulan qamariah dalam setahun adalah 12 bulan iaitu bulan Muharram, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bilangan hari bagi setiap bulan qamariah mengandungi 29 atau 30 hari bergantung kepada bila berlakunya ijtimak (kedudukan di mana matahari, bulan dan bumi berada pada satu garisan) dan kewujudan/kenampakan hilal (bulan sabit) pada penghujung bulan qamariah hari ke-29 setiap bulan hijriah mengikut syarat-syarat tertentu.
    • Hari
Hari di dalam perkiraan Takwim Hijriah bermula dari waktu matahari terbenam. Ini berbeza dengan Kalendar Miladiah yang perkiraan harinya bermula pada jam 12.00 tengah malam. Dalam setahun, Takwim Hijriah mempunyai 354.36 hari, beza 10 atau 11 hari dari jumlah hari dalam Kalendar Miladiah. Setiap tahun, hari-hari kebesaran Islam dirayakan dalam musim yang berlainan. Ia akan kembali ke musim asal setiap 33 tahun (1 pusingan lengkap). Tahun baru hijriah iaitu 1 Muharram disambut pada musim berlainan iaitu ia berganjak sebanyak 10 atau 11 hari lebih awal setiap tahun.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Sumber :www.mps.gov.my
shafw4n.blogspot.com

Isnin, 4 November 2013

Resepi Hebat: Pajeri Nanas 2 Puteri

Dah lama tak kongsi resepi kat sini. Nak masuk entri pun dah makin jarang-jarang. Sibuk sikit dengan pelbagai agenda. Macam tu le kalau dah cari rezeki sendiri nih so kalau miss kerja, soru pun miss lah hikhik. Rindu pulak masa makan gaji dulu....


Wokay hari ni saya ambil kesempatan masa yang ada sikit nih untuk berkongsi satu resepi yang sebenarnya antara hidangan kegemaran Mr Hb tapi dah lebih 9 tahun baru nak belajar masaknya. Selalunya main beli jer...

Isk..isk..isk.. Sian Mr Hb kan dapat wife cam ginih. Hehhe.. Tak per biar lambat asal menjadi dengan jayanya tu yang penting kan...kan....

Alhamdulillah akhirnya Sabtu lepas (2/11/13) menjadi gak le saya masak Pajeri Nanas 2 Puteri untuk dihidangkan kepada Mr Hb. Syukur percubaan pertama saya dia puas hati. Siap makan bertambah-tambah.


Nenas tu sebenarnya pemberian mak. Masa dia kasi tu muda lagi sebab katanya ayah main ambik je. Tak tengok masak tak lagi. So saya peram le bagi masak.

Udah yang bagi tu mak Mr Hb so biar le kita masak hidangan yang Mr Hb suka kan.. Tu yang cuba gak masak Pajeri Nanas 2 Puteri. Alhamdulillah berjaya. Puas hati sungguh.


Sebenarnya resepi asal saya ambil dari perkongsian sahabat facebook, miss Lina Hana dalam Resepi Pilihanku! yang diambil dari sunber asalnya Resepi Bonda.. Lama dah saya simpan.. Dekat sebulan rasanya. Tak pun lebih hihi..

Kalau nak tahu sis Lina ni memang rajinnn sesangat kongsi resepi. Beraneka. Tapi si yang nak buat nih je yang tak berapa berkesempatan nak buatnya hahahha.

Tapi tu le kan... Udah jenis tak reti ikut aturan yang asal. Pantang lepa (terlepas pandang) ada je nak mengubahnya. Dah le firstime membuatnya... Gatall pulak tangan nak ubah sana sini resepi asal tu. Sib baik menjadi dengan jayanya... Kottt tak harus ke tong sampah perginya.

So... Hari nih dengan bangganya saya nak berkongsikan le resepi Pajeri Nanas 2 Puteri hasil olahan saya ni yer... Harap-harap berpuas hati macam Mr Hb yang suka sangat hasilnya.


PAJERI NANAS 2 PUTERI
By: asamgaram2puteri
Sumber: Lina Hana, Resepi Bonda..

Bahan-bahan
  • 1/2 biji nanas saiz sederhana - potong ikut suka (saya buat sebiji sebab saiz agak kecil)
  • Rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • 1 sudu makan udang kering - ditumbuk
  • 3 sudu makan serbuk kari ayam/daging - bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes
  • 1 sudu makan kerisik
  • 4 sudu makan pati santan
  • Air secukupnya
  • 1 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Garam dan gula
  • Minyak untuk menumis
Bahan kisar
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia 

Caranya
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis rempah 4 sekawan diikuti bahan kisar dan udang kering. Tumis hingga naik bau.

2. Masukkan pes serbuk kari daging dan kacau sekali sekala hingga pecah minyak.

3. Masukkan nanas dan kacau bagi nanas tersalut bahan rempah yang telah ditumis tadi.

4. Tuangkan sedikit air dan biarkan ianya merendidih seketika.

5. Akhir sekali masukkan santan, kerisik, garam, gula dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Lebihkan sedikit gula dan tunggu hingga mendidih.


Ha... Mudah je kan. Dah siap pun.

Dulu sebelum mencubanya punya le saya ingatkan susah. Dah cuba baru tahu mudah je hikhik. Lepas nih leh buat sambil pejam mata hahahha.... Angkuhnyaaaa kau hahahahha....

Makan pulak dengan nasi panas dan ikan goreng yang garing.. Perghhhh memang bangga sebab berjaya. Cuba lah!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...