Rabu, 29 Jun 2011

TIPS : Cara-cara Menyuci Bekas Beraising

Kerja-kerja mendekorate memang best. Tambah-tambah bila selesai dan terhasil design yang kita mahukan. Untuk yang baru belajar macam saya memang gelabah sikit (rasanya bukan sikit dah tapi banyak kot heheh). Macam-macam bentuk dan rupanya yang dicuba.


Kadang-kadang bila menjadi alhamdulillah suka sangat. Bila buruk huhuhu rasa macam ndak meraung kesedihan. Tapi kalau sabar dan rajin belajar insyaallah lama kelamaan akan jadi cantik juga kan. Kadang-kadang tu tak cantik di mata kita tapi dimata orang sapa tahukan...itu la pengalaman saya.


Selesai berdekorate pastinya kena cuci semua alatan. Satu tahap yang paling-paling saya tak gemar (tak tahu la orang lain sama kot). Dengan minyaknya..susahnya menyuci mak oi..geram rasanya. Maunya berbotol sabun dicurahkan terus ke atas alatan tadikan heheh...


Maka untuk itu dibuat carian diinternet cara-cara yang mudah untuk cucinya. Akhirnya terjumpa le laman ni http://bakeat350.blogspot.com/2011/04/how-to-clean-icing-tips-works-for-me.html. Setelah dicuba alhamdulillah mudah sikit yer kerja-kerja mennyucinya....

Ni saya kongsikan semula langkah-langkahnya untuk memudahkan semua...


1.  Masukkan air panas yang dicampur dengan sabun di dalam gelas

 2.  Biarkan icing bag di atas sinki (suka hati le ndak letak kat mana pun heheh) untuk beberapa jam/semalaman (harap-harap ada le orang yang sudi basuhkanya heheh)


3.  Keluarkan tips dari couplers.  Masukkan tip & coupler tip dalam air sabun tadi.


4.  Picitkan extra icing keluar dari bag/botol yang digunakan untuk mengising tadi. Bermula dari hujung yang kecil ke hujung yang besar buang semua baki icing yang ada. Masukkan dalam bekas sabun tadi juga


5.  Biarkan terendam untuk beberapa minit. (Doa sekali lagi kalau-kalau ada yang sudi basuhkan untuk anda hehe)


6.  Kemudian...bermula la kerja-kerja menyuci. gosokan di dalam tips & couplers tadi dengan tip brush (berus botol susu anak pun boleh la heheh). Tip brush tu ada yang bentuk spiral ada yang cone-shaped (paling elok le)


7.  Basuh dibawah air yang mengalir dengan memegang ke bawah tip tadi...boleh lihat air yang meglir tu (best gak dapat main air sesekali heheh) - penting terutama untuk tip yang kecil


8.  Biarkan tip kering di atas rak pengering. Sepatutnya dia supposed to be rust-proof.  To make doubly-sure they remain rust proof, dry with a paper towel, or stick them in a 150 degree oven for 5-10 minutes.    


That's it!   Mudahkan...Insyaallah. Nanti kita cuba sama-sama kay

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...