Sabtu, 4 Jun 2011

MUFFIN PANDAN - harum semerbak x yah guna essence dah

Assalamualaikum..

Semalaman berkarya sensorang mengukir krim atas muffin pandan nih sebab pagi nih dah ndak antar dah kepada teman yang mengorder. Hasilnya boleh la kan untuk orang amatur cam saya.. Sedap muffin nih tak sesia buatnya. Cukup manisnya, gebunya..pendek kata rasa cam pro dah nih ekeke...(gelak gedis heh). Tak sempat ndak mengukir Mr Hb dah habiskan berketul-ketul dah. Sib baik buat lebih setengah adunan..kot tak naya weh..orang order tak dapat kasi lak.


Buat mak su yang minta resepinya nih resepi yang saya ambil kat page irmadilondon (thanks a lot to her - ilmu yang Allah jer leh balas) cuba la..kasi pak su & family makan. Insyaallah puas hati lah. Tapi jangan lebih-lebih kang badan naik bagai dipam-pam macam kami dah sebab boleh dikatakan sekarang nih dok rajin baking. Walau amatur tapi dah berani ambil order you.. Rezeki Allah Taala kasi sapa sangka kan..kan? Walaupun baking soda dengan baking powder pun masih tak tahu apa bezanya heheh.




MUFFIN PANDAN

By: Irmadilondon

Bahan-bahan:
  • 200g tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 120g gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 200ml santan kelapa (saya guna susu cair jer)
  • 100ml minyak jagung
  • 2 biji telur
  • 5-7 helai daun pandan (blend dengan susu cair tadi)
*kalau tak der daun pandan boleh guna 1 sudu kecil pandan paste + 1/2 sudu kecil pandan essence (boleh guna pewarna hijau epal kalau tak der segala essence & paste tu)


Caranya:
  1. Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat & garam halus. Masukkan dalam mangkuk besar & campur gula pasir. Gaul sebati menggunakan apa-apa saja alatan yang bersesuaian yang ada :)
  2. Campur semua bahan basah ke dalam bahan kering. Kaup balik sekadar semua bahan bercampur (adunan seakan berketul-ketul sedikit [lumpy])
  3. Isi dalam paper cup & tabur almond ect sebagai hiasan ke atasnya jika suka. Bakar suhu 170C selama 15 - 20 minit (ikut isi kandungannya yer)

*********************************************


Petua memasak muffin- jangan derhaka kalau ndak muffin cantik


Jika  mahukan muffin yang naik membumbung & teksturnya lembut, petuanya JANGAN diputar/kacau adunan terlalu lama. Cukup sekadar bahan kering tu bercampur dengan bahan basah. Bila isi dalam paper liners tuh isi hampir penuh tau (tapi untuk berjualan sendiri punya suka ler ikut budget jualan heheh)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...